Monday, October 20, 2014

Penjelasan Dr Asri berkenaan Program Menyentuh Anjing Oleh Orang islam

Posted on Monday, October 20 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Komentar

Oleh DrMAZA.com

ANJING DAN ISU MASYARAKAT MALAYSIA
Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.


Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.
Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;
Samakan Dengan Anjing
Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.
Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).
Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.
Islam Benci Anjing?
Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?
Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).
Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.
Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.
Bolehkah muslim memiliki anjing?
Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya” (Surah al-Maidah, ayat 4)
Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.
Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.
Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?
Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.
Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.
Memelihara Anjing Dalam Rumah?
Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.
Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.
Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!
Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.
Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.


Wednesday, October 15, 2014

Ibnu Khaldun : Tokoh Sejarawan Ulung

TOKOH 2 : IBNU KHALDUN ; TOKOH SEJARAWAN ULUNG

SIFAT PERIBADI

SIFAT

KETERANGAN / BUKTI

1.Tekun berusaha

menuntut ilmu

 Rajin menuntut pelbagai bidang ilmu daripada ulamak terkenal.

2.Berjiwa pemimpin

 Sentiasa mengemukakan idea yg baik untuk memajukan rakyat & negara.

3.Kreatif

 Mampu menghasilkan pelbagai buku ilmiah untuk rujukan para ilmuan.

4.Bijak

 Pelopor kepada pemikiran moden dalam pelbagai bidang

 Menyediakan garis panduan dlm membuat analisis ttg sejarah.

PENDIDIKAN TOKOH

PERKARA

KETERANGAN

Sejarah pendidikan

 Mendapat pendidikan awal drpd bapanya Abdul Rahman b Muhammad (mempelajari asas agama & bahasa Arab)

 Meneruskan pengajian dlm bidang ilmu mantik, falsafah, sains & teknologi drpd Muhammad b Ibrahim Al-Abili.

 Mendapat ilmu drpd beberapa orang guru yg terkenal.

Bidang Ilmu yang dipelajari

 ilmu mantik, falsafah, sains & teknologi

Nama guru beliau

 Ahmad b Al-Qassar

 Lisanuddin b Al-Khatib

 Universiti Ibnu Khaldun ditubuhkan di Jakarta bagi mengenang jasa beliau

BIODATA

Nama sebenar :

Abdul Rahman B Muhammad B Muhammad

Gelaran : Ibnu Khaldun

Tarikh lahir : 732H (1332M)

Tempat lahir : Tunisia

Keturunan : Arab Yaman

Jawatan :1. Pegawai Jabatan Setiausaha Negara

:2. Anggota Majlis Ilmiah

:3. Perdana Menteri

:4. Ketua Hakim Negara di Mesir

Tarikh &Tempat meninggal dunia :

808H (1406M) Kaherah

HASIL KARYA IBNU KHALDUN :

1. Al-Muqaddimah

2. Takrif Ibnu Khaldun

KEISTIMEWAAN HASIL KARYANYA :

1. Karyanya adalah hasil kombinasi pengalaman, ilmu pengetahuan & kreativiti beliau.

2. Hasil karya beliau adalah hasil drpd pemurnian ilmu sejarah dgn menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah.

SUMBANGAN :

1. Berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik & pendidikan dalam karyanya.

2. Berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak hasil gabungan aspek rohani & jasmani.

3. Beliau dianggap sebagai pelopor pemikiran moden dlm bidang sejarah, politik, sosiologi & pendidikan.

4. Hasil karyanya dijadikan bahan rujukan di institusi pengajian tinggi.

KEISTIMEWAAN :

 Tokoh sejarah yang unggul krn mampu mengkaji sejarah sesebuah negara berdasarkan semua aspek spt psikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar serta geografi negara tersebut.

IBNU KHALDUN- TOKOH PENGUBAH DUNIA

MIlandows

assalamualaikum.. segala post adalah bersumberkan kepada internet, carian-carian lain dan juga karangan saya sendiri.. harap segala posting ini dapat membantu anda semua...

Friday, 22 July 2011IBNU KHALDUN





IBNU KHALDUN : TOKOH PENGUBAH DUNIA





Oleh: Mohammad Syah Milandow





BIODATA IBNU KHALDUN





Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunis, Tunisia pada 1 Ramadhan 732 Hijrah bersamaan dengan 27 Mei 1332 Masihi. Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun Al-Hadrami. Selain dikenali dengan Ibnu khaldun beliau juga dikenali dengan Abu Zaid. Nama Abu Zaid diambil sempena nama putera sulungnya iaitu Zaid. Beliau juga digelar waliudin. Sultan Zahir Burquq pemerintah Mesir telah menanugerahkan gelaran Waliuddin kepada Ibnu Khaldun yang ketika itu menjadi hakim (kadi) di Mesir. Namun beliau lebih mahsyur dengan nama Ibnu khaldun. Nama Ibnu khaldun ini diambil sempena nama datuknya, Khalid bin Usman. Khalid bin Usman merupakan antara golongan pertama yang memasuki Andalusia(Sepanyol) bersama-sama golongan penakluk. Amalan kebiasaan orang-orang Andalusia dan Magribi ialah menambah huruf waw dan nun dibelakang nama orang ternama sebagai tanda penghormatan. Contohnya, Khalid menjadi Khaldun. Keturunan Khalid bin Usman dikenali dengan nama Bani Kahldun dan individu-individu terkemuka yang lahir dari keluarga ini juga akan dikenali sebagai Ibnu Khaldun.





Ibnu Hazm didalam kitabnya Jumhuratu al-Ansabi al-`Arab mencatatkan bahawa keluarga Ibnu Khaldun berasal dari wilayah Hadramaut, Yaman. Nasab keturunan nenek moyang Ibnu Khaldun berasal daripada Wali bin Hujr, seorang sahabat nabi yang diutuskan bersama-sama Muawiyah bin Abi Sufiyan ke Yaman untuk mengajarkan Al-Quran. Kehidupan Bani Khaldun berpindah randah dan tidak menetap disesuatu kawasan selamanya. Nenek moyang Ibnu Khaldun pernah menetap di Hadaralmaut Yaman, Seville Sepanyol dan Tunis, Tunisa. Ibnu Khladun lahir dalam keluarga yang terkenal. Kedua-dua datuk ayah dan ibunya merupakan aktivis politik di Sevillie. Moyangnya, Abu Bakar bin Muhammad pernah menjawat menteri dalam negeri Tunisa dan seterusnya menjadi gabernor di Tunisia. Manakala datuknya Muhammad bin Abu Bakar pula merupakan menteri yang bertanggungjawab dalam megurusi Hijabah. Selain itu, Yahya Ibn Khaldun abang kepada Ibnu Khaldun merupakan seorang ilmuan yang telah menulis sejarah Dinasti Abdalwadid. Ibnu Khaldun telah menjawat banayk jawatan-jawatan penting dalam hidupnya. Beliau telah dilanting menjawat beberapa jawatan penting di Tunisia, Moroko, Bougie, Algeria dan juga Mesir. Ibnu Khladun wafat di kaherah Mesir pada 25 Ramdhan 808 Hijrah bersamaan dengan 19 Mac 1406 Masihi. Umurnya selama 76 tahun telah digunakan dengan sebaik-sebaiknya.





PENDIDIKAN IBNU KHALDUN





Sewaktu Ibnu Khaldun membesar, Tunisa merupakan tempat para ulamak dan ilmuan Andalusia berkumpul. Hal ini demikaian kerana, kekacauan dan pergolakan politik telah berlaku pada zaman itu sehingga mendesak para ilmuan untuk berhijrah meninggalkan Andalusia dan kebanyakan dari mereka telah berhijah ke Tunisa. Melihat kepada kelebihan ini, bapa Ibnu Khaldun telah menggalakkan anak-anaknya untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin dengan ilmuan dan ulama-ulama besar yang berada di Tunisa. Tambahan pula, keluarga Ibnu Khaldun sememangnya dikenali dengan kehebatan mereka dalam bidang keilmuan. bapa Ibnu Kaldun sendiri merupakan seorang ahli ilmu dan sastera. Beliau telah menjadi guru Bahasa Arab kepada Ibnu Khaldun. Beliau sanggat menekankan soal pendidikan terhadap anak-anaknya. Beliau sentiasa menggalakan anak-anaknya untuk menuntut ilmu dengan tokoh-tokoh ilmuan yang berada di Tunisa ketika itu.





Ibnu Khaldun telah membesar dalam keadaan yang sanggat cintakan ilmu. Beliau telah mempelajari Al-Quran semasa masih kecil dan menghafalnya ketika usia kanak-kanak lagi. Beliau telah menuntut berbagai ilmu agama seperti fiqah, tafsir, hadis, dan ilmu-ilmu berbentuk akli seperti ilmu logik, falsafah dan matematik daripada beberapa ulama yang terkenal. Antaranya ialah, Muhammad bin Sa’ad bin Burral al-Anshari, Muhammad bin Bahr, Muhammad bin al-Arabi al-Hushari, Muhammad bin Sulaiman As-syaththi. Selain itu, beliau telah mempelajari ilmu fiqih Maliki daripada ulama terkenal, Abu Abdilah Muhammad bin Abdillah al-Jayyani al-Faqih Al-Maliki. Terdapat dua ulama besar yang telah banyak mempengaruhi pemikiran Ibnu Khaldun pertamanya ialah Muhammad bin Abdil Muhaimin Bin Abdi l-Muhaimin al- Hadlrami. Ibnu khaldun telah mempelajari hadis, biografi, dan ilmu-ilmu bahasa daripadanya. Keduanya ialah, Abu Abdillah Muhammad Bin Ibrahim Al-Abilli yang merupakan pakar dalam ilmu logik, matematik, metafizik, fizik, falak dan muzik. Semasa Ibnu Khaldun di Fez, belaiu telah mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa orang guru seperti Ahmad bin Al-Qassar dan Lisanuddin bin Al-Khatib iaitu pengarang kitab Tarikh Gharnatah (Sejarah Granada). Antara kitab-kitab yang pernah dipelajari oleh Ibnu Khaldun ialah Al-lamiyah Fi l-Qiraat dan Ar-Ra’iyah Fi Rasmil-Mushaf, kedua-duanya merupakan karya Asy-Syathibi. At-Tashil Fi ‘Ilmi l-Nahwi karangan Abdul Faraj Al-Asfahani, sebahagian besar kitab-kitab hadis terutamanya Sahih Muslim dan kitab Muwatta' karya Imam Malik.





PERIBADI IBNU KHALDUN





Ibnu khaldun merupakan seorang yang sangat berani. Beliau hidup didalam zaman yang sering berlaku pergolakan, pembunuhan pemimpin, penggulingan sultan, fitnah terhadap pemimpin dan ancaman dipenjarakan. Namun, Ibnu Khladun tidak sekali-kali takut dengan keadaan politik yang tidak stabil ini. Malah belaiu sendiri telah menjadi ahli politik pada zaman yang penuh dengan pergolakan. Ibnu khaldun sendiri pernah dipenjarakan selama dua tahun oleh Sultan Abu Anan. Berdasarkan pengalaman, pengamatan dan penghayatan beliau dalam dunia politik, beliau mampu menghasilkan tulisan-tulisan yang sangat bermanfaat untuk generasinya dan generasi masa hadapan.





Ibnu Khaldun adalah seorang yang tekun dalam menuntut ilmu. Walaupun beliau sibuk dengan tugas pentadbiran, namun tugas-tugas rasmi beliau tidak pernah menghalang belliau daripada menuntut ilmu. Semasa Ibnu Khaldun di Kota Fez, beliau telah dilantik oleh Sultan Abu Anan untuk menjawat jawatan setiausaha dan beberapa jawatan penting yang lain. Disebalik kesibukan hariannya, Ibnu Khladun sempat untuk berguru dengan ulama-ulama dan saterawan yang telah berhijrah dari Tunisa ke Fez akibat serangan wabak taun yang serius di Tunisia. Semasa di Fez ibnu khaldun telah berguru dengan Lisanuddin bin Al-khatib, pengarang kitab Tarikh Gharnatah (Sejarah Granada). Tambahan pula pada ketika itu, perpustakaan di Fez dikatakan perpustakaan Islam terlengkap pada masa itu. Keadaan di kota ini sangat membantu Ibnu Khaldun dalam menimba ilmu pengatahuan.





Ibnu Khaldun merupakan seorang ahli pemikir yang melangkaui zaman. Beliau telah menghasilkan kitab agungnya iaitu Al-Ibar yang berkisar mengenai ilmu sosiologi. Kaedah-keadah pengkajiannya terhadap sejarah berbeza dengan keadah sedia ada kerana ahli sejrah sedia ada hanya mencatat sejarah sebagai fakta. Contohnya ahli sejrah sedia ada mencatatkan nama peristiwa dan tahun berlaku peristiwa tersebut. Namun berlainan dengan Ibnu Khladun, beliau bukan sekadar mencatatkan peristiwa malah beliau membincangkan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut. tulisan-tulisan kreatif Ibnu Khldun ini berdasarkan pengalaman dan pemikiran kreatifnya sehingga Berjaya menjadikan sejarah sebagai satu bidang ilmu yang unggul. Ini terbukti apabila buku-bukunya telah dikaji oleh masyarakat dunia.





Selain itu, Ibnu Khaldun mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dalam dirinya. Beliau telah mewarisi sifat ini daripada nenek moyangnya. Beliau telah menjawat banyak jawatan penting sepanjang usianya antaranya ialah setiausaha negara di istana Sultan Abu Ishaq Bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan, anggota Majlis Ilmiah. anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan di Fez, duta Granada, Perdana Menteri (Hajib) Bougie dan Ketua Hakim (Qadhi Al-Dudhah) di Mesir. Ibnu Khldun menjawat jawatan penting dipelbagai negeri dan pelbagai kerajaan pemerintah. Hal ini disebabkan kerana kecekapannya dalam mentadbir serta keupayaannya untuk mengemukakan idea-idea bagi memajukan negara. Tambahan pula, Ibnu Khaldun mempunyai hubungan baik dengan pemimpin negeri-negeri tersebut sehingga beliau ditawarkan beberapa jawatan penting oleh kerajaan.





Ibnu Khaldun merupakan seorang yang pandai mengambil hati orang lain. Ketika Ibnu Khaldun menjadi setiausaha kepada Sultan Annan di Talmasan, belaiu cuba merancang untuk membebaskan pemimpin Bijaiyah yang telah dipenjarakan selepas kerajaanya digulingkan. Namun nasib tidak menyebelahi Ibnu Khladun. Sultan mengetahu perancangannya itu dan telah murka kepada Ibnu Khaldun. Beliau telah dipenjarakan oleh sultan selama dua tahun. Selama didalam penjara, beliau sentiasa berusaha untuk menghubungi sultan bagi meminta keampunan dari baginda sultan. Ketika inilah Ibnu Khaldun telah mengarang bait-bait syair yang telah menyentuh perasaan Sultan Annan sehingga baginda menjanjikan pembebasanya. Peristiwa ini menunjukkan Ibnu Khaldun sanggat pandai menggunakan syair untuk menarik belas kasihan sultan. Tambahan pula, masyarakat sememangnya terkenal dengan kebolehan bait-bait syair yang menyentuh hati.





Keperibadian lain Ibnu Khladun ialah beliau merupakan seorang yang pentingkan pengajian Al-Quran. Sebagai seorang yang hafiz al-quran, beliau begitu menyanjung tinggi akan kehebatan Al-Quran. Beliau telah mengatakan “Ketahuilah bahwa pendidikan Al-Quran termasuk syiar agama yang diterima oleh umat Islam di seluruh dunia Islam dapat meresap ke dalam hati dan memperkuat iman. dan pengajaran al-quran pun patut diutamakan sebelum mengembangkan ilmu-ilmu yang lain.”





Sepanjang hidup Ibnu khaldun, beliau sentiasa difitnah oleh musuh politiknya dan dikianati oleh pemerintah yang zalim. Namun, beliau sentiasa bersabar dan bijak mengatur stategi untuk menyelamatkan dirinya daripada dipenjarakan dan dihukum bunuh. Sebagai contoh, ketika di Mesir Ibnu Khaldun telah diberi kepercayaan untuk mengetuai badan kehakiman oleh Sultan Zahir Barqa. Ibnu Khaldun cuba membawa reformasi terhadap badan kehakiman yang ketika itu sedang berhadapan dengan masalah amalan rasuah. Ibnu Khaldu telah membawa perubahan dalam bidang kehakiman ini dengan melakukan pembaharuan dalam undang-undang. Segala usaha murni Ibnu Khladun ini telah dicemari dengan fitnah oleh musuh-musuh politiknya sehinggakan sultan melucutkan jawatan ketua hakim daripada ibnu khaldun. Kemudian beliau telah mengasingkan diri dengan mengerjakan haji dan melawat masjid Al-Aqsar. Kemudian beliau pulang semula ke Mesir. Sultan ketika itu telah menyedari bahawa Ibnu Khaldun berada pada pihak yang benar dan telah menjadi mangsa fitnah. Baginda dengan berbesar hati telah memberikan semula jawatan ketua hakim kepada Ibnu Khaldun.





KARYA IBNU KHALDUN





Ibnu khaldun telah menghasilkan beberapa karya yang sangat bermutu dan diterima pakai sehingga hari ini. Karya-karya Ibnu khaldun telah dikaji dan diterjemah dalam pelbagai lidah bahasa.





Kitab “Al-Ibar Wa Diwan Al-Mubtada Wal Khabar Fi Ayyamil Arab Wal Ajam Wal Barbar Wa Man Asarahum Min Zawi Al-Sultan Al-Akbar”





Kitab ini terdiri dari muqaddimah dan tiga bab yang dibincangkan dalam tujuh jilid. Mukadimah dan bab satu kepada kitab ini dimuatkan didalam satu jilid yang dikenali sebagai “Muqaddimah Ibnu Khaldun”. Kitab ini dikarang oleh Ibnu Khaldun sekitar tahun 779 hijrah/ 1377 masihi semasa beliau tinggal di benteng Ibnu Salamah di Aljazair, Algeria. Ibnu khaldun mengambil masa selama lima bulan untuk menyiapkan kitab Muqaddimah. Kitab ini dikarang berdasarkan catatan-catatan Ibnu Khladun dan rujukan-rujukan di benteng Ibnu Salamah.





Melalui kitab ini, Ibnu Khaldun telah menanalisis mengenai gejala-gejala sosial yang berlaku. Kitab ini mengandungi pendahuluan dan enam bab yang membincangkan mengenai pelbagai aspek.





Pendahuluan kepada buku ini terkandung di dalam tujuh muka surat yang membicarakan mengenai kajian-kajian yang dilakukan oleh ilmuan-ilmuan sebelumnya. Ibnu Khaldun telah mencatat kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kajian ilmuan terdahulu. Antaranya ialah beliiau menyatakan sejarawan-sejarawan telah menghasilkan karya-karya yang tidak asli yaitu dengan menciplak karya-karya sebelumya. Tambahan pula, mereka tidak cuba untuk menambahkan ilmu pengatahun.Sejarawan sesudah meraka itu adalah muqallid (pengikut tradisi) dan tidak mengenali sesuatu yang asli serta tumpul akal dan mereka tidak berusaha untuk mengatasi ketumpulan itu (Khaldun, 1379). Didalam pendahuluan kitab ini, pembaca akan dapat memahami sebab mengapa Ibnu Khaldun telah mengarang kitab ini. Ibnu Khaldun mengarang kitab ini hasil kesedaranya terhadap kaedah penulisan sejarah pada masa itu yang banyak mempunyai kelemahan. Melalu kitabnya ini, beliau cuba untuk menyingkap keadaan yang berlaku di pelbagai generasi. Beliau cuba untuk mengubah cara penilaian ahli sejarah terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku melalui kitab-kitab yang dikarangnya ini. Diakhir bahagian ini, Ibnu Khaldun telah merakamkan ucapan terima kasih beliau kepada Sultan Moroko Barat,Sultan Abdul Aziz bin Hassan Al-Mazini. Satu naskah buku ini telah diberikan kepada Sultan Tunisia, Abu Abbas.





Pada Bab Kedua dan Ketiga, buku ini pula ia membincangkan sebab-sebab yang membezakan karekter antara masyarakat primitif dengan masyarakat modern. Selain membincangkan bagaimana sistem pemerintahan dan urusan politik dalam masyarakat terutamanya masyarakat arab Badwi. Manakala bab empat pula berkisar perkembangan kota-kota dan perbezaanya dengan kota yang lain. Antara lainnya beliau mengaitkan perkembangan kota dan petempatan manusia dengan pengaruh geografi. Seterusnya bab lima memaparkan pandangan-pandanganya terhadap ekonomi individu, ekonomi masyarakat dan ekonomi negara. Akhir sekali bab enam menghuraikan pedagogi ilmu dan cara mempelajarinya.





Seterusnya bahagian kedua kitab Al-Ibar ditulis dalam empat jilid membahaskan mengenai sejarah kehidupan bangsa arab. Ibnu Khaldun telah membahaskan mengenai sejarah keturunan arab sejak mereka diciptakan sehingga zaman kehidupan Ibnu Khaldun. Selain itu, Ibnu Khladun turut membicarakan mengenai sejarah perkembangan Islam dan sejarah perkembangan masyarakat timur. Selain itu, bahagian kedua kitab ini juga membahaskan mengenai sejarah perkembangan masyarakat dan negara sezamannya. Antaranya ialah kaum Suryani, Parsi, Bani Israel, Qibti, Yunani, Romawi, Turki dan kaum Eropah.





Manakala bahagian terakhir kitab ini membicarakan mengenai, sejarah kehidupan kaum Barbar dan sejarah kehidupan masyarakat pesisir barat. Ibnu Khaldun telah menerangkan perihal raja-raja yang mempunyai rumah-rumah di pesisir barat. Kitab ini diakhiri dengan jilid tujuh yang membicarakan mengenai bibilorafi Ibnu Khaldun. Jilid tujuh delengkapi dengan catatan sejarah kehidupan Ibnu Khladun yang berjudul “Ta’rif Ibnu Khladun Mu’alliful Kitaab, wa Rihatuhu Gharban wa Syarqan” yang bermaksud Bibiliografi Ibnu Khaldun Sang Penulis Buku, Serta Riwayat Perjalannya ke Daerah Timur dan Barat.





Karya-karya lain yang bernilai sangat tinggi diantaranya, “Lubab al-Muhassal fi Ushul ad-Diin” yang merupakan sebuah kitab tentang permasalahan dan pendapat-pendapat teologi. Ia adalah ringkasan dari kitab “Muhassal Afkaar al-Mutaqaddimiin wa al-Muta’akh-khiriin” karya Imam Fakhruddin ar-Razi. Selain itu, Ibnu Khladun juga telah mengarang sebuah buku Matematik. Bagaimanapun,buku matematik ini sudah tidak wujud lagi.





Pengaruh pemikiran Ibnu Khladun dalam bidang sejarah, falsafah sejarah,sosiologi, sains politik dan pendidikan amat besar sehinggakan buku-bukunya telah diterjemah dalam banyak bahasa timur dan barat antaranya ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Urdu, Bahasa Jerman, Bahasa Turki dan juga Bahasa Melayu. Kitab muqddimah dikenali dalam bahasa inggeris dengan nama “Prolegomenon” dan juga “An Arab Philosophy of History”. Kitab –kitab yang telah diterjemah kedalam bahasa lain sentiasa dikaji dan diperbaharui





SUMBANGAN IBNU KHALDUN





Ibnu Khaldun : Pengasas Ilmu Sosiologi





Dunia telah mengiktiraf Ibnu Khladun sebgai bapa sosiologi kerana dia telah melakukan revolusi terhadap pengkajian sejrah yang sedia ada. Dalam kajian sejarah beliau, beliau telah memperluaskan bidang pengkajian sejarah dengan menfokuskan sesuatu peristiwa sejarah kepada dua ketogori asas. Ketogori pertama ialah akal. Manakala ketogori kedua pula ialah undang-undang sosial dan fizikal keadaan setempat. Selain itu, dalam kajian sejarah beliau, Ibnu Khaldun telah menekankan kepada empat pekara dalam menanalisis sesuatu peristiwa sejarah. Pertama sekali beliau mengaitkan peristiwa-peristiwa antara satu sama lain melalui sebab dan akibat. Keduanya ialah beliau membuat analogi antara masa lalu dan masa sekarang. Seterusnya Ibnu Khaldun mengambil kira kesan terhadap persekitaran. Perkara kempat pula ialah beliau mengambil kira kesan keadaan yang diwarisi dan ekonomi.





Seluruh dunia berterima kasih kepada Ibnu Khladun kerana jasa beliau dalam memperkenalkan skop kajian baru dalam sejarah. Beliau merupakan orang yang pertama menganalisis sesuatu peristiwa dengan menekankan sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku Beliau merupakan insan yang pertama yang mengkaji sejarah dari skop sebab dan akibat. Ibnu Khaldun juga mengaitkan perubahan sistem sosial antara masyarakat dengan faktor persekitaran seperti iklim, tanah, makanan, sumber galian, kemampuan berfikir, jiwa dan emosi mereka. Ahli-ahli sosiologi dunia kini menggunakan kaedah yang ditinggalkan oleh Ibnu Kaldun dalam mengkaji sesuatu peristiwa sejarah. Hal ini demikian kerana, kaedah yang dibawa Ibnu Khaldn ini lebih teliti dan tepat berbanding dengan keadah lama yang hanya merekod sejarah tanpa memahami sebab-sebab sebenar yang menyebabkan sesuatu peristiwa berlaku.





Selain itu, Ibnu Khaldun telah meninggalkan teori yang amat berguna dalm mengkaji sesebuah usia kerajaan. Beliau membuat teori bahawa purata usia sesebuah negara bertahan dalam tiga generasi dan usia satu generasi bertahan selama 40 tahun. Ini bermakna purata usia sebuah negara 120 tahun. Usia tiga generasi pula, dibahagikan kepada empat tahap. Pertamnya ialah primitive, keduanya ialah pemilikan, ketiga beradab dan kemakmura. Tahap keempat pula ialah kelemahan dan kerosakan. Teori ini telah digunakan oleh ahli-ahli sejarawan dunia untuk menilai jatuh bangunya sesebuah kerajaan,





Selain itu, ideanya yang menarik dalam kitab Al-Muqaddimah mendorong para pengkaji dan pemikir untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan

sebelumnya seperti Al-Tabari dan Al-Mas’udi. Manakala, Dr. Bryan S. Turner, pakar sosiologi di Universiti of Aberdeen, Scotland dalam artikelnya “The Islamic Review & Arabic Affairs” telah mengulas tentang karya-karya Ibnu Khaldun. Beliau menyatakan, “Tulisan-tulisan sosial dan sejarah dari Ibn Khaldun hanya satu-satunya dari tradisi intelektual yang diterima dan diakui di dunia Barat, terutama ahli-ahli sosiologi dalam bahasa Inggeris. Salah satu tulisan yang sangat menonjol dan popular adalah Muqaddimah (pendahuluan) yang merupakan buku terpenting tentang ilmu sosial dan masih terus dikaji hingga saat ini”. Beliau juga mengangap Ibnu Khladun sebagai orang yang pertama yang mencuba menerangkan dengan lengkap evolusi dan kemajuan sesuatu masyarakat melalui sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku dan juga pengaruh persekitaran. Selain itu, Jamil Ahmad seorang ilmuan Pakistan melalui bukunya “Seratus Muslimin Terkemuka” menyatakan “cendikiwan-cendikawan barat terhutang budi pada rakyat Tunisia yang cendikiwan ini kerana bimbingannya dalam bidang sosiologi.





Sumbangan Dalam Ekonomi





Ibnu Khaldun merupakan seorang tokoh ekonomi Islam yang unggul mendahului tokoh-tokoh ekonomi barat seperti Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo (1772-1823). Beliau telah membahagikan sector ekonomi kepada tiga bahagian iaitu, sektor pengeluran, pertukaran dan khidmat awam. Dalam tulisanya beliau amat menitik beratkan soal ekonomi. Ini adalah kerana, menurut pandangan Ibnu Khladun, ekonomi yang baik dan makmur dapat memberi memberi kesenangan hidup kepada rakyat disamping dasar-dasar pemerintah yang baik. Keadaan ini akan melahirkan para perniaga yang baik dan berjaya. Beliau juga memberi panduan dalam bidang pencukaian. Pendapat-pendapat beliau dalam bidang percukaian telah mempengaruhi presiden Amerika Syarikat, Presiden Reagan untuk menggunakan pandangan percukaian Ibnu Khladundidalam pemerintahnya. Presiden Reagan dengan terang-terangan telah memuji pandangan Ibnu Khladun dalam bidang percukaian. Selain itu, Ibn Khaldun sempat memajukan beberapa perkara penting dalam bidang ekonomi dan teori kewangan. Beliau telah membuktikan bahawa dalam beberapa keadaan masyarakat, pendapatan kerajaan yang lumayan tidak akan menjejaskan ekonomi secara menyeluruh sedangkan dalam keadaan yang lain pula, sebuah kerajaan yang kurang makmur mengalami kemerosotan ekonomi disebabkan perbelanjaan kerajaan.



Sumbangan Dalam Penulisan





Ibnu Khaldun telah membawa satu penulisan yang baru dan diikuti oleh penulis-penulis buku kini. Itu penulisan autografi pengarang pada akhir buku. Ibnu Khladun melalui kitab agung nya Al-Ibar telah menuliskan autografi dirinya pada jilid tujuh, jilid terakhir daripada kitabnya itu. Beliau telah menceritakan sejarah hidupnya secara terperinci dan setiap peristiwa dalam hidupnya dicatat oleh Ibnu Khaldun. Antara yang ditulis oleh Ibnu Khladun ialah sejarah pendidikannya, jawatan-jawatannya dan peristiwa-peristiwa penting dalam hidupnya. Penulis-penulis buku telah meniru cara Ibnu Khladun ini. Cuba kita lihat pada buku-buku di pasaran. Di bahagian luar buku-buku pasti aka nada autografi si pengarang buku itu. Inilah antara perubahan yang dibawa oleh ibnu kahldun, si pemikir agung.





Bibliografi



Ahmad, J. (1988). Seratus Muslim Terkemuka. Kuala Lumpur: Syarikat S Abdul Majid.

Ali Abdul Wahid Wafi. (1985). Ibnu Khaldun : Riwayat dan Karyanya. Jakarta: Penerbit PT Grafitipers.

Azhar Hj. Mad Aros. (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Kertas 1 dan 2. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Shah Alam, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Fakhry, M. (1970). A History Of Islamic Philisophy. London: Longman Group.

H. Rus'an. (1985). Ibnu Khaldun Tentang Sosial dan Ekonomi : Beberapa Teori.Singapura: Kerjaya Printing Industries Pte. Ltd.Haddad, K. (2010). 12 Tokoh Pengubah Dunia. Kuala Lumpur: Must Read Sdn Bhd.

Halawah. (2010, May 14). Halaqah. Didapatkan Februari 19, 2011, daripada Ulama dan Tokoh: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6328.0Hapiz, A. H. (2007, Febuari). Ibnu Khaldun:Bagaiman Umurnya Dimanfaatkan. Majalah MAIS, pp. 21-23.

Ismail Yaakub. (1983). Muqaddimah Ibnu Khaldun : Suatu Pendahuluan. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Jamaludin, N. (2007, Julai). Ibn Khaldun Dan Muqaddimahnya. Al-Islam, pp. 54-55.

Khalid Haddad. (2010). 12 Tokoh Pengubah Dunia. Batu Caves, Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Mahadi Shuid, Rumaizudin Ghazali, Haslina Mansor. (2006). Teks Pra-U STPM : Tamadun Islam. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.Syed Othman Al-Habshi, N. M. (1995). Islamic Civilization:Present and Future Challanges. Kuala Lumpur: IKIM.

























Posted by milandow at 19:14

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestNo comments:



Post a Comment





Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom) DeMi MaSa

LeTs Share

Followers

Blog Archive

▼ 2011 (12)

► September (1)

► August (1)

▼ July (3)

IKLIM-IKLIM SEKOLAH YANG DAPAT MENYUMBANG KE ARAH ...

IBNU KHALDUN

Plus Minus Interesting (PMI) Implikasi Teori Behav...

► June (2)

► May (5)

About Me



milandow View my complete profile



Picture Window template. Powered by Blogger.

Arak : Pendirian Islam Liberal - oleh Khalid Samad

Arak: Pendirian Islam Liberal?

Posted on Thursday, October 16 @ 09:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu







Oleh Khalid Samad



Ada yang menegur saya dengan mengatakan pendirian saya berhubung Oktoberfest adalah pendirian ‘Islam Liberal’. Saya agak terkejut atas teguran ini dan ianya adalah bukti bahawa yang menegur saya tidak memahami apa yang dikatakannya sendiri. Oleh kerana kelihatan agak ramai yang tidak faham, maka saya ingin perjelaskan di sini apa itu sikap Islam Liberal berhubung arak.



SIKAP ISLAM LIBERAL BERHUBUNG ARAK

Islam Liberal menganggap bahawa arak itu haram atas sebab ianya memabukkan. Oleh itu dirasionalkan bahawa kemabukan adalah masalah sebenar dan bukan arak itu sendiri. Maka dirumuskan seterusnya bahawa sekiranya tidak mabuk maka ianya tidak haram. Oleh itu dikatakan meminum arak itu halal bagi ummat Islam sendiri selagi tidak mabuk. Kalau bagi orang Islam dianggap halal selagi tidak mabuk, sudah pasti mereka lebih Liberal terhadap yang bukan Islam. Itu pendirian Islam Liberal.



SIKAP ISLAM EKSTRIMIS/CHAUVANIS BERHUBUNG ARAK

Pada masa yang sama ada juga sikap Islam ekstrimis/chauvanis. Islam ekstrimis/chauvanis menganggap arak itu haram bagi ummat Islam dan oleh kerana ianya haram bagi ummat Islam, maka bukan Islam pun tidak boleh minum arak kerana perlu hormat kepada orang Islam. Maka Islam ekstrimis/chauvanis menganggap arak itu haram untuk orang Islam dan oleh itu maka juga haram bagi orang bukan Islam. Mereka menjustifikasi pendirian mereka atas hujjah sekiranya ianya dibenarkan maka Allah akan turunkan bala ke atas masyarakat keseluruhannya. Maka atas hujjah umum sebegitu hak bukan Islam disekat dan orang bukan Islam ditindas.



Bagi golongan ini persoalan hak dan sebagainya tidak merupakan persoalan utama. ‘Hak’ mengikut mereka adalah ciptaan barat. Mereka tidak memahami bahawa tindak tanduk mereka menjadi faktor penghalang masyarakat bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri menolak Islam. Soal ‘bil hikmah’, ‘jaadilhum allati hiya ahsan’ dan sebagainya adalah tidak lagi releven. Yang penting adalah ketundukan manusia kepada Islam samada secara rela atau paksa!



Maka akhirnya isunya berubah dari soal hak meminum arak bagi yang bukan Islam kepada ‘kekuasaan Islam’ yang semua perlu tunduk padanya. Apabila dilihat dari sudut ini maka akan tercetus perbalahan di antara yang Islam dan bukan Islam kerana masing-masing ingin mempertahankan hak dan kekuasaan masing-masing. Suasana sebeginilah yang merupakan suasana yang subur untuk munculnya golongan seperti ISIS dan ISIL. Inilah sikap Islam ekstrimis/chauvanis.



SIKAP ISLAM BERHUBUNG ARAK

Apa pula pendirian Islam yang sebenar? Pendirian Islam adalah arak itu haram bagi ummat Islam. Hukum bagi yang bukan Islam pula adalah berdasarkan ajaran agama mereka. Sekiranya ianya haram mengikut ajaran agama mereka maka ianya haram ke atas mereka dan ketua-ketua agama mereka hendaklah bersuara mendorong penganut agama mereka supaya menjauhkan diri mereka dari meminum arak. Mungkin ianya boleh dikuat-kuasakan dengan kerjasama kerajaan seperti mana dengan ummat Islam. Samada ianya haram atau tidak mengikut ajaran agama mereka perlulah ditetapkan oleh ketua agama mereka, BUKAN ditetapkan oleh orang Islam.



Sekiranya ianya tidak haram mengikut agama mereka maka mereka dibenarkan meminum arak, lebih-lebih lagi sekiranya ianya dilakukan secara tertutup dan peribadi. Sekiranya ianya ingin dilakukan melalui sesuatu majlis, samada dalam perayaan keagamaan atau kebudayaan, maka mereka hendaklah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa dan mengikut apa jua syarat yang ingin dikenakan oleh pihak berkuasa. Syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) mencerminkan waqi’ masyarakat dan persekitaraan di mana majlis tersebut ingin diadakan.



Syarat yang dikenakan akan mengambil kira waqi’ masyarakat dan persekitarannya. Dalam persoalan ini perlu saya jelaskan bahawa suasana masyarakat Kelantan jauh berbeza dengan suasana di Selangor. Maka syarat yang dikenakan di Kelantan akan pasti berbeza dengan syarat yang dikenakan di Selangor. Di sini terletaknya ‘keanjalan’ Islam. Syarat ini merupakan persoalan ‘ijtihadiyyah’ dan oleh itu boleh berbeza dari satu tempat ke satu tempat mengambil kira keadaan dan kebiasaan.



Ada yang menghantar kepada saya tulisan berhubung beberapa fatwa yang pernah dikeluarkan mengikut Mazhab berhubung syarat yang dikenakan ke atas masyarakat bukan Islam menjual dan meminum arak pada ketika itu. Mungkin mereka yang menghantar maklumat ini kepada saya tidak sedar bahawa waqi’ masyarakat Selangor sekarang ini juah berbeza dengan waqi’ masyarakat pada zaman kerajaan Abasiyyah. Oleh itu ijtihad yang dibuat oleh ulama’ pada ketika itu dalam soal syarat yang perlu dikenakan ke atas masyarakat bukan Islam dalam soal meminum arak adalah sesuai dengan realiti atau waqi’ masyarakat masa itu.



Sebagai gerakan Islam, cabaran yang dihadapi PAS adalah untuk mempengaruhi waqi’ dan kefahaman masyarakat sehingga arak dilihat sebagai sesuatu yang mampu merosakkan masyarakat. Ini diusahakan melalui kerja dakwah dan penerangan. Apabila waqi’ masyarakat berubah sehingga meminum arak dianggap sesuatu amalan yang negatif, maka syarat yang akan dikenakan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan semakin ketat dan sukar dengan persetujuan semua pihak. Ini samalah dengan persoalan merokok dan proses pengawalan amalan merokok yang semakin ketat. Pokoknya ini semua perlu berlaku melalui proses ‘persuasion’ iaitu pujukan/penghujjahan dan bukan ‘coercion’ atau paksaan.



Pada masa sama kita bertanggung jawab untuk menyakinkan yang bukan Islam akan jaminan keadilan Islam terhadap mereka bahawa hak mereka tidak akan dicerobohi. Jangan sekali-kali diberikan gambaran bahawa Islam ingin menundukkan mereka tetapi sebaliknya membela dan melindungi mereka. Ini termasuk hak mereka untuk mengikuti ajaran agama mereka dan apa yang dianggap halal dan haram bagi mereka mengikut agama mereka.



WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD



Monday, October 13, 2014

Satu Pengalaman Di Segi Tiga Bermuda

Pengalaman Di Segi Tiga BermudaPosted on Monday, October 13 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

Umum 


Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari itulah aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik malaysia selendang ayu. pada hari itu juga adalah pengalaman pertama utk tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui pelayar-pelayar dari malaysia.
Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan aku,bahtiar dan ramzul utk mengendali kes ini. Apabila kami ditugaskan tanpa membuang masa kami terus bersiap utk ke pelabuhan labuan dimana tempat kami akan berlepas. perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.

Petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo selendang ayu yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut disana. pihak Malaysia begitu perihatin utk membantu walaupun bahamas adalah dibawah pemerintahan amerika namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita tetap membantu.

Aku,ramzul dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa la jugak. tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni. aku termenung seketika diatas tilam tempat bahtiar berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang termenung itu disedari bahtiar lalu dia menegur. "weh apsal ko termenung bro"? sapa bahtiar sambil menolak bahuku. 

"Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard depa senjata pon ada. jawab aku dengan penuh hairan. "Entah la aku pon pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni"? sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar menempik dalam nada yang sederhana "weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to kene lalu segitiga tu baru sampai sana"? kata bahtiar. "ha ah la mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah menyesal la pulak aku join cover ni" kata ramzul. Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang kapal ni akan melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma tenteramkan mereka yang nampak gelisah.."segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima yang korank risau apehal"? seloroh aku.. "ye la kamu jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu". kata-kata ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. " dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita apa disini.. kita lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang didalam kesusahan" madah aku dengan penuh yakin.

Perjalanan kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut. apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera marin ataupon penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.

Apabila kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah dia laluan segitiga bermuda.

Bahtiar dan ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. " apa... kapten tak berasa risau melalui laluan ni"? tanyaku dengan penuh berani. "ini pertama kali saya mengikuti laluan ni... sebelum ini kawan saya yang juga kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini. sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan" kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan.

Aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.

Ramzul dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya melayu dan seorang adalah berbangsa sigh. dalam penghayatan aku di lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju " weiii.. korang nampak tak kat sana?" tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam. " mana tak ada apa2 pon" pintas ramzul. " ada aku mmg nmpak tadi" yakin kata2 bahtiar itu. " apa yang kamu nampak" kata ku. ''aku nmpak kapal'' jawab bahtiar. "Ahhh.. kapal pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini'' pintas ramzul lagi. '' takk..aku nampak kapal zaman portugis'' yakin bahtiar lagi. '' biar betul kamu ni bahtiar''? tanya ku dengan penuh kepastian.

Aku sekali lagi mengaamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin tebal dan hitam. tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. " ramzulll.. minorrr'' jerit aku meminta ramzul teropong. ramzul segera memberi padaku beliau pon sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui perairan atlantik ini utk mendarat di bahamas .



Hati aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang ternampak dimata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. mereka semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo kami ini setara sahaja. sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat manusia pon didalam kapal tersebut.

Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan kapten zulfakar dalam keadaan cemas.. '' apa yang terjadi kapten''? "entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas didepan kapal seperti dinosour tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri'' kata kapten zul. aku melihat kembali di luar.. kapal santa maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini. Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka.

Aku turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka.. alhamdulillah mereka sedar.. '' apa yang kita nak buat ni?'' kata bahtiar. angin semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan... para pasukan keselamatan pon bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku melihat kedepan '' ahh kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu yang datang menghampiri '' kata ku. sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil. ''ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya" kataku di hati kecil". dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh kami seperti gelombang magnetik dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.

kilat terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan. aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata "cepat AZAN.. tengok tuu" kapten menunjuk jari ke depan .. ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak bergerak. tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini.. tengahku bertarung nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara yang ramai melaungkan Azan.. dan sekali gus didalam kapal itu bergema Azan.. selesai Azan telingaku seperti jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi " Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun " diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon melafazkannya dengan izin Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus menguasai lautan. pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata " TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR KEHADRATMU" krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa tidak bermayanya aku.

Keadaan pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak teruurus. apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari mulut penduduk itu sendiri dimana perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja. lautan atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik. perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 yassin itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi. yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat kebesaran yang benar dari Allah yang Maha Esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3 minggu belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa berada di lautan Atlantik.. ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR.. wassalam...


Sumber http://infosahih.blogspot.com/2014/10/pengalaman-ngeri-rakyat-malaysia-di.html#sthash.0dvRU795.dpuf



Nabi Idris Manusia Pertama Menulis Dengan Kalam

Posted on Monday, October 13 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Selongkar

Nabi Idris a.s diutus oleh Allah SWT untuk mengingatkan umat keturunan Qabil yang telah bersikap derhaka. Idris merupakan keturunan keenam Nabi Adam a.s. Dalam kalangan bangsa Ibrani, ia dikenal dengan nama Khunuh. Idris belajar agama sejak kecil daripada Nabi Syits, anak lelaki Nabi Adam.



Idris berdakwah kepada kaumnya dengan gigih sehingga menerima gelaran Asad al-usud, yang bererti “singanya singa”.

Ketika Nabi Muhammad SAW melakukan Israk Mikraj, baginda bertemu dengan Nabi Idris di langit keenam. Ketika itu Nabi Idris tidak banyak diceritakan di dalam al-Quran. Namanya hanya disebut dalam surah Maryam ayat 56-57 dan surah al-Anbiya’ ayat 85-86.

Nabi Idris merupakan manusia pertama yang dapat menulis dengan kalam (alat tulis yang diperbuat daripada buluh). Idris dikurniai Allah SWT dengan beberapa kepandaian dan kemahiran. Ia menguasai ilmu hisab, ilmu haiwan, menunggang kuda, dan menjahit pakaian.

Selain itu, Idris jua amat tekun dalam sesuatu pekerjaan atau usaha yang dilakukannya. Ia belajar membaca dan menulis tanpa mengenal waktu dan tempat. Sejak kecil, Idris telah pandai membaca Sahifat (lembaran/helaian bertulis) yang diajarkan oleh Nabi Syits. Idris menerima wahyu daripada Allah SWT melalui Malaikat Jibril dengan 30 Sahifah. Isinya adalah ajaran agama yang harus disampaikan Idris kepada umatnya.

Dikunjungi Izrail

Malaikat Izrail pula amat mengagumi kepandaian Idris. Ia ingin mengenal Idris dengan lebih dekat. Dengan menyamar sebagai manusia, ia bertandang ke rumah Idris. Setelah berkenalan, Idris mempersilakan tamunya itu menginap di rumahnya. Mereka kemudiannya beribadah dengan tekun.

Idris meminta tamunya itu menikmati semua yang ada di rumahnya, tetapi Izrail menolaknya dan hanya ingin beribadah. Idris berasa hairan dan bertanya siapa sebenarnya tamunya itu. Si tamu menjawab bahawa dia adalah Izrail, malaikat pencabut nyawa.

Ketika umat Nabi Idris derhaka, Allah SWT menurunkan azab kepada mereka. Beberapa waktu negeri mereka dilanda kemarau. Aktiviti pertanian terhenti dan banyak haiwan ternakan yang mati. Untuk memperkukuhkan imannya, Idris memohon kepada Allah SWT agar diizinkan untuk melihat syurga dan neraka. Allah SWT memenuhi permohonan Idris itu.

Bersama Izrail, Idris mengunjungi neraka dan melihat api neraka yang menjulang serta berbagai-bagai bentuk seksaan di dalamnya. Kemudian Izrail membawa Idris ke syurga. Di sana Idris bertemu dengan Malaikat Ridzuan dan melihat nikmat yang diberikan Allah SWT kepada para penghuni syurga.

Oleh kerana sebahagian umatnya kufur, Idris mengajak para pengikutnya yang beriman meninggalkan negeri mereka. Pada awalnya mereka keberatan kerana khuatir negeri baharu yang akan mereka huni tersebut tidak sesubur negeri mereka.

Bagaimanapun, Idris dapat meyakinkan umatnya yang beriman itu sehingga mereka mengikut Idris berhijrah ke Mesir.

Tewaskan iblis

Pada suatu ketika Idris digoda syaitan/iblis. Ketika Idris sedang menjahit baju, tiba-tiba datang syaitan dengan menyamar sebagai seorang lelaki. Iblis itu membawa sebiji telur. Ia mencabar Idris supaya meminta Tuhannya memasukkan dunia ke dalam telur itu. Permintaan tersebut dimaksudkannya untuk membuat Idris berasa ragu-ragu akan ‘kemampuan’ Tuhannya.

Bagaimanapun, dengan tegas Idris menjawab bahawa Tuhannya bukan sahaja mampu memasukkan dunia ke dalam telur, tetapi juga ke lubang jarum. Lalu dengan jarumnya, Idris mencucuk mata Iblis. Iblis mengalah dan terus menghilangkan diri.

*Sumber dari www.suatuperjalananmaya.com

Bangkit mempertahankan Kepimpinan Ulamak tanggungjawab kita

Posted on Friday, September 05 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 
oleh Roslan SMS



Posting terakhir saya “Jangan izinkan bahtera ini dibocorkan” ternyata mengundang minat beberapa kalangan. Saya tidak menulis fiksyen apa lagi dongeng, saya bukan penulis upahan yang menulis ikut selera Tuannya (banyak Tuannya bayar dia menjelir lidah sambil menggoyangkan deras ekornya, tapi bila tak bayar akan digigit tuannya sampai lumat), saya sekadar menitipkan realiti yang berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku jika kita tidak berhati-hati. Di masjid ketika mahu solat Jumaat tadi seorang Ketua PAS Cawangan mengucap tahniah atas posting saya itu dan bertegas menyatakan PAS harus terus berjuang atas matalamat “Islam”.

Saya percaya ramai ahli, penyokong dan mereka yang simpati pada PAS dan perjuangan Islam mahu PAS kekal berterajukan para ulamak dalam mendepani perjuangan Islam di Malaysia. PAS dengan kepimpinan ulamak yang menempatkan Majlis Syura Ulamak (yang terdiri dari cerdik pandai Islam yang paling berkelayakan) sebagai badannya yang tertinggi sesungguhnya disegani dan dihormati ramai, kerana ialah satu-satunya gerakan Islam yang masih kekal istiqomah dalam mahu membawa perlaksanaan Islam secara syumul dalam Negara.
Namun PAS bukanlah gerakan teokrasi atau sesuatu yang mirip Mullah Syiah di Iran.
PAS adalah parti politik yang berdaftar yang menerima siapa sahaja yang mendukung dan menyokong dasar perjuangannya. Jangankan para ulamak dan professional, yang tiada pendidikan tinggi, yang tiada pendidikan langsung, yang kaya, yang miskin, yang buta yang celik, semuanya boleh menjadi ahli dan penyokong PAS selagi mana ia berpegang kepada dasar dan matlamat perjuangannya. Malah yang bukan Islam, menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS pun boleh bersama kerana sayang dan cinta pada PAS.
PAS berbeza dari yang lan kerana ia meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya, dan dalam waktu yang sama menobatkan para ulamak sebagai teras kepimpinannya.
Jadi sebenarnya tidak ada ulamak dan professional dalam PAS, yang ada adalah mereka yang ikhlas (ulamak atau professional atau yang tidak ulamak dan tidak professional) mahu memperjuangkan Islam dan berpegang teguh kepada al Quran dan as Sunnah yakni rujukan tertinggi PAS. Oleh kerana rujukan tertinggi PAS adalah yang demikian, bukannya tulisan Smith, Marx atau Keynes atau Rousseau atau Shaw maka yang berada di baris hadapan yang memimpin dan memberi tafsir kepada PAS adalah para ulamak (dalam hal ini lebih tepat lagi Majlis Syura Ulamak), sesuatu yang diterima dan diiktiraf apabila kita duduk di bawah panji-panji PAS.
Kalau seseorang mendakwa diri menjadi ahli hatta pemimpin PAS sekalipun tetapi tidak dapat menerima apa lagi thiqah kepada Majlis Syura yakni kepimpinan ulamak, malah memandang pula mereka sebagai tidak mahir dan lekeh, jelas orang atau pemimpin inilah yang bermasalah. Dia samada telah terlalu besar kepala dan nafsunya atau lebih tepat lagi sudah tidak sesuai, tidak kena tempat untuk duduk di bawah panji-panji PAS.
Oleh itu tak perlulah terbit dengan imaginasi atau dongeng yang kononnya ada projek “Langgar Golongan Profesional” dalam PAS. Kemudian nak dilebih sedapkan lagi dipercik dan digumpalkan rempah-rempah kononnya mahu dekat dan duduk bersama Umno semata-mata untuk melahirkan kebimbangan, kemarahan dan mungkin kebencian ahli-ahli PAS pada golongan Ulamak.
Benar sekarang ini ada gerakan untuk menyatakan taat setia dan thiqah secara terang-terangan kepada Tuan Guru Presiden PAS dan Majlis Syura Ulamak PAS, kerana apa, kerana ahli-ahli semua peringkat mahu PAS terus kekal memperjuangkan Islam berteraskan kepimpinan ulamak. Mungkin ada individu, pihak atau puak merasakan lantaran gelombang ini diri dan puak mereka dilanggar, sedarlah, jika mereka merupakan dalang atau aral yang membocorkan bahtera jemaah atau punya agenda menjatuhkan kepimpinan Ulamak untuk menjadikan PAS lebih liberal, lebih moderat lebih pragmatis ikut suasana maka tidak kiralah samada mereka professional, ulamak, atau siapa sahaja, mereka memang wajar dilanggar dan ditunjukkan jalan keluar dari PAS.
Mengapa mahu dijolokkan fitnah kononnya institusi tertentu dalam PAS (sebut sahaja ulamak) mahu bawa keluar PAS dari Pakatan. Apakah matlamat menghamburkan fitnah demikian? Supaya ahli marah, supaya ahli berubah selera menyokong puak-puak seumpama mereka begitu?
Majlis Syura Ulamak telah menegaskan bahawa PAS kekal dalam Pakatan. Namun kerana PAS adalah rakan kongsi dalam Pakatan yang punya hak yang sama atas konsep konsesus bersama, maka sudah pasti dan tidak salah apabila PAS memberi tafsir akan satu-satu isu itu selari dengan dasar perjuangannya. Adakah apabila kita berbeza, maka dikata ada pihak mahu bawa PAS keluar Pakatan, begitu?
Takkanlah PAS hanya menjadi tukang angguk, mengiakan apa sahaja sedangkan, dasar yang didukungnya begitu besar dan berharga. Bukan professional malah bahlul kalau kita jadikan PAS begitu.
Ada yang punya keyakinan bahawa jika PAS kekal begini, maka ia tidak dapat menang besar. Kalau kerana berpegang pada Islam maka PAS didakwa akan kalah, biarlah, kerana Islam bagi kita yang ikhlas samada professional, ulamak atau apa sahaja lebih mahal dan berharga dari dunia dan segala isinya.
Bagi mereka yang menambatkan diri pada perjuangan Islam PAS ini, mereka insaf bahawa diri dan individu tidak penting dalam perjuangan ini. Yang penting adalah dasar dan matlamat perjuangan. Menang kita bukan atas kehebatan individu atau mana-mana kumpulan dan segmen, tetapi menang adalah atas dasar pertolongan Allah swt. PAS pernah menang besar dan pernah kalah, tetapi semuanya diterima dengan tenang malah jiwa yang besar kerana matlamat perjuangan adalah redha Allah swt.

Kalau dari ukuran moden dan logik akal atau kajian dan analisa bijak pandai mungkin kita yang berkata demikian akan dituduh akan dikira bodoh, tetapi renunglah kata-kata hikamh Almarhum Prof Zulkiflee Mohammad ketika beliau Timbalan Presiden PAS hampir 50 tahun dahulu:
“Saya perlu memberitahu saudara satu daripada syarat kejayaan bagi satu perjuangan ialah keikhlasan. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa,  mungkin tidak kuat. Tetapi keikhlasan ada pada kita, maka ada harapan cita-cita ini dapat dilaksanakan. Tidak ada gunanya kita cerdik , pandai, kuat, sekiranya kita tidak ikhlas apa yang diperjuangkan. Kita sucikan tujuan kita kepada itu. Kita ketepikan kepentingan yang lain dari itu, ini perlu pada kita. Keikhlasan yang tidak ada belah baginya  lagi. Keikhlasan yang tidak mengira yang lain selain dari apa-apa yang kita tuju di dalam perjuangan asal kita. Kejayaan orang yang dahulu pada  diri kita, semuanya pada keikhlasan. Amat perlu keikhlasan ini, kita tanam, kita pupuk pada diri kita”.
Dan saya meminjam tulisan YB Ustaz Idris Ahmad Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat:
“Jamaah tidak boleh bergerak seandainya tidak ada semangat ikhlas di kalangan anggota dan pimpinan. Semangat ikhlas inilah yang berjaya dilahirkan dalam tarbiah Pas sehingga mereka berjuang bukan kerana individu tetapi kerana Islam dan jamaah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Pas telah berjaya menanamkan kefahaman Islam sehingga melahirkan ahli yang ikhlas kepada Allah SWT dalam perjuangan. Inilah kejayaan tarbiah yang dianjurkan oleh Pas. Tidak hairanlah kepada kita beberapa orang pemimpin tertinggi  Pas yang telah mengkhianat perjuangan namun ahli Pas tidak pernah mundur walaupun setapak, malahan ini dianggap sebahagian daripada tarbiah untuk melihat sejauhmanakah mereka yang telah tahan diuji semasa dalam perjuangan.”
Kesimpulannya marilah kita bersama-sama memastikan satu-satunya gerakan Islam di Malaysia ini iaitu PAS kekal relevan bertunjangkan kepimpinan ulamak yang sama-sama kita hormati dan segani. Biarlah kita ikhlas walau kelihatan tidak bijak pada mata mereka yang jahil, tetapi di sisi Allah swt kita dilihat ikhlas dan terus diberkati.
Kita akan berdiri ikhlas mempertahankan Tuan Guru Presiden PAS, Majlis Syura Ulamak PAS, dasar dan matlamat perjuangan PAS samada kita menang atau syahid.


Sunday, October 12, 2014

Memerangi Ketagihan Arak Menegakkan Hukum Islam - Teks ucapan penuh YB Dr Siti Mariah Mahmud : MP Kota Raja pada sessi perbahasan di Parlimen petang semalam. ( 11 Okt 2014 )

Memerangi Ketagihan Arak Menegakkan Hukum IslamPosted on Monday, October 13 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Artikel 

Tuan Yang Di Pertua, terima kasih kerana memberi peluang saya menyampaikan ucapan menjunjung kasih kepada SPB diatas ucapan baginda. Baginda sungguh prihatin dengan pembangunan  modal insan Negara yang tercinta ini. Tidak dapat dinafikan yang kelangsungan atau dengan izin, survival, Malaysia bergantung kepada Modal Insan yang bukan sahaja berpengetahuan tinggi, berkemahiran dan  berakhlak mulia tetapi juga mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang mantap. Itulah sebabnya maka Kerajaan memperuntukkan wang yang banyak untuk menjaga kesihatan rakyat dan membasmi segala macam jenis penyakit yang menggugat kesejahteraan rakyat.
Namun bukan sahaja saya tetapi ramai lagi rakyat di luar sana dan di dalam dewan ini  mengeluh kenapa kerajaan telah sekian lama mengabaikan satu unsur penyakit ia itu ketagihan arak atau dengan izin, alcoholism. Arak, dadah dan rokok adalah tiga dadah merbahaya. Satu dunia tidak dapat menyangkalnya lagi. Bukti saintifik sudah lebih daripada mencukupi untuk membuktikan ke-3 bahan ini merosakkan akal dan jasad manusia, namun undang-undang membezakan di antara ke-3 bahan ini. Sementara dadah di sebut sebagai najis dan diharamkan dan boleh dihukum mati jika mengedarnya, rokok pula dikenakan cukai yang tinggi dan ada usaha (walaupun pada saya, ianya tidak memadai) untuk memberi amaran kepada perokok tentang bahayanya pada kotak-kotak rokok. Tapi apa sudah jadi dengan minuman keras? Kenapa minuman keras mendapat layanan istimewa? Alkohol diklasifikasikan sebagai dadah psikoaktif mempunyai cirri-ciri “depressant/kemurungan”, ketagihan dan menyebabkan daya tumpuan berkurang. Dadah-dadah lain yang mempunyai kesan ini memerlukan preskripsi doktor untuk membelinya.

Walaupun seksyen 2(1) Akta Kastan 1967, mentakrifkan  “liquor” yang memabukkan (intoxicating liquor)  termasuklah apa-apa alkohol atau apa-apa cecair yang mengandungi lebih dari 2% spirit pruf (saya difahamkan ialah alkohol mutlak/ethyl alcohol) , yang sesuai, atau bermaksud untuk, atau yang boleh dengan apa-apa cara di ubah lagi bagi, digunakan sebagai minuman , Akta Eksais (Akta 176) pula dalam seksyen 32 (1) telah memberi pengecualian kepada penjualan minuman beralkohol seperti bir (ale, stout, porter)  atau todi atau arak natif (sabah) ianya kesemua jenis arak tapaian atau yang di hasilkan oleh proses pemeraman. Ini bermakna penjualan runcit kecil-kecilan tidak melebihi kuantiti yang ditetapkan boleh dijual di kedai-kedai tanpa perlesenan.

Bir dan todi mengandungi alkohol melebihi 2%.  Saya diberitahu yang bir mengandungi dalam sekitar 5-8% kandungan alkohol. Sudah tentu boleh memabukkan. Dalam Seksyen 32 (3) pula memberi kuasa mutlak kepada Menteri (Kewangan) untuk membenarkan sesiapa sahaja menjual secara runcit apa-apa liquor yang memabukkan!  Sungguhpun Peraturan Eksais 7A untuk penjualan apa-apa liquor telah menghadkan jualan kepada seseorang berumur bawah 18 tahun, kadar pematuhan dan penguatkuasaan amatlah mengecewakan.

Disebabkan pengecualian ini bir mudah didapati di merata-rata tempat di seluruh Malaysia. Dengan pengecualian ini juga pihak PBT tidak boleh menghadkan penjualan bir dan minuman seangkatan dengannya sekiranya kedai menjual secara runcit mengikut takrifan undang-undang. Saya kira, hanya kerajaan Kelantan yang  berani membuat keputusan menghadkan penjualan arak di premis-premis tertentu.

Kerajaan Kedah pula tidak mampu membuat perubahan di Langkawi kerana seksyen 32(1) (c) memberi pengecualian kepada kedai runcit bebas duti yang dilesenkan dibawah seksyen 65(D) Akta Kastan 1967.

Tuan Yang di Pertua,
Saya meneruskan hujjah saya kenapa kerajaan perlu serius melihat isu arak ini dengan lebih mendalam dan diakhir hujjah ini saya akan mengutarakan beberapa cadangan kepada kerajaan hari (the government of the day). Sekiranya saya memerlukan masa yang lebih, dengan izin, please be lenient with me, only this time.

 Saya mahu pihak kerajaan tahu yang rakyat, yang Islam dan bukan Islam sebenarnya  akan berada dibelakang kerajaan untuk kerajaan mengorak langkah membuat satu polisi minuman keras yang melindungi rakyat terbanyak dan tidak hanya membuka peluang yang begitu luas kepada perusahaan minuman keras. PAS sudah tentu akan menyokong apa-apa pindaan kepada undang-undang untuk mengawal lebih ketat penjualan dan pengambilan arak dan menangkis sanggahan yang mengatakan pengawalan penjualan arak menafikan hak asasi manusia dan hak bukan Islam.

 Tuan Yang di Pertua,
Untuk sedikit makluman Dewan, Minuman keras terbahagi kepada 3 kategori besar. Bir, Wain dan Spirits – klasifikasi dibuat bergantung kepada kandungan alkohol atau alcohol by volume (ABV). Spirit mengandungi kandungan alkohol yang tinggi bermula dari  20%  dihasilkan dari proses penyulingan dan penuaan. Sementara bir dan wain yang dihasilkan melalui proses pemeraman atau penapaian mengandungi ABV dari 1% ke 20%. Kesemuanya cecair memabukkan mengikut takrifan di dalam Akta Kastan 1967.

Tuan Yang di Pertua,
Tidak ramai rakyat Malaysia tahu yang kita menduduki tangga ke-10 tertinggi/terbesar dalam pengambilan alkohol di dunia, walaupun Negara kita mempunyai hanya 26  juta orang penduduk dan sebuah Negara yang kecil.  Setiap tahun, rakyat Malaysia membelanjakan USD 500 juta membeli alkohol. Walaupun secara purata pengambilan  alcohol jatuh sebanyak 7 L per kapita, mereka yang mengambil alcohol sebenarnya adalah peminum tegar. Dikalangan rakyat Malaysia, kaum India walaupun 8% daripada kependudukan Negara ini merupakan peminum alcohol berat dengan kadar melebihi 14 L alcohol mutlak setahun. Kerajaan mungkin menganggap ketagihan arak di kalangan kaum India sebagai satu masalah unik kaum India dan tidak memberi perhatian langsung kepada masalah ini dan meninggalkan isu ini ditangani oleh NGO. Di sebalik ketagihan arak kaum India  ialah masalah kemiskinan dan kemelaratan hidup. Saya tidak berniat untuk mengupas isu ketagihan arak dikalangan kaum India sekarang  Cuma ingin berkongsi pengalaman dengan Dewan ini. Setelah saya memenangi parlimen Kota Raja dalam PRU lepas, saya di datangi beberapa kumpulan yang terdiri dari kaum India meminta saya menangani masalah ketagihan arak dikalangan kaum India di dalam kawasan. Mereka meminta PAS mengawal jualan arak di kawasan yang saya menangi sepertimana dilakukan di Kelantan. Mereka menjamin, kaum wanita India akan meneruskan sokongan sekiranya perkara ini boleh dilakukan kerana kaum wanita dan anak-anak menjadi mangsa penderaan apabila sang suami mabuk.

Kadar pengambilan bir di Malaysia pula menyamai Negara-negara Eropah ia itu 11 L per kapita. Umur purata ketagihan arak ialah 22 tahun dan umur pertama rakyat mula terdedah kepada pengambilan alkohol semakin awal dalam kehidupan. Apa akan jadi kepada modal insan Negara apabila belia dan remaja menjadi peminum arak dan kemudiannya menagih arak. Pengiklanan dan promosi agresif syarikat-syarikat minuman keras seperti Carlsberg dan Guiness menggunakan pendekatan penajaan sukan tertentu  dan mengeksploitasi wanita muda seksi untuk mendedahkan orang-orang muda kepada minuman syaitan ini. Carlsberg telah menjadi penjadi penaja utama Maybank Malaysian Open Golf 2010. Dalam  satu kenyataan Pengarah Urusan Carlsberg Malaysia, di antaranya, “ We wanted to treat our consumers to an exclusive experience of Maybank Malaysia Open…….There was an abundant flow of Carlsberg beer throughout throughout the day” dan seterusnya. Ia nya satu kenyataan terbuka yang mahu menggalakkan orang muda golongan atasan dan berada untuk mencuba minuman syaitan ini. Yang berhormat sekelian boleh melayari internet sendiri untuk mendapat maklumat selanjutnya.

 Jumlah rakyat yang mengambil alkohol juga kian bertambah saban hari. Namun tiada statistic resmi dari pihak kerajaan. Saya harap satu kajian menyeluruh dibuat untuk mengetahui status sebenar permasalahan ini. Para pemimpin perlu juga tahu Malaysia sekarang menjadi hub arak ke Negara-negara Asia. Pemasaran arak di Eropah dan Amerika sekarang sudah tepu, maka mereka menoroka pasaran baru di rantau ini. Maka kita tidak hairan syarikat-syarikat besar seperti Carlsberg dan Guiness sanggup menanam modal berjuat-juta di Negara kita tetapi sanggupkah rakyat Malaysia melihat Negara kita satu hari dikutuk dan dilabel sebagai Negara Islam yang bersubahat dengan kesengsaraan beribu-ribu nyawa di rantau ini. Sekarang ini pun Malaysia sudah terpalit dengan label pusat pemerdagangan manusia terutama wanita dan kerajaan berhempas pulas untuk membersihkan nama Malaysia. Kita tidak akan terdaya membersihkan nama sekiranya perusahaan arak digalakkan dan ada  facts and figures untuk membuktikannya.

Kesan Alkohol
Kesan negatif pengambilan alkohol terhadap otak melebihi kesan positif yang bersifat sementara. Kesan utama ke atas otak manusia menyebabkan proses kognitif iaitu di antaranya persepsi, tumpuan, kesedaran, keupayaan berfikir, kecerdasan dan banyak lagi fungsi otak terganggu yang sering disebut sebagai keadaan mabuk. Akibat daripada gangguan fungsi normal otak ini menyebabkan fungsi akal yang waras terganggu dan maka berlakulah kemalangan jalan raya, penderaan isteri dan anak, pergaduhan serta banyak lagi kesan negatif ke atas diri peminum, keluarga dan masyarakat yang ahli yang berhormat semua sedia maklum. Kesan jangka panjang menyebabkan kerosakan organ tubuh termasuk hati dan otak sudah memang diketahui dalam dunia perubatan. Ketagihan arak atau alkohol tidak jauh bezanya dari ketagihan najis dadah.  

Saya tidak akan mampu menceritakan tentang kesan alkohol dalam Dewan ini. Saya harap Ahli-ahli yang berhormat dapat membaca satu artikel yang di tulis oleh Prof Madya Dr Azizi Yahya, Fakulti Pendidikan, UITM yang menyerlahkan kesan negatif  alkohol secara ilmiah.

Nilai Ekonomi Perniagaan Arak
Kutipan cukai dari perniagaan arak meningkat kepada RM 817 juta pada tahun 1996 dari  RM 769 juta pada tahun 1994. Berapakah nilai kutipan cukai minuman keras agaknya sekarang?  Menteri Kewangan di dalam jawapan bertulis mengenai nilai cukai import minuman keras  dari tahun 2004 ke 2008  menyatakan nilai cukai import masa itu ialah RM442.6 juta. Nilai eksport minuman keras pula RM1.1 billion.

Pada tahun 1995 terdapat 2,360 premis awam yang dilesenkan menjual minuman keras.  Angka ini dikatakan telah berganda pada tahun berikutnya (1996). Ini tidak termasuk premis atau kedai-kedai runcit yang menjual minuman beralkohol dalam tin (beer, stout, shandy) yang tidak memerlukan perlesenan.  Saya minta Menteri Kewangan menyatakan berapa premis atau jumlah lesen yang dikeluarkan  menjual arak di seluruh Negara pada ketika ini.

Perusahaan arak tempatan atau samsu kita begitu aktif dan dianggarkan menghasilkan samsu USD43.4 juta (RM180 juta)  pada tahun 2006. Samsu boleh mengandungi alkohol setinggi 38% dan boleh terdapat dengan mudah di kedai-kedai runcit dan tempat-tempat kediaman. Ianya boleh didapati semurah RM2 dalam botol kecil atau di isi dalam palstik sahaja. 

Mungkin Menteri Kewangan dapat memberitahu Dewan yang mulia ini berapa jumlah setahun penghasilan arak di dua kilang pemeraman arak (Guiness dan Carlsberg) yang dilesenkan kerajaan di KL ini. Dan dari jumlah ini penghasilan ini berapa peratus yang dipasarkan di dalam Negara dan berapa banyak pula yang dieksport?  Akhbar The STAR melapurkan yang kilang arak di Malaysia nilai perniagaan bird an stout di Malaysia ialah RM 4.77 billion . Walaupun kadar eksais dikatakan tertinggi di Asia, dan nombor dua tertinggi di dunia selepas Norway, nampaknya semakin ramai yang mampu membeli.

Mungkin angka di atas tidak menjadi persoalan malah menjadi kebanggaan sesetengah pihak kerana Negara mendapat keuntungan dan secara tidak langsung rakyat turut mendapat manafaat. Tetapi bagaimana pula kalau dibentangkan yang anggaran perbelanjaan rakyat Malaysia membeli arak ialah USD500juta (RM1750,000,000 atau RM1.75 billion) pada tahun 2006? Nilai import pula minuman keras dari tahun 2004 ke 2008 ialah RM212 juta. Secara relatif tidaklah sebanyak nilai eksport.

Sebagai Negara Islam, berapa ramai pula rakyat Malaysia yang beragama Islam yang terlibat di dalam industri arak ini? Dari pengilangan, pengangkutan, penjualan? Pernahkan kerajaan membuat kajian, berapa ramai pula rakyat beragama Islam minum arak ? Berapa ramai peminum sosial dan  berapa ramai pula yang ketagihan arak? Kerajaan mempunyai statistik mengenai jumlah penagih dadah , jumlah pengidap HIV/AIDS, jumlah kematian akibat kemalangan dan banyak lagi statistik. Kerajaan adakah angka untuk jumlah rakyat Malaysia yang terjebak dalam ketagihan arak (chronic alcoholism) mengikut kaum dan jantina? Kalau ada saya minta diberi jawapan, kalau tiada, kenapa tidak? Tidak kah Menteri Kesihatan tahu yang ketagihan arak ialah satu penyakit yang merbahaya?

PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA
Saya mengajak Yang Berhormat sekelian terutamanya yang beragama Islam, Hindu, Kristian dan Budha merujuk kepada agama masing-masing tentang larangan arak yang jelas.

Di dalam agama Islam, surah Al Maidah ayat 90-91, Allah SWT berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semuanya kotor/keji dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebenciaan di antara  kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara2 yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)

 Rukun Agama Budha yang ke-8 dengan jelas menyatakan “ Budhists should abstain from liquor”. Budha juga menolak menjual arak sebagai sumber pendapatan.

Dalam Bible, The Book of Proverbs Bab 23:29-33 memberi nasihat ini “ Do not look at wine when it is red, when it sparkles in the cup and goes down smoothly. At the last it bites like a serpent, and stings like an adder. Your eyes will see strange things. And your nind will utter perverse things”.

Dalam agama Hindu, tujuan utama penganut Hindu ialah untuk bersatu dengan Tuhan. Ianya hanya boleh tercapai melalui badan dan akal yang sihat. Seorang agamawan Hindu Thiruvalluvar mengatakan “ Mereka yang minum arak tidak berbeza dengan mereka yang meminum racun, maka mereka tiada bezanya dengan orang yang sudah mati”

Pada 30hb Oktober 2009, Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM telah mengadakan satu muzakarah “pakar arak dan permasalahannya”. Ahli panel dan peserta terdiri dari pelbagai profesyen , agama dan bangsa. Mereka telah membuat rumusan dan beberapa cadangan kepada pihak berkuasa (mungkin kepada Jabatan Perdana Menteri) untuk membuat pindaan-pindaan kepada beberapa undang-undang.  Soalan saya adakah pihak Jabatan Perdana Menteri menerimanya dan apakah tindakan susulan pihak menteri berkenaan?

Mengharamkan minum arak tidak bercanggah dengan agama-agama besar dunia. Ia hanya  bercanggah dengan nafsu manusia atas nama hak kebebasan asasi manusi untuk memilih. Saya tidak mencadangkan pengharaman terus tetapi menyemak semula supaya masalah pengambilan arak  tidak begitu berleluasa dan tidak terkawal

Malaysian Hindu Sangan (MHS) telah mengistiharkan peperangan terhadap ketagihan arak / alcoholism kerana kesannya terhadap generasi muda Negara. Mereka telah mencadangkan supaya penalti atau hukuman dikenakan kepada peminum bawah umur dengan 2 hari dalam penjara,. Cadangan lain ialah mengenakan cukai berperingkat (TIERED BASED TAX) berasaskan kandungan alkohol minuman bukan satu kadar rata 10% untuk semua jenis minuman dan menubuhkan satu pusat untuk menangani permasalahan penagihan arak untuk jangka panjang yang merancang langlah-langkah pencegahan, penyelidikan dan rehabilitasi.
 UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN DENGAN ENAKMEN SYARIAH- SATU KONFLIK
 Tuan Yang di Pertua,
Malaysia sekali lagi menjadi perhatian dunia apabila menjatuhkan hukuman sebat ke atas seorang wanita, Kartika Sari, kerana kesalahan meminum arak. Pengambilan arak tidak menjadi satu kesalahan dalam undang-undang sivil walaupun sampai kepada tahap mabuk melampau sekiranya tidak mencederakan sesiapa atau tidak memandu. Hatta sehingga memukul anak dan isteri pun boleh dimaafkan lagi kerana dianggap masaalah domestik. Namun di dalam Islam, ianya satu kesalahan jenayah serta telah termaktub dalam enakmen syariah negeri-negeri serta Wilayah Persekutuan . Seksyen 19 (1)  Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WP) 1977 Akta 559 menyatakan  mana-mana orang yang, dimana mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 19(2) Akta yang sama pula menjadikan kesalahan pada sesiapa yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan. Enakmen ini jelas berkonflik dengan Seksyen 35 Akta Eksais. Ketiadaan penyelarasan atau konflik di antara undang-undang sivil dan enakmen syariah telah menjadikan hukuman Islam ditertawakan dan dimomokkan. Setiap kali alasan diberi adalah kerana undang-undang syariah di bawah kuasa negeri dan lebih spesifik di bawah sultan-sultan dan agung. Cukuplah meletakkan tanggung jawabnya di atas sultan dan agung. Bukan kah agung dan sultan bertindak atas nasihat majlis agama masing-masing. Tengoklah dalam enakmen syariah negeri Pahang, salah satu hukuman minum arak ialah sebatan tetapi tiada pula dalam enakmen syaraiah WP.
Bagaimana enakmen syariah hendak dilaksanakan dan dipandang sebagai perkara yang betul apabila Akta Eksais tidak diselaraskan dengan Hukum Syariah. Bagaimana kedudukan pekerja-pekerja Islam di dalam kilang arak, di kedai-kedai runcit seperti 7-11, bagaimana pula kedudukan pramugari dan pramugara kita yang menghidangkan arak, bar tender yang mencampur minuman keras untuk pelanggan. Adakah kita redha melihat saudara-saudara seIslam melakukan dosa. Betul kah mereka dalam keadaan darurat dan berhak mengambil rukshah atau keringanan dalam hal ini? Bukankah di antara maqasid syariah pemerintahan Islam Hadari salah satu tanggung jawab pemerintah adalah menjaga agama rakyat.

Saya merayu bersungguh-sungguh supaya Kerajaan mengambil langkah serius untuk menyelaras undang-undang di mana boleh untuk menepati hukum Islam.


Saya tahu amat berat Kementerian Kewangan membuat pindaan-pindaan dan pengawalan yang lebih ketat terhadap perusahaan arak. Boleh kah Dewan ini tahu berapa peratus kah pendapatan Negara disumbang oleh perusahaan arak? Ahli Parlimen PAS telah beberapa kali meminta di dalam Dewan ini hasil kerajaan dari pencukaian perusahaan haram (di antaranya judi, arak dan riba)  atau sin tax ini di asingkan daripada akaun atau dana terkumpul Negara. Tujuan pengasingan  Sin tax ini ialah supaya ianya tidak digunakan  untuk mambayar gaji atau menjadi punca dana yang membawa kepada makanan rakyat  dan menjadi darah dan daging rakyat atau dana untuk kebajikan atau membina masjid. Ianya boleh digunakan untuk infrastruktur dan perkara-perkara yang dibolehkan oleh syariat. Menteri Agama kita tentu lebih mafhum daripada saya perkara ini.

Saya terlalu bimbang yang gaji dan elaun kakitangan awam termasuk elaun kami sebagai ahli yang berhormat, menteri-menteri  juga subahah kerana ada pencampuran sumber halal dan haram. Tidak susah mengasingkannya pendapatan haram dari yang halal kerana ianya cuma memerlukan satu usaha teknikal perakaunan. Tidak kah terlintas di hati Menteri-menteri kewangan Malaysia dulu dan kini yang terdiri daripada orang Islam (kecuali Mendiang Tun Tan Siew Sin) untuk menyelamatkan ummah daripada kemelut ini. Perkara haram dan halal dalam Islam adalah teras di dalam akidah Islam. Mungkin kerana kita tidak memahami konsep BARAKAH dalam agama kita maka ramai yang memandang enteng tentang perkara ini. Islam memberatkan kualiti sumber rezeki yang kita dapat dan tidak semestinya kuantiti rezeki. Adakah kemelut gejala sosial  umat Islam di Negara kita berbanding dengan bangsa dan agama lain berpunca sumber rezeki yang subahah maka hilang keberkatannya?. Maka ini menyebabkan hidayah Allah SWT kepada rakyat terbanyak dan generasi muda bermasalah. Rahmat Allah SWT seolah-olah tertutup kepada umat Islam walaupun kerajaan merasakan telah mencurah begitu banyak bantuan untuk pendidikan. 

Lihat surah Al-A’raf , ayat 96 – “Dan Tuhan berfirman, SEKIRANYA PENDUDUK NEGERI ITU, BERIMAN SERTA BERTAQWA, TENTULAH KAMI  AKAN MEMBUKA KEPADA MEREKA (PINTU PENGURNIAAN) YANG MELIMPAH-LIMPAH BERKATNYA, DARI LANGIT DAN BUMI. TETAPI MEREKA MENDUSTAKAN (RASUL KAMI) LALU KAMI TIMPAKAN MEREKA DENGAN AZAB SEKSA DISEBABKAN APA YANG MEREKA TELAH USAHAKAN”

Kerajaan hendak menjadikan Negara ini BALDATUN TAYIBBUN WA RABBUN GHAFUR.  Mulakanlah dengan langkah yang mudah ini – bersihkan pendapatan Negara - asingkan pendapatan haram dari pendapatan yang diselaputi dosa.

Akhirnya Tuan Yang di Pertua,
Saya mencadangkan kerajaan menubuhkan satu JK bersama atau satu kaukus di peringkat parlimen untuk mengkaji semua aspek isu arak untuk merangka polisi minuman keras negara pencukaian, pengilangan, pelesenan, pengiklanan dan promosi, penjualan dan lain-lain lagi yang sentuh tadi, menyemak undang-undang yang berkaitan dengan alcohol bertujuan untuk membendung pengambilan minuman keras di kalangan rakyat terutama golongan muda.

.........
Teks ucapan penuh YB Dr Siti Mariah Mahmud : MP Kota Raja pada sessi perbahasan di Parlimen petang semalam.