Thursday, February 20, 2014

Mesej Melalui Gambar

Ana tersangat bersetuju dengan mesej yg nak disampaikan melalui gambar dibawah ( yg ana sharekan ni).
Namun sedikit pembetulan, dengan IZIN, tentang paparan bahawa Imam Syafie meriwayatkan secara langsung dari Imam Nafi mawla Abdullah ibnu Umar r.anhuma. Imam Syafie adalah murid kepada Imam Malik. Ini sangat umum diketahui.
Imam Syafie telah berkata, "Malik ibnu Anas adalah guruku. Malik ibnu An...as adalah tuan daku. Tiada seorang yang terlebih banyak berjasa padaku semata mata dek kerana kemurahan hati dan berlapang dada dari Malik. Daripadanya kami mengambil ilmu kami. Aku hanyalah seorang anak kecil dari kalangan para remaja yang berkhidmat untuk Malik. Aku telah menjadikan Malik sebagai dalil ke atas perkara antara Allah dan diriku."
Imam Malik ibnu Anas, Imam Darul Hijrah, Madinah al Munawarrah (Lahir 95 Hijrah atau 93 Hijrah dan Meninggal dunia 189 Hijrah)
Imam Nafi mawla Ibnu Umar, kunyanya Abu Abdillah al-Madani, Tabiin yang masyhur, Shaykhul Malik
(Meninggal dunia pada tahun 117 atau 120 Hijrah). Imam Bukhari berkata, "Sanad yang terpaling sahih ialah Malik dari Nafi dari Ibnu Umar".
Imam Syafie, murid Malik dan antara muridnya yang paling ternama, pengasas mazhab.
(Lahir pada tahun 150 Hijrah di Ghazza dan dibesarkan di Makkah. Kemudian di hantar ibnunya untuk berguru dengan Imam Madinah al-Munawarrah iaitu Imam Malik melalui Faqih Makkah Sufyan ibnu Uyaynah. Imam Syafie meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah)
Justru itu, gambaran bahawa kedua dua mereka yakni Imam Malik dan juga Imam Syafie berguru dan meriwayatkan secara langsung daripada Nafi mawla Ibnu Umar adalah tidak benar. Namun jika gambaran itu dibuat sekadar untuk menunjukkan ada pertalian mungkin boleh diterima.
Sebaliknya lebih baik jika salasilah perguruan Para Imam rujukan kita ini dibuat secara tartib :
Imam Syafie daripada Malik daripada Nafi daripada Ibnu Umar daripada Rasulullah saw. Untuk salasilah yang lebih detail, insyaalah ana boleh kongsikan.
Apapun, syabas! Mesej dalam paparan ini sangat penting dalam kecelaruan yang ditimbulkan oleh puak tak bermazhab dan beraqidah batil.
Wallahu 'alam.
See More

No comments:

Post a Comment