Friday, July 9, 2021

Bahaya Fahaman Wahabi

  Peringatan daripada Tn Guru Ustaz Zulkifli Ismail. Ambil perhatian pencinta AhlusSunnah wal Jamaah khususnya di negeri Melaka..


BAHAYA FAHAMAN WAHABI DAN PARA PENDUKUNGNYA.


Golongan Wahabi walau apa pun tahap mereka adalah pengikut Saleh Fauzan yang mengkafirkan dan menggolongkan Ashairah di kalangan Musyrikin. Mereka sangat berbahaya.


Saleh Fauzan Guru Besar Wahabi berkata: المشركون سلف للجهمية والمعتزلة والأشاعرة 

Orang-orang Musyrik adalah pendahulu bagi golongan Jahmiah, Muktazilah dan Ashai'rah.


Muhaddith Mesir Al-Allamah Sheikh Mahmud Saed Muhammad Mamduh HafizohulLah menyatakan: “Perkataan beliau ini adalah ain/hakikat mazhab mereka.” - Iaitu menganggap Ashai'rah sebagai golongan kuffar.


Sebagai meneruskan pendirian para guru mereka yang mengkafirkan Ashai'rah Muhammad Asri Sobrie lulusan Madinah dan bekas pegawai penyelidik di Jabatan Mufti Perlis seperti yang beliau nyatakan pula menulis di dalam FB beliau bahawa Ashai'rah Maturidiah di zaman ini adalah penganut agama Pantheisme dan Agama Pluralisme. 


Hampir tidak masuk akal bagaimana sebuah Universiti seperti Universiti Madinah boleh melahirkan graduan-graduan tidak siuman seperti ini dan melepaskan mereka seperti anjing gila mengkafirkan umat Islam yang berjuta-juta jumlahnya. Namun demikian itulah kenyataannya.


Jelas sangat sesatnya fahaman Wahabi ini dan sangat berbahayanya kepada rakyat negeri Melaka tercinta yang umumnya bermazhab Ashai'rah sekiranya fahaman Wahabi menyebar di negeri Melaka yang berkah ini. 


Perlu diingatkan bahawa Wahabi yang berasal dari Melaka sangat sedikit jumlahnya. Ia tidak bertaqiyyah dan ia membentuk komunitinya sendiri sehingga senang dikenali dan diketahui. Mereka sebagai orang Melaka sangat mengenali budaya orang Melaka yang kuat tasawufnya.


Manakala Wahabi yang datang dari luar adalah sangat berbahaya. Mereka mengambil pendekatan berpura-pura dan bermuka-muka. Mereka hakikatnya tidak menghormati budaya orang Melaka. Mereka memanfaatkan budaya tasawuf orang Melaka dengan menampilkan cerita-cerita tasawuf dan akhlak untuk menimbulkan kepercayaan masyarakat terhadap mereka dan secara halus menyebarkan fahaman tersebut kepada golongan yang boleh dimakan oleh mereka. 


Mereka tidak tertumpu kepada komuniti tertentu bahkan mereka bergerak di masjid-masjid sebagai tenaga pengajar dan di Jabatan Kerajaan. Mendapat akses yang luas dan bebas kepada masyarakat di negeri Melaka.


Asatizah dari luar yang bertaqiyyah ini adalah sangat besar bahayanya kerana mereka mempengaruhi para asatizah yang berasal dari Melaka untuk menjadi suara dan alat mereka dalam penyebaran fahaman sesat Wahabi di Melaka.


AlhamdulilLah Negeri Sabah telah memfatwakan bahawa Wahabi termasuk di dalam senarai ajaran sesat yang wajib dihindari. Kita di Melaka juga perlu kepada tindakan segera, tegas dan pantas dari pehak berwajib di negeri Melaka ini.

Thursday, July 8, 2021

Senarai Kandungan Fiqh Aulawiyat Dr Yusuf Qardhawi

 Malaysian's Chromosome


Dowload: Fiqh Aulawiyat – Yusuf Qardhawi (Full Web Version).pdf


 Fiqh Aulawiyat Dr Yusuf Qardhawi


Senarai kandungan


BAB 1 – HAJAT UMAT ISLAM TERHADAP FIQH KEUTAMAAN


1-Pendahuluan 1


2-Rapuhnya Asas Keutamaan Umat 8


3-Rapuhnya Keutamaan Penilaian Cendekiawan Muslim 11


4-Hubungan Fiqh Keutamaan Dengan Jenis2 Fiqh Yang Lain 24


5-Hubungan Fiqh Keutamaan (Fiqh Al-Awlawiyat) dengan Fiqh Pertimbangan (Fiqh al-Muwazanat)


6-Melakukan Pertimbangan di antara pelbagai al-Masalih (Kemaslahatan) 25


7-Pertimbangan al-Mafasid (Kemafsadatan) atau al-Madhor (Kemudaratan) antara satu dengan lainnya 27


8-Pertimbangan antara al-Masalih (kemaslahatan) dan al-Mafasid (Kerosakan) apabila terjadi pertembungan antara keduanya 29


9-Bagaimana al-Masalih (Kebaikan) dan al-Mafasid (Keburukan) dapat dikenali? 31


10-Pendapat Ibn Abd. Salam 31


11-Bagaimana Kebaikan dan Keburukan Dunia/Akhirat dapat dikenali? 35


12-Tujuan disusunnya Kitab: Qawaid al-Ahkam 36


13-Hubungan Fiqh al-Aulawiyat (Fiqh Keutamaan) dengan Fiqh al-Maqasid (Maksud Syariat Ilmu Fiqh) 37


14-Hubungan Fiqh al-Aulawiyat dengan Fiqh al-Nusus (Fiqh Nas Al-Quran dan Al-Sunnah) 39


BAB 2 KEUTAMAAN KUALITI KE ATAS KUANTITI


1-Keutamaan Kualiti ke atas Kuantiti 41


2-Keutamaan dalam bidang ilmu pengetahuan dan pemikiran 59


3-Keutamaan Ilmu ke atas Amal 59


4-Ilmu adalah syarat bagi semua jenis kepimpinan (Politik, Ketenteraan dan Kehakiman) 64


5-Pentingnya ilmu bagi seorang Mufti 66


6-Pentingnya ilmu bagi para pendakwah dan guru 69


BAB 3 KEUTAMAAN KEFAHAMAN KE ATAS SEMATA-MATA HAFALAN


1-Keutamaan Kefahaman ke atas semata-mata Hafalan 73


2-Keutamaan “al-Maqasid” ke atas “al-Zawahir”


3-Keutamaan Ijtihad ke atas Taqlid 78


4-Keutamaan perancangan dan pengkajian strategik bagi urusan-urusan dunia 80


5-Keutamaan2 dalam pandangan2 fiqh 81


6-Pemisah antara “al-Qat’i” dan al-Zonni” 83


BAB 4 KEUTAMAAN DALAM BIDANG FATWA DAN DAKWAH


1-Keutamaan memberikan keringanan dan kemudahan atas sikap memberatkan dan menyusahkan 91


2-Mengakui keadaan darurat yang datang menimpa 100


3-Perubahan fatwa kerana perubahan masa dan tempat 101


4-Memahami “Sunnah al-Tadarruj” (Gradualiti) 104


5-Meluruskan kembali wawasan Pemilikan Muslim 106


6-Cara yang benar: Mengikut konsep al-Quran 109


BAB 5 KEUTAMAAN DALAM BIDANG AMAL PERUBATAN


1-Keutamaan amal yang berkesinambungan ke atas amal yang terputus-putus 113


2-Keutamaan amalan yang memberikan manfaat kepada orang ramai daripada amalan yang memberikan manfaat untuk diri sendiri sahaja 116


3-Keutamaan amal yang lebih lama dan panjang kegunaan dan manfaat ke atas selainnya 122


4-Keutamaan amal di zaman fitnah 124


5-Keutamaan amalan hati ke atas amalan badan 127


6-Perbezaan keutamaan kerana perbezaan zaman, tempat dan situasi 134


7-Amalan Duniawi yang paling utama 134


8-Amalan Ibadah yang paling utama 136


BAB 6 - KEUTAMAAN DALAM PERKARA2 YANG DIPERINTAHKAN ALLAH TAALA


1-Keutamaan usul (Asas) ke atas furu’ (Cabang) 145


2-Keutamaan amalan fardhu ke atas amalan sunnah 149


3-Bersikap longgar terhadap - sambung ms berikut


Perkara sunnah dan mustahab 150


4-Tindakan salah: Mengutamakan sunnah dan melalaikan wajib 153


5-Pandangan bernas Imam al-Raghib al-Asfahani 155


6-Keutamaan fardhu ain ke atas fardhu kifayah 156


7-Peringkat2 fardhu kifayah 158


8-Keutamaan hak2 manusia ke atas semata2 hak Allah 159


9-Keutamaan hak2 jamaah ke atas hak2 individu 163


10-Keutamaan wala’ (mengikut) kepada jamaah ke atas wala’ kepada individi atau kaum 166.


11-Menanamkan semangat berjamaah dalam diri tiap2 individu 170


BAB 7 - KEUTAMAAN DALAM PERKARA2 YANG DILARANG ALLAH


1-Kufur al-ilhad dan al-juhud (Ingkar dan tidak mengakui Allah) 173


2-Kufur syirik 174


3-Kufur ahli kitab 176


4-Kufur orang murtad 180


5-Kufur munafiq 183


6-Membezakan antara kufur, syirik, nifaq besar dan kecil 185


7-Kekufuran: Besar dan kecil 186


8-Pandangan imam ibnu qayyim 189


9-Syirik besar dan kecil 191


10-Nifaq besar dan kecil 194


11-Dosa2 besar 196


12-Dosa2 maksiat hati yang besar 198


13-Maksiat Nabi Adam AS dan maksiat iblis 198


14-Bahaya Takabbur 201


15-Hasad dan Dengki 203


BAB - 8 SIFAT SANGAT KEDEKUT


1-Sifat Sangat Kedekut 207


2-Hawa Nafsu yang Dituruti 209


3-Sifat Berbangga dengan pendapat sendiri 210


4-Sifat Riak yang terkutuk 211


5-Cinta Dunia dan Mengutamakannya 213


6-Cinta Pangkat Dan Kedudukan 215


7-Dosa-dosa kecil 215


8-Bid’ah I’tiqadiyah dan Amaliyah 227


9-Perkara2 Syubahat 231


10-Perkara2 Makruh 239


11-Hawa Nafsu yang diturut 240


BAB 9-KEUTAMAAN DALAM BIDANG PEMBAHARUAN MASYARAKAT


1-Perubahan Mentaliti Sebelum Perubahan Organisasi 241


2-Tarbiyah sebelum Jihad 245


3-Mengapa Tarbiyah mesti diutamakan? 253


4-Keutamaan Pertarungan Pemikiran 255


5-Pertarungan pemikiran di kalangan umat Islam 256


6-Aliran Khurafat 256


7-Aliran Tekstual 257


8-Aliran Keras dan Tidak Kompromi 257


9-Aliran Keadilan (Wasatiyah) 258


10-Tugas Aliran Keadilan 260


11-Mana yang mesti didahulukan: Melaksanakan Shariat Islam atau Tarbiyah dan Penerangan? 265


BAB 10- FIQH AL-AULAWIYYAT DI DALAM ILMU WARISAN ISLAM


1-orang yang bertanya tentang: seseorang membunuh lalat dalam keadaan ihram.. ! 271


2-Fiqh al-aulawiyat di dalam ilmu warisan islam ketika berlaku kerosakan akhlak


3-Manakah yang lebih utama bagi kita: Bercampur dengan masyarakat atau melakukan uzlah (mengasingkan diri)? 276


4-manakah yang lebih utama: meninggalkan perkara yang dilarang atau melakukan perkara yang disuruh? 277


5-manakah yang lebih utama: kaya dengan syukur atau miskin dengan sabar? 282


6-imam al-ghazali dan fiqh al-aulawiyat 285


7-contoh kesalahan dalam memahami keutamaan amalan syarak 286


8-contoh membelanjakan harta bukan pada tempatnya yang utama 289


9-kesibukan orang kaya dengan ibadah badaniyah 290


10-membelanjakan harta untuk pergi haji sunat 291


11-ulama2 lain yang juga memberikan perhatian terhadap masalah fiqh al-aulawiyat 292


12-imam ibnu taimiyah dan fiqh al-aulawiyat 294


BAB 11 KEUTAMAAN MENGIKUT PANDANGAN PARA PEJUANG PEMBAHARUAN DI ERA MODEN ( TERAKHIR )


1-Imam Muhammad bin Abdul Wahab 309


2-Sheikh Muhammad Ahmad al-Mahdi 310


3-Sayyid Jamaluddin al-Afghani 310


4-mam Muhammad Abduh 310


5-Imam Hasan al-Banna 312


6-Imam Sayyid Abul Ala al-Maududi 317


7-As-Syahid Sayyid Qutb 317


8-Professor Muhammad al-Mubarak 324


9-Sheikh Muhammad al-G GBhazali 329


(TAMAT)

Menilai kebaikan Beragama Seseorang

 بِسْمِﷲِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰی مُحَمَّدٍ وَعَلٰی آلِ مُحَمَّدٍ


CARA MENILAI BAIK/TIDAKNYA CARA BERAGAMA SESEORANG


 Syaikh Abdurrahman as-Sa'dy rahimahullah berkata :


وإذا أردت أن تعرف إيمان العبد ودينه، فانظر حاله:

هل يرعى الأمانات كلها، مالية أو قولية؛ أو أمانات الحقوق؟

وهل يرعى الحقوق والعهود والعقود التي بينه وبين الله، والتي بينه وبين العباد؟

فإذا كان كذلك فهو صاحب دين وإيمان.

وإن لم يكن كذلك نقص من دينه وإيمانه بمقدار ما انتقص من ذلك.


"Jika engkau ingin mengetahui keimanan seorang hamba dan agamanya, perhatikanlah:


1. apakah dia menjaga amanah-amanah semuanya; baik dalam hal harta atau ucapan, maupun amanah dalam menunaikan kewajiban-kewajiban?


2. apakah dia menjaga hak-hak, perjanjian-perjanjian, maupun akad-akad; antara dirinya dan Allah, demikian pula antara dirinya dan hamba-hamba Allah yang lain?


Jika dia amanah (dalam menjaga hal-hal di atas), berarti ia seorang yang memiliki agama dan iman yang baik. Namun, jika dia tidak demikian, agama dan imannya berkurang sesuai dengan kadar apa yang kurang dari itu."

_____________

Nafais Min Muallafatil Allamah as-Sa’dy, hlm. 296

Mengadili Polemik Adakah Politik Usul atau Furu' & Motif di sebalik Tuduhan Takfiri

 MENGADILI POLEMIK ADAKAH POLITIK USUL ATAU FURU' & MOTIF DI SEBALIK TUDUHAN TAKFIRI.


Bagi ahli gerakan Islam yang menggunakan silibus Usul 20 susunan Imam Hasan al-Banna, kita boleh melihat huraian topik berkaitan politik melalui Usul yang kelima. 


Sehubungan itu, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengarang sebuah kitab yang berjudul al-Siyasah al-Syar'iyyah untuk membahaskan usul tersebut secara tuntas.


⚫ Status Politik.


Ketika memulakan perbahasan, Syeikh al-Qaradhawi terlebih dahulu mengupas berkenaan topik adakah Imamah adalah perkara usul atau furu'? Bermakna pertikaian yang menjadi polemik hari ini bukanlah asing.


Ternyata topik ini memunculkan 2 aliran:


• Ahli Sunnah berpandangan bahawa Imamah sebagai perkara furu'.


• Syiah Imamiyah pula menegaskan bahawa Imamah merupakan perkara usul agama.


Terlebih dahulu, kita perlu memahami apakah konteks perbahasan Imamah. Jika diterjemahkan maka ia mudah difahami sebagai kepimpinan. Lantas kepimpinan pula mudah dikaitkan terus dengan politik.


Sedangkan, topik Imamah lebih khusus dari topik politik pemerintahan yang selalu ditanggap oleh ramai orang. Hal ini kerana, topik Imamah lebih menjurus kepada perbahasan berkenaan siapa yang layak diberikan kuasa kepimpinan.


Maka tidak peliklah dalam hal ini Syiah Imamiyah menstatuskan Imamah sebagai perkara usul. Sememangnya aspirasi fahaman mereka memperjuangkan kelayakan memimpin perlu diserahkan kepada Ahli Bait. 


Bahkan prinsip tersebut menghasilkan konsep kemaksuman untuk pemimpin. Jika kita memahami konteks tersebut, maka adalah wajar sama sekali bagi Ahli Sunnah meletakkan ia sebagai perkara furu', bukan usul.


⚫ Falasi.


Namun yang menjadi kekeliruan adalah apabila kita memborongkan topik tersebut sebagai tajuk besar politik. Lantas dengan premis tersebut, maka dikategorikanlah politik secara keseluruhannya hanya sebagai perkara furu'. 


Kekeliruan inilah yang dijelaskan oleh Syeikh al-Qaradhawi berkenaan munculnya sikap meremehkan politik, atas alasan ianya hanyalah perkara furu'. Lantas beliau menegaskan sungguhpun ia dianggap furu', itu tidaklah bermakna kita boleh meremehkannya. 


Hal ini kerana di dalam Islam, perkara furu' itu menghubungkan kita dengan perkara usul. Bukankah iman yang bersifat usul itu, perlu dibuktikan dengan amal perbuatan yang dikategorikan sebagai furu'?


Begitu juga halnya dengan politik. Bukankah politik yang dianggap sebagai furu' itu menghubungkan kita dengan usul perlaksanakan hukum Allah? 


Maka meremehkan perkara furu', bukanlah sikap yang benar terhadap perkara usul. Justeru keduanya saling berkaitan antara satu sama lain.


⚫ Anologi al-Quran Berkenaan Helah Eskapisme.


Allah telah mengingatkan kita akan kisah sejarah golongan yang mengemukakan alasan-alasan berbentuk furu', sebagai eskapisme agar mereka boleh terlepas dari komitmen syariat yang bersifat usul.


قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّن لَّنَا مَا هِيَ إِنَّ الْبَقَرَ تَشَابَهَ عَلَيْنَا وَإِنَّا إِن شَاءَ اللَّهُ لَمُهْتَدُونَ


"Mereka berkata: "Mohonlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menjelaskan lagi kepada kami. Bagaimana hakikatnya lembu betina itu? Kerana sesungguhnya lembu itu masih samar bagi kami. Dan sesungguhnya kami insyaAllah akan mendapat petunjuk" - al-Baqarah 70.


Nabi Musa menyampaikan perintah Allah kepada Bani Israel supaya mereka menyembelih lembu betina. Allah merakamkan alasan demi alasan mereka. 


Jika diamati, alasan-alasan mereka tidaklah sampai mempertikai perkara usul. Tidaklah sampai mereka mengingkari taklifan syariat menyembelih lembu.


Tetapi mesej melalui kisah ini, Allah mendedahkan sikap Bani Israel yang cuba bermain helah dengan mengemukakan alasan-alasan yang dianggap sebagai furu'. Walhal hakikatnya motif mereka bertujuan sebagai eskapisme dari melaksanakan perintah Allah yang bersifat usul.


⚫ Motif Sekularisme.


Apa yang membimbangkan adalah dari polemik ini akan membawa umat supaya akhirnya terjebak menyetujui aspirasi sekularisme. Doktrin tersebut sememangnya sejak dari dahulu berusaha cuba memisahkan Islam dari urusan politik kenegaraan.


Antara jalan untuk mewajarkan fahama


n sedemikian, maka dilontarkan kesimpulan simplistik bahawa politik hanyalah sebagai perkara furu'. Apabila ia diterima, lantas jalan untuk menghakis komitmen & pantauan agama terhadap politik menjadi semakin mudah.


Sehubungan dengan itu Syeikh al-Qaradhawi menegaskan bahawa konflik pemikiran seperti ini perlu disanggah. Ia membawa kepada tuduhan yang keseterusnya, iaitu berkaitan dengan pertikaian Hakimiyah Ilahiyah.


⚫ Stigma Hakimiyah.


Topik Hakimiyah Allah kerap menjadi sasaran. Ia dibingkaikan sebagai justifikasi kepada dakwaan kononnya gerakan Islam membawa doktirn ekstrimis lagi takfiri. 


Maka disebabkan itu, golongan yang bersungguh membawa naratif bahawa politik adalah furu', kerap kali mengulang-ulang falasi mereka. Mereka menyuarakan kebimbangan kononnya akan menularnya amalan takfiri kerana disebabkan berpegang dengan fahaman Hakimiyah.


Maka terlebih dahulu kita perlu faham, apakah itu Hakimiyah? Secara ringkas, ia adalah istilah yang merujuk kepada kefahaman & pegangan bahawa yang hanya layak menetapkan syariat untuk manusia, adalah Allah. 


Justeru jika itu pengertiannya, di manakah unsur bahayanya? Melainkan ia secara terus terang menyanggahi doktrin sekularisme yang cuba memberi hak kepada manusia untuk bebas mencorak aturan hidupnya sendiri. 


Lantas tersingkaplah di sebalik stigma Hakimiyah. Hakikatnya yang benar-benar terancam adalah survival pemikiran sekularisme. Syeikh al-Qaradhawi menjelaskan kekeliruan, ramai yang menganggap kononnya konsep Hakimiyah merupakan pegangan baharu yang diada-adakan oleh Said Qutb & Maududi. 


Sedangkan jika diamati dalam muqaddimah perbahasan Usul Feqh, terlebih dahulu kita akan melalui sebuah perbahasan siapakah al-Hakim yang berautoriti menetapkan syariat? Ia sebagai penegasan ke arah beriman bahawa Allah sebagai al-Hakim.


Bahkan meletakkan Allah sebagai satu-satunya yang berautoriti menetapkan syariat, merupakan kesepakatan antara Ahli Sunnah & Mu'tazilah. Ini sebagai satu perbandingan, bahawa Mu'tazilah yang dianggap menyeleweng itu pun bersetuju dengan apa yang digagaskan melalui Hakimiyah.


⚫ Naratif Barat.


Justeru persepsi yang prejudis terhadap Hakimiyah, merupakan reaksi-reaksi dari fahaman sekularisme. Sehubungan dengan itu, tidak pelik jika badan-badan pemikir Barat kerap kali mengkaitkan gerakan pengganas dengan konsep Hakimiyah. 


Mereka mengkambing-hitamkan nama-nama seumpama Said Qutb & Maududi sebagai legitimasi terhadap tuduhan-tuduhan liar mereka ke atas gerakan Islam. Ironinya, tokoh yang dikatakan takfiri itu, dikafirkan pula mengikut naratif propaganda Barat.


Dakwaan mereka kononnya umat Islam jadi radikal disebabkan fahaman Hakimiyah. Malangnya persepsi keji tersebut disambut & disambung oleh umat Islam untuk menaruh sangka buruk sesama muslim yang mahu menegakkan agama mereka sendiri.


Justeru yang perlu dipersoalkan, mengapa umat Islam perlu mengikuti pembingkaian propaganda Barat untuk menyah-kreditkan gerakan Islam? Bukankah secara prinsip, kita disuruh berpadu tenaga merealisasikan syariat Islam?


⚫ Islamis Takfiri?


Antara dakwaan yang klasik dikenakan ke atas gerakan Islam, kononnya mengamalkan sikap suka mengkafirkan golongan yang tidak sehaluan. Kritikan-kritikan di serata dunia ke atas gerakan Islam itu nampaknya seragam.


Awalnya cuba diremehkan komitmen berpolitik berpandukan syariat. Kemudian dituduh kononnya fahaman Hakimiyah menyebabkan gerakan Islam berpotensi menjadi radikal. Akhir sekali gerakan Islam disesatkan kerana didakwa gemar mengkafirkan sesama muslim.


Dakwaan-dakwaan fitnah sedemikian sama sekali bercanggah dengan silibus yang didokumenkan di dalam Usul 20. Kita boleh memeriksa usul yang terakhir, diperjelaskan tegahan mengkafirkan sesama muslim. Bermaksud, gerakan Islam sendiri secara serius telah mensilibuskan peringatan betapa amalan takfiri adalah dilarang.


Adapun perilaku segelintir yang jahil, tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur untuk memborong tanggapan bagi sebuah gagasan secara keseluruhannya. Kita pun pernah menyaksikan sekularis tegar yang berterus terang mengkafirkan pejuang Islam secara spesifik


& ia diwartakan oleh media. Namun kita mengira sikap tersebut didorong dari kejahilan yang menebal.


⚫ Cabaran Mendatang.


Kini adalah zaman pertarungan idea & hujah. Di setiap slogan, masyarakat akan bertanya huraiannya secara terperinci. Pada masa yang sama, kempen Islamofobia direncanakan dalam segenap segmen. Sama ada secara telanjang atau secara halus.


Adalah perlu bagi ahli gerakan Islam membudayakan ilmu, serta meneliti kritikan-kritikan pihak yang berbeza dengan kita & cuba mencari hujah melalui perbahasan yang sihat. Semoga kita beroleh saham dalam usaha mencerahkan umat.


Abdul Mu'izz Muhammad

4 Ogos 2019.

Petani Tiada Hak ke atas tanah bukan miliknya

 PETANI PETANI HARAM TIADA HAK KE ATAS TANAH BUKAN MILIKNYA


PAS Kawasan Kuala Krau menyokong penuh tindakan tegas Kerajaan Negeri Pahang dalam operasi memusnahkan 250 ekar kebun durian yang diteroka secara haram di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam Raub. 


Tindakan tegas kerajaan negeri dalam menangani  isu pencerobohan dan penerokaan tanah secara haram adalah tepat, bukan sahaja tepat dari sudut undang-undang tanah, bahkan ia juga tidak bercanggah dengan syarak.


Dalam isu ini, Nabi saw telah menggariskan satu kaedah:


وَلَيْسَ لِعِرْقٍ ظَالِمٍ حَقٌّ


Penanam tiada hak keatas pokok yang ditanam secara zalim yakni di tanah bukan miliknya. (Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie)


Pernah berlaku dizaman Nabi saw, seorang lelaki telah menanam pokok di tanah milik orang lain. Sebagaimana yang dinyatakan dalam riwayat:


عن عروة ابن الزبير أنه قال : ” فلقد خَبَّرَنِي الذي حدثني هذا الحديث : ” أن رجلين اختصما إلى رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم غرس أحدهما نخلا في أرض الآخر فقضى لصاحب الأرض بأرضه وأمر صاحب النخل أن يخرج نخله منها , قال :  فلقد رأيتها وإنها لتُضْرَبُ أُصُولُها بِالفؤوس وإنَّها لنَخْلٌ عُمٌّ ( أي تامة ) حتى أخرجت منها


Urwah bin Zubair berkata: Sahabat yang meriwayatkan hadis ini telah menceritakan: 2 orang lelaki telah mengadu perbalahan mereka kepada Rasulullah saw. Salah seorang mereka telah menanam pokok kurma di atas tanah milik seorang lagi. Maka telah diputuskan hak pemilikan tanah kepada tuan tanah, manakala penanam pokok kurma tersebut diperintahkan supaya mencabut pokok kurmanya. Kata sahabat perawi : Aku melihat kejadian itu dimana pangkal pokok kurma itu ditebang dengan kapak dalam keadaan pokok kurma tersebut telah mengeluarkan hasil (berbuah) sehingga dicabut pokok dari tanah.


Peristiwa ini disokong oleh hadis yang lain:


مَن زرعَ في أرضِ قَومٍ بغَيرِ إذنِهم فلَيسَ لَه منَ الزَّرعِ شيءٌ ولَهُ نفَقتُهُ


Sesiapa yang menanam di tanah orang lain tanpa izin tuan tanah, maka dia tidak berhak mendapat apa2 dari tanamannya dan diatasnya pembiayaan tanaman tersebut. (Riwayat Abu Daud)


Dalam menghuraikan hadis ini. Ibnu rusyd berkata:


أَجْمَعَ العُلَماءُ عَلى أَنَّ مَنْ غَرَسَ نَخْلاً أَوْ ثَمَرًا وَبِالجُملَةِ نَبَاتًا فِي غَيْرِ أَرْضِهِ أَنَّهُ يُؤْمَرُ بِالقَلَعِ


Ulama sepakat bahawa sesiapa yang menanam kurma atau buah-buahan dan tanaman2 di atas tanah bukan miliknya, maka dia diperintah untuk mencabutnya. (Bidayatul mujtahid dan Nihayatul Muqtasid)


Ini menunjukkan bahawa, sepatutnya upah mencabut dan memusnahkan pokok itu dibayar dan ditanggung oleh petani-petani durian bukan kerajaan. Bahkan petani-petani durian haram ini perlu membayar balik sewa kerana menggunakannya tanpa hak. 


Imam Nawawi berkata:


وَإذَا أَعَادَ الأَرْضَ كَمَا كَانَتْ وَلَمْ يَبْقَ نَقْصٌ فَلَا أَرْشَ لَكِنْ عَلَيْهِ أُجْرَةُ المِثْلِ لِمُدَّةِ الإِعَادَةِ وَإنْ بَقِيَ نَقْصٌ وَجَبَ أَرْشُهُ مَعَهَا


Apabila penceroboh mengembalikan tanah seperti sediakala dan tiada kekurangan maka tiada gantirugi tetapi dia mesti bayar upah semasa (sewa) sehingga tempoh pemulangan. Sekiranya wujud kekurangan maka dikenakan bayaran gantirugi sewaktu pemulangan. (Minhaj)


Justeru, saya mewakili PAS Kawasan Kuala Krau menyokong Kerajaan Negeri Pahang yang bertindak tegas menangani isu pencerobohan tanah-tanah haram ini. Semoga ia mendatangkan kebaikan kepada kerajaan dan rakyat Pahang.


06/07/21

#jengkasejahtera 

#MajuTerusPahang 

#KerajaanPrihatin

https://www.facebook.com/219745198133003/posts/4013571175417034/

Apa itu Kontrak Sosial

 APA ITU KONTRAK SOSIAL


*Hebahkan kepada anak cucu, saudara mara, sahabat handai dan siapa saja* *BANGSA MELAYU keistimewaannya adalah hak kita agar semua sedar.*


*Asas Perlembagaan Tanah Melayu Malaysia yang kita perlu tahu.* *Kontrak sosial diasaskan dari 5 hak orang Melayu dan dari situ Perlembagaan Malaysia digubal:*


*1. Raja Berpelembagaan*

*2. Agama Islam*

*3. Bahasa Melayu*

*4. Hak Istimewa Orang Melayu*

*5. Kerakyatan*


*Dari 5 ini orang Melayu berkongsi syarat ke 5 dengan orang Cina dan India. Semasa kontrak sosial dibincang antara kaum Melayu, Cina dan India, British menawarkan kepada* *kaum Cina dan India sekiranya mereka tidak setuju dengan kontrak tersebut mereka diberi 2 pilihan iaitu:*


*1. Pulang ke negara asal*

*2. Berpindah ke negara Asia di bawah jajahan British.*


*Jadi sekiranya hak istimewa orang Melayu dipertikai, agama Islam dihina, institusi Di Raja tidak dihormati, bahasa* *Melayu dipijak ertinya mereka telah melanggar syarat2 tersebut dan seharusnya Kontrak* *Sosial itu boleh dibatalkan. Bangsa* *Melayu punya hak untuk keluarkan*

*mereka dari Negara* *Malaysia...*



*Terus tularkan kepada group² serta rakan sahabat handai*

Kontrak Sosial Melayu, Cina dan India

 *APA ITU KONTRAK SOSIAL MELAYU, CINA & INDIA ????*


*Hebahkan kepada anak cucu, saudara mara, sahabat handai dan siapa saja* *BANGSA MELAYU keistimewaannya adalah hak kita agar semua sedar.*


*Asas Perlembagaan Tanah Melayu Malaysia yang kita perlu tahu.* *Kontrak sosial diasaskan dari 5 hak orang Melayu dan dari situ Perlembagaan Malaysia digubal:*


*1. Raja Berpelembagaan*

*2. Agama Islam*

*3. Bahasa Melayu*

*4. Hak Istimewa Orang Melayu*

*5. Kerakyatan*


*Dari 5 ini orang Melayu berkongsi syarat ke 5 dengan orang Cina dan India. Semasa kontrak sosial dibincang antara kaum Melayu, Cina dan India, British menawarkan kepada* *kaum Cina dan India sekiranya mereka tidak setuju dengan kontrak tersebut mereka diberi 2 pilihan iaitu:*


*1. Pulang ke negara asal*

*2. Berpindah ke negara Asia di bawah jajahan British.*


*Jadi sekiranya hak istimewa orang Melayu dipertikai, agama Islam dihina, institusi Di Raja tidak dihormati, bahasa* *Melayu dipijak ertinya mereka telah melanggar syarat2 tersebut dan seharusnya Kontrak* *Sosial itu boleh dibatalkan. Bangsa* *Melayu punya hak untuk keluarkan*

*mereka dari Negara* *Malaysia...*



*Terus tularkan kepada group² serta rakan sahabat handai*