Monday, June 30, 2014

Kisah Syaitan Menolong Seorang Pemuda Ke masji

Kisah Syaitan Menolong Seorang Pemuda Ke masjid. Kisah ini bermula apabila seorang pemuda bangun pada awal pagi untuk solat Subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid. Di pertengahan jalan menuju ke masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid. Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang ...sama. Dia sekali lagi bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid. Di tengah jalan menuju ke masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut dan lelaki tersebut menjawab "Saya melihat anda jatuh dua kali di perjalanan menuju ke masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda." Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan menuju ke masjid. Apabila mereka sampai di masjid, pemuda tersebut bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat Subuh bersamanya. Lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali tetapi jawapannya sama. Pemuda itu bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat Subuh bersama? Lalu lelaki itu menjawab... "Aku adalah IBLIS..." Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu. Iblis kemudian menjelaskan, "Saya melihat kamu berjalan ke masjid dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan SEMUA DOSAMU. Saya membuatkan kamu jatuh kali kedua
dan itupun tidak membuatkan kamu berubah fikiran, bahkan kamu tetap memutuskan kembali untuk ke masjid. Kerana hal itu, Allah memaafkan DOSA-DOSA SELURUH ANGGOTA KELUARGAMU. Saya bimbang jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk kampungmu jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat..." Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.

Sunday, June 29, 2014

Sistem Pengiktirafan Kelayakan JPA


Sistem Pengiktirafan Kelayakan   

Pengenalan

Latar Belakang Pengiktirafan

Kelayakan yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf adalah menjadi salah satu syarat utama untuk pelantikan dalam Perkhidmatan Awam sebagaimana yang dinyatakan dalam skim-skim perkhidmatan. Perkara 16 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 menyatakan:

"Jika ada keraguan dalam mana-mana skim perkhidmatan atau iklan khususnya tentang maksud kelulusan yang setaraf, maka perkara itu hendaklah dirujuk kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Untuk Penentuan".

Perkara yang sama juga dinyatakan dalam Perkara 11 Perintah Am Bab A (1973) yang telah dimansuhkan. Oleh itu pengiktirafan kelayakan sebenarnya bukanlah satu perkara baru dalam proses pertimbangan pelantikan.

Pengenalan Pengiktirafan Kelayakan

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2002 bertajuk "Senarai Kelayakan yang Diiktiraf oleh Kerajaan Yang Perlu Digunakan Dalam Urusan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam". Pekeliling berkenaan memaklumkan perlunya Pihak Berkuasa Melantik (PBM) menyemak status pengiktirafan kelayakan calon-calon dalam urusan pelantikan ke jawatan-jawatan dalam Perkhidmatan Awam seperti yang disyaratkan dalam skim-skim perkhidmatan.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 pula memaklumkan bahawa senarai kelayakan (IPT tempatan sahaja) yang diiktiraf oleh Kerajaan telah dikemaskini dan dipaparkan melalui laman web (http://pengiktirafan.jpa.gov.my) dan tidak lagi diterbitkan dalam bentuk buku. Senarai kelayakan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pengajian Tinggi.

Pengiktirafan kelayakan dari Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara adalah melibatkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama sahaja. Bagi pengiktirafan kelayakan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan P.h.D., Kerajaan telah menggunapakai dasar sedia ada seperti yang terkandung dalam: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2009.

Cetakan dari laman web bagi kelayakan dari IPT tempatan (http://pengiktirafan.jpa.gov.my) boleh digunakan untuk tujuan pelantikan dan permohonan jawatan dalam Perkhidmatan Awam. Selain itu, ianya boleh digunakan bagi tujuan penajaan/pinjaman pengajian atau pendaftaran dengan agensi Kerajaan termasuk pendaftaran bidang dengan Kementerian Kewangan, dsbnya. Bagi semakan pengiktirafan kelayakan yang melibatkan badan profesional atau kelayakan dari luar negara boleh disemak melalui halaman Senarai Kelayakan.

Sekiranya tidak berjaya membuat semakan melalui laman tersebut, PBM hendaklah membuat semakan secara bertulis dan disertakan sesalinan dokumen-dokumen seperti berikut:
  1. Salinan Kad Pengenalan;
  2. Salinan Skroll (SPM/STPM/A-LEVEL/SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA);
  3. Salinan Transkrip (A-LEVEL/SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA);
  4. Salinan Visa (Sepanjang Tempoh Pengajian)/Surat Penaja; dan
  5. Salinan dokumen-dokumen yang berkaitan.
 

Penduduk Baling paling bahagia - kajian

Penduduk Baling paling bahagia - kajian


KUALA LUMPUR 26 Jun - Penduduk di empat daerah iaitu Baling, Alor Gajah, Pekan dan Raub merekodkan kadar kebahagiaan tertinggi di negara ini, manakala penduduk di 90 kawasan lagi mencapai tahap sederhana pada tahun lalu.
Penilaian yang dibuat menerusi Kajian Indeks Kebahagiaan Negara 2013 itu menunjukkan kebahagiaan penduduk di Majlis Daerah Baling mencecah 84.62 peratus, diikuti Majlis Perbandaran Alor Gajah (81.54 peratus), manakala Majlis Daerah Pekan dan Raub masing-masing mencatatkan 80 peratus.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pelaksanaan indeks berkenaan sebagai sebahagian daripada Jaringan Petunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (MURNINets) yang merangkumi 151 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini. - UTUSAN ONLINE

Umat Islam digalak minum air buah ketika sahur

Umat Islam digalak minum air buah ketika sahur


KUALA LUMPUR 27 Jun - Minum air buah semasa bersahur adalah antara tindakan yang baik dalam memastikan umat Islam sentiasa bertenaga dan sihat sepanjang hari pada Ramadan ini.
Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman berkata, dengan meminum air buah-buahan segar, ia dapat mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi pada bulan puasa ini.
"Air buah-buahan ini mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potasium dan glukosa dan berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan.
"Sebenarnya rasa letih, penat dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah.
"Bila berlakunya dehidrasi, tubuh kita kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya, sebab itu air memainkan peranan penting di dalam tubuh kita," katanya di sini baru-baru ini.
Memandangkan Ramadan kali ini jatuh pada musim Monsun Barat Daya dengan cuaca panas dan kering serta diburuk dengan jerebu yang tidak menentu dan ramalan fenomena El Nino akan melanda Malaysia pada pertengahan tahun ini, maka adalah perlu bagi umat Islam memastikan bekalan air dalam badan sentiasa dijaga.
Ridzoni berkata, selain meminum air buah-buahan, orang ramai perlu mengelak daripada meminum kopi ataupun teh pada bulan puasa kerana minuman itu mempunyai kesan deuratik.
"Minuman tersebut akan merangsang pengeluaran air kencing dan akibatnya, badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus," katanya.
Sementara itu, Pegawai Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd. Hairil Nizam Abdul Hamid turut bersependapat pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam menghadapi musim panas ketika berpuasa.
Katanya, kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh menghadapi masalah kerana 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air.
"Tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan baik.
"Apabila tubuh mengalami dehidrasi masalah utama adalah buah pinggang kerana bila tubuh kekurangan air, buah pinggang akan kecut yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, malah antara perkara lain yang boleh berlaku adalah pening dan pitam," katanya.
Tambah beliau, walaupun pengambilan air yang mencukupi dititikberatkan namun orang ramai turut dinasihat memakan makanan seimbang. - BERNAMA

Wednesday, June 18, 2014

Memahami Islam Dalam Perlembagaan Malaysia

Memahami Islam Dalam Perlembagaan MalaysiaPosted on Wednesday, June 18 @ 14:17:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan


Artikel Oleh Khairil Anuar Ramli

Ketetapan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Negara bukanlah satu kebetulan yang dilakukan secara tidak sengaja oleh mereka yang merundingkan Kontrak Sosial lebih lima puluh tahun yang lampau. Ia adalah pernyataan tegas oleh semua yang telah berperanan merundingkan proses kemerdekaan. Ia adalah rumusan yang telah mengambilkira latar belakang sejarah, dinamika budaya tempatan, ciri-ciri ketamadunan dan ketatanegaraan di Persekutuan Tanah Melayu. Ketetapan ini tidak pernah menolak keperluan mana-mana anggota masyarakat yang lain untuk menghayati mana-mana agama yang menjadi anutannya.

Peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan ini merupakan salah satu dari tujuh ciri-ciri asas Perlembagaan Negara sepertimana yang dicatat oleh Tun Mohamed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara (1974-1982). Menurut beliau,
“The fourth basic feature of theConstitution providing for Islam to be the religion of the federation (Article 3(1)) (not for a theocratic state) and at the same time guaranteeing freedom of religion was accepted without controversy and debate.

The rulers of the Malay States and the Malay population were Muslims even before the arrival of the Portuguese in the sixteenth century and the Muslim population have always been tolerant towards the followers of any or no religion." (An Introduction to the Legal System in Malaysia, 1989, hal. 13).


Lain-lain ciri-ciri asas Perlembagaan Malaysia, menurut beliau lagi, ialah:-

(1) Malaysia sebagai sebuah Persekutuan (Perkara 1);
(2)Perlembagaan sebagai undang-undang utama Persekutuan (supremacy of the Constitution) (Perkara 4(1));
(3) Pengasingan Kuasa antara Eksekutif, Parlimen dan Kehakiman (separation of powers);
(4) Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy) (Perkara 39);
(5) Demokrasi Berparlimen (Perkara 44); dan
(6) Badan Kehakiman yang terpisah dan bebas dari penguasaan Parlimen dan Eksekutif (Perkara 128).

Kesemua ciri-ciri asas ini sememangnya wajar dipertahankan! Menurut almarhum Profesor Ahmad Ibrahim (m. 1998) di dalam kertaskerjanya, “Islam and The Constitution" yang dibentangkan di Universiti Malaya pada 23 Ogos 1987, ketika Suruhanjaya Perlembagaan dibentuk pada 1956, terma rujukannya (terms of reference) secara khusus memperuntukkan, antara lain, bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu mempunyai peruntukan-peruntukan seperti:-

(a) melindungi kedudukan (position) dan mertabat (prestige) Raja-Raja Melayu di negeri-negeri masing,
(b) Yang Di-Pertuan Agung perlu dipilih dari kalangan Raja-Raja Melayu, dan
(c) melindungi kedudukan istimewa kaum Melayu.

Profesor Ahmad Ibrahim kemudiannya merumuskan kertaskerja beliau:
“There seems a need therefore to give a proper place to the Islamic law and the Shariah Courts and thus to implement the provision that Islam is the religion of the Federation. As Islam is the religion of the Federation the Shariah as based on the Holy Quran and the Sunnah must be enforced in the Federation and it should be provided that any law which is inconsistent with the HolyQuran and the Sunnah shall be void to the extent of such inconsistency.

The Privy Council has ruled that in the case of Singapore a law to be valid must conform to the fundamental rules laid down by the English Common Law. This view seems to be acceptable to some in Malaysia too but as Islam is the religion of the Federation surely the fundamental principles of the laws should be based in Malaysia not on the English Common Law but on the Shariah.

"Tidak sampai setahun kemudiannya, pada 10 Jun 1988, Parlimen meluluskan pindaan Perlembagaan memperuntukkan fasal 1A kepada Artikel 121 Perlembagaan yang menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai sebarang bidang kuasa (jurisdiction) terhadap perkara-perkara yang menjadi bidang kuasa Mahkamah Shariah. Pelaksanaan pindaan ini, pada awalnya, menemui beberapa kesukaran sehinggalah Mahkamah Agong membuat keputusan di dalam kes Mohd Habibullah Mahmood v Faridah Dato’ Talib pada tahun 1993. Dengan kes ini, kedudukan Mahkamah Shariah semakin diperkukuhkan. Perdebatan kemudiannya merujuk kepada apa yang dimaksudkan dengan “bidang kuasa Mahkamah Shariah".

Kini setelah hampir dua puluh tahun pindaan ini dilakukan, bukan sahaja pindaan ini yang dicabar, malah beberapa peruntukan lain secara tidak langsung turut menjadi pertikaian termasuklah apa yang disifatkan sebagai ciri-ciri asas kepada Perlembagaan Persekutuan. Beberapa akta dan mekanisme baru pula cuba diketengahkan untuk mencabar secara tidak langsung institusi-institusi yang telah diwujudkan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan ini, umpamanya institusi mufti dan pihak pentadbiran agama negeri-negeri. Keputusan Mahkamah Shariah dipertikaikan. Perjalanan pentadbiran agama negeri negeri diperlekehkan. Malah tanggungjawab keagamaan untuk mengawal moral dan akhlak umat Islam sendiri ditanggapi sebagai mengganggu “privacy” golongan-golongan tertentu dan berselindung di sebalik hak asasi manusia. Yang sedihnya, gelombang reformasi yang diharapkan dapat mengembalikan kemuliaan insan (karamah insaniyyah) semakin karam dalam agenda perebutan undi dan kuasa. Tegasnya, apa yang telah diperkukuhkan selama 50 tahun negara merdeka, kini sedang cuba dirungkai. Kita semakin kembali ke zaman ketika kita dijajah.

Fenomena murtad dan implikasinya menjadi isu hangat yang mencabar keputusan dan kedudukan Mahkamah Shariah. Hal ini menjadi lebih sulit sekiranya disulami dengan campurtangan politik dan ketidakcekapan (incompetence) birokrasi. Ada pula yang mengambil untung dari kemelut kekeluargaan yang timbul berikutan fenomena murtad dan perceraian ini. Apakah kepentingan mereka ini adalah untuk mendamaikan perpecahankeluarga atau mengambil kesempatan politik (political mileage)? Apa yang berlaku kini cuba ditunjuk-tunjukkan sebagai permulaan satu perpecahan besar yang sudah tidak terelak, hanya retak menanti belah. Bagaikan kaum-kaum tertentu dihimpit, didiskriminasi habis-habisan tanpa belas kasihan dan dianiayai manakala kaum-kaum lain begitu zalim menguasai dan mendominasi. Sedangkan nilai-nilai yang menyatukan pelbagai kaum jauh lebih banyak dari yang membezakan mereka. Sesetengahnya pula begitu alergik dengan istilah-istilah kemelayuan dan Islami. Manakala sesetengah yang lain pula melihat sesuatu hanya menerusi kaca mata politik. Segala-gala dihitung melalui untung rugi politik dan perspektif perkauman sempit.

Sudah tidak ada lagi yang sanggup berlapang dada.Hari ini apa yang disifatkan berlapang dada ialah mengorbankan prinsip asasi yang mendefinisi seseorang. Sedangkan sebenarnya kita perlu bersatu dalam soal-soal yang dibolehkan dan berlapang dada dalam soal-soal prinsip yang memerlukan kita berbeza. Yang penting bukannya berbeza atau tidak berbeza; tetapi memahami di mana titik-titik perbezaan tersebut dan memastikan kita tidak akan berpecah hatta ketika kita berbeza.Sememangnya kita bersetuju dengan pandangan ramai pihak untuk kita mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuklah seruan YM Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak pada 3 April 2007 ketika menyampaikan ucaputama di Young Malaysians’ Roundtable Discussion on National Unity and Development in Malaysia: Prospects and Challenges for Nation Building. Di dalam ucaptamanya, beliau juga menganjurkan agar semua mengamalkan sikap kompromi (compromise) dan akomodasi (accommodation) ketika begitu ramai enggan berkorban dan hanya ingin menang serta mendominasi.

Malah, ramai yang masih tidak mahu menerima hakikat bahawa Mahkamah Shariah adalah setaraf dengan Mahkamah Sivil, sebagaimana yang telah diperakui oleh Perlembagaan Persekutuan sejak hampir 20 tahun lalu. Ketika golongan-golongan ini bersetuju dengan pendirian untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, pada masa yang sama, mereka menafikan kedudukan dan peranan Islam di dalam Perlembagaan. Sesungguhnya kedudukan Islam tersebut bukannya sekadar hiasan. Ia perlu diagendakan. Usaha untuk menterjemahkan Islam dalam dasar pentadbiran dan sebagainya tidak boleh diharapkan ke atas mereka yang sinis dengan potensi dan peranan Islam meskipun mereka beragama Islam. Di atas pertimbangan tersebut, demi memastikan tiada sebarang pencapaian generasi lampau dalam mengukuhkan peranan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan, beberapa usaha perlu difikirkan. Pertama, sebuah gerakan pencerdasan undang-undang kepada masyarakat Islam perlu diusahakan.

Ia perlu menjelaskan tentang hak dan keperluan mempertahankan serta melaksanakan peruntukan Perlembagaan khususnya yang bersangkutan dengan Islam. Gerakan pengilmuan ini lebih menjamin keberkesanannya pada tempoh jangka panjang. Kedua, sebab-sebab yang mendorong fenomena murtad berlaku perlu didalami dengan mengkaji apakah mereka terdorong murtad kerana ketidakyakinan mereka kepada Islam atau sebab-sebab lain yang belum kita ketahui. Seandainya ia disebabkan oleh ketidakyakinan mereka, maka cara bagaimana mereka mempelajari Islam dan bagaimana masyarakat Islam mendekati mereka perlu diperkemaskan. Akhirnya yang menjadi keutamaan kita ialah proses pengilmuan dan pendakwahan. Hanya inilah benteng ketahanan yang paling ampuh yang boleh dibina di dalam setiap diri penganut Islam, tanpa sebarang pindaan kepada mana-mana peruntukan Perlembagaan!

Sumber: Minda Madani 

30 Orang Pertama Dalam Islam

30 Orang Pertama Dalam IslamPosted on Wednesday, June 18 @ 14:39:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan



Info @ Maklumat 1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Sumber dari saidinhasnam.blogspot.com 

Thursday, June 12, 2014

Mayat Teoh dikebumi ikut cara Budd

Mayat Teoh dikebumi ikut cara Buddha

BERNAMA | .
GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan wanita yang meninggal dunia dan didakwa mualaf Teoh Cheng Cheng atau nama Islamnya Nora Teoh Abdullah, 38, ialah seorang yang bukan beragama Islam.
  
Mahkamah turut membenarkan mayat Teoh diserahkan kepada warisnya untuk dikebumikan mengikut upacara Buddha selepas wanita itu diisytiharkan sebagai bukan Islam ketika meninggal dunia.
  
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Zaim Md Yudin selepas mendengar permohonan ex-parte perisytiharan Islam yang dikemukakan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).   
  
Dalam penghakimannya, Zaim berkata berdasarkan bukti yang dikemukakan kepada beliau, terdapat keraguan dalam borang permohonan kemasukan Islam si mati yang mengandungi tiga tarikh berbeza selain proses permohonan si mati tidak mengikut prosedur operasi standard Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).
  
"Terdapat keraguan dalam borang tersebut iaitu isu tarikh yang berbeza, ada tiga tarikh. Pertama, tarikh dalam buku daftar iaitu pada 10 Nov 1997, tarikh di muka surat pertama borang permohonan untuk masuk Islam pada 6 Dis 1997 dan tarikh akuan pihak si mati menandatangani borang itu pada 16 Dis 1997.  
  
"Plaintif tidak dapat memberi alasan yang konkrit tentang perkara ini. Mahkamah juga mendapati tarikh 10 Nov 1997 adalah selepas 10 hari si mati melahirkan anak sulungnya, jadi agak pelik si mati yang baru bersalin, hadir ke JAIPP untuk mendaftar masuk Islam.
  
"Dokumen yang dikemukakan plaintif juga tidak mempunyai tandatangan pegawai bertanggungjawab pada borang tersebut. Jadi, timbul keraguan sama ada mungkin berlaku kesilapan manusia semasa proses permohonan si mati atau memang tidak pernah berlaku perkara itu pada tarikh-tarikh tersebut," katanya.
  
Zaim berkata keputusan itu juga berdasarkan keterangan yang dikemukakan teman rapat keluarga serta anak sulung si mati yang menyatakan Teoh tidak mengamalkan cara hidup sebagai seorang yang beragama Islam.
  
Beliau berkata anak sulung si mati yang merupakan saksi keempat menyatakan kali terakhir mereka bersembahyang mengikut ajaran Buddha adalah pada bulan lepas sebelum kematian Teoh.  
Katanya tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan si mati pernah hadir ke JAIPP untuk mendalami agama Islam setelah proses permohonan untuk memeluk agama Islam.
  
Empat orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan iaitu dua saksi bagi pihak MAIPP iaitu wakil pendaftar mualaf dan dua saksi bagi pihak keluarga si mati iaitu teman rapat keluarga serta anak sulung si mati yang berusia 17 tahun.
  
Pihak keluarga diwakili peguam Wan Faridulhadi Mohd Yusoff manakala MAIPP diwakili peguam Noor Asyimah Ramli.
  
Teoh yang didakwa memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarganya, meninggal dunia pada Sabtu lepas, di Pangsapuri Pelangi, Lintang  Macallum dekat sini. - Bernama