Thursday, October 7, 2021

Larangan Arak di Singapura

 Fikir2kan :


*Larangan Arak di SINGAPURA*


Sebagai sebuah negara yang termaktub Islam sebagai agama Persekutuan dalam perlembagaan dan mempunyai penduduk majoriti Melayu dan Islam, Malaysia sepatutnya malu dengan tindakan proaktif dan realistik kerajaan Republik Singapura yang memperkenalkan undang-undang baru melarang pengambilan alkohol di tempat-tempat awam selepas *10.30 malam hingga 7.00 pagi*.


Lebih daripada itu, Singapura juga telah mewartakan dua “liquor control zones” iaitu di Little India dan Geylang.


Di kedua-dua kawasan ini pengambilan alkohol tidak dibenarkan pada SEMUA masa pada hujung minggu dan cuti am.


Melalui undang-undang yang baru diluluskan oleh Parlimen negara itu awal tahun ini juga, hukuman bagi kesalahan menjual dan meminum arak dalam waktu larangan di tempat awam akan dikenakan denda sebanyak *SG$ 1,000*.


Manakala bagi kesalahan berulang pula dikenakan denda *SG$ 2,000* dan boleh dipenjarakan sehingga tiga bulan.


Bagi penjualan alkohol di luar waktu dagangan yang ditetapkan dalam lesen pula, mereka boleh dikenakan denda sehingga *SG$ 10,000*.


Malangnya Malaysia yang mempunyai 56.4% rakyat berbangsa Melayu dan 61.3%  beragama Islam telah disenaraikan oleh World Health Organisation (WHO) dalam laporannya pada 2011 sebagai *negara pengguna alkohol yang ke-10 terbesar di dunia* walau pun saiz dan populasi penduduknya kecil berbanding negara-negara lain.


Statistik oleh sebuah badan antarabangsa juga mendapati rakyat Malaysia berbelanja lebih daripada *AS$ 500 juta (RM 2 bilion) setiap tahun* untuk alkohol dengan pengambilan per kapita sebanyak 7 liter.


Walau pun angka ini adalah rendah berbanding negara-negara barat yang lain, namun ia adalah tinggi bagi negara-negara Asia.


Penggunaan arak di Malaysia pula ialah sebanyak *11 liter per kapita*.


Angka ini dikira sebagai tinggi dan dikatakan hampir sama dengan negara-negara Eropah.


Perkara ini seharusnya dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia.


Sekiranya Singapura yang hanya mempunyai 14% rakyat berbangsa Melayu dan 14.9%  beragama Islam boleh meluluskan dan menguatkuasakan undang-undang seumpama ini, Malaysia sepatutnya boleh dan perlu melakukan lebih daripada itu.


Tanggungjawab ini juga wajib dilaksanakan selaras dengan roh syariat Islam yang mengharamkan arak demi memelihara akal manusia dan kerana arak juga adalah ibu segala maksiat.


Sekiranya penjualan dan pengambilan arak ini berjaya dibendung secara sewajarnya, nescaya pelbagai masalah sosial dan jenayah dapat dibanteras.


Data-data berikut dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kesan negatif minuman beralkohol yang memabukkan:


(i) Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pengambilan alkohol menyebabkan kematian 2.5 juta orang setahun di samping menjadi punca penyakit serta kecederaan kepada lebih ramai orang.


(ii) Statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan 24.6% mereka yang mengambil minuman beralkohol ini adalah untuk merasai mabuk.


(iii) Berbeza dengan ketagih dadah, ketagihan kepada alkohol tidak mungkin boleh serta merta berhenti. Berhenti serta merta boleh mengakibatkan sawan dan mereka juga berhadapan risiko untuk maut.


(iv) Antara penyakit kronik yang dikaitkan dengan pengambilan alkohol adalah penyakit kardiovaskular, kanser mulut, tekak, payu dara serta penyakit hati.


(v) 48% daripada kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alkohol.


(vi) Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menunjukkan 5.3% kes keganasan rumah tangga adalah berpunca daripada alkohol manakala 4.5 peratus kes penderaan kanak-kanak.


(vii) Insiden pergaduhan kaum akibat mabuk sepanjang 2010 ialah 71 kes, 2009 sebanyak 79 kes, 2008 dengan 131 kes.


(viii) Mengikut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Kebanyakan dari perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.


(ix) Menurut satu statistik di UK, alkohol telah menyebabkan 45 hingga 46% kejadian jenayah, melibatkan 39% keganasan dalam rumah tangga.


Oleh itu, saya menye


ru dan mendesak kerajaan Malaysia agar segera memulakan inisiatif untuk menguatkuasakan larangan penjualan arak di dalam kapal terbang dan penjualan secara terbuka di kedai-kedai runcit.


Saya juga ingin mengingatkan Kerajaan dengan amaran dan peringatan daripada Allah SWT seperti dalam firman-Nya berikut yang bermaksud :


“Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang."


“Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil... ?”

200 Tahun Pengajian Pondok di Kelantan

 MEMPERINGATI 200 TAHUN PENGAJIAN PONDOK DI KELANTAN


Pendidikan merupakan satu mekanisme dakwah yang terpenting dalam membentuk kefahaman masyarakat terhadap agama. Islam sejak awal lagi menekankan kepentingan ilmu melalui kisah penciptaan Adam AS dan juga perintah membaca. Bahkan, Nabi SAW sendiri pun menggerakkan dakwahnya melalui halaqat ilmu di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam, sebelum Masjid Nabawi mengambil peranan besar kemudiannya.


Kajian Wan Mohd Saghir Abdullah mengatakan Islam dibawa ke Kelantan oleh seorang pendakwah yang bernama Sheikh Ali Abdullah. Beliau masuk ke Kelantan melalui Langkasuka (Pattani) pada tahun 1050M. Tarikh ini tidak jauh dari dakwaan Wan Hussein Azmi yang mengatakan Islam sampai ke Kelantan menjelang tahun 1000M. Berdasarkan dinar emas yang ditemui di Kota Kubang Labu, bahawa pada tahun 577H (1181M) telah berdiri kerajaan Islam di Kelantan. WA Graham yang menulis pada 1908M mengatakan Islam sudah berkembang di Kelantan sekitar tahun 1200M.


Perkembangan Islam di Pantai Timur Semenanjung boleh dikatakan mulai pesat pada abad ke-16 apabila wujudnya pusat-pusat pengajian Islam. Di Nusantara, pusat pengajian Islam pertama dibuka ialah Dayah Cot Kala di Aceh yang dibuka sekitar 1012M. Pada 1399, seorang lulusan sebuah dayah (pondok) di Aceh, Maulana Malik Ibrahim telah membuka pasentren di Gerisik, Jawa. Tetapi di Tanah Melayu pondok yang pertama dikatakan dibuka oleh Faqih Wan Musa bin Sheikh Salleh al-Laqihi di Kampung Sena, Pattani pada abad ke-16, iaitu Pondok Kampung Sena.


Setelah pondok berkembang pesat di Pattani sehingga abad ke-18M, Kerajaan Pattani telah jatuh ke tangan Siam pada 1786M, menyebabkan para ulamak mula berhijrah ke Kelantan. Salah seorang dari mereka ialah Tuan Guru Haji Hashim yang terkenal dengan gelaran Tok Soraf. Beliau berhijrah ke Kelantan bersama tiga anaknya, iaitu Faqih Abdullah, Faqih Abdul Rahmat dan Faqih Ali. Mereka membuka kampung dan bermastautin di Kampung Bukit (sekarang Pulai Chondong). Tok Soraf menjadi imam dan mengajar agama bersama anak-anaknya di Surau Kampung Bukit pada awal zaman pemerintahan Long Yunus (1765-1795M).


Anak kepada Faqih Abdullah, Abdul Samad (1792-1873M) telah dilahirkan di sini. Beliau mendapat pendidikan agama dari keluarganya sendiri sehingga berumur 16 tahun. Setelah itu, beliau dihantar belajar di Mekah pada 1808M. Selepas 10 tahun di Mekah, Abdul Samad telah kembali ke Kampung Bukit dan dilantik menjadi Imam Surau Kampung Bukit. Beliau mulai mengajar di sini beberapa ketika, sebelum mencari tapak baru sekitar 1820 untuk membuka surau yang lebih selesa.


Beliau telah memilih satu kawasan di pinggir kampungnya untuk membuka surau baru. Berhampiran tapak surau itu terdapat sebarang pokok pulai yang tumbuh condong. Di situlah (sekarang Kampung Bilal Talib) didirikan sebuah surau baru. Surau ini mula dikunjungi para pelajar yang dekat dan jauh. Yang jauh memudiki Sungai Kelantan, kemudian melalui Sungai Bagan untuk ke surau tersebut bagi mengikuti pengajian bersama Haji Abdul Samad. Akhirnya, di bawah pokok pulai itu, tumbuh pondok-pondok sebagai penginapan pelajar seperti mana kampus pondok di Teluk Manuk dan Pauh Bok di Pattani.


Sejak itulah, pondok-pondok itu disebut Pondok Pulai Chondong. Akhirnya nama beberapa kampung di situ seperti Kampung Bukit, Kampung Bilal Talib dan Kampung Tok Mat telah tenggelam, sebaliknya yang masyhur ialah Kampung Pulai Chondong, sempena nama pondok tersebut. Menurut Prof Mohamad Abu Bakar, "Tarikh tepat penubuhan pondok di Kelantan tidaklah diketahui, tetapi adalah dipercayai bahawa persekolahan pertama bermula dalam tahun 1820, apabila Tuan Haji Abdul Samad mempelopori pembentukan rumah-rumah pondok di Pulai Chondong  yang terletak di Jalan Kuala Kerai-Kota Bharu."


Sejak berdirinya Pondok Pulai Chondong pada 1820, Haji Abdul Samad mula dikenali dengan gelaran Tok Pulai Chondong (1792-1873), dan sejak itu juga sistem pengajian pondok mulai tumbuh di Kelantan dari generasi ke generasi sehingga lahirnya Tok Kenali (1870-1933) sebagai tokoh ulamak terbesar di Kelantan pada abad ke-20. Sedangkan


pada abad ke-19, tokoh ulamak Kelantan yang paling masyhur ialah guru Tok Kenali, iaitu Tok Wan Ali Kutan (1820-1913), murid Tok Pulai Chondong yang mengajar di Mekah.


Kerana hubungan ilmu tiga generasi ini - Tok Pulai Chondong, Tok Wan Ali Kutan dan Tok Kenali - nama Kelantan telah masyhur di seluruh Alam Melayu sebagai Serambi Mekah. Pada tahun ini, saat Kelantan sedang menyambut 30 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI) di bawah kepemimpinan ulamak, sebenar juga adalah ulang tahun ke-200 sistem pendidikan pondok di Kelantan. Peranan Kelantan sebagai pusat keilmuan Islam sewajarnya diperkatakan demi mengekalkan Kelantan sebagai negeri tadahan wahyu untuk generasi akan datang.

Sultan Murad Mengurus Wali Allah

 Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yg berani serta berpandangan jauh. Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau merasakan ada sesuatu yg tidak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya. Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. Sultan Murad IV kebiasaannya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan cara menyamar.

Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan tibalah mereka di lorong yg sempit. Mereka menemui seorang lelaki yg telah meninggal dunia tertiarap di atas tanah. Tempat tersebut tempat orang lalu lalang tetapi tiada sesiapapun yg mempedulikan mayat tersebut.


Lalu Sultan Murad IV bertanyakan kepada orang yg lalu lalang di kawasan itu,


"Mengapa lelaki ini meninggal tetapi tiada sesiapa mempedulikannya dan mengangkat jenazahnya?"


Mereka berkata:


"Orang ini suka minum minuman keras dan selalu melakukan zina."


Sultan bertanya kepada beberapa orang di situ tetapi jawapan yg diberikan tetap sama.


Sultan membalas,


Tapi…bukankah ia umat Muhammad SAW? Mari kita angkat jenazahnya, kita bawa ke rumahnya.


Mereka pun membawa jenazah lelaki tersebut ke rumahnya.


Melihat suaminya meninggal,


Dalam tangisnya si isteri berkata,


"Semoga Allah merahmatimu wahai wali Allah.. Aku bersaksi bahawa engkau orang yang soleh."


Sultan terkejut!


Bagaimana mungkin dia wali Allah sedangkan orang-orang disekelilingnya mengatakan lelaki tersebut kaki botol dan kaki maksiat. Sehinggakan mereka tidak mempedulikan kematiannya.


Si isteri menjawab,


"Sudah kuduga pasti akan begini..Sebenarnya, setiap malam suamiku membeli minuman keras dari para penjual sejauh yang ia mampu. Kemudian minuman-minuman itu dibawa ke rumah dan ditumpahkannya ke tandas, sambil berkata;


"Moga-moga aku meringankan dosa kaum muslimin dari meminum minuman keras ini. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."


Dia juga pergi menemui pelacur pada malamnya untuk memberikan mereka wang dan berkata;


"Malam ini kalian dalam bayaranku, jadi tutup pintu rumahmu sampai pagi."


Kemudian ia pulang ke rumah dan berkata kepadaku;


"Alhamdulillah, malam ini aku telah meringankan dosa para pelacur itu dan pemuda-pemuda Islam dari melakukan maksiat kepada Allah. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."


Orang-orang yg berada disekelilingnya selalu menyaksikannya membeli arak dan menemui pelacur, lalu menuduhnya dengan berbagai tuduhan.


Aku pernah berkata kepada suamiku;


"Kalau kamu mati nanti, tidak akan ada kaum muslimin yang mahu memandikan jenazahmu, mensolatkan jenazahmu dan menguburkan jenazahmu.


Suaminya itu hanya tertawa dan berkata;


"Jangan takut, bila aku mati, aku akan disolatkan oleh Sultannya serta kaum muslimin, para Ulama dan para Auliya."


Maka, Sultan Murad pun menangis, dan berkata;


"Benar! Demi Allah, akulah Sultan Murad, besok pagi kita akan memandikannya, mensolatkannya dan menguburkannya.

Akhirnya proses jenazah lelaki wali Allah itu dihadiri oleh Sultan, ulama, masyaikh dan seluruh masyarakat."


Subhanallah! 


* Biarlah kita tidak dikenali manusia, tetapi cukuplah Allah yg mengenali kita. Moga kita juga tidak menilai seseorang dari luarannya sahaja. Jika tidak tahu, diam adalah lebih baik daripada jatuh fitnah...moga Allah meredhai hidup kita semua. 


Aamiin Allahumma Aamiin..

Orang Kedah Berpengalaman Membuat Terusan

 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159168642778319&id=596018318


Kami orang Kedah sangat berpengalaman dalam pembinaan sungai buatan, mengalih aliran sungai atau membina terusan


Pengalaman kami


1. Membina terusan paling tua dalam sejarah negara. 


Pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Dhiauddin Al Mukarram Shah, Sultan Kedah yang ke 15 (1661-1687) bersemayam di Kota Kayang, Perlis, baginda menitahkan satu terusan dibina dari Sungai Perlis ke Bukit Pinang di Kedah. Terusan buatan manusia itu sepanjang 70 kilometer, lebar 20 kaki dan sedalam 8 kaki terus ke Sungai Kedah. Selain fungsi untuk pertanian dan pengangkutan, tujuan utama terusan dibina ialah memudahkan Tuanku Sultan berulang alik ke rumah isteri mudanya di Bukit Pinang.


2. Ketika serangan Siam ke atas Kedah berlaku pada 12 November 1821, Sultan Ahmad Tajuddin berada di Pulau Tiga untuk meninjau projek terusan dari Sungai Simpor ke Sungai Merbok.


3. Terusan Wan Mat Saman yang masyhur dari Alor Setar (Sungai Kedah) ke kaki Gunung Jerai sepanjang 35 kilometer dibina pada 1885.


Dengan pengalaman pengalaman di atas, maka Kedah boleh sahaja menempa sejarah baharu dengan 


4. Cadangan: Terusan alihan Sungai Muda dari Pinang Tunggal ke Kuala Sungai Merbok (2021).


##SejarahKitaMaruahKita

Benarkah Orang Kafir Bertauhid Rububiyyah?

 Kesilapan besar bagi mereka yg mengatakan: "orang kafir turut bertauhid rububiyyah". Ini merupakan kata2 yg batil, serta tidak boleh dipegang sama sekali.


Para ulama muktabar tidak pernah membezakan antara tauhid uluhiyyah dan tauhid rububiyyah. Sesiapa yg bertauhid rububiyyah, maka dgn sendirinya ia turut bertauhid uluhiyyah.


Allah menyifatkan orang kafir sebagai musyrikin, justeru bagaimana utk didakwa bahawa mereka turut beriman dgn tauhid rububiyyah?


Orang yg mendakwa bahawa org kafir turut beriman dgn tauhid rububiyyah kemungkinan terkeliru dgn ayat ini iaitu firman Allah سبحانه وتعالى:


وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ


Maksudnya: Dan sekiranya kamu bertanya mereka siapakah yg menciptakan mereka, nescaya mereka akan menjawab: Allah. Justeru, bagaimana mereka boleh berpaling.


Berdasarkan ayat ini, ulama kalam dan tafsir menjelaskan bahawa jawapan org kafir sebegini merupakan ikrar secara spontan, yg mana mereka tidak dapat mengelak dari menjawab soalan sedemikian apabila berhadapan dgn hakikat yg sangat terang dan nyata. Mereka bukan membenarkan ketauhidan rububiyyah Allah, tetapi soalan sebegitu tiada jawapan lain yg dapat diberikan melainkan perakuan bahawa Allah lah Pencipta mereka.


Sebagaimana pada satu ketika dahulu, apabila ditanya kpd org kafir Quraysh sifat Nabi Muhammad, mereka mengelar baginda sbg al-Amin, sbg orang yg sangat beramanah. Pengiktirafan sebegitu adakah menandakan mereka beriman kpd Nabi Muhammad? Tidak juga. Mereka mengatakan begitu kerana sifat amanah yg ada pada Nabi Muhammad terlalu jelas dan nyata sehingga tiada siapa yg dapat menafikannya.


Satu ketika, Raja Namrud tercengang apabila Nabi Ibrahim bertanya, bolehkah kamu ubah peredaran matahari ini kerana Allah lah yg mengaturnya? Raja Namrud tercengang sbb dia tidak dapat lari dari kenyataan ttg kekuasaan Allah سبحانه وتعالى yg mengatur alam ini. Tidak semestinya dia beriman dgn tauhid rububiyyah, hanya kerana dia tidak dapat mengelak dari bukti yg sangat jelas dan nyata ttg kekuasaan Allah. 


Oleh yg demikian, mengaku dan beriman itu merupakan dua perkara yg berbeza. Seseorang itu mengaku sbb dia tidak dapat mengelak dari bukti yg terlampau jelas, tetapi tidak semestinya dia beriman. Berbeza dgn mereka yg beriman, kepercayaannya merupakan satu ketenangan di dalam hati, yg tiada syak dan ragu terhadap sesuatu kebenaran yg dibawa oleh para utusan Allah سبحانه وتعالى. 


Wallahu'alam.

Wednesday, September 15, 2021

Tahap Rasuah Pemimpin

 .

*TAHAP RASUAH PEMIMPIN MELAYU ISLAM DAN PEGAWAI KERAJAAN BANGSA MELAYU ISLAM DI MALAYSIA*



oleh Cikgu Azmi

10 Sept 2021



Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mereka mendapati sector yang kuat rasuah dapat disenaraikansebagai berikut:


Pegawai polis ( 57%),

Pemungut Hasil ( 48%),

Ahli Majlis Tempatan (48%),

Pejawat Awam (45%),

Penggubal Undang-Undang (41%),

Hakim (33%), dan

Pemimpin agama (31%)



Satu fakta lagi yang sangat mengejutkan ialah mengenai tanah rizab Melayu yang sebenar tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Apa sudah jadi dengan integrity pegawai yang mengurus tanah Rizab Melayu?


Fakat-fakta berikut diperturunkan agar kita insaf tentang betapa rosaknya mentality para pentadbir dan juga pihak yang berwajib tentang perkara ini:



1. Rizab Melayu berjumlah 3 juta hektar pada tahun 1957 kini berkurangan kepada 1.7 juta hektar pada 1995.


2. Terdapat 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung, Perak.


3. Terdapat 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong. Kesemuanya tanah rizab Melayu di Padang Rengas.


4. Ada 9 ribu hektar tanah rizab Melayu di Selangor ditukar status kepada bukan rizab Melayu. Hanya 1/3 sahaja iaitu 3 ribu hektar sahaja yang diganti.


5. Pada tahun 1990, seramai di 80 orang penduduk di Pantai Chenang, Langkawi di atas tanah rizab Melayu dihalau keluar untuk membina Pelangi Beach Resort.


6. Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau, Negeri Sembilan diambilalih untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal di situ.


7. Terdapat 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat, Tanjung Piai, Johor diambil untuk membina New Township.


8. Terdapat 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang, Terengganu diserah kepada Vincent Tan untuk project pelancongan.


9. Pada tahun 1993, 1,000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan, Kedah (tapak sawah) diambil untuk projek kola mudang.


10. Di Kampung Chu Badak, Sentul, Kuala Lumpur sebanyak 273 ekar tanah kampung Malayu tradisi diambilalih dan kira-kira 160 keluarga dihalau keluar.


11. Terdapat 217 hektar tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura diserahkan kepada Singapura.


12. Menghalau 290 keluarga di Kampung Plentong Tengah, Pasir Gudang, Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun.


Hal ini sangat membimbangkan mengenai survival bangsa Melayu di tanah air sendiri. Ketika orang Melayu mengawal segala-galanya dari Raja, Tentera, Polis, Pegawai Kerajaan dan lain-lain kenapakah hal sedemikian terjadi. Bangsa Melayu mesti bermuhasabah diri sebelum negara ini menjadi milik orang lain.


Ya Allah selamatkan negara kami ini dari memilik pemimpin-pemimpin yang rakus dengan menghimpun harta kekayaan dan mengabaikan rakyat terbanyak. Aamiin!!!...


https://www.facebook.com/249585941816545/posts/4197893563652410/

Tuesday, September 14, 2021

Isu Taman Terubung Indah

 https://fb.watch/7NGUX_vfnE/


Ucapan perbahasan: Taman Terubung Indah


Pihak terlibat telah mengadu kekecewaan berkenaan ketidak adilan dalam isu pembelian rumah. 93 warga negara telah membeli rumah berkenaan pada tahun 1995 dengan harga RM84 ribu daripada Pemaju Majestic Height iaitu Taman Terubung Indah, Tingkat Paya Terubung, Ayer Itam, Pulau Pinang.


Pemaju Majestic Height telah membina lebih kurang 80% Pangsapuri Taman Terubung Indah dan terbengkalai 20% pada tahun 1997. Kemudian pada tahun 2014 Pemaju PLB Sdn Bhd telah mengambil alih projek ini dan menyiapkan 20% lagi setelah mendapat kelulusan OSC City Counsil.


Pangsapuri ini siap dibina dan penyerahan kunci pada 2016 ketika itu Yb Tuan Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri. Pembeli 93 buah rumah ini sampai sekarang masih menuntut hak rumah dan telah beberapa kali memohon bantuan dari Kerajaan Negeri. 


Ada antara mereka yg telah habis bayar hutang bank rumah berkenaan dan ada yg masih membayar dan segelintir diistiharkan bankrupt oleh bank, mereka menuntut keadilan kerana ratusan ribu telah mereka habiskan tetapi bayang rumah masih belum kelihatan.


#ADUNPenaga

#SidangDUNPulauPinang

Jawapan Bertulis Isu Tapak Masjid Air Putih, Balik Pulau.

 Tapak Masjid Bandar Baru Air Putih, Balik Pulau.

3 hb September 2021.

Berikut adalah jawapan kepada soalan bertulis oleh ADUN Penaga YB Ustaz Mohd Yusni  Mat Piah.

Pertama sekali, mewakili PEMUDAH merakamkan jutaan terima kasih yg tak terhingga kepada YB Ustaz Yusni Mat Piah, PJ Ust Muhammad Fauzi  dan jenteranya membawa perkara ini ke DUN Pulau Pinang.

Setelah beberapa kali usaha untuk pertemuan mesra dgn YB Dato' YDP MAIPP gagal, beliau terpaksa menjawab dalam DUN Pulau Pinang.

1.  Kita membuat sidang akhbar pada 5 April 2021

2.  MAIPP membuat surat kepada MBPP dan Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya pada 27 April 2021.

3. Pemaju mengemukakan cadangan untuk menggantikan tapak Masjid pada 28 April 2021.

Bermaksud suara kita didengar oleh Pihak yg bertanggung jawab. Tetapi helah ini adalah untuk pemaju mengambil alih tapak Masjid Bandar Baru Air Putih ini kerana kedudukan yang strategik dan berhampiran dgn sungai kerana mempunyai nilai komersial yang tinggi. Penduduk tidak akan berkompromi dalam hal ini. Tindakan seterusnya akan di usulkan oleh Penduduk setelah mendapat jawapan ini  dalam DUN Pulau Pinang.

Alhamdulillah kita berada di landasan yg betul. Jutaan terima kasih kepada YB Ust Yusni, PJ Ust Muhammad Fauzi, Lajnah Tanah PAS Pulau Pinang, Warga PEMUDAH dan semuanya kerana berusaha ke arah memartabatkan Islam di Pulau Pinang ini.


* Saya bukan YB, tetapi berusaha membawa suara rakyat.

Pembatalan EIA PSR

 https://www.facebook.com/100011176928169/posts/1442778482771369/


BAGAIMANA PEMBATALAN EIA PSR BERI KEMENANGAN KEPADA NELAYAN ? 


Isu PSR adalah sinonim dengan Pulau Pinang. Walaupun telah mendapat publisiti peringkat nasional, namun masih ramai yang kabur tentang isu ini. 


Saya tak berhajat untuk menulis secara terperinci daripada awal berkenaan isu PSR ini. Isu PSR ini saya terlibat urus sejak 2018 , 3 tahun punya cerita boleh buat beberapa siri buku.


 Cuma saya ingin jelaskan perkembangan terkini isu ini secara mudah supaya dapat difahami oleh orang yang mungkin baru mengetahui isu ini, pada hari ini.


4 perkara penting perlu saya jelaskan iaitu;


1. Penang South Reclaimation (PSR) dan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP)


2. Environmental Impact Assessment (EIA) dan PSR


3. Lembaga Rayuan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan Rayuan Nelayan


4. Bagaimana Rayuan nelayan berjaya batalkan kelulusan EIA PSR ? 


PSR dan RSNPP


PSR adalah satu projek tambakan laut 3 pulau yang berleluasan 4500 ekar (1800 hektar)  di selatan Pulau Pinang. 


Projek asalnya bertujuan untuk membiayai projek Penang Transport Masterplan - PTMP (Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang) . Namun, tujuan asal PSR akhirnya kelihatan semakin melencong daripada tujuan asal. 


Sebagaimana PTMP juga melencong tujuan asalnya sejak PSR dimasukkan ke dalam pakej PTMP. Pemegang kepentingan utama dalam PSR adalah Gamuda Berhad, Loh Phon Yen dan Ideal Property. 


Begitulah sifatnya cadangan pembangunan di negeri Pulau Pinang ini yang acapkali  melencong daripada tujuan asal. Melencong-lencong orang Penang kata. Tak nampak profesional langsung dan sangat kelihatan ada kepentingan politik.  Kenyataan pemimpin politik yang melobi projek PTMP dan PSR ini sangat berbelit-belit.


Kewujudan 3 pulau PSR dalam Rancangan Struktur Negeri (RSN) Pulau Pinang hanya diperkenankan pada Ogos 2019 oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada ketika itu. Selepas tarikh tersebut barulah PSR diperakui secara sah termaktub dalam RSN Pulau Pinang 2030 (RSNPP2030) sebagai dokumen rancangan pembangunan negeri.


ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT (EIA) dan RSN


EIA atau dalam bahasa Malaysia disebut Penilaian Impak Alam Sekitar seperti termaktub dalam Seksyen 34A , Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 . 


Bagi pelaksanaan sesuatu projek tebus guna tanah (tambakan laut) melebihi keluasan 50 hektar,  laporan EIA perlu disediakan oleh pencadang atau pemaju projek. 


EIA sangat penting untuk mengawal , mencegah atau mengurangkan kesan alam sekitar dengan mitigasi yang dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. 


Dalam perincian seksyen 34A (4), kelulusan EIA tertakluk pada dokumen Rancangan Tempatan (RT) atau Rancangan Struktur Negeri(RSN) bagi peringkat negeri. 


Ini dijelaskan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 , Seksyen 34A (4)(a) ;


“If the Director General, on examining the report (which refers to the EIA) and after making such inquiries as he considers necessary, is of the opinion that 


(a) the report is not in accordance with the development plan or physical plan (which can be refers to RSN or RT)  approved by the relevant approving authority…


he shall not approve the report, giving reasons for not approving, and shall inform the person and the relevant approving authority 

accordingly.”


Terjemahan : 

"Jika Ketua Pengarah (JAS) , ketika memeriksa laporan (merujuk pada laporan EIA) dan setelah membuat pertanyaan yang dia anggap perlu, berpendapat bahawa


 (a) laporan tersebut tidak sesuai dengan rancangan pembangunan atau rancangan fizikal (merujuk pada RSN atau RT) yang diluluskan oleh

 pihak berkuasa dalam memberi kelulusan yang berkaitan.


 dia tidak seharusnya akan menyetujui laporan itu, dia harus memberikan alasan untuk tidak meluluskannya, dan harus memberitahu orang itu dan pihak berkuasa yang berkenaan

 sewajarnya. "


LEMBAGA RAYUAN AKAS 1974 dan RAYUAN NELAYAN


Lembaga Rayuan dalam isu PSR selalu dikelirukan dengan mahkamah rayuan oleh ramai pihak.


 Di sini terlebih dahulu kita perlu fahami bahawa Lembaga Rayuan seperti termakt


ub dalam AKAS 1974 seksyen 35 hanya diwujudkan berdasarkan permintaan yang dibuat oleh pihak tertentu yang berkaitan, dengan syarat-syarat tertentu.


Dalam kes PSR ini Hj Zakaria mewakili 185 nelayan Sungai Batu, Pulau Pinang tidak berpuashati , justeru beliau memfailkan rayuan untuk mencabar keputusan Ketua Pengarah (KP) Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang meluluskan EIA PSR pada 25 Jun 2019. 


Lembaga Rayuan AKAS 1974 bagi kes rayuan ini diadili oleh 3 panel Lembaga Rayuan yang berkredibiliti iaitu;


1.Hakim Puan Rozina Ayob (Pengerusi) 

2.Prof. Dato’ Dr. Mazlin Bin Mokhtar dan

3.Prof. Madya Dr. Ramdzani Bin Abdullah 


Haji Zakaria sebagai perayu diwakili oleh peguam beliau iaitu Meena Raman (Penasihat guaman utama), Jessica Binwani, Theiva Lingam dan MS Kumaari. Manakala bagi KP JAS (responden) ialah Peguam Persekutuan Puan Nurliyana binti R Azmi .


BAGAIMANA RAYUAN BATALKAN kelulusan EIA PSR ? 


Bagi kes rayuan ini Lembaga Rayuan telah mempertimbangkan isu-isu berikut:


a. Adakah wajib bagi KP JAS ketika mempertimbangkan kelulusan laporan EIA untuk memastikan bahawa ia mengikut pelan pembangunan yang diluluskan?


b. Adakah EIA pada masa kelulusan melanggar Pelan Struktur Pulau Pinang 2020?


c. Adakah keputusan kelulusan draf RSNPP2030 oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri pada 14 Mac 2019 yang dirujuk oleh JAS itu cukup untuk KP memberikan kelulusannya? 


Pada hari pengumuman  keputusan (8 September 2021) oleh Lembaga Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim menyatakan;


a. KP JAS adalah WAJIB mematuhi seksyen 34A (4)(a) AKAS 1974 dalam meluluskan laporan EIA. 


b. Kelulusan EIA PSR adalah 'luar bidangkuasa' (ultra vires) seperti termaktub dalam seksyen 34A (4)(a) AKAS 1974. Maka keputusan KP JAS adalah TIDAK SAH , dan oleh itu dibatalkan (null and void). 


c. Deraf RSNPP2030 yang diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri yang dirujuk oleh responden (JAS) tidak untuk tujuan 'seksyen 34A (4)(a) AKAS 1974' . 


Deraf RSNPP2030 bukanlah rancangan pembangunan bagi maksud seksyen 34A (4)(a). Ia masih berstatus deraf RSN kerana ia belum diperkenankan oleh Pihak Berkuasa Negeri (iaitu TYT - Gabenor) seperti yang diwajibkan di bawah seksyen 10 (6) Akta Perancangan Bandar dan Desa '76, (bagi draf tersebut menjadi efektif mengikutundang-undang)


Untuk rujukan, Tuan Yang Terutama (Gabenor) Pulau Pinang pada waktu itu memberikan persetujuannya kepada RSNPP2030 pada 28 Ogos 2019, dan RSNPP2030 diterbitkan dalam warta pada 24 Oktober 2019. 


Oleh yang demikian , Lembaga Rayuan menyimpulkan bahawa kelulusan EIA PSR boleh KP JAS (responden) adalah pra-matang. Ini kerana RSN yang relevan pada masa tersebut adalah RSNPP2020 yang tidak membenarkan tebus guna untuk tambakan laut Projek PSR. 


Selain itu, Lembaga Rayuan juga telah melihat sama ada mereka mempunyai bidang kuasa untuk 

menyembuhkan kecacatan ini , iaitu dengan memberi pertimbangan kelulusan EIA bagi pihak KP JAS kerana pada ketika ini RSNPP2030. 


Akhirnya , pihak Lembaga Rayuan menyimpulkan bahawa Seksyen. 35 (2) EQA 1974 harus dibaca bersama dengan Peraturan Mahkamah 2012. 


Lembaga Rayuan juga berpendapat bahawa mereka TIDAK MEMPUNYAI BIDANGKUASA untuk menyembuhkan kecacatan tersebut iaitu meluluskan EIA bagi pihal KP JAS. 


Oleh itu akhirnya secara muktamad, bantahan awal oleh perayu, Tuan Haji Zakaria Ismail telah benarkan dan kelulusan dari KP JAS untuk EIA PSR TETAP DIKETEPIKAN kerana ia adalah luar bidangkuasa (ultra vires), dan batal (null and void) mengikut s.34A (4) (a) AKAS 1974.


Disamping itu, Puan Meena Raman, Ketua Peguam Perayu bagi kes ini mengungkap beberapa kesimpulan penting untuk difahami;


1. Keputusan ini adalah sangat penting kerana ia 

bukan sahaja penting untuk kes PSR tetapi semua kelulusan EIA oleh JAS.


2. Keputusan Lembaga Rayuan bagi kes ini memberi mesej bahawa adalah paling penting untuk kita memahamibagaimana Ketua Pengarah JAS berdasarkan Seksyen 34A(4)(a) AKAS 1974. 


3. KP JAS mesti membuat keputusan bagi memastikan bahawa projek-projek di mana EIA diperlukan, adalah mengikut rancangan struktur atau rancangan tempatan yang berkuatkuasa se


cara sah mengikut undang-undang.


Jadi begitulah kisahnya bagaimana keadaan dan punca EIA PSR dibatalkan. KP JAS secara tidak sah meluluskannya EIA PSR. Titik ! 


Kebenaran telah ditegakkan . Hidup Nelayan! 

#UntukNegeriKita , akhirnya kita menang! 


Zikrullah Ismail ,

Pengerusi Pertubuhan Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang ( LEKAS) 

Bukit Jambul , PP

10 September 2021

Sunday, September 12, 2021

Tun Salleh Abbas belum terbels

 https://facebook.com/story.php?story_fbid=3958334460877249&id=100001022016761


PEMERGIAN TUN SALLEH ABAS: KEZALIMAN YANG BELUM TERBELA DAN PENGHARAPAN YANG BELUM TERTUNAI  


Masih saya ingat lagi bagaimana, setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri mengumumkan di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur, pada 17 April 2008 bahawa Kerajaan Malaysia akan memberi bayaran ex gratia kepada Tun Salleh Abas atas pemecatan beliau sebagai Ketua Hakim Negara oleh pentadbiran zaman Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Ogos 1988, saya telah menemui Tun Salleh Abas di Hilton Hotel, Petaling Jaya, pada 7 Mei 2008 bagi merundingkan mengenai bayaran ex gratia tersebut.


Tun Salleh Abas waktu itu bertegas tidak akan menerima sebarang bayaran melainkan ia disertai oleh permohonan maaf daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau sifatkan bertanggungjawab penuh ke atas pemecatan beliau atau, jika ini tidak dapat dilakukan, oleh penubuhan suruhanjaya bebas bagi mengkaji keabsahan pemecatan beliau dengan menyebut bahawa jika bukti baru diperlukan oleh kerajaan beliau sedia menyerahkan satu bukti yang beliau tidak pernah keluarkan demi menjaga hati pihak tertentu.


Ketegasan ini Tun Salleh Abas tunjukkan dalam satu surat rasmi peguam beliau menyebabkan Menteri Undang-Undang waktu itu merasa teramat marah sekali serta langsung tidak mahu melayan lagi sebarang permintaan daripada pihak Tun Salleh Abas serta mengharamkan mana-mana pegawai beliau daripada bertemu beliau, tetapi larangan ini saya tidak patuhi dalam mana saya senyap-senyap menemui dan memujuk beliau supaya menerima sahaja bayaran ex gratia tersebut kerana itulah yang terbaik boleh dilakukan waktu itu.


Alhamdulillah, Tun Salleh Abas akhirnya lembut hati dan bersetuju menerima bayaran ex gratia tersebut selain bersetuju memujuk lima rakan atau waris rakan beliau yang lain, iaitu  Datuk George Seah, Tan Sri Wan Suleiman Pawan Teh, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh dan Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, untuk turut menerima bayaran ex gratia tersebut yang menggembirakan Menteri Undang-Undang yang akhirnya turun padang dan pergi sendiri ke kediaman mereka untuk menyampaikannya.


Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam pada itu, berang dengan bayaran ex gratia tersebut dan secara tiba-tiba sahaja mendedahkan kepada dunia melalui blog beliau, Che Det, pada 6 Jun 2008 bahawa pemecatan Tun Salleh Abas sebenarnya bukan berpunca daripada beliau, tetapi adalah berpunca daripada Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Sultan Iskandar, yang tidak puas hati atas tindakan Tun Salleh Abas mengadu kepada Baginda dan Raja-Raja Melayu lain berkenaan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih di Istana Baginda.


Dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad, di dalam salah satu daripada mesyuarat mingguan beliau dengan Almarhum Sultan Iskandar, Baginda telah menyatakan ketidak puasan hati Baginda terhadap tindakan Tun Salleh Abas mengadu kepada Baginda dan Raja-Raja Melayu lain berkenaan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih di Istana Baginda (selain satu aduan lain mengenai serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap badan kehakiman) dan meminta beliau menyingkir Tun Salleh Abas daripada jawatan Ketua Hakim Negara.


Fakta-fakta yang ada ialah penggantungan jawatan Tun Salleh Abas (26 Mei 1988) berlaku tiga hari selepas beliau mengarahkan kes rayuan pengharaman UMNO didengar oleh koram penuh Mahkamah Agung (23 Mei 1988), pembatalan arahan Tun Salleh Abas di dalam kes rayuan pengharaman UMNO dibuat hari sama dengan penggantungan jawatan beliau (26 Mei 1988), dan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri menyebut kepada beliau mengenai pendirian berat sebelah beliau dalam kes rayuan pengharaman UMNO (27 Mei 1988).


Begitupun, Tun Dr Mahathir Mohamad, di dalam tulisan beliau ini dan di dalam memoir beliau, menafikan bahawa pemecatan Tun Salleh Abas adalah berpunca daripada ketidak puasan hati beliau terhadap tindakan Tun Salleh Abas mengarahkan kes rayuan pengharaman UMNO didengar oleh koram penuh Mahkamah Agung di samping menegaskan bahawa ia adalah berpunca daripada ketidak puasan hati Almarhum Sultan Iskandar terhadap aduan Tu


n Salleh Abas berkenaan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih di Istana Baginda.


Saya sendiri banyak kali menanyakan Tun Salleh Abas mengenai surat beliau kepada Almarhum Sultan Iskandar dan Raja-Raja Melayu lain berkenaan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih di Istana Baginda tetapi beliau berkali-kali juga menafikannya, manakala Tun Dr Mahathir Mohamad pula, walaupun menyebut di dalam memoir beliau bahawa beliau sedia bersumpah dengan menjunjung al-Qur'an bahawa surat inilah yang menjadi punca pemecatan Tun Salleh Abas, tidak pula pernah menunaikan sumpah ini walaupun dicabar.


Pemergian Tun Salleh Abas hari ini segera mengingatkan saya mengenai pengharapan beliau agar Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada beliau kerana memecat beliau dan agar ditubuhkan suruhanjaya bebas bagi mengkaji keabsahan pemecatan beliau tetapi, mengenali Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah hampir mustahil untuk kita mengharapkan beliau berbuat demikian menjadikan satu cara lain perlu difikirkan bagi membersihkan dengan sepenuhnya nama beliau, termasuk kemungkinan penubuhan suruhanjaya bebas.


Pada 26 Julai 2008, Panel Tokoh-Tokoh Terkemuka Untuk Mengkaji Semula Krisis Badan Kehakiman 1988 Di Malaysia merumuskan: “Bukan sahaja Tun Salleh tidak bersalah sedikit pun dan tiada sebarang tuduhan terhadapnya mempunyai asas, tetapi sebenarnya Tun Salleh telah menjalankan kewajipan perlembagaannya untuk menjunjung dan melindungi doktrin pemisahan kuasa dan kedaulatan undang-undang demi kepentingan negara yang lebih besar. Kesimpulan yang tidak dapat dielakkan, ialah pemecatan Tun Salleh adalah non est.”


Begitupun, perlu diingat bahawa Panel Tokoh-Tokoh Terkemuka yang dipengerusikan oleh Bekas Ketua Hakim Negara India, Hakim (Bersara) Mr. J.S. Verma serta dianggotai oleh Hakim (Bersara) Mr. Fakhruddin G Ebrahim, Dr. Pn. Asma Jahangir, Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Mr. Gordon Hughes dan Dato’ W.S.W. (Bill) Davidson adalah ditubuhkan bukan atas inisiatif pihak kerajaan, tetapi atas inisiatif Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Peguam Antarabangsa, Lawasia dan Transparency International-Malaysia.


Agak penting juga ialah pembersihan nama Tun Salleh Abas ini akan membawa bersamanya pembersihan nama Almarhum Sultan Iskandar sebagai dalang pemecatan beliau, apa lagi bila asas yang sering digunakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memalitkan nama Almarhum Sultan Iskandar kelihatan terlalu dangkal, iaitu kerana Baginda kononnya tidak berpuas hati dengan tindakan Tun Salleh Abas mengadu kepada Baginda dan Raja-Raja Melayu lain berkenaan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih di Istana Baginda.

 

Sebab itulah, bila Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi dakwaan ini di dalam memoir beliau, seorang penulis, Ahmad Lufti Othman, menyebut di dalam rencana beliau bertajuk “Menyanggah Memoir Mahathir” pada 8 Mac 2011 bahawa: “Jelas ia satu pembohongan. Kalaupun Agong murka dengan Tun Salleh atas alasan peribadi, Perdana Menteri bertanggungjawab menasihati baginda bahawa kes sekecil itu langsung tidak membabitkan salahlaku kehakiman sehingga memerlukan penggantungan dan penubuhan tribunal.”


Begitulah juga bila Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi dakwaan ini sambil menyebut beliau sedia bersumpah mengenainya ketika berucap di Cooler Lumpur Festival pada 13 Jun 2015, anakanda Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Abdul Majid Idris, menulis di laman Facebook beliau: “Mahathir, please don’t blame people who can’t defend themselves anymore,”  dan: “Mahathir used my father to remove Tun Salleh, period. Tun Salleh is a good man and my father acknowledged that. He has already made his peace with Tun Salleh.”


Sesungguhnya pemergian Tun Salleh Abas pada hari ini adalah satu kehilangan yang amat besar kepada negara kerana, selain pelbagai jasa besar beliau atas pelbagai kapasiti kepada agama, bangsa dan negara, beliau adalah simbol terbesar kepada segala kezaliman yang menghantui negara ini sejak sekian lama, bayangkanlah sahaja apa yang akan berlaku kepada negara kita jika Tun Salleh Abas tidak dipecat dan kes rayuan pengharaman UMNO benar-benar didengar oleh k


oram penuh Mahkamah Agung yang diketuai oleh beliau hari itu.


Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Almarhum dan semoga Allah memakbulkan pengharapan Almarhum yang belum tertunai supaya nama Almarhum dibersihkan.

Tassawuf Digeruni Dajjal

 *TASSAWUF DIGERUNI DAJJAL*


Kisah Tassawuf dan tareqat digeruni Dajjal, orang kafir dan pengikutnya.

 

Kenapa Dajjal, Eropah, Freemason, illuminati sangat benci kepada ilmu tasawwuf dan tareqat?


Sebabnya, tasawwuf mengajarkan kita penyucian hati dan taqarrub (dekat) dengan Allah dan apabila hati suci dan dekat dengan Allah, maka nusrah (pertolongan Allah) akan terzahir seperti yang berlaku kepada para Sahabat Nabi SAW yang hanya dengan 313 tentera dalam keadaan kelengkapan yang kurang, dapat mengalahkan 1,000 tentera kafir yang lengkap bersenjata dalam Perang Badar, begitu juga yang berlaku kepada Sayyidina Khalid Al-Walid r.a, hanya dengan membawa 59 orang tentera terdiri daripada para Sahabat, mereka dapat menghancurkan tentera Rom seramai 60,000 orang yang lengkap berbaju besi dan bersenjata canggih.


Sejarah telah membuktikan peperangan demi peperangan Islam dengan kafir adalah asbab amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT yang para Ulama' namakan dengan ilmu *Tasawwuf* dan aqidah yang sohih iaitu aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang disusun melalui mazhab oleh Asya'irah dan Maturidiyyah. Cuba baca sejarah Sultan Salahuddin al-Ayubi yang merupakan seorang sufi (ahli tassawuf) dan berakidah Asy'ari dan bermazhab Syafi'e, baca sejarah Sultan Muhammad al-Fatih yang juga seorang sufi dan bermazhab Hanafi dan berakidah maturidi dan ramai lagi para Mujahid lain.


Begitu juga peperangan moden seperti perang Afghan dengan Rusia yang lengkap bersenjata dapat dikalahkan oleh orang Afghan yang pakai senjata murah tapi mereka bermazhab Hanafi, beraqidah Maturidi dan ahli tareqat (sufi) chisty dan lain-lain tareqat, maka tentera Rusia yg lengkap bersenjata itu hancur lebur. Begitu juga dengan para mujahid Chechen yang menentang Rusia juga mempunyai kelengkapan perang yang sedikit tetapi mereka bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan mengikut tareqat Naqshabandi, dan mereka berjaya menghancurkan musuh dengan zikir.


Di Tanah Melayu juga, para pejuang Melayu yang menentang orang kafir penjajah semuanya bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan ahli Sufi.


Kepada yang biasa dengan sejarah Islam, tentu tahu kisah Nabi Sulaiman a.s. yang mahukan istana Balqis dibawa ke depannya lalu Jin Ifrit menawarkan diri untuk membawa, tapi masa yang dia perlukan agak lama, kemudian seorang ahli ibadat yang merupakan seorang sufi menawarkan diri untuk membawa istana tersebut hanya dengan sekelip mata.


Sejak dari hari itu syaitan, jin, Dajjal, iblis sangat ANTI kepada ahli Sufi kerana *teknologi* mereka lebih hebat. Ahli Sufi memang terkenal sebagai jemaah zikir yang sangat digeruni Dajjal dan pengikutnya kerana nusrah Allah sentiasa bersama mereka kerana Allah berfirman mafhumnya "ingatlah Aku maka pasti Aku akan mengingatimu."


Dajjal dan illuminati berusaha keras untuk hapuskan fahaman sufi dan tareqat daripada umat Islam tapi selama ratusan tahun mereka tidak berjaya. Akhirnya mereka sedar yang jemaah sufi tidak boleh dihapuskan dengan kekerasan tentera sepertimana mereka tidak boleh hapuskan para Sahabat dengan kekerasan. 


Selepas itu apa yang Dajjal cuba lakukan?


1. Mereka jauhkan ahli Sufi dengan amalan-amalan sufi mereka dengan memperkenalkan pelbagai hiburan, wang dan sebagainya sehingga umat Islam pun leka dan sibuk dengan hiburan dan dunia. Sedangkan sejak dahulu kaum Sufi sangat terkenal dengan prinsip zuhud yang tidak ada kebesaran dunia dalam hati mereka seperti hiburan, wang dan lain-lain lagi. Bila ahli Sufi dijauhkan daripada amalan sufi, maka Allah tidak akan membantu mereka lagi lalu mereka dihancurkan oleh tentera kafir.


2. Dajjal dan illuminati tahu mereka tidak dapat memfitnah kaum sufi kerana tidak ada orang Islam yang akan percaya kepada orang kafir, maka mereka wujudkan 3 jemaah seperti yang diceritakan oleh Syeikh Ramadhan al-Butti iaitu jemaah wahabi untuk menyesatkan benua Arab, jemaah Qadiani untuk menyesatkan benua India dan jemaah Baha'iyyah untuk sesatkan benua Asia.


Ketiga-tiga jemaah ini wujud secara serentak dalam satu masa dan mereka berjaya menyesatkan umat Islam secara besar-besaran.


Waliyazubillah

Rentitan perumahan Tanjong Tokong

 Tudia....

Bermula Tubuh Ajk Badan Bertindak Penduduk Tanjung Tokong...tidak begitu dilayan banyak pihak atas nama Badan Bertindak...


Kemudian atas nasihat/cadangan Allahyarham Dato Hamdan Abdul Rahman ( Adun Permatang Pasir) mahu tertubuhya Persatuan Suara Penduduk Tanjung Tokong secara rasmi berdaftar (ROS),maka bermula Penaja berakhir dirasmikan .


Tuan Musannif Zainal Abidin (Ketua Cawangan Pas Tanjung Tokong) di beri amanah sebagai pengerusi oleh penduduk untuk buat Tuntutan rumah ganti rumah bersama rakan rakan yang lain.


Tudia terlibat secara tidak langsung,dari Kertas kosong hingga Kertas penuh Tulisan.


Terima kasih kepada Tuan Haji Halim Salleh YDP Pas Kawasan Bukit Bendera dan Ajknya kekuatan tunjang Tuntutan Rumah Ganti Rumah Kampung Tanjung Tokong.


Tak lupa juga terima kasih pada Pas Penang,Lajnah Tanah Perumahan Pas Pusat /Negeri dan lain lain turut membantu mencapai hasrat Tuntutan Rumah Ganti Rumah.


Pas Penang dah berjaya buktikan Tuntutan Rumah Ganti Rumah boleh dicapai Bukan sekadar cakap cakap.


Ringkas cerita...

Perjuangan Tuntutan Rumah Ganti Rumah memerlukan Istiqamah berpanjangan ,ketahanan mental dan fizikal,ugutan jangan cakap laa...banyak lagi .


Hari ini satu Malaysia dapat saksi Rumah Bernilai RM400,000 harga pasaran sekarang sudah diserahkan kepada penduduk Tanjung Tokong secara percuma oleh pemaju UDA Berhad.


Penduduk Melayu Tanjung Tokong tidak berpindah masih kekal di Pangsapuri Warisan Tanjung.


Syukur...

Tahniah rakan seperjuangan,

Rumah baru sudah terima.


Jom isu borang Pas.


Catitan Tudia

PAS bersama ulama

Ramai yang tidak sedar bahawa PAS atau Parti Islam Se-Malaysia juga turut ditubuhkan bersama oleh ulama yang berbangsa Cina atau berketurunan Cina beliau adalah Tuan Haji Mansur JP.


Nama sebenarnya ialah Haji Mansur Bin Haji Hassan. Ayahnya bernama Haji Hassan juga  dikenali sebagai Hj Hasan Kwantung (Canton). Ayahnya berbangsa Cina yang beragama Islam, yakni Cina yang berasal dari negara China, berambut panjang bertocang. Rumahnya di tengah Pekan Bayan Lepas, Pulau Pinang.


Haji Mansur JP mendirikan sistem pendidikan Islam berasaskan sistem pondok di bahagian pulau, terutamanya di kawasan surau Simpang 3 Bayan Lepas, Kampung Seronok dan Teluk Kumbar. Dan Surau tersebut masih ada sampai sekarang.


Haji Mansur JP berjawatan sebagai Naib Yang Dipertua Agung PAS ( Kalau kini Naib Presiden) yang pertama selepas penubuhan PAS pada tahun 1951. PAS pada waktu itu ada dua orang Naib Yang Dipertua Agung.


Beliau merupakan abang ipar kepada seorang ulama terkenal di Pulau Pinang waktu itu, iaitu Dato Haji Ahmad Badawi, ayah kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi .Manakala salah seorang adik lelaki Hj Mansur JP yang bernama Hj Sururi  

(Bekas Qadi Butterwoth) pula berkahwin dengan anak Sheikh Othman Jalaludin Penanti


Kredit: Harakah TV


-dan ada yang aku ubah untuk menambah dan membetul kan fakta

Gaji dalam Islam

Gaji dalam Islam

Dalam Islam, sesuatu pekerjaan yang dilakukan berdasarkan tawaran, layak mendapat saguhati dari pemberi tawaran itu. Konsep ini disebut sebagai kontrak ji'aalah الجعالة , ianya boleh dibaca (ja'aalah, ju'aalah, ji'aalah) 

Terdapat 4 rukun bagi kontrak ini

1) Dua pihak yang berkontrak (iaitu pemberi saguhati dan pekerja)
2) Sighah kontrak (iaitu lafaz/dokumen perjanjian)
3) Kerja (iaitu tugas yang ditetapkan atau yang ditugaskan)
4) Bayaran (bayaran yang wajib dibayar oleh pemberi saguhati)

Merupa satu kezaliman dan kesalahan yang nyata sekiranya sesuatu kerja yang telah dilakukan oleh pekerja tersebut tetapi dinafikan hak gajinya atau dikurangkan gajinya setelah kerja selesai dilakukan atau juga menafikan hak gajinya setelah perjanjian ditandatangani.

Dan juga satu kesalahan yang nyata bagi sebahagian pemberi tawaran kerja yang mendoktrinkan kerja itu sebagai jihad fisabilillah dan dia jangan persoal tentang gaji.

Jumaah Mubarakah

Aids Haraki

 AIDS HARAKI.


Buku Ihzaru al-Aids al-Haraki yang bermaksud Berwaspadalah Dengan Penyakit Aids Haraki adalah kritikan tajam Ustaz Fathi Yakan terhadap kepincangan yang berlaku dalam gerakan Islam. Ia adalah hasil pemerhatian & pengalaman beliau sendiri yang bergelumang penuh dalam dunia da'wah & politik.


Aids merupakan penyakit yang diperolehi dari cara hidup yang suka bersedap-sedapan. Lalu menyebabkan penghidapnya hilang daya tahan & akhirnya mati sendiri secara perlahan-lahan. Ustaz Fathi Yakan memilih istilah penyakit yang mereputkan itu sebagai bandingan bagi masalah jati diri yang dialami oleh sesebuah gerakan Islam.


⚫ Jati Diri.


Masalah yang paling awal dinyatakan oleh Ustaz Fathi Yakan adalah, kondisi jati diri sesebuah gerakan Islam yang tidak cukup kukuh. Ia tidak didirikan di atas asas pemikiran & prinsip yang konkrit serta hala tuju yang jelas.


Sebaliknya ia banyak dibentuk dari sikap fanatik terhadap ketokohan tertentu, atau kepentingan material yang kelak menjadi perebutan antara satu sama lain. Dari gejala tersebut menyebabkan asas kebersamaan dalam sesebuah gerakan menjadi sangat rapuh.


⚫ Mementingkan Kuantiti Lebih Dari Kualiti.


Barangkali terkesan dengan corak sistem demokrasi yang menuntut bilangan angka pengundi, gerakan Islam semakin lama semakin lupa soal kualiti yang perlu dibentuk. Sedangkan jika difikirkan secara mendalam, dengan hanya memiliki ahli yang ramai tetapi tidak mampu menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat serta tidak berupaya menjadi juru bicara yang berkesan, menyebabkan angka yang ramai itu hakikatnya tetap belum cukup signifikan.


Maka sebenarnya nas-nas yang menekankan soal kualiti itu tetap relevan, walaupun dalam konteks persaingan demokrasi. Dalam persoalan ini, Ustaz Fathi Yakan mengingatkan akan sirah para sahabat yang merasa terlebih yakin dengan ramainya bilangan tentera Islam.


Apabila merasa ramai, menyebabkan terbit rasa angkuh & keluarlah cakap-cakap besar yang sekaligus merapuhkan nilai kebergantungan dengan Allah. Dalam kondisi ketika gerakan Islam memiliki ahli yang terlalu ramai tetapi tidak diterapkan kesedaran yang kritis, menyebabkan kelak pengaruh yang besar itu boleh dipergunakan oleh pihak lain. Hal seumpama ini telah berlaku di negara-negara Arab.


⚫ Tergadai Oleh Pihak Luar.


Sikap sambil lewa mendedahkan diri menerima tawaran dari pihak luar adalah kesilapan yang banyak menghancurkan kredibiliti sesebuah gerakan Islam. Tawaran seperti peluang posisi politik, suapan kewangan atau jaminan perlindungan akan mengakibatkan sesebuah gerakan Islam itu akan mampu dikawal oleh pihak yang menajanya. 


Implikasi dari gejala suka mengambil kesenangan bersifat jangka masa pendek itu, gerakan Islam akan hilang nilai kemandiriannya lantas berada di bawah pengaruh pihak asing. Ustaz Fathi Yakan mengingatkan mentaliti 'orang bagi kita ambil' ini sebagai faktor bagaimana gerakan Islam akhirnya secara tanpa sedar, menjadi proksi bagi pihak yang telah lama membiayai mereka secara lunak. 


Beliau turut mengingatkan berapa banyak gerakan Islam yang hilang nilai kerana berjaya dibeli dengan wang kertas & bantuan persenjataan. Begitu juga beliau mengingatkan ancaman dari badan-badan perisikan yang sentiasa cuba merosakkan gerakan Islam. 


Mereka akan menganalisa titik-titik kelemahan yang ada pada sesebuah gerakan Islam. Kemudian mereka menawarkan dukungan & akhirnya ia mereka akan hancurkan hingga lebur.


Dari peluang-peluang yang disebutkan di atas, sudah pasti akan memunculkan krisis & konflik atas faktor perebutan. Pada masa sama, kelompok yang cuba mencegah perangkap tersebut akan dimangsakan. Ketika itu yang berlegar dalam cakap-cakap sesama ahli gerakan Islam adalah sekitar topik-topik kepentingan politik semata-mata.


⚫ Ancaman Perisikan Luar.


Seringkali campur tangan pihak luar itulah yang menjadi punca lahirnya perpecahan. Kadang-kadang jika dinilai kembali, punca perpecahan pun seakan tidak jelas. Ia sesuai dengan sifatnya sebagai propaganda adu domba yang datang dari perencanaan pihak luar.


Bahkan mereka boleh sahaja mencipta kelompok-kelompok tertentu d


i dalam sesebuah gerakan Islam. Sama ada penggeraknya dalam kalangan mereka, atau ahli-ahli gerakan Islam didorong secara lunak hasil manipulasi emosi berdasarkan kajian psikologi mereka.


Malangnya kesedaran terhadap topik-topik seperti ini semakin dijauhkan dari wacana gerakan Islam. Malah jika ditimbulkan, akan dianggap sebagai paranoid. Secara logiknya, eskapisme seumpama ini tidak berlaku dengan sendirinya melainkan ada pencatur yang mencorak kelalaian tersebut.


Penulis buku Soldier of Reason menyatakan hasil dari kajian Rand Corporation terhadap corak kumpulan-kumpulan & parti-parti politik, mereka merumuskan bahawa hakikatnya semua pihak hanyalah menginginkan keuntungan peribadi sahaja. Gagasan, ideologi & slogan hanya sekadar bahan kempen untuk mendapatkan kepentingan peribadi masing-masing. Senario sedemikian selari dengan kritikan Ustaz Fathi Yakan dalam bukunya, Apa Erti Saya Menganut Islam.


Disebabkan itu, badan-badan perisikan gemar memancing dana untuk menguasai sesebuah gerakan. William Blum dalam bukunya bertajuk Rogue State menceritakan bagaimana badan perisikan AS membiayai Islamis yang tidak terdedah dengan kesedaran berkenaan ancaman intelligent. Selepas mereka dibiayai, mereka pasti akan dihancurkan.


Hal yang sama telah ditunjukkan dalam sejarah peranan Ali Moertopo. Beliau terkenal dengan strategi 'pancing & jaring', iaitu menawarkan pembiayaan & posisi kepada kumpulan-kumpulan Islam. Setelah mangsanya diberi perasaan 'menang', ketika itulah rentapan yang menghancurkan berlaku.


Setakat tinjauan sejarah gerakan Islam, tidak pernah didapati sikap oportunis 'orang bagi kita ambil' ini menghasilkan kekuatan bersifat jangka masa panjang buat gerakan Islam. Melainkan ia akan menatijahkan implikasi-implikasi yang buruk.


⚫ Gopoh Ingin Mendapatkan Kuasa.


Ustaz Fathi Yakan menyatakan bahawa sikap tergesa-gesa ingin mendapatkan kemenangan tanpa diimbangi dengan persediaan yang mencukupi, akan memberi kesan kepada kredibiliti sesebuah gerakan Islam.


Sebahagian dari gerakan Islam juga ditimpa bencana apabila terlibat dalam operasi-operasi subversif terhadap kerajaan, lalu menjadi alasan untuk ia diharamkan. Perkara seumpama ini banyak berlakundi negara-negara Arab.


Kegopohan-kegopohan seumpama ini, merosakkan reputasi gerakan Islam di mata umat & rakyat. Mungkin jarang diperbahaskan apakah implikasi sekiranya gerakan Islam hanya menang meraih kuasa, tetapi umat tidak mempercayainya & tidak mendukung atas dasar kefahaman yang tulen.


⚫ Tidak Kritis Melihat Senario.


Ustaz Fathi Yakan mengingatkan bahawa lemah atau tiadanya kesedaran politik yang hakiki menyebabkan sesebuah gerakan itu akan rapuh. Kesedaran politik di sini bukan bermaksud sekadar mampu berbual secara kedai kopi seputar isu-isu politik.


Sebaliknya yang dimaksudkan adalah, tidak mampu menganalisa & membuat jangkaan-jangkaan yang realistik di sebalik senario politik yang berlaku. Masalah ini semakin membarah jika budaya berfikir, bertanya & berdialog itu dipandang negatif.


Barangkali tabiat ahli gerakan Islam yang lebih selesa hidup dalam kelompok sendiri, menyebabkan berlakunya kesan echo chamber dalam paradigma mereka. Sekaligus menjauhkan mereka dengan realiti yang sebenar.


⚫ Refleksi.


Dalam buku Aids Haraki, Ustaz Fathi Yakan merumuskan betapa gerakan Islam perlu secara jujur benar-benar serius dengan Islam. Mewarisi ilmu, hujah, sikap, kefahaman & amalan selari dengan orientasi perjuangan yang telah digariskan oleh Islam.


Sebenarnya sangat banyak tulisan dari tokoh gerakan Islam, yang mengkritik kelemahan bersifat dalaman yang dialami oleh gerakan-gerakan Islam. Sebahagian apa yang telah mereka alami, mungkin sedang dialami oleh gerakan-gerakan Islam yang lain. Muslim yang bijak adalah mereka yang sentiasa mengambil pengajaran.


Abdul Mu'izz Muhammad

18 Februari 2021.

Sunday, September 5, 2021

Tujuh Orang Muar menewaskan Malayan Union

 Tulisan ini agak panjang namun saya sarankan bacalah hingga selesai kerana ia mengandungi fakta sejarah yg amat penting untuk kita ketahui.


KISAH SEBENAR DI SEBALIK KEBANGKITAN TUJUH ORANG MUAR YANG BERJAYA MENEWASKAN MALAYAN UNION - BUKANNYA USAHA UMNO / ONN JAAFAR

Oleh : Kamaruddin Abdullah

Langkah Jebat Menentang Malayan Union

Sejarah merupakan satu khazanah penting untuk dipelihara supaya ia akan menjadi satu pengajaran dan iktibar kepada generasi-generasi akan datang. Ia memberi satu gambaran dan fahaman di mana asas serta benteng yang telah dibina oleh orang-orang lama dirasai nikmatnya oleh generasi yang akan menyusulinya.


Walaubagaimana pun, ada peristiwa-peristiwa yang cukup penting dan bermakna tetapi tidak diketahui umum di atas sebab-sebab yang kita sendiri tidak mengetahuinya.


Satu daripada peristiwa yang cukup penting ini ialah kebangkitan tujuh orang anak kelahiran Muar menentang penubuhan Malayan Union.


Alhamdullillah saya masih hidup dan dapat berkongsi cerita sebenarnya kepada anak-anak muda Muar betapa besarnya pengorbanan orang tujuh ini terhadap bangsa, agama dan tanahair kita.


Bacalah cerita sebenarnya :-


Pada 11hb Oktober 1945, dengan senyap-senyap dan tidak diketahui umum, wakil khas kerajaan British yang bernama Sir Harold MacMichael telah tiba di Port Swettenham (sekarang Port Klang) dengan membawa satu utusan serta cadangan iaitu untuk menubuh apa yang dipanggil Malayan Union. Ia adalah gabungan semua negeri-negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu termasuk Straits Settlement iaitu negeri Melaka dan juga Pulau Pinang.


Penubuhan ini akan memberi kerakyatan penuh kepada semua bangsa termasuk bangsa Cina dan India dan mereka akan menjadi rakyat setaraf dengan bangsa Melayu. Disamping itu, semua Sultan dinegeri masing-masing akan hilang kedaulatan mereka dan Sultan-Sultan ini akan bertanggungjawab kepada seorang pemerintah British yang akan bergelar Governor-General.


Setibanya di Port Swettenham, Sir Harold MacMichael terus berangkat ke Kuala Lumpur dengan diiringi oleh Sir Alec Newboult. Di Kuala Lumpur beliau terus pergi ke King's House dan di sini beliau telah berbincang dengan pegawai- pegawai British yang bertugas di Kuala Lumpur.


Untuk menjadikan Malayan Union satu kenyataan, semua Sultan perlu menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan British dengan memberi persetujuan yang tidak berbelah bagi.


Ketika itu, Almarhum Sultan Ibrahim Johor merupakan Sultan yang sangat dihormati dan disegani oleh Sultan Sultan negeri lain. Jadi untuk memudahkan tanggungjawabnya, Harold MacMachael disyurkan supaya mendapatkan tandatangan Sultan Johor terlebih dahulu.


Pada 20hb Oktober, beliau telah dapat berjumpa dengan Sultan Johor dan setelah menerangkan butit-butir penubuhan Malayan Union, Sultan Johor pun menandatangani surat perjanjian itu dan bersetuju di atas penubuhan Malayan Union tadi. Dengan ini, kerja beliau menjadi lebih senang dan mudah untuk berbincang dengan Sultan-Sultan negeri lain.


Surat perjanjian di antara Sultan Johor dengan kerajaan British disaksikan oleh Tengku Ahmad dan Encik Abdul Kadir.


Pada 20hb Oktober 1945, MacMichael berjumpa dengan Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah dan Sultan Selangor juga menandatangani surat perjanjian itu. Ia disaksikan oleh Encik Hamzah dan Raja Nong.


Pada 2hb November 1945, Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Riayatudin Al-Muazzam Shah telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Tunku Mohammad dan G.E. Mohammad.


Pada 14hb November 1945, Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan menandatangani surat perjanjian itu bersama-sama dengan 4 Undang seperti berikut:

1. Undang Sg. Ujong - Dato Kelana Putra.

2. Undang Jelebu - Dato Shahruddin.

3. Undang Johol - Dato Johol

4. Undang Rembau - Dato Hipap

dan Tengku Sharifah Loyah mewakili Tunku Besar Tampin.

Surat perjanjian ini disaksikan oleh Tengku Nasir, Tengku Jaafar dan Tengku Hussain.


Pada 22hb November 1945, Sultan Perak iaitu Sultan Abdul Aziz telah menandatangani surat perjanjian dengan disaksikan oleh Raja Yusof, Raja Muda Perak dan Dato Temenggong.


Pada 2hb Disember 1945, Sultan Kedah iaitu Sultan Badlishah telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Encik. M. Shariff dan Encik Yaakub.


Pada 12hb Disember 1945, Raja Perlis pula telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Encik Ahmad dan Encik Wan Ahmad.


Pada 17hb Disember 1945, Sultan Ibrahim dari negeri Kelantan telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Tengku Ibrahim Petra dan Nik Ahmad Kamil..


Pada 21hb Disember 1945, Sultan Terengganu iaitu Sultan Ismail Nasirudin Shah telah menandatangani surat perjanjian dan disaksikan oleh Dato Omar dan Tengku Halim.


Maka berjayalah Harold MacMichael untuk mendapatkan semua tandatangan Sultan di Persekutuan Tanah Melayu. Ini bermakna rancangan untuk menubuhkan Malayan Union tiada lagi halangan.


Pada 6hb Januari 1946, berangkatlah MacMichael ke England dengan kesemua surat surat perjanjian itu. Pada 22hb Januari 1946, satu kertas putih telah dibentangkan di dalam parlimen kerajaan British untuk kelulusan.


Setelah mendapat kelulusan parlimen kerajaan British, satu Warta Kerajaan British yang mengandungi butir-butir berkenaan penubuhan Malayan Union di Tanah Melayu telah disiarkan oleh pihak berkuasa Pentadbiran Tentera British (BMA) di Tanah Melayu untuk pengetahuan rakyat dan penduduk Tanah Melayu.


Sebaik sahaja tersiar Warta Kerajaan British itu, seluruh bangsa Melayu telah terkejut dan merasa Kertas Putih itu adalah satu cabaran yang tajam, menyentuh maruah bangsa Melayu.


Tidak ada perkataan yang dapat mensifatkan bagaimana perasaan orang-orang Melayu ketika itu .Perasaan geram dan marah yang meluap-luap terhadap perbuatan Kerajaan British dan perasaan kesal dan dukacita terhadap terlanjurnya Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan baginda ke atas perjanjian MacMichael yang memperdayakan itu.


Tetapi apakan daya, semua surat perjanjian itu sudah menjadi kertas rasmi dan tidak dapat diperbetulkan lagi. Nasib bangsa Melayu kini hancur dan kedaulatan bangsa Melayu akan hilang ditanah tumpah darah dato nenek moyang mereka sendiri.


Di Johor Bahru,


Setelah mengetahui butir-butir kandungan Perjanjian MacMichael itu, beberapa orang pemimpin Melayu Johor yang diketuai oleh Dato Abdul Rahman bin Mohammad Yasin telah membantah dengan sekeras-kerasnya.


Sebaik-baik jalan memansuhkan perjanjian itu ialah membuktikan bahawa Sultan Johor telah bertindak diluar batasan Undang-Undang Tuboh negeri dan perbuatannya tidak sah dari segi undang-undang.


Dato Abdul Rahman adalah seorang Majistret yang berasal daripada Parit Bakar, Muar terus pulang ke Muar untuk berjumpa dengan pejuang-pejuang Melayu ketika itu. Di antara orang pertama yang beliau berjumpa ialah Dr. Hamzah bin Hj Taib dan Cikgu Kosai. Dr. Hamzah merupakan anak Melayu Johor pertama menjadi doktor di negeri itu.


Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk menentang perbuatan Sultan, bukan untuk menderhaka kepada baginda tetapi lebih untuk menyelamatkan kedudukan baginda sebagai Sultan berdaulat di negeri Johor.


Apabila mendengar cadangan untuk menentang penubuhan Malayan Union ini, dua orang lagi anak Muar tampil kehadapan untuk memberi bantuan dan kerjasama. Mereka adalah dua beradek yang bernama Cikgu Ahmad Suleiman dan Cikgu Safiah Suleiman.


Di dalam satu jamuan makan malam di rumah Dr. Hamzah Hj. Taib, dua orang lagi penjuang dari Muar menghadir untuk memberi bantuan. Mereka ialah Hj. Hassan Yunos ( sepupu kepada Dato Abdul Rahman) dan Dr. Awang bin Hassan ( saudara rapat dengan Dato Abdul Rahman dan Dr. Hamzah).

Secara kebetulan, Dato Abdul Rahman ketika itu ialah Pegawai Keewangan Negeri Johor, Hj. Hassan Yunos pula ialah Mufti Kerajaan Negeri Johor, dan Cikgu Kosai ialah Pegawai Jabatan Hutan.


Mereka telah membuat satu risalah menerangkan kepada orang ramai bahawa perbuatan Sultan Johor adalah salah disisi undang-undang tuboh kerajaan negeri Johor. Risalah itu disebarkan kepada seluroh negeri Johor dan rakyat Johor mula memberi sokongan kuat kepada gerakan mereka.


Dato Abdul Rahman berhasrat untuk menghadap baginda Sultan tetapi di halang oleh pegawai pegawai istana. Malah kesemua


 mereka telah digantung kerja

 masing-masing tetapi ini tidak

 memantahkan semangat mereka.


Hari demi hari, sokongan rakyat Melayu Johor semakin bertambah dan ini membimbangkan pihak Istana. Pada ketika ini, Dato Onn Jaafar langsung tidak menyebelahi gerakan mereka.


Maka mereka bersepakat untuk menghantar satu petition bantahan kepada baginda Sultan dan setelah berbincang, mereka mencadangkan agar Hj. Hassan Yunos seorang sahaja menghadap baginda Sultan dan statusnya sebagai Mufti Kerajaan Negeri membolehkan perkara ini berlaku.


Satu perutusan telah dihantar kepada baginda Sultan supaya menerima kunjungan Hj. Hassan Yunos. Alhamdullillah, baginda Sultan bersetuju untuk berjumpa dengan Hj. Hassan Yunos.


Pada hari yang telah ditetapkan, ramai penyokong-penyokong telah berhimpun di perkarangan Masjid Abu Bakar di Johor Bahru. Jarak antara Masjid Abu Bakar dan Istana Besar tidak lah begitu jauh. Maka berjalanlah seorang diri Hj. Hassan Yunos menuju ke Istana dengan membawa petition tersebut.


Menurut anak Hj. Hassan Yunos iaitu Encik Murad (sahabat rapat saya), apabila ayahnya sampai di tangga Istana Besar, lututnya menggeletar dan susah untuk menaiki tangga. Perasaan takut memang ada tetapi tanggungjawab untuk menjaga maruah bangsa Melayu tidak boleh dipermain-mainkan. Beliau berdoa kehadarat ilahi supaya memberikan dia semangat yang kuat apabila menghadap baginda Sultan nanti.


Setibanya di pintu besar Istana, seorang pegawai Istana menjemputnya keruang tamu sambil menunggu keberangkatan baginda. Tidak lama kemudian, muncullah baginda Sultan, lantas Hj. Hassan terus bangun dan mencium tangan baginda. Di jemputnya Hj. Hassan supaya duduk dan dengan penuh tertib, Hj Hassan menerangkan satu-persatu di mana kesalahan baginda.


Apabila habis penerangan Hj. Hassan Yunos kepada baginda Sultan, barulah baginda sedar yang perbuatan baginda itu adalah salah disisi undang-undang tuboh negeri Johor. Baginda Sultan berjanji dengan Hj. Hassan yang baginda akan menarik balik perjanjian itu.


Maka gembiralah Hj. Hassan bahawa beliau telah berjaya mengajak baginda kembali kepangkal jalan yang sebenar. Baginda Sultan menerima petition itu dan mengucapkan selamat jalan kepada Hj. Hassan.


Suasana di perkarangan Masjid Abu Bakar cukup resah dengan penyokong-penyokong menunggu kepulangan Hj. Hassan dari Istana. Tidak lama kemudian, mereka melihat Hj. Hassan berjalan menuju ke Masjid Abu Bakar dengan mengangkat tangan tanda kejayaan.


Dengan tiba-tiba suasana menjadi riuh rendah, ada yang menjerit-jerit tanda kesukaan dan ada yang menandah tangan kelangit untuk melafazkan kesyukuran kehadrat Allah.


Dato Abdul Rahman dan rakan-rakan seperjuangannya berpeluk-peluk sambil menangis kegembiraan. Mereka telah berjaya mematahkan penubuhan Malayan Union.


Beberapa hari kemudian, baginda Sultan Johor telah menulis sepucuk surat kepada kerajaan British dengan kandungan isinya seperti berikut :-


"Beta tidak dikerasi dan dikejut-kejut dan beta tidak menurunkan tandatangan dengan penuh kemahuan akan tetapi setelah memikirkan semula perkara itu beta berpendapat bahawa beta telah menyain perjanjian itu dengan tidak terlebih dahulu menyiasat dengan sehalus-halusnya seperti yang sepatutnya diperbuat dan malangnya beta tidak sedar akan kesan kesan yang mengenai lebih jauh.


Oleh hal yang demikian, beta suka menyatakan iaitu didalam hal yang demikian beta tidak sanggup lagi bertanggungjawab kepada persetujuan yang beta berikan mula-mula itu."


Setelah mendengar yang baginda Sultan Johor telah menarik balik surat perjanjian itu, kesemua Sultan-Sultan lain telah mengikut jejak yang sama. Maka apabila orang-orang Melayu mendapat tahu bahawa Raja-Raja Melayu telah menarik balik perjanjian mereka, seluruh rakyat Melayu bangkit dengan penuh bersemangat. Di saat inilah baru munculnya Dato Onn Jaafar.


Begitulah pengorbanan yang telah diberikan oleh pejuang-pejuang anak kelahiran Muar kita. Mereka sanggup melawan Sultan bukan untuk menderhaka tetapi untuk menjaga supaya institusi Raja-Raja terpelihara.


Mengapakah mereka digelar Orang Tujoh Muar? Ini oleh kerana hanya tujuh orang yang menandatangani petition kepada Sultan.


Cikgu Kosai sebenarnya berkelulusan tinggi iaitu daripada Cambridge, England. Oleh kerana beliau bermula kerja sebagai seorang guru, maka panggilan Cikgu Kosai cukup mesra dengannya.


Hj. Hassan kemudian menjadi Menteri Besar Johor dengan gelaran Tan Sri. Dr. Hamzah Hj. Taib meninggal dunia semasa masih muda. Dr. Awang Hassan kemudian menjadi Gabenor Pulau Pinang dengan gelaran Tun,


Begitulah kisah perisitwa yang cukup bermakna ini. Marilah kita menghadiahkan Al fatihah kepada tujuh anak kelahiran Muar yang mana jasa mereka kepada bangsa Melayu tidak terhingga besarnya.


Al fatihah buat :

=============


1. Allahyarham Dato Abdul Rahman Mohd. Yassin.

2. Allahyarham Dato Suleiman Abdul Rahman.

3. Allahyarham Tan Sri Hj. Hassan Yunos.

4. Allahyarham Tun Dr. Awang Hassan.

5. Allahyarham Dato Hj Kosai bin Hj Salleh.

6. Allahyarham Encik Ahmad Sulaiman.

7. Allahyarhamah Cik Safiah Sulaiman.


sumber dari : 

==========


Kamaruddin Abdullah 

penulis buku 'Pages From My Past'

Saturday, September 4, 2021

 Untuk makluman Syeikh Jalaluddin Al Kelantani ialah datuk@ tok wan kepada Hajah Sara Binti Haji Muhammad Salleh isteri kepada Syeikh Osman Jalaluddin Penanti


Oleh: WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH 


Syeikh Jalaluddin al-Kalantani - Perintis pengajian pondok Seberang Perai...


MAKLUMAT sebelum ini diriwayatkan bahawa dua orang ulama telah membuka pondok pengajian di Sungai Dua, Seberang Perai. Kedua dua ulama itu ialah Syeikh Abdus Shamad bin Abdul Malik Kelombong berasal dari Jeringa, Patani dan Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani, atau digelar dengan Tuan Minal. Penyelidikan terkini didapati bahawa sebelum kedatangan kedua-dua ulama itu yang membuka pondok pengajian di Sungai Dua, Seberang Perai itu ialah seorang ulama berasal dari Kelantan. Beliau ialah Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' bin Abdul Ghafur al-Jawi al-Kalantani.


Selanjutnya sama ada pertalian nasab ke atas mahu pun keturunan ke bawah Syeikh Jalaluddin al-Kalantani menyentuh kekeluargaan besar para ulama terkenal. Di antara ulama yang ada hubungan kekeluargaan itu ialah Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman bin Abdul Ghafur al-Kalantani, Syeikh Abdus Shamad Kelombong, Tuan Minal al-Fathani, Syeikh Ahmad al-Fathani, Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani, Haji Abdullah Fahim, Syeikh Usman Jalaluddin Penanti, Tuan Guru Haji Zakaria, Kampung Rambai, Tokai, Kedah dan ramai lagi. Artikel ini menyentuh perhubungan kekeluargaan para ulama tersebut, yang merupakan satu penyelidikan dan pengenalan ringkas peringkat awal.


Riwayat Penyelidikan


Sejak tahun 1962 penulis mendapat informasi bahawa Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani, Pengarang kitab al-Jauhar al-Mauhub dan Lum'atul Aurad mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kebanyakan ulama di Pulau Pinang. Tahun 1970 penulis cuba melakukan penyelidikan di Pondok Syeikh Usman Jalaluddin Penanti, menemui anak beliau bernama Haji Saleh. Tahun 1989 di pondok yang sama, penulis dua kali menemui menantu ulama tersebut, beliau ialah Tuan Guru Haji Abdul Wahhab. Beliau adalah murid kepada Tuan Guru Haji Wan Ibrahim bin Abdul Qadir al-Fathani (Pak Cu Him), Gajah Mati, Kedah. Penyelidikan di pondok tersebut tidak banyak memperoleh maklumat.


Maklumat terbanyak diperoleh ialah pukul 10.00 malam Sabtu, 5 Rejab 1425 Hijrah/21 Ogos 2004 Masihi hingga pukul 11.35 malam Ahad, tarikh 6 Rejab 1425 Hijrah/22 Ogos 2004 Masihi. Selain wawancara terhadap beberapa orang, yang berupa bahan bertulis ialah;


1. Salinan surat jual beli rumah di Mekah milik Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' bin Abdul Gha-fur al-Jawi al-Kalantani, bertarikh 23 Safar 1281 Hijrah.


2. Salasilah Zuriat Allahyarham Hj. Muhammad Yusya' dan Allahyarham Hj. Tahir susunan Yahaya bin Haji Awang


3. Salasilah Awang Kecik Setol susunan Haji Ismail, penulis peroleh melalui Cikgu Mustafa bin Hj. Hasein bin Hj. Tahir, Balik Pulau, Pulau Pinang.


Nama lengkap ulama yang diriwayatkan ini ialah Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' bin Abdul Ghafur al-Jawi al-Kalantani. Syeikh Jalaluddin al-Kalantani kemungkinan adalah saudara sepupu Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman bin Abdul Ghafur al-Kalantani. Mengenai ini berdasarkan nama datuk kedua-keduanya adalah Abdul Ghafur al-Kalantani yang termaktub dalam surat jual beli rumah di Mekah seperti tersebut di atas. Selanjutnya berdasarkan cerita yang mutawatir dapat dipastikan bahawa antara Syeikh Jalaluddin al-Jawi al-Kalantani dan Syeikh Wan Ali al-Kalantani memang ada pertalian keluarga yang sangat dekat. Oleh itu, boleh dipastikan kedua-duanya adalah saudara sepupu.


Daripada surat jual beli rumah di Mekah di atas dapat diketahui beberapa orang ulama yang sezaman dengan Syeikh Jalaluddin al-Kalantani. Sebagai wakil Syeikh Jalaluddin al-Kalantani dalam urusan jual beli rumah di Mekah itu, seorang ulama besar yang sangat terkenal, iaitu Sayid Umar asy-Syami al-Baqa'ie bin Sayid Muhammad Barakat al-Baqa'ie. Belum jelas hubungan antara Syeikh Jalaluddin al-Kalantani dengan Sayid Umar asy-Syami al-Baqa'ie itu, apakah kedua-duanya bersahabat atau Syeikh Jalaluddin al-Kalantani sebagai murid ulama yang sangat masyhur itu. Yang sudah pasti Sayid Umar asy-Syami al-Baqa'ie yang hidup antara dalam lingkungan tarikh lahir 1245 Hijrah/1829 Masihi dan wafat di Mekah, 18 Syawal 1313 Hijrah/2 April 1896 Masihi adalah guru kepada ramai ulama, di antaranya ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.


Surat jual beli di atas ditandatangani oleh ramai orang, hanya seorang ulama dunia Melayu yang turut menandatanganinya sebagai saksi, iaitu Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani (Pengarang kitab Mathla' al-Badrain, yang terkenal), ketika menandatangani surat itu disebut sebagai al-Hakim Syari'ie. Syeikh Jalaluddin al-Kalantani umurnya diperkirakan lebih tua sedikit daripada Syeikh Wan Ali al-Kalantani dan Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani.


Syeikh Jalaluddin al-Kalantani pada mulanya tinggal di Mekah, memperoleh kewarganegaraan Turki Usmaniyah pada 10 Jamadilawal 1299 Hijrah. Selanjutnya pulang ke tanah Jawi menyebarkan agama Islam di beberapa kampung di Pendang, di antaranya Kampung Tobiak, Guar Kepayang dan lain-lain. Setelah itu Syeikh Jalaluddin al-Kalantani pergi ke Sungai Dua, Seberang Perai. Sewaktu beliau berangkat ke Mekah untuk melanjutkan pelajaran tiga orang anaknya, pada waktu itulah beliau menyerahkan pusat pendidikan pondok itu kepada Haji Abdus Shamad bin Abdul Malik Kelombong al-Fathani. Haji Abdus Shamad mengajak sahabatnya, Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad (Tuan Minal) al-Fathani membina pengajian itu, selanjutnya berkembang dengan sangat pesat. Tuan Minal al-Fathani termasuk ulama besar yang sangat terkenal di dunia Melayu kerana beberapa buah karangannya, di antaranya ialah Kasyful Litsam, `Aqidatun Najin dan lain-lain.


Tiga orang anak Syeikh Jalaluddin al-Kalantani setelah ketiga-tiganya menjadi ulama, membuka perkampungan baru dan institusi pengajian pondok yang baru pula. Mereka ialah Haji Zakaria tatap di Pondok Pematang Sungai Dua, Haji Muhammad Saleh membuka Pondok Kampung Setol dan Haji Abdullah membuka Pondok Pematang Buluh. Jarak ketiga-tiga pondok pengajian berdekatan, semuanya dalam kawasan Serang Perai.


Kekeluargaan


Abdul Ghafur al-Kalantani mempunyai beberapa orang anak, di antaranya ialah Muhammad Yusya' dan Abdur Rahman. Syeikh Muhammad Yusya' memperoleh tiga orang anak, ialah Haji Mustafa, Hajah Sarahi dan Syeikh Jalaluddin al-Kalantani.


Haji Mustafa bin Muhammad Yusya' al-Kalantani menurut riwayat beliau adalah salah seorang yang membuka perkampungan Sabak Bernam. Beliau memperoleh tiga orang anak iaitu; Haji Abdur Rahman, Hajah Fatimah dan Hajah Zubaidah. Hajah Sarahi binti Muhammad Yusya' al-Kalantani kahwin dengan Haji Muhammad Arsyad memperoleh tiga orang anak. Salah seorang di antaranya bernama Hajah Khatijah (Tok Itam) berkahwin dengan Haji Abdus Shamad bin Abdul Malik. Beliau memperoleh anak di antaranya Syeikh Abdullah Shamad al-Filfulani (ulama di Mekah) dan Haji Syahabuddin (Tok Ayah). Salah seorang anak Haji Syahabuddin yang perempuan bernama Hajah Habibah yang berkahwin dengan Tuan Guru Haji Ahmad, Sungai Petai, Perak. Memperoleh anak Datuk Haji Hasan Haji Ahmad (Mufti Pulau Pinang sekarang), Prof. Madya Saleh Haji Ahmad (Pensyarah di Universiti Malaya), dan lain-lain.


Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' al-Kalantani kahwin dengan Hajah Sara binti Haji Muhammad Tahir al-Fathani. Hajah Sara adalah adik-beradik dengan Haji Ibrahim (Pak Him). Haji Ibrahim (Pak Him) ini ialah ayah kepada Mufti Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang, iaitu datuk kepada Datuk Seri Abdullah Badawi Perdana Menteri Malaysia) dan Haji Tahir (Kadi Pulau Pinang, di Balik Pulau).


Perkahwinan Syeikh Jalaluddin al-Kalantani dengan Hajah Sara binti Haji Muhammad Tahir al-Fathani memperoleh tiga orang anak, ketiga-tiganya adalah ulama. Mereka ialah Haji Zakaria, Haji Muhammad Saleh, Haji Abdullah. Haji Zakaria bin Jalaluddin al-Kalantani kahwin dengan Rabi'ah binti Lebai Din, memperoleh tujuh orang anak, di antaranya Arsyad, Arsyad memperoleh anak bernama Haji Ja'afar, tok guru di Pondok Padang Lalang. Anaknya yang kedua ialah Hajah Asma kahwin dengan Haji Awang, anaknya bernama Haji Yahaya (dari beliau saya peroleh silsilah keluarga ini, pada malam Sabtu, 5 Rejab 1425 Hijrah/21 Ogos 2004 Masihi, sebagai pelengkap maklumat yang telah saya miliki sejak tahun 1962 dari Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani, dll).


Haji Muhammad Saleh bin Syeikh Jalaluddin al-Kalantani, memperoleh tujuh orang anak, enam orang di antaranya tinggal di Mekah. Anaknya bernama Hajah Sara kahwin dengan Syeikh Usman Jalaluddin Penanti, seorang ulama besar yang terkenal serta pengasas pusat Pondok Pengajian Manabi'ul `Ulum, Penanti, Bukit Mertajam.


Haji Abdullah bin Syeikh Jalaluddin al-Kalantani berkahwin dengan Wan Maimunah binti Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani (ulama ini adalah Kader Syeikh Ahmad al-Fathani, khusus dalam bidang pentashhihan kitab). Beliau juga memperoleh tujuh orang anak, salah seorang di antaranya bernama Hajah Sa'diyah. Hajah Sa'diyah berkahwin pertama kali dengan Haji Abdul Hamid, anaknya bernama Nik Abdur Rasyid. Perkahwinan kedua dengan salah seorang keluarga ulama yang berasal dari Pontianak, Kalimantan Barat, iaitu Haji Ali bin Muhammad Nur. Perkahwinan tersebut memperoleh empat orang anak, salah seorang di antaranya ialah Aisyah. Beliau inilah yang memandikan dan mengkapankan Hajah Kailan binti Haji Hasan, ibu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia), ketika meninggal dunia.


Penutup


Untuk mengakhiri artikel ini, di bawah ini penulis petik tulisan Haji Yahaya bin Haji Awang, pada bahagian bawah silsilah keluarga ini, katanya, ``Saya berharap semua zuriat Allahyarham Haji Muhammad Yusya' dan Allahyarham Haji Tahir merendangkan susur galur zuriat masing-masing dengan berpandukan asas salasilah yang tercatat dalam buku ini. Saya yakin Allahyarham Haji Muhammad Yusya' dan Allahyarham Haji Tahir mempunyai hubungan darah keluarga selain daripada menjadi besan. Adalah menjadi amalan generasi zaman dahulu mengambil sanak saudara untuk menjadi menantu mereka.''


Sebagai tambahan, penulis berpendapat bahawa setiap keluarga yang besar adalah terdiri daripada golongan ulama, yang berpangkat, yang kaya, yang miskin dan sebagainya. Tugas ulama adalah yang paling berat kerana mereka wajib memberi pengenalan Islam, agamanya kepada semua golongan keluarga besarnya. Golongan berpangkat dan kaya perlulah menyelamatkan keluarga besarnya daripada kemiskinan dan kehinaan supaya sampai pada tahap mudah melakukan ibadah yang diredhai Allah s.w.t.