*DAULAH ISLAMIYAH MELAYUWIYAH*
Siri 46
*KESULTANAN PATTANI: PEMBANGUN TAMADUN ILMU NUSANTARA*
PATTANI Darussalam adalah antara negeri Melayu yang mempunyai sejarah yang paling awal di Nusantara. Kemunculan kerajaan Langkasuka sejak tahun 200M, dikatakan oleh kebanyakan sarjana adalah berlokasi di Pattani hari ini. Beberapa sarjana terkemuka seperti Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, D.G.E Hall, Paul Wheatly dan John Braddle adalah antara yang mengatakan bahawa Pattani adalah tapak kerajaan Melayu Langkasuka, di mana Jering dan Pujud adalah pusat kerajaannya. Dalam sejarah Majapahit yang dirakamkan oleh babad Negarakertagama, telah mengatakan bahawa ketika Majapahit melanda Langkasuka pada Abad ke-14M, ibukota Langkasuka terletak di Djere (Jering). Sebelum beragama Hindu, Langkasuka pernah beragama Buddha kerana mereka dikuasai oleh Sriwijaya sejak 775M, di mana kesan-kesan agama Buddha masih terdapat di Yala sehingga kini. Bahkan, ketika negeri-negeri Melayu di utara (dari Ligor hingga Retchburi) dijajah oleh Siam Ayuttaya, Pattani mempunyai kedudukan yang setaraf dengan empayar Siam itu - sebagai negeri yang merdeka. Beberapa pengkaji turut mengaitkan wilayah Pattani ini dengan kerajaan Melayu lama seperti Jawadwipa, Sampugita, Jawaka dan Melayur - kerajaan-kerajaan besar yang tercatat namanya pada prasasti-prasasti serta catatan China, Arab dan India, tetapi belum ada kajian yang serius untuk membongkarnya. Mewarisi kegemilangan ini, Pattani menjadi satu kuasa politik yang penting, khususnya di Semenanjung Tanah Melayu dan penguasaannya ke atas perdagangan di Laut China Selatan.
Baca seterusnya: https://berita.pas.org.my/kesultanan-pattani-pembangun-tamadun-ilmu-nusantara-2/
Koleksi Daulah Islamiyah Melayuwiyah: https://berita.pas.org.my/tag/daulah-islamiyah-melayuwiyah/
▬▬▬▬▬▬ஐ❀♛ஐ❀▬▬▬▬▬▬
Web PAS: https://pas.org.my
Daftar Keahlian PAS: https://keahlian.pas.org.my
Berita PAS: https://berita.pas.org.my
Like FB PAS Pusat: https://fb.com/paspusat
Follow Twitter PAS Pusat: https://twitter.com/paspusat
Follow IG PAS Pusat: https://instagram.com/paspusat
Subscribe TV PAS: http://bit.ly/tvpas
▬▬▬▬▬▬ஐ❀♛ஐ❀▬▬▬▬▬▬
No comments:
Post a Comment