Peringatan daripada Tn Guru Ustaz Zulkifli Ismail. Ambil perhatian pencinta AhlusSunnah wal Jamaah khususnya di negeri Melaka..
BAHAYA FAHAMAN WAHABI DAN PARA PENDUKUNGNYA.
Golongan Wahabi walau apa pun tahap mereka adalah pengikut Saleh Fauzan yang mengkafirkan dan menggolongkan Ashairah di kalangan Musyrikin. Mereka sangat berbahaya.
Saleh Fauzan Guru Besar Wahabi berkata: المشركون سلف للجهمية والمعتزلة والأشاعرة
Orang-orang Musyrik adalah pendahulu bagi golongan Jahmiah, Muktazilah dan Ashai'rah.
Muhaddith Mesir Al-Allamah Sheikh Mahmud Saed Muhammad Mamduh HafizohulLah menyatakan: “Perkataan beliau ini adalah ain/hakikat mazhab mereka.” - Iaitu menganggap Ashai'rah sebagai golongan kuffar.
Sebagai meneruskan pendirian para guru mereka yang mengkafirkan Ashai'rah Muhammad Asri Sobrie lulusan Madinah dan bekas pegawai penyelidik di Jabatan Mufti Perlis seperti yang beliau nyatakan pula menulis di dalam FB beliau bahawa Ashai'rah Maturidiah di zaman ini adalah penganut agama Pantheisme dan Agama Pluralisme.
Hampir tidak masuk akal bagaimana sebuah Universiti seperti Universiti Madinah boleh melahirkan graduan-graduan tidak siuman seperti ini dan melepaskan mereka seperti anjing gila mengkafirkan umat Islam yang berjuta-juta jumlahnya. Namun demikian itulah kenyataannya.
Jelas sangat sesatnya fahaman Wahabi ini dan sangat berbahayanya kepada rakyat negeri Melaka tercinta yang umumnya bermazhab Ashai'rah sekiranya fahaman Wahabi menyebar di negeri Melaka yang berkah ini.
Perlu diingatkan bahawa Wahabi yang berasal dari Melaka sangat sedikit jumlahnya. Ia tidak bertaqiyyah dan ia membentuk komunitinya sendiri sehingga senang dikenali dan diketahui. Mereka sebagai orang Melaka sangat mengenali budaya orang Melaka yang kuat tasawufnya.
Manakala Wahabi yang datang dari luar adalah sangat berbahaya. Mereka mengambil pendekatan berpura-pura dan bermuka-muka. Mereka hakikatnya tidak menghormati budaya orang Melaka. Mereka memanfaatkan budaya tasawuf orang Melaka dengan menampilkan cerita-cerita tasawuf dan akhlak untuk menimbulkan kepercayaan masyarakat terhadap mereka dan secara halus menyebarkan fahaman tersebut kepada golongan yang boleh dimakan oleh mereka.
Mereka tidak tertumpu kepada komuniti tertentu bahkan mereka bergerak di masjid-masjid sebagai tenaga pengajar dan di Jabatan Kerajaan. Mendapat akses yang luas dan bebas kepada masyarakat di negeri Melaka.
Asatizah dari luar yang bertaqiyyah ini adalah sangat besar bahayanya kerana mereka mempengaruhi para asatizah yang berasal dari Melaka untuk menjadi suara dan alat mereka dalam penyebaran fahaman sesat Wahabi di Melaka.
AlhamdulilLah Negeri Sabah telah memfatwakan bahawa Wahabi termasuk di dalam senarai ajaran sesat yang wajib dihindari. Kita di Melaka juga perlu kepada tindakan segera, tegas dan pantas dari pehak berwajib di negeri Melaka ini.
No comments:
Post a Comment