KISAH PENGISLAMAN SAIDINA HAMZAH R.A :
Kisah pengislamannya bermula apabila beliau baru sahaja pulang dari berburu, dan pergi ke Kaabah. Hajatnya adalah untuk berbual-bual dengan kawan-kawannya. Tiba-tiba,seorang hamba perempuan datang mendekati Saidina Hamzah dan berkata..
"Alangkah aibnya wahai Bani Abdul Manaf,sekiranya engkau melihat sebentar tadi,bagaimana Abu Jahal mencaci maki Muhammad. Muhammad hanya berdiam diri ketika dicaci. Kemudian Abu Jahal berlalu dengan megah...nya sambil ketawa"
Menyirap darah Saidina Hamzah mendengar kata-kata perempuan tu. Beliau segera mencari Abu Jahal. Ditemuinya Abu Jahal sedang bersembang di penjuru Kaabah dan lalu Saidina Hamzah melompat ke arahnya dan dipukulnya Abu Jahal dengan hulu pedangnya. Sambil tangannya masih memegang pedang, beliau berkata.
"Apakah engkau akan memaki lagi Muhammad dengan sesuka hatimu? Ketahuilah sesungguhnya aku telah memeluk Islam. Jika berani,silalah balas pukulan ku sebentar tadi"
Kemudian,Saidina Hamzah beredar dari situ dan pergi berjumpa Muhammad dan mengucap kalimah syahadah. Bermulalah detik baru dalam kehidupan Saidina Hamzah. Berita pengislaman Saidina Hamzah umpama petir yang menyambar kota Makkah dan menyebabkan semakin ramai juga orang Quraisy memeluk Islam..
-Terima Kasih Ya Allah - :')
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteIlmu yg berguna,kami sekelas mmg tgh mendapat tugasan utk mencari info ini.SUbhanallah,mulianya saidina hamzah.Tak wujud dh zaman ni...
ReplyDeleteIlmu yg berguna,kami sekelas mmg tgh mendapat tugasan utk mencari info ini.SUbhanallah,mulianya saidina hamzah.Tak wujud dh zaman ni...
ReplyDeleteThanks ustaz,kami sekelas mmg tgh encari info no.Subhanallah...mulia sungguh saidina hamzah
ReplyDelete