Thursday, July 8, 2021

Kisah Asal Melayu dari kitab Sheikh Daud al Fatani

 KISAH ASAL MELAYU...

DARI KITAB SHEIKH DAUD AL FATANI....


 "Kisah Kerajaan Kedah Tua Melalui Kalam Ulamak Amalan Pusaka Khalifah Wali Islam "


Bukan Melalui Sarjana Barat...


Kedatangan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani Bersama 11 Sahabatnya Yang Lain Di Puncak Gunung Jerai,Kedah Darul Aman


Kisah Yang Diceritakan Oleh Tuan Guru Syekh Ahmad Junaidin,seperti yang

di ceritakan oleh Syekh Mahmud Nasri Usmani(Anak Murid Tok Kenali) seperti yang di ceritakan oleh Sultan Badlishah Kedah terdahulu pada Tuan Guru seperti yang ditulis di dalam beberapa Buku@Kitab,Ceramah Kuliah Tuan Guru kepada Murid-Muridnya di dalam Jemaah Abjad dan Warga Melayu.


Sejarah PengIslaman Penduduk Di Tanah Melayu Oleh Syekh Abdullah Al Qumairi melalui Pengislaman Raja Phra Ong Mahawangsa :


Islam bermula apabila Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani menghantar 12 orang muridnya yang diketuai oleh Sayyid Syeikh Abdullah Bin Abdul Qumairi daripada Baghdad ke Gunung Jerai pada kadar satu langkah dalam waktu zohor


Melalui Perjalanan Lipat Bumi Yakni Karamah Yang Dizahirkan Oleh Allah dengan Satu Langkah atau seperti Pegerakkan Tikar atau Karpet yang di gulung


Azan yang pertama dilaungkan di Puncak Gunung Jerai pada Waktu Zohor.


5 kali Azan, Asar,Magrib,Isyak dan Subuh.


Selepas Azan Zohor ke -2

Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi menghadap Raja Phra Ong Mahawangsa di Istana Bukit Meriam(Lembah Bujang)


Mereka tidak melakukan apa apa serangan dan hanya mengambil tempat Uzlah selama 40 hari dan tidak secara tergesa gesa untuk melakukan kerja mengislamkan Raja Phra Ong Mahawangsa


Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan 11 Sahabatnya mengambil Tapak Langkahan Hulubalang dan Kafiat Adab sebagai Persiapan menentang Ilmu Istidraj oleh Raja Phra Ong Mahawangsa


Raja Phra Ong Mahawangsa beserta Sami saminya dan kesemua Puak yang disebut tadi menyerang Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi dan 11 Orang Sahabatnya dengan segala bentuk Sihir dan Silap Mata melalui Latihan Pertahanan Diri,Perbomohan,dan lain-lain cara.


Agama yang dianuti ketika itu adalah Hindu dan Budha atau Sembahan Permujaan Patung dan Kepercayaan Animisme yang lain


Raja Phra Ong Mahawangsa juga menjemput Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani ke dalam Istana dan mempamerkan ilmu Istidrajnya namun berjaya di patahkan oleh Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi dengan Langkah Gerak Hulubalang yang di zahirkan oleh Allah kepadanya (Seumpama Kisah Nabi Musa Menentang Sihir Pengikut Firaun)


Kesemuanya itu tidak memberi bekas dan hasil.


Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bala Tenteranya datang menghadap Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan bertanya kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi :


Apakah yang Tuan Pakai ?


(Raja Phra Ong Mahawangsa Menyangkakan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi mengamalkan Ilmu Sihir sepertinya)


Kami jumlah yang besar kalah dengan kamu jumlah yang kecil !


Sayyid Abdullah Al Qumairi menyebut Islam !


Apabila ditanya Apa itu Islam? 


Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi menghuraikan dengan Panjang Lebar...


Raja Phra Ong Mahawangsa terus menerima Islam sebagai Agama melalui Ucapan "Talqin Syahadah" dan memerintahkan Pembesar-pembesarnya menerima Agama Islam.


Apabila Raja masuk Islam,Pembesar Pembesar pun turut masuk Islam diikuti Rakyat Jelata.


Mereka datang dengan Tempayan dan Gelas untuk menjamu Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi.Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa perintah Tempayan dan Gelas dimusnahkan kecuali mangkuk kaca Baginda yang di cuci bersih dan dihadiahkan kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi .


Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi pun menyebut


هذا قدح دار الأمن


Haza Qodah Darul Aman


بلدة طيبة ورب غفور


Negeri yang Baik(nyaman) dan Aman sedang (Tuhanmu) adalah Maha Pengampun


(Surah Sa"ba -15)


Negeri Kedah Dinamakan Sempena Bekas Minuman Arak Yang Selalu Diminum oleh Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bekas itu kemudian di pecahkan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi lalu hari itu disebut perkataan "Haza Qodah Darul Aman" iaitu Negeri Yang Aman Bebas Segala Jenis Syirik,Kufur,Kafir,Munafik dan Murtad dan segala Jenis Perbuatan Thoghut setelah menerim


a Islam..


Perkataan Gelaran Al Mala U (Melayu) telah diberikan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kepada Penduduk Kedah ketika itu yang ada pelbagai warna kulit dan keturunan yang terdiri dari Arab,Parsi,India,China,Monggolia dan 24 Jenis keturunan


Gelaran Al Mala U bermaksud Bangsa Yang Menerima Agama Islam (Bangsa Yang Beragama)


Juga digelar Ahli Jawi Jadid kerana menulis Tulisan Jawi dan bertutur dalam Bahasa Melayu


Nama Raja Phra Ong Mahawangsa kemudian ditukar kepada Raja Muzaffar Syah dan berguru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kemudian diarahkan Pembinaan Menara Masjid di Puncak Gunung Jerai.(Menara Azan Tertinggi di Asia Tenggara Kerana Berada Di Puncak Gunung Jerai )


Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi adalah Guru Murabbi paling Kanan kepada Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani


Ketika Pembinaan Menara Puncak Gunung Jerai Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi jatuh Sakit lalu Wafat 


Setelah itu Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani Guru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Qumairi telah datang melawat Puncak Gunung Jerai dan kemudian telah Melantik Raja Phra Ong Mahawangsa dengan memakai Gelaran Sultan (Yang Pertama Di Alam Melayu)


Sultan istilah Bahasa tanpa Menuntut Jawatan Khalifah


Sultan juga bermaksud Ketua@Pemimpin kepada Orang Beriman


Wilayah yang berada di Wilayah Sultan dan Kerajaan Taklukkannya secara Automatik menjadi Wilayah Bangsa Al Mala U atau Milik "Islam Melayu Melayu Islam"


Dikatakan juga pada Tahun 1187 Masihi Tentera Al Mala U yang berpusat di Kedah telah menghantar 10 Ribu bala Tentera untuk membantu Sultan Salehudin Al Ayubi pada Misi Perang Salib ketiga di BaitulMaqdis dan hasilnya mereka berjaya merampas BaitulMaqdis(Tak pernah dinyatakan dalam Sejarah)


Pandangan Syekh Ahmad Fatani mengenai Bangsa Al Mala U


" al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya", takrif yang diberikan bererti menurut dialek Arab dibunyikan dengan perkataan "mi" (Mi-layu) atau "ma" (Ma-layu) sedangkan dalam dialek Melayu sendiri ialah "me" (Me-layu)"


Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah. Pakar/ ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa alam Melayu itu adalah sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina.


"Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan "Jawah", iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana. Orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.


"Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu.


"Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya.


"Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka."


Sumber Kitab Hadiqatul Azhar


"Digelarnya mereka ini kumpulan atau kelompok Melayu kepada mereka yang tinggal di Wilayah Kepulauan Melayu yang bermula di Utara Segeting Kera Thailand dan Timurnya di Filipina,dan Selatannya di Sempadan Australia,dan hingga di Kepulauan Madagascar"

- Syeikh Ahmad Junaidin


"Islam Melayu Melayu Islam"


Walahualam


Pengasas Majlis Haul Akbar Syeikh Abdullah Al Qumairi dan Himpunan Bani Jawi SeNusantara


Kita orang melayu, kalau lupakan jasa Syeikh Abdullah Al Qumairi kita memang manusia yang tak pandai mengenang budi, Orang kedah khususnya mesti kena kenal siapa Syeikh Abdullah Al Qumairi dan Sultan Muzaffar Shah 1 dah kenal kena selalu selalulah ziarah dan hadiahkan Al Fatihah... mereka adalah asbab Datuk nenek kita meneri

Syekh Mahmud Nasri Osmani jumpa Ching Peng

 *Pejuang Kemerdekaan Yang Tak Didendang*


"Kisah Benar Syekh Mahmud Nasri Osmani Berhadapan Dengan Ketua Komunis Ching Peng"


Antara Tokoh Ulamak yang mungkin tak di ketahui Orang Awam namun  dianggap banyak berjasa di Negeri Kedah khususnya di Zaman Keganasan Komunis adalah Almarhum Syekh Mahmud Nasri Osmani..


Almarhum Syekh Mahmud Nasri Osmani adalah Tokoh Ulamak yang telah banyak membantu Sultan Kedah ketika itu Almarhum Sultan Badlishah ketika Baginda diugut oleh Komunis ketika itu  


Ketika itu Baginda berada bersama dengan Tuan Guru Syekh Yahya Toha,Kg Pisang,Kupang.


Komunis telah bertindak menangkap Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Residennya Tuan Adams,di bawa ke Kem Komunis di Kampung Dalam Wang,Bawah Gunung Baling,menggali lubang untuk menanam Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adam hidup-hidup untuk memaksa Baginda Tuanku menyerah diri,lalu Baginda memohon pertolongan Tuan Guru HajiYahya Toha untuk menyelamatkannya.


Tuan Guru Haji Yahya Toha (Guru Agama Sultan Kedah)segera menubuhkan pasukan Penyelamat di Ketuai sendiri oleh Syekh Mahmud Nasri Osmani bersama 125 Orang yang lain.


Namun dikatakan hanya 3 Orang Anggota Pasukan Penyelamat yang berjaya tiba menyelamatkan Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams.


Mengikut Riwayat sebenar 3 Orang berjaya tiba tersebut adalah :


1.Syekh Mahmud Nasri Osmani

2.Tuan Haji Ahmad Bok Bak

3.Tuan Haji Daud Bongor


Semasa tiba di Kem itu Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams telah diikat Badannya dengan Tali dan sedang diseksa didalam lubang Kubur oleh 600 Anggota Komunis yang lengkap dengan Senjata Api,manakala Pasukan Penyelamat itu tiba dengan Tangan Kosong.


Ketika sampai mereka segera mengangkat keluar dan membuka ikatan Tali pada badan Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams.


Mereka memaklumkan kepada Ketua Komunis iaitu Ching Peng untuk membawa pulang Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams pulang.


Ching Peng memberi isyarat dengan mengangguk kepala lalu mereka terus beredar pulang,namun setelah mereka berjalan hingga 30 Meter pihak Komunis telah bertindak menembak mereka semua dari belakang,Tembakan itu berterusan hampir 60 minit lamanya,namun atas izin Allah Pasukan Penyelamat yang diketuai Syekh Mahmud Nasri telah terselamat malah tiada satu Peluru pun yang dapat mengenai Tubuh Badan mereka..peristiwa ini boleh dianggap sebagai satu Maunah dan Karamah yang diberikan pada Orang yang terpilih sahaja..


Peristiwa aneh tersebut menyebabkan Pasukan Komunis yang diketuai Ching Peng menjadi agak terkejut dan terpingga-pinga kerana jumlah mereka yang seramai 600 Orang tidak dapat menembak secara Tepat pun terhadap pasukan penyelamat tersebut.


Akhirnya Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams berjaya dibawa oleh Syekh Mahmud Nasri Osmani mereka kemudian diserah kepada Baginda Tuanku Sultan Badlishah yang telah menunggu mereka bersama dengan Tuan Guru Haji Yahya Toha di Kampung Charok Bemban,Kupang Kedah .


Untuk tidak melupai kisah tersebut dan ditempat itu sekarang Kerajaan telah membangunkan sebuah Sekolah iaitu SMK Syed Abu Bakar,Baling sekarang ini..


Selepas peristiwa itu pihak Komunis telah mengaku kalah..Manakala Baginda Tuanku Sultan Badlishah telah menerima Talqin Syahadah dengan menjadi anak Murid kepada Syekh Mahmud Nasri Osmani..


Nota :


Syekh Mahmud Nasri Osmani adalah Anak Murid kepada Ulamak terkenal di Kelantan iaitu Syekh Ahmad Yusof@Tok Kenali,beliau juga adalah Pengasas kepada Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD Malaysia 


Walahualam,


Hamba Fakir


"Islam Melayu,Melayu Islam"


#RabitahdanWasilah

Tuan Guru Haji Bidin

 Al Allamah Tuan Guru Haji Zainal Abidin Bin Che Aman | Tuan Guru Haji Bidin ( 1893 - 1977 )


Beliau merupakan Pengasas PAS Terengganu dan seorang tokoh ulamak yang disegani penduduk setempat . Beliau lahir di Kampung Tasik , Wau , Ulu Dungun .


Diantara guru beliau ialah :


1. Tuan Guru Haji Yusof Bin Lebai Isa

2. Al Allamah Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong

3. Arif Billah Tok Kenali

4. Al Allamah Syeikh Idris Marbawi

5. Tuan Guru Haji Nik Mat Alim ( Ayah Tuan Guru Nik Aziz )

6. Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang

7. Tuan Guru Haji Yaakob Legor 


Disebut juga dalam riwayat hidup beliau , Tuan Guru Haji Bidin mempunyai beberapa karomah . Diantaranya ialah :


1. Tidak ditimpa hujan ketika menaiki perahu dengan kitab nya walaupun hujan lebat .

2. Pernah ada cubaan melanggar beliau dengan kereta tetapi kereta itu mati enjinnya . Selepas orang tu minta maaf baru kereta boleh hidup .

3. Boleh mengangkat kayu yang besar seorang diri .


Perwatakan beliau amat lembut , tidak pemarah dan tidak suka cakap banyak . Ini kerana beliau mengikut perwatakan guru beliau yakni Tok Kenali .


Beliau telah membuka pondok di Terengganu yang bernama Madrasah Az Zainiyah dan beliau mengajar banyak kitab2 muktabar seperti :


1. Sohih Bukhori

2. Sohih Muslim

3. Matan Al Jurumiah

4. Azhari

5. Qatr

6. Syuzuz Al Zahabg

7. Ibnu Aqil

8. Asymuni

9. Sittin

10. Fathul Muin

11. Tahrir

12. Mahalli

13. Fathul Wahab

14. Ibni Ibad

15. Iqaz al Himam

16. Jauhar al Mauhub

17. Sairus Salikin 


Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin 


#KenaliUlamak

#istiqamah

Kesultanan Pattani : Pembangun Tamadun Ilmu Nusantara

 *DAULAH ISLAMIYAH MELAYUWIYAH*

Siri 46


*KESULTANAN PATTANI: PEMBANGUN TAMADUN ILMU NUSANTARA*

PATTANI Darussalam adalah antara negeri Melayu yang mempunyai sejarah yang paling awal di Nusantara. Kemunculan kerajaan Langkasuka sejak tahun 200M, dikatakan oleh kebanyakan sarjana adalah berlokasi di Pattani hari ini. Beberapa sarjana terkemuka seperti Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, D.G.E Hall, Paul Wheatly dan John Braddle adalah antara yang mengatakan bahawa Pattani adalah tapak kerajaan Melayu Langkasuka, di mana Jering dan Pujud adalah pusat kerajaannya. Dalam sejarah Majapahit yang dirakamkan oleh babad Negarakertagama, telah mengatakan bahawa ketika Majapahit melanda Langkasuka pada Abad ke-14M, ibukota Langkasuka terletak di Djere (Jering). Sebelum beragama Hindu, Langkasuka pernah beragama Buddha kerana mereka dikuasai oleh Sriwijaya sejak 775M, di mana kesan-kesan agama Buddha masih terdapat di Yala sehingga kini. Bahkan, ketika negeri-negeri Melayu di utara (dari Ligor hingga  Retchburi) dijajah oleh Siam Ayuttaya, Pattani mempunyai kedudukan yang setaraf dengan empayar Siam itu - sebagai negeri yang merdeka. Beberapa pengkaji turut mengaitkan wilayah Pattani ini dengan kerajaan Melayu lama seperti Jawadwipa, Sampugita, Jawaka dan Melayur - kerajaan-kerajaan besar yang tercatat namanya pada prasasti-prasasti serta catatan China, Arab dan India, tetapi belum ada kajian yang serius untuk membongkarnya. Mewarisi kegemilangan ini, Pattani menjadi satu kuasa politik yang penting, khususnya di Semenanjung Tanah Melayu dan penguasaannya ke atas perdagangan di Laut China Selatan.


Baca seterusnya: https://berita.pas.org.my/kesultanan-pattani-pembangun-tamadun-ilmu-nusantara-2/


Koleksi Daulah Islamiyah Melayuwiyah: https://berita.pas.org.my/tag/daulah-islamiyah-melayuwiyah/


▬▬▬▬▬▬ஐ❀♛ஐ❀▬▬▬▬▬▬

Web PAS: https://pas.org.my

Daftar Keahlian PAS: https://keahlian.pas.org.my

Berita PAS: https://berita.pas.org.my

Like FB PAS Pusat: https://fb.com/paspusat

Follow Twitter PAS Pusat: https://twitter.com/paspusat

Follow IG PAS Pusat: https://instagram.com/paspusat

Subscribe TV PAS: http://bit.ly/tvpas

▬▬▬▬▬▬ஐ❀♛ஐ❀▬▬▬▬▬▬

Tuesday, March 17, 2020

FATWA KEDUA PULUH DUA SAHAM WAKAF DAN WAKAF GANTIAN

Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Berhubung Dengan Isu-isu Muamalat 

FATWA KEDUA PULUH DUA SAHAM WAKAF DAN WAKAF GANTIAN 

KEPUTUSAN 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 pada 13 hingga 14 April 1982 di Kuala Lumpur telah membincangkan hukum berkaitan Saham Wakaf Dan Wakaf Gantian (Wakaf Ibdal). Muzakarah memutuskan bahawa: 

1. Mengadakan saham wakaf yang musytarik dengan syarikat-syarikat perniagaan melalui belian saham, kemudian diwakafkan dengan tujuan memajukan harta wakaf, adalah diharuskan mengikut syaratsyarat wakaf. 

2. Wakaf Gantian (wakaf ibdal) yang bermaksud menukar harta wakaf dengan harta yang lain melalui jualan atau belian atau sebagainya dengan tujuan mengekalkan harta wakaf, adalah diharuskan mengikut pendapat Imam Abu Hanifah. 

LATAR BELAKANG 

Sebagaimana yang telah termaktub dalam Persidangan Ketua-Ketua Jabatan atau Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia Kali Ke-18 pada 21 April 1981 di Kota Kinabalu, Sabah, Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Johor telah diminta supaya menyediakan kertas kerja berkaitan dengan Saham Wakaf dan Wakaf Gantian (wakaf ibdal) untuk dibahaskan dalam perjumpaan Majlis Mufti seluruh Malaysia. 

Saham Wakaf merangkumi dua pengertian iaitu, 

a) mewujudkan suatu wakaf musytarik melalui saham-saham dengan syarat-syarat wakaf. 
b) ia merujuk kepada usaha mewakafkan saham-saham syarikat perniagaan melalui belian dan kemudian diwakafkan atau pewakafan saham-saham yang telah sedia ada. 

Manakala Wakaf Gantian boleh dirujuk kepada gabungan tiga istilah yang saling berkaitan iaitu istibdal ( ), abdal ( ) dan badal ( ) atau tabadul ( ). Istibdal ertinya menjual harta wakaf dengan wang. Abdal pula merujuk kepada belian harta wakaf dengan mata wang, dan badal atau tabadul bermaksud menukar harta wakaf dengan harta lain. Ketiga-tiga istilah ini disatukan dan disebut sebagai istibdal iaitu menukar atau menggantikan harta wakaf dengan harta yang lain melalui jualan atau belian atau sebagainya dengan tujuan mengekalkan harta wakaf. 

HUJAH DAN DALIL 

Ulama berselisih pendapat dalam membolehkan istibdal terhadap harta wakaf. Imam Malik menegah amalan istibdal kecuali kerana darurat dan hajat seperti membesarkan masjid atau tanah perkuburan. Adapun berkaitan wakaf yang boleh alih, imam Malik mengharuskan Istibdal kerana perbuatan itu akan dapat mengekalkan wakaf. Imam Syafie pula tidak mengharuskan sama sekali istibdal sekalipun masjid yang diwakafkan telah roboh dan tidak boleh digunakan.98 Segala alat-alatan hanya dibenarkan sebagai hibah kepada masjid yang lain sahaja. Manakala Imam Abu Hanifah, amalan istibdal diberi keluasan jika istibdal itu lebih memberi faedah yang mendatangkan hasil yang lumayan. Imam Abu Hanifah berpendapat sesuatu harta wakaf itu boleh dijual apabila keadaan memerlukan.99 

Selaras dengan perubahan zaman di mana pembangunan sedang berjalan dengan pesat, maka sudah sampai masa segala amalan wakaf dan urusan-urusan tentangnya diubahsuai dengan tidak terikat kepada Mazhab Syafie sahaja. Kaedah-kaedah pengurusan wakaf perlulah didasarkan kepada Mazhab Hanafi atau mana-mana mazhab yang lebih sesuai dengan keadaan dan masa. Namun demikian, amalan tersebut hendaklah dibuat dengan berhati-hati supaya tidak dipergunakan sewenang-wenangnya. Bagi mengimarahkan mana-mana tanah wakaf yang terbiar, maka diutamakan ia diurus melalui Saham Wakaf. Sekiranya tidak dapat diimarahkan dengan saham wakaf kerana sebab-sebab tertentu, maka amalan melalui istibdal bolehlah dilaksanakan dengan syarat-syarat tertentu dan pentadbiran yang sempurna. 98 Al-Zarkashi, ‘ilam al-sajid bi ahkam al-masajid. hlm.345. 99 Al-Zuhaily, Wahbah, al-Wasaya wa al-waqf fi al-fiqh al-Islami, hlm.133&135. 85 

HUKUM TUKAR GANTI HARTA WAKAF

harta wakaf tukar.JPG
Soalan
Assalamualaikum wbt SS Dato’ Seri Mufti. Saya dan ramai kawan-kawan telah berwakaf kepada pusat pendidikan Islam. Dengan duit wakaf itu pihak berkenaan telah membina asrama untuk pelajar. Apabila timbul masalah kewangan pusat tersebut telah menjual asrama itu dan dijadikan kedai dan duit berkenaan digunakan untuk pengurusan. Bolehkah harta wakaf dijual begitu dan bagaimana status wakaf kami itu?

Jawapan
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT dengan kurniaan nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga, sahabat-sahabat Baginda, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah SWT.
Pengenalan
Makna Wakaf (الوقف) dari segi bahasa ialah “الحبس” iaitu menahan. Dari segi istilah, ulama berbeza pendapat tentangnya. Pengertian dari segi ulama Syafieyah:
حَبْسُ مَالٍ يُمْكِنُ الاِنْتِفَاعُ بِهِ مَعَ بَقَاءِ عَيْنِهِ بِقَطْعِ التَّصَرُّفِ فِي رَقَبَتِهِ عَلَى مَصْرِفٍ مُبَاحٍ مَوْجُودٍ
MaksudnyaPenahanan harta yang boleh diambil manfaatnya dan berkekalan ‘ain harta itu. Dengan gugurnya hak milik pewakaf ke atas permannfaatan perkara-perkara yang mubah (tidak haram). (Lihat al-Mausua’h al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 44/108)

Pensyariatan Waqaf
Jumhur ulama menyatakan wakaf merupakan perkara yang disunatkan. Ini seperti hadis daripada Ibnu Umar R.Anhuma. Sesungguhnya Umar RA pernah memiliki sebidang tanah Khaibar. Lalu beliau menemui Nabi SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, aku telah menerima sebidang tanah di Khaibar, dan aku tidak pernah menerima harta yang lebih berharga daripada itu. Apakah yang perlu aku lakukan dengannya?” Baginda SAW bersabda:
إِنْ شِئْتَ حَبَّسْتَ أَصْلَهَا، وَتَصَدَّقْتَ بِهَا ‏‏.‏ فَتَصَدَّقَ عُمَرُ أَنَّهُ لاَ يُبَاعُ أَصْلُهَا وَلاَ يُوهَبُ وَلاَ يُورَثُ
Maksudnya“Sekiranya engkau mahu, kamu wakaflah ia dan sedekahkan hasilnya.” Kemudian Umar menyedekahkannya, tidak dijual pohonnya dan hasilnya, tidak diwariskan dan tidak dihibahkan.
Riwayat al-Bukhari (2772)
Istibdal (Tukar Ganti) Waqaf
Pada asalnya hukum Istibdal ini tidak diharuskan seperti umum dalil yang didatangkan oleh Ibnu Umar. Melainkan sebahagian pendapat yang membenarkan Istibdal atas tujuan memberi manfaat kepada harta wakaf dan juga di bawah kawal selia pihak qadi dan pihak yang berautoriti.
Dr. Wahbah al-Zuhaili mentakrifkan Istibdal adalah “Jual beli atau tukar ganti harta wakaf dengan harta yang lain atau dengan nilai mata wang. Serta penukaran ain harta wakaf dengan ain harta yang lain. Dalam perjalanan masa kini terdapat Istibdal dengan menjual beli harta wakaf menggunakan mata wang.” (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 10/7624)

Pendapat Berkenaan Istibdal
Menurut pandangan Mazhab Syafie tidak harus Istibdal masjid yang rosak ke tempat yang lain. Dan harta wakaf ini merupakan hak milik Allah SWT tidak boleh ditukar ganti, ini merupakan pendapat yang asoh dalam mazhab ini. Adapun pendapat berlawanan dengan asoh mengharuskan jual beli sekiranya harta itu tidak dapat memberi manfaat dan menjualnya merupakan perkara yang lebih utama. Dan jual beli itu mestilah dengan bertujuan untuk membangunkannya. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 44/200-201)
Mengikut pandangan mazhab Hanafi dibolehkan istibdal sekiranya harta wakaf itu tidak memberi manfaat dan ditukar dengan barang yang lain. Qadi Abi Yusuf menyatakan “Sekiranya ia berpotensi mendatangkan manfaat yang lebih dibolehkan untuk istibdal dan tidak diharuskan sekiranya tidak mendatangkan keuntungan. Selain itu al-Turtusi menyatakan “Sekiranya terdapat syarat oleh pewakaf untuk tidak menukarkannya maka qadi atau pihak yang berautoriti berhak untuk menentukannya. Ini kerana mereka dapat melihat maslahat umum yang lebih jelas. (Lihat al-Bahr al-Raiq Syarh Kanz al-Daqa’iq, 5/241)
Imam al-Mardawi berkata di dalam kitabnya, sekiranya barang wakaf itu tidak dapat memberi manfaat maka diharuskan untuk istibdal dengan barang yang sama nilai. Begitu juga dengan masjid, diharuskan untuk menukar ganti dengan tujuan pembinaannya semula dan maslahah umum (Lihat al-Insaf fi Makrifah al-Rajih min al-Khilaf, 7/101)
Dr. Syauqi Allam pernah mengeluarkan fatwa bahawa dibolehkan istibdal harta wakaf sekiranya memberi manfaat yang lebih bertujuan maslahat umum. Pihak yang berhak untuk memutuskannya adalah qadi dan pihak yang berautoriti. (Lihat Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, Fatwa no. 4354)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan: “Wakaf Gantian (wakaf ibdal) ialah bermaksud menukar harta wakaf dengan harta yang lain melalui jualan atau belian atau sebagainya dengan tujuan mengekalkan harta wakaf adalah diharuskan mengikut taqlid pendapat Imam Abu Hanifah”. (Lihat Kompilasi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan MKI 2016, hlm. 55)
Begitu juga Fatwa Wilayah Persekutuan memutuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali ke-35: “Berdasarkan kepada maslahah ‘ammah dan keadaan yang sangat memerlukan (berhajat/darurat) bagi mengekalkan dan memanfaatkan harta wakaf umat Islam, maka Mesyuarat mengharuskan wakaf istibdal.”

Kesimpulan
Berkenaan dengan persoalan di atas pada asalnya harta wakaf tidak boleh ditukar ganti namun dibenarkan sekiranya bertujuan untuk mengekalkannya dan memberi manfaat kepada kepentingan umum. Perkara ini seharusnya dirujuk kepada pihak yang berautoriti dalam pengurusan harta wakaf.
Kami lebih cenderung dalam isu seperti di atas supaya harta wakaf dipertahankan tetapi untuk menyelesaikan masalah dengan mencari alternatif yang lain tanpa dijual harta wakaf tersebut.
Berkenaan kelebihan orang yang memberi wakaf hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sabda Nabi SAW:
 إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
MaksudnyaApabila matinya seseorang itu, maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibubapanya.
Riwayat al-Nasa’ie (3651)
Semoga dengan penjelasan ini memberi kita kefahaman dalam memahami agama Islam denga

Tuesday, December 17, 2019



Hadis ini merupakan asas binaan keseluruhan hukum-hukum Islam.Rasulullah S.A.Wmembahagikan hukum kepada perkara yang halal jelas, haram yang jelas dan menimbulkankesamaran kepada orang ramai iaitu perkara yang syubhah yang sewajarnya kepada umatIslam mengambil sikap menjauhinya, demi menjaga agama dan kehormatan diri.
11
 Ketika mengulas tentang hadis ini, al-Imam al-Nawawi menyatakan: Ulama ijmaktentang agungnya hadis ini dan banyak manfaat yang terdapat didalamnya. Ia merupakansalah sebuah hadis yang menjadi tunggak Islam. Adapun makanan yang dilarang adalahseperti memakan bangkai atau darah atau daging, tulang, lemak dan sepertinya dari binatangyang haram, dan meminum minuman yang memabukkan, serta berusaha mendapatkan rezekidan keuntungan dari jalan yang salah seperti curi, samun, melakukan penipuan. Hukumnyaterang dan jelas iaitu haram.
11
Muhammad Bakar Ismail. Al-Fiqh al-Wadih Mina al-Kitab Wa As-Sunnah Ala Al-Mazahib al-
Arba’ah, Dar
al-Manar, al-Qahirah, Jilid 1, 1417H/1997M, cet. 2. p. 20.

5.0 KESIMPULAN
Alkohol adalah bukan arak melalui proses fermentasi dalam makanan seperti cuka, tapai danwain yang tujuannya untuk memberi rasa dan menjadikan lebih berperisa. Selain itu, alcohol boleh dihasilkan daripada pelbagai proses sama ada proses penapaian, proses kimia dansebagainya. Ia bertindak sebagai agen penstabil di dalam minuman ringan dan sebagai pelarutorganik yang baik. Alkohol digunakan di dalam produk yang berasaskan lemak dan minyak.Dalam muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal UgamaIslam Malaysia ke-22 yang bersidang pada 24 November 1988 telah membincangkan alkoholsebagai penstabil minuman ringan adalah harus dan boleh digunakan untuk tujuan minumansekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan bahawa kuantitialkohol dalam perisa (flavour) adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.Dalam pandangan islam mengenai alkohol. Setiap minuman arak mengandungi alkohol, bukan alkohol itu mengandungarak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haramdan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidaknajis dan haram minum. Minuman ringan yang dibuat sama caranya sama dengan membuatarak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkohol disuling adalah haram diminum.Apabila minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak, tidak meletakkan bahan yangmabuk dan tidak sama caranya proses arak adalah halal.

6.0 RUJUKAN
1.
Dewan bahasa dan pusaka, kamus dewan edisi ketiga
2.
Ustaz Juanda bin Jaya. 1999
. Kitab Fikah Mazhab Syafie
. Cet. Pertama. Kuala Lumpur. Pustaka Salam.3.
Mohd Amri Bin Abdullah. 2010. Alkohol Halal? Buletin Halal. Bahagian Hub Halal JAKIM.Disember. P. 16-17 .4.
Al-
 Nasa’i, Sunah al
-
 Nasa’i, Bab Zikr al
-Atham al-Mutawaladah Mina al-Khamri. Hadis nombor 5572.
 Al-Baihaqi
,
 al-Sunan la-kubra
, juz. 5, p. 287, Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban, Bab Adab al-Syurbi,hadis nombor 5438.5.
Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor. 2005. p. 126.
Mahmud Hamzah,
 Al-
 Fara’id Al 
-Bahiyyah F Al-
Qawa’id Al 
-Fiqhiyyah
. Dar Al-Fikr. T.Th7.
Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, Kitab Al-
Iman Bab Man Istabra’a Lidinihi, hadis nombor 52.
Muslim,Sahih Muslim, Kitab Al-
Buyu’ , Bab Akhzi alp
-Halal Wa Tarku al-Syubuhat, hadis nombor 1599.8.
Muhammad Bakar Ismail. Al-Fiqh al-Wadih Mina al-Kitab Wa As-Sunnah Ala Al-Mazahib al-
Arba’ah, Dar al
-Manar, al-Qahirah, Jilid 1, 1417H/1997M, cet. 2. p. 20.