Friday, April 11, 2014

Untuk Kalian Yang Meminta Petunjuk

Untuk Kalian Yang Meminta PetunjukPosted on Friday, April 11 @ 18:48:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Agama


"Semuanya berlaku dengan pantas. Tahun pertama di Universiti. Aku ditimpa dengan bermacam-macam masalah. Pada waktu genting sebegitu, ibu dan bapaku berpisah. Rumah tangga yang dibina sejak sekian lama tidak mampu bertahan lagi. Lebih menyedihkan, anjing yang jadi peneman kesunyian selama ini juga telah pergi, telah mati. Ia menjadi hari yang amat menyedihkan dalam hidupku. Subhanallah.
Entah kenapa, peristiwa-peristiwa sedih ini seperti tidak pernah serik datang menambahkan luka di hati. Dalam tempoh seminggu aku mengalami dua kemalangan kereta. Kawan baik aku mati pada tahun tersebut. Pergi meninggalkan aku yang sedang diselubungi kesedihan.

Kesedihan dan kesukaran melalui kehidupan semasa tahun pertama di Universiti itu membuatkan aku berfikir kenapa aku berada di sini. Apa tujuan aku hidup di dunia ini? Kenapa perlu aku bangun pada waktu pagi, kenapa aku perlu ambil kisah tentang semua perkara ini. Bukankah lebih baik jika aku cuma duduk di sofa, menonton TV sepuas hati dan membuat perkara-perkara lain sesuka hati.

Persoalan-persoalan yang mengusutkan kepala, yang memerlukan jawapan segera membuatkan aku tertanya-tanya apakah sebenarnya tujuan hidup ini. Kekusutan ini membawa aku masuk mengembara ke alam kerohanian. Dan sudah pasti sebagai seorang warga Australia, perkara pertama yang aku lakukan adalah mencari penyelesaian melalui agama Kristian.

Aku mempunyai beberapa orang kawan yang menganut agama kristian dan aku ikut menyertai aktiviti perkhemahan kerohanian mereka. Pengalaman itu, bagi aku adalah sesuatu yang sangat melucukan. Seumur hidup! Semua orang menyanyi. Aku tidak faham sepatahpun perkataan yang keluar dari mulut mereka. Entah apa yang mereka ucapkan. Suara mereka merdu, tapi ia kedengaran sangat asing.

Mereka bercerita betapa tuhan sangat menyayangi aku dan aku tertanya-tanya benarkah begitu. “Tuhan sayangkan aku?” “Anjing aku mati!!” Subhanallah.

Aku terus meneliti setiap aspek dalam agama kristian. Kami berbincang tentang perkara berbeza, tentang fahaman khatolik, anglican, baptis, paderi dan pastor. Dan setiap kali kami berjumpa, aku bertanya bermacam soalan. Aku perhatikan mereka tidak mengambil kitab mereka dan berkata ini adalah jawapannya.

Mereka terus sahaja memberikan jawapan. Jawapan yang berasaskan kepada pandangan peribadi. Bukan dari kitab suci mereka, Bible!.

Aku mulai sedar betapa dalam agama ini terlalu banyak berlakunya masalah pandangan yang berbeza dan begitu ramai penganutnya mempunyai penjelasan sendiri, penjelasan peribadi. Seorang paderi dari sebuah gereja mempunyai fahaman yang berbeza dari sebuah gereja yang lain dalam aspek-aspek tertentu. Jadi aku fikir, jika hanya sebuah kitab tetapi mempunyai penjelasan yang berbeza. Ia adalah sesuatu yang mengelirukan!

Tahun pertama di Universiti. Aku bekerja part-time di stesen minyak bersama dengan seorang sahabat India beragama Hindu. Kami bertugas mengikut tukaran shif. Aku seorang lelaki yang mempunyai sikap ingin tahu, suka bertanya. Dan pernah satu ketika aku bertanya kepada sahabat ini, “Doh, lelaki yang berkepala gajah itu siapa?” “Kenapa tuhan itu berkelapa gajah, apa yang berlaku?” Dia menjawab, oohh itu Ganesha. Aku kata, “tidak bolehkah kita pilih kepala yang lebih baik, macam kepala singa ke..atau benda-benda lain yang lebih baik?”. Ini sebenarnya debat teologi semasa semua orang sibuk mengisi minyak! Persoalan ini sukar untuk aku fahami, akhirnya aku tekad untuk terus mencari dan mencari.

Seorang kenalan lain di Universiti sama beragama Mormon…

No comments:

Post a Comment