Monday, August 30, 2021

Fiqh Aulawiyyat: Mengutamakan serangan pemikiran

 ๐Ÿ”ฐFIQH AULAWIYYAT | MENGUTAMAKAN SERANGAN PEMIKIRAN๐Ÿ”ฐ


๐Ÿ“Œ Bagi melakukan perubahan, satu perkara yang perlu diberikan perhatian adalah mengutamakan setiap perkara yang berkaitan dengan pembinaan corak pemikiran. Selain itu, memperbetulkan gambaran dan prinsip dalam pemerhatian dan pekerjaan. Semua itu adalah asas yang kuat untuk setiap perubahan yang diharapkan. Ini kerana, sesuatu yang tidak masuk akal apabila pekerjaan sempurna mengikut prinsip yang benar, tetapi pemikiran pula tidak benar. Seorang penyair berkata:


Adakah bayang-bayang menjadi lurus sekiranya tongkatnya bengkok?


๐Ÿ“Œ Baik ataupun buruk tindakan dan tingkah laku seseorang itu adalah kesan daripada baik ataupun buruk gambaran mereka terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, perang pemikiran bagi memperbetulkan pemikiran yang tersasar dan kefahaman yang salah perlu diutamakan berbanding dengan perkara lain. Perkara ini adalah satu bahagian besar dalam jihad menggunakan al-Quran. Surah Al-Furqan, iaitu surah makkiyah ada menjelaskan perkara ini. Ia juga sebahagian daripada jihad melalui lisan dan penjelasan. Sebuah hadith menyebut, 


"Berjihadlah kamu menentang orang Musyrik dengan harta, jiwa raga, dan lisan kamu."


๐Ÿ”…Perang pemikiran dalam lapangan Islam ๐Ÿ”…


Perang pemikiran mempunyai beberapa medan asas:


◾️Pertama, luar daripada lapangan Islam. Medan ini adalah perang pemikiran dengan golongan Ateis, Kristian, dan Orientalis yang sentiasa menyerang agama Islam. Mereka melakukan serangan pada akidah dan syariat Islam. Serangan mereka juga terarah kepada ilmu warisan dan tamadun umat Islam. Mereka juga melakukan serangan ke atas setiap kebangkitan yang berasaskan Islam.


◾️Kedua, dalam lapangan Islam itu sendiri. Perang pemikiran seperti ini bagi memperbetulkan sudut pandang dalam amalan agama Islam. Perjalanan amalan itu juga perlu dipandu mengikut manhaj yang benar. Begitu juga gerakannya perlu diluruskan supaya bergerak atas jalan yang lurus, menuju sasaran yang tepat. Perbincangan kita berkisar pada medan yang kedua ini. Ini kerana, perubahan dalaman itu adalah asas dan perlu diutamakan.


Tidak diragui lagi, umat Islam mempunyai aliran pemikiran yang pelbagai. Antaranya:


⚡️Aliran pemikiran khurafat


Aliran bersifat khurafat ini mempunyai asas dan ciri-ciri tersendiri, antaranya:


•      Khurafat dalam akidah

•      Mereka-reka dalam amal ibadat

•      Pemikiran yang sempit

•     Taqlid semata-mata dalam bidang fiqh

•     Tingkah laku yang negatif

•      Patuh dan suka mengampu dalam bidang politik


⚡️Aliran literal


Terdapat juga aliran pemikiran literal. Mereka memahami agama secara zahir dalil sahaja. Aliran seperti ini tegas dalam mempertahankan agama. Namun, aliran ini juga mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dapat dilihat pada pengikutnya. Antaranya:


• Perbalahan dalam akidah

• Ibadah semata-mata pada gambaran luaran

• Memahami fiqh secara zahir sahaja

• Hanya mengambil perhatian pada sesetengah perkara

• Rohani yang lemah

• Keras dalam berdakwah

• Fikiran sempit dalam perselisihan pendapat


⚡️ Aliran penentang dan kekerasan


Terdapat juga aliran yang menolak kehidupan bermasyarakat dan semua organisasi yang ada. Kebanyakan pengikut aliran ini bersemangat dan ikhlas dalam perjuangan. Ciri-ciri yang ada pada pengikut aliran ini, antaranya:


•     Tegas dan kuat berpegang pada agama

•     Merasa kemuliaan diri sendiri sehingga mengangkat diri lebih tinggi kedudukannya berbanding dengan masyarakat lain Bersangka buruk terhadap orang lain

•     Kefahaman sempit dalam memahami agama, realiti kehidupan, serta prinsip alam dan masyarakat

•     Gopoh dalam membuat sesuatu perkara sebelum tiba waktunya

•     Mudah mengkafirkan orang lain

•     Menggunakan kekuatan sebagai cara bagi mencapai matlamat


⚡️Aliran sederhana dan tanggungjawab mereka


Terdapat juga aliran yang bersifat sederhana. Aliran pemikiran ini berasaskan kepada pertimbangan yang baik. Mereka juga memahami agama, kehidupan, serta usaha meninggikan agama dengan sederhana dan tepat. Aliran ini juga mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Aliran ini turut memberi tumpuan bagi menzahirkan ciri-ciri berikut:


• Memahami agama secara menyeluruh, pertimbangan yang baik dan teliti

• Memahami realiti kehidupan dengan tidak memandang remeh dan tidak menakutkan. Mereka memahami realiti umat Islam dan realiti pihak musuh

• Memahami peraturan dan undang-undang Allah s.w.t. yang tidak berubah. Lebih-lebih lagi peraturan yang melibatkan masyarakat

• Memahami tujuan utama syariat dan tidak berfikiran sempit pada zahirnya sahaja

• Memahami keutamaan yang perlu diutamakan. Perkara ini berkaitan dengan memahami pertimbangan yang tepat

• Memahami adab-adab berselisih pendapat. Mereka juga memahami perincian dalam agama Islam, seterusnya bekerjasama melakukan apa yang disepakati dan bertolak ansur dalam perkara yang diselisihkan

• Menghimpunkan fahaman ulama terdahulu dengan ulama semasa. Mereka menggabungkan antara fahaman asas dan semasa Mempertimbangkan antara perkara yang sudah tetap dalam syarak dan perubahan semasa

• Mempercayai, perubahan fikiran, diri, dan akhlak adalah asas kepada perubahan tamadun

• Mempersembahkan Islam sebagai asas perancangan tamadun yang lengkap bagi membangunkan umat. Cara ini juga bertujuan membebaskan umat daripada falsafah material pada zaman ini

•  Menggunakan prinsip mempermudahkan dalam mengeluarkan fatwa dan menyebarkan dakwah

•  Menzahirkan nilai masyarakat dan politik dalam Islam. Contohnya, kebebasan, saling memuliakan, syura, adil dalam masyarakat, dan hak-hak individu

• Perbahasan yang baik dengan pihak lain, iaitu pihak bertentangan yang terdiri daripada orang bukan Islam. Perbincangan juga dilakukan dengan pihak bertentangan daripada kalangan umat Islam sendiri, iaitu orang yang pemikirannya diserang dan mempunyai rohani yang lemah.

• Menjadikan jihad sebagai cara mempertahankan maruah umat Islam dan negara Islam


Ini adalah aliran yang kita percayai. Kita mengajak umat untuk bernaung di bawah aliran ini. Aliran ini adalah aliran yang mempersembahkan Islam yang sebenarnya. Agama Islam yang sama seperti yang Allah s.w.t. turunkan dalam Al-Quran. Agama yang Rasulullah s.a.w. seru dalam hadis dan perjalanan hidup Baginda. Agama yang difahami dan diamalkan oleh para sahabat dan generasi tabi'in. Mereka adalah generasi terbaik untuk umat.


#Harakahsiswa

Pesanan Hasan alBadri kepada dua anak lelakinya.

 Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan,


"Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.


1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.


2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari."


Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.


Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.


Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,


Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?"


Jawab si adik: "Saya ikut pesanan ayah."


Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?"


Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran."


Pesan ayah lagi, "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI."


"Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah."


Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.


Si ibu : "Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?"


Jawab si abang : "Saya ikut pesan ayah."


Si ibu : "Apa pesanan ayahmu?"


Jawab si abang: "Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai."


"Kedua , ayah berpesan. "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI." Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari."


—Moral of the story


Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanyalah di tikar sembahyang semata-mata,


nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhannya.


Jadi, belajarlah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta ุงู„ู„ّٰู‡ ุณُุจْุญَุงู†َู‡ُ ูˆَ ุชَุนَุงู„َู‰ beri petunjuk, mohon ุงู„ู„ّٰู‡ ุณُุจْุญَุงู†َู‡ُ ูˆَ ุชَุนَุงู„َู‰ bimbing kehidupan kita, semoga ุงู„ู„ّٰู‡ memberikan taufik dan hidayah.


Mudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh ุงู„ู„ّٰู‡ di dunia dan di akhirat. Nabi ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… pernah bersabda;


“Siapa yang ุงู„ู„ّٰู‡ ุณُุจْุญَุงู†َู‡ُ ูˆَ ุชَุนَุงู„َู‰ mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan padanya agama dengan sebenar-benar kefahaman”.


kredit : amirah farhana

Wednesday, August 25, 2021

7 amalan yang pahalanya berterusan

 Tujuh Amal Jariah Yang Pahalanya Berterusan Walaupun Pelakunya Sudah Meninggal Dunia


Hadis tentang amal jariah yang popular dari Abu Hurairah menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya “(Hadis Riwayat Muslim). Selain dari ketiga jenis perbuatan di atas, ada lagi beberapa macam perbuatan yang tergolong dalam amal jariah.


Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya “(Hadis Riwaya Ibnu Majah).


 


Di dalam hadis ini disebut tujuh macam amal yang tergolong amal jariah sebagai berikut.


1. Ilmu yang di sebarluaskan :


Menyebarluaskan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, baik melalui pendidikan formal (seperti sekolah, universiti , kolej dan institusi) dan pendidikan tidak formal seperti perbincangan ilmiah, tazkirah di masjid-masjid, ceramah umum, kursus motivasi, program dakwah dan tarbiah dan sebagainya. Termasuk dalam kategori ini adalah menulis buku-buku yang berguna , menulis kitab-kitab agama dan menyebarkan bahan-bahan pendidikan Islam melalui artikal-artikal tazkira samaada di facebook atau blog.


2. Anak soleh yang ditinggalkan :


Mendidik anak menjadi anak yang soleh. Anak yang soleh akan selalu berbuat kebaikan di dunia. Menurut keterangan hadis ini, kebaikan yang diperbuat oleh anak soleh pahalanya sampai kepada orang tua yang mendidiknya yang telah meninggal dunia tanpa mengurangkan nilai atau pahala yang diterima oleh anak-anak tadi. Doa anak yang soleh kepada orang tuanya mustajab di sisi Allah SWT.


3. Mushaf (kitab-kitab agama) yang diwariskannya :


Mewariskan kitab suci al-Quran, kitab tafsir al-Quran, mushaf (buku agama) kepada orang-orang yang dapat memanfaatkannya untuk kebaikan diri dan masyarakatnya. Samaada untuk ahli keluarga dirumah, untuk sekolah-sekolah agama dan maahad tahfiz dan untuk perpustakaan awam. Selagi kitab-kitab tersebut digunakan sebagai bahan bacaan dan rujukan maka orang yang mewakafkan akan mendapat pahala yang berterusan.


4. Masjid yang dibina :


Membangun masjid. Perkara ini selaras dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


Orang yang membina masjid tersebut akan menerima pahala seperti pahala orang yang mengerjakan amal ibadah di masjid tersebut. Termasuk juga mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid.


5. Rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan :


Membangun rumah musafir atau pondok bagi orang-orang yang bermusafir untuk kebaikan adalah suatu amalan sangat di tuntut. Setiap orang yang memanfaatkannya, baik untuk berehat sebentar mahupun untuk bermalam dan kegunaan lain yang bukan untuk maksiat, akan mengalirkan pahala kepada orang yang membinanya. Termasuk juga kita membina pondok perhentian bas ditepi-tepi jalan yang tidak di bina oleh kerajaan.


6. Sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai,


Mengalirkan air secara baik dan bersih ke tempat-tempat orang yang memerlukannya atau menggali perigi di tempat yang sering dilalui atau didiami orang ramai. Setelah orang yang mengalirkan air itu meninggal dunia dan air itu tetap mengalir serta terpelihara dari kecemaran dan dimanfaatkan orang yang hidup maka ia mendapat pahala yang terus mengalir.


Semakin ramai orang yang memanfaatkannya semakin banyak ia menerima pahala di akhirat. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa membina sebuah telaga lalu diminum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari kiamat.” (Hadis Riwaya Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah).


7. Harta yang disedekahkannya :


Menyedekahkan sebahagian harta. Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda. Selain daripada harta yang diberikan sebagai sedekah, termasuk juga mewakafkan tanah untuk pembangunan pendidikan Islam, rumah anak yatim, maahad tahfiz, tanah perkuburan dan rumah oarng-orang tua. Selagi tanah tersebut digunakan untuk kebaikan maka pahalanya akan berterusan kepada pemberi tanah wakaf tersebut.


Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya. (Hadis Riwayat Al-Tabrani)


Isu kesungguhan kristian ingin menggunakan kalimah Allah

 Mengapa Kristian Bersungguh Ingin Menggunakan Kalimah Allah?

==============

1. Sinar Harian melaporkan semalam keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan pendidikan agama itu. Mereka juga dibenarkan untuk menggunakan perkataan Solat, Kaabah dan Baitullah.


2. Timbul persoalan di sini, mengapa sebahagian penerbitan Kristian bersungguh menterjemahkan perkataan God kepada Allah sedangkan ia di sisi umat Islam memberikan makna yang berbeza? Bukankah ia akan menimbulkan lebih keraguan? Mengapa Kristian ingin menggunakan perkataan Solat sedangkan kita tahu Prayer dan Solat mempunyai pemaknaan yang berbeza? 


3. Perkara yang sama pernah diutarakan oleh Prof Syed Naquib al-Attas pada rombongan Kristian yang datang bertamu ke ISTAC. Prof al-Attas mengajukan soalan tentang mengapa kamu ingin menggunakan kalimah Allah setelah sekian lama menggunakan perkataan God atau Tuhan?


4. Mereka menjawab: “Kami ingin bersikap lebih patriotik dan kami akan berdoa menggunakan Bahasa Malaysia.” Anehnya perkataan Allah bukanlah berasal dari Bahasa Malaysia bahkan konsep ketuhanan dalam kedua agama ini sangat berbeza.


5. Umat Islam meyakini Allah itu satu melalui konsep Tauhid sedangkan Kristian percaya pada doktrin Trinity yang menampilkan tiga elemen dalam perkara ketuhanan. Kedua konsep ini amat jauh bertentangan.


6. Malah penggunaan Kalimah Allah pernah dibantah dperingkat antarabangsa oleh paderi Kristian sendiri kerana ia menimbulkan keraguan terhadap konsep ketuhanan dalam agama Kristian sendiri. Sebagai contoh:


[a] Rob Phillips iaitu Pengarah Komunikasi Missouri Baptist Convention dan mubaligh Gereja Baptis melalui artikelnya bertajuk “Yahweh (the God of the Bible) vs Allah (the God of the Koran)” menyatakan bahawa Allah bukanlah Tuhan yang dinyatakan dalam Al Kitab.


[b] Dr. R. Albert Mohler Jr. iaitu Presiden The Southern Baptist Theological Seminary mempertikaikan saranan penganut Kristian menggunakan nama Allah kerana al-Quran secara jelas menegaskan Allah tidak mempunyai anak dan menolak prinsip triniti yang dibawa oleh Kristian.


[c] Dave Armstrong tokoh dari Gereja Roman Katolik dalam artikelnya berjudul “Does the Catholic Church Equate Allah and Yahweh?” menegaskan bahawa Allah dan Tuhan yang dimaksudkan dalam Kristian adalah entiti yang tidak sama.


7. Biarpun sebahagian tokoh Kristian antarabangsa tidak bersetuju dalam isu terjemahan perkataan God kepada Allah, kesungguhan gerakan Kristian di Malaysia dalam memperjuangkan kalimah Allah ini menimbulkan pelbagai pertanyaan.


8. Dari aspek positifnya, penggunaan kalimah Allah dalam kalangan Kristian membuka dimensi baharu dalam medan dakwah. Kita berpeluang memahamkan kepada pelajar atau sahabat Kristian kita tentang Allah dari perspektif Muslim.


9. Allah adalah Tuhan yang sama buat Muslim mahupun Kristian. Namun kita harus tegaskan kepada mereka bahawa ajaran Trinity yang dibawa oleh Kristian adalah bercanggah dengan konsep Tauhid yang jelas ditegaskan oleh al-Quran bahawa Tuhan itu satu, Dia tidak mempunyai anak dan Nabi Isa (Jesus) hanyalah seorang Nabi.


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi


Sumber:

[1] Temubual Prof al-Attas: https://www.facebook.com/193058140711532/posts/571149779569031/


[2] Buku MAIS:

http://www.mais.gov.my/wp-content/uploads/2019/07/Buku-Kalimah-Allah-Full-Version_BM.pdf

Isu pengagihan zakat oleh bukan Islam

 Assalamualaikum:

Kepada:  Pihak pengurusan Zakat Pulau Pinang.

Saya ingin menarik perhatian diatas isu pemberian baucer zakat yang baru baru ini ditularkan didalam media sosial yang melibatkan seorang YB dari DAP iaitu Yb Khasturi Patoo dimana beliau telah menaikkan gambar beliau didalam media sosial (facebook) baru baru ini dan sempat di “print screen” oleh pengguna facebook lain.

Selepas mendapat rungutan dan bantahan dari kebanyakan masyarakat Islam, Yb Khasturi Patoo telah memadamkan catatan beliau difacebook.

Apa yang dikesalkan, isu pengedaran baucer zakat ini bukanlah isu yang baru. Peristiwa serahan Zakat oleh Yb bukan islam turut berlaku pada 2019 sewaktu umat Islam berpuasa di bulan ramadhan. Wakil rakyat yang dimaksudkan ialah ADUN Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit ; Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan terbaru gambar Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto yang menyampaikan kit bantuan zakat di dalam ruang solat sebuah masjid.

Sebagai umat Islam yang menetap di Pulau Pinang dan juga merupakan salah seorang AJK masjid yang dilantik secara undian didalam mesyuarat agung masjid, saya merasa terpanggil untuk membangkitkan perkara ini kepada pihak pengurusan Zakat Pulau Pinang.

Masjid merupakan institusi yang diamanahkan bagi mengutip zakat fitrah setiap tahun. Ramai dikalangan amil adalah dilantik dengan melalui nama nama yang telah disenarai pendekkan oleh pihak Jawatankuasa masjid.

Dengan keluarnya berita agihan zakat yang dibuat oleh orang bukan islam kepada masyarakat islam di Pulau Pinang, saya merasakan seolah olah pihak Pengurusan Zakat telah meletakkan Institusi Zakat Pulau Pinang kepada bahaya dimana ianya boleh menghilangkan keyakinan penyumbang zakat mengenai keupayaan kakitangan zakat menguruskan amanah yang telah mereka berikan. 

Saya menharapkan satu SOP yang lebih tuntas dapat dibentuk dan dijadikan panduan pada masa depan untuk mengelakkan kejadian ini daripada berulang.

Disini juga saya ingin berkongsi satu tulisan yang dipetik dari jurnal yang ditulis oleh Mohd Anuar Ramli, University of Malaya | UM • Department of Fiqh and Usul, Academy of Islamic Studies (BSh (UM), MSh (UM, PhD (UM) dan Mohammad Naqib Hamdan,Universiti Teknologi Malaysia | UTM • Akademi Tamadun Islam BSh. (Azhar); MSh. (UM); PhD (UM) bertajuk Pengagihan Zakat Oleh Orang Bukan Islam Dalam Konteks Masyarakat Majmuk Di Malaysia Menurut Perspektif Hukum Islam mengenai agihan zakat yang dikelolakan oleh bukan islam sebagai renungan bersama.

 “ Tindakan ahli politik bukan Islam mengagihkan zakat telah menimbulkan isu sensistif dalam masyarakat Islam (Mohd Iskandar, 2019b). Ekoran itu, pembayar zakat telah mempertikaikan tindakan tersebut dan menyalahkan institusi zakt kerana mengizinkan orang bukan Islam terlibat dengan urusan zakat. Hal ini jika tidak ditanggani akan merugikan institusi zakat sendri disebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap institusi zakat. Sekaligus menyebabkan mereka enggan membayar zakat di institusi terbabit 


Sehubungan dengan itu, setiap pihak perlu berhati hati dalam urusan berkaitan dengan zakat kerana ia mendatangkan implikasi yang negatif kepada pelbagai pihak samada institusi zakat, pembayar zakat dan juga hubungan antara umat Islam dan bukan Islam di Malaysia”

 

Petikan dari jurnal yang ditulis oleh Mohd Yahya et al., 2013

“Kajian Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad dan Radiah Andul Kader (2009), turut membuktikan sebanyak 47.6 peratus responden (332 orang) yang tidak berpuas hati dengan kaedah pengagihan zakat turut tidak akan membayar zakat melalui institusi zakat. Ini menunjukkan hampir majoriti responden tidak membayar zakat yang berkemungkinan kerana mereka tidak berpuas hati dengan kaedah pengagihan zakat oleh institusi zakat.”


Rujukan  

1. Lebih manis orang Islam agihkan zakat - Mufti Kelantan https://www.malaysiakini.com/news/478210

2. Pengagihan Zakat Oleh Orang Bukan Islam Dalam Konteks Masyarakat Majmuk Di Malaysia Menurut Perspektif Hukum Islam

https://www.researchgate.net/publication/337257680_Pengagihan_Zakat_Oleh_Orang_Bukan_Islam_Dalam_Konteks_Masyarakat_Majmuk_Di_Malaysia_Menurut_Perspektif_Hukum_Islam

3. Hukum Wanita Dan Orang Bukan Islam Sebagai Amil Zakat Gaji Dan Pendapatan Di Lembaga Hasil Dalam Negeri

http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/bahan-ilmiah/fatwa-muamalat/106-hukum-wanita-dan-orang-bukan-islam-sebagai-amil-zakat-gaji-dan-pendapatan-di-lembaga-hasil-dalam-negeri


4. Agihan zakat oleh pemimpin bukan Islam jejas imej ZPP

https://www.sinarharian.com.my/article/31227/EDISI/Utara/Agihan-zakat-oleh-pemimpin-bukan-Islam-jejas-imej-ZPP


5. Agihan Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Zakat Melalui Institusi Formal

https://www.researchgate.net/publication/304169904_Agihan_Zakat_dan_Kesannya_Terhadap_Pembayaran_Zakat_Melalui_Institusi_Formal


Mohamad Puzi Awang, Sabtu, 24-Apr-2021, (AJK Masjid Machang Bubok Bukit Mertajam)

Wednesday, August 18, 2021

Sejarah Rengkas Peperangan di Afghanistan

 *Sejarah rengkas peperangan di Afghanistan* 


(Bacaan lima minit untuk mengetahui sejarah 50 tahun pergolakan Afghanistan)


Afghanistan pada awalnya adalah pemerintahan monarki tetapi pada tahun 1964 King Zahir Shah cuba membuat ekperimen dengan demokrasi.


Maka lahirlah beberapa parti politik terutamanya PDPA - sebuah parti komunis yang mempunyai ideologi sama dengan Soviet Union. 


Dalam beberapa perebutan kuasa dan pembunuhan, PDPA telah berkuasa pada tahun 1978 dan agenda Marxist-Leninist dilaksanakan. 


Lelaki dipaksa membuang janggut, pakaian cador dilarang, masjid ditutup dan state atheism dipopularkan. 


Pembunuhan rakyat yang tidak suka dengan pemerintahan atheis, sehinggakan 27,000 dibunuh oleh regim komunis. 


Ini menyebabkan rakyat Afghanistan yang dikenali sebagai mujahi*deen bangkit melawan dan akhirnya PDPA meminta bantuan Soviet Union (USSR). 


Pada Disember 1979, USSR telah menghantar pulohan ribu askar menjajah Afghanistan untuk membantu kerajaan komunis yang hampir tumbang pada masa itu. 


Mujahi*deen telah hampir menjatuhkan kerajaan komunis Afghanistan, tetapi dengan pertolongan Soviet Union, regim komunis Afghanistan dapat bertahan selama satu dekad lagi. 


Maka bermulalah peperangan antara askar USSR melawan Mujahi*deen Afghanistan yang berlarutan sehingga 1989.


Afghanistan juga dikenali sebagai 'The graveyard of Empires' kerana berbagai empire gagal menaklukinya. 


Askar Soviet Union telah mengundur diri pada tahun 1989 kerana teruk menerima pukulan dari Mujahi*deen Afghanistan. 


US dan beberapa negara Islam telah membantu mujahi*deen dengan alat ketenteraan. 


Pemberian stinger missiles yang dihantar oleh CIA kepada mujahi*deen menyebabkan banyak helicopter MI-24 gunship USSR tewas dan mereka tidak lagi kontrol ruang airspace. 


Zaman itu ramai mujahideen warlord muncul seperti Ahmad Shah Massoud (terbunuh oleh pengebom berani mati), Gulbudin Hekmatyar, Burhanuddin Rabbani dan Rashid Dostum. 


Pada tahun 1994, pergerakan Tali*ban dimulakan oleh Mu*llah O*mar dari pelajar-pelajar sekolah agama di Kandahar dengan disokong oleh Pakistan. 


Pada masa itu pergolakan berlaku untuk menawan Kabul setelah tentera USSR berundur dimana Tali*ban menang menentang mujahi*deen Ahmad Shah Massoud. 


Pemerintahan Tali*ban (bangsa pashtun) tidak lah aman kerana mereka terpaksa menentang Northern Alliance iaitu tentera Rashid Dostum (bangsa Uzbek) dan Ahmad Shah Massoud (bangsa Tajik). 


Apabila 9/11 berlaku US memaksa puak Talib*an menyerah Osa*ma B La*den kepada mereka tetapi ditolak. 


US melalui Northern Alliance telah melancarkan serangan sehinggakan pemerintahan Talib*an jatuh dan Kerajaan baru dibentuk dibawah Presiden Hamid Karzai yang didokong oleh US. 


Walaupun puak Talib*an kalah mereka telah berkumpul semula dan berjuang secara gerila dan US telah membantu Kerajaan Hamid Karzai dengan menghantar sehingga 30,000 tentera US. 


Lebih 2,300 tentera US terkorban dalam konflik Afghanistan selama

20 tahun. 


Pada tahun ini, dibawah Presiden Biden, tentera US dan berikat telah mengundur diri dan semalam Talib*an telah berjaya menawan Kabul semula setelah Presiden Ashraf Ghani melarikan diri ke Uzbekistan (ada berita yang kata ke Tajikistan). 


Pergelutan kuasa di Afghanistan telah berlaku semenjak 1979 dimana penglibatan USSR, Pakistan dan US telah memburukan keadaan. 


Rakyat Afghanistan ramai menjadi pelarian di negara barat kerana ketidakstabilan politik negara mereka. 


USSR dan US tidak mengambil iktibar dari sejarah. 


Tentera Alexander The Great, tentera Genghiz Khan dan Timur, tentera Mughal dan tentera British semua kecundang tidak dapat menjajah Afghanistan dari tahun 330 BCE sehingga sekarang. 


Ingat kata-kata hikmat George Santayana:


"Those who do not learn history are doomed to repeat it and those who cannot remember the past are also condemned to repeat it.'


Wallahu a’llam. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

FB: zainuddin omar

Saturday, August 7, 2021

Sebab Kristian Bersungguh Ingin Menggunakan Kalimah Allah

 Mengapa Kristian Bersungguh Ingin Menggunakan Kalimah Allah?

==============

1. Sinar Harian melaporkan semalam keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan pendidikan agama itu. Mereka juga dibenarkan untuk menggunakan perkataan Solat, Kaabah dan Baitullah.


2. Timbul persoalan di sini, mengapa sebahagian penerbitan Kristian bersungguh menterjemahkan perkataan God kepada Allah sedangkan ia di sisi umat Islam memberikan makna yang berbeza? Bukankah ia akan menimbulkan lebih keraguan? Mengapa Kristian ingin menggunakan perkataan Solat sedangkan kita tahu Prayer dan Solat mempunyai pemaknaan yang berbeza? 


3. Perkara yang sama pernah diutarakan oleh Prof Syed Naquib al-Attas pada rombongan Kristian yang datang bertamu ke ISTAC. Prof al-Attas mengajukan soalan tentang mengapa kamu ingin menggunakan kalimah Allah setelah sekian lama menggunakan perkataan God atau Tuhan?


4. Mereka menjawab: “Kami ingin bersikap lebih patriotik dan kami akan berdoa menggunakan Bahasa Malaysia.” Anehnya perkataan Allah bukanlah berasal dari Bahasa Malaysia bahkan konsep ketuhanan dalam kedua agama ini sangat berbeza.


5. Umat Islam meyakini Allah itu satu melalui konsep Tauhid sedangkan Kristian percaya pada doktrin Trinity yang menampilkan tiga elemen dalam perkara ketuhanan. Kedua konsep ini amat jauh bertentangan.


6. Malah penggunaan Kalimah Allah pernah dibantah dperingkat antarabangsa oleh paderi Kristian sendiri kerana ia menimbulkan keraguan terhadap konsep ketuhanan dalam agama Kristian sendiri. Sebagai contoh:


[a] Rob Phillips iaitu Pengarah Komunikasi Missouri Baptist Convention dan mubaligh Gereja Baptis melalui artikelnya bertajuk “Yahweh (the God of the Bible) vs Allah (the God of the Koran)” menyatakan bahawa Allah bukanlah Tuhan yang dinyatakan dalam Al Kitab.


[b] Dr. R. Albert Mohler Jr. iaitu Presiden The Southern Baptist Theological Seminary mempertikaikan saranan penganut Kristian menggunakan nama Allah kerana al-Quran secara jelas menegaskan Allah tidak mempunyai anak dan menolak prinsip triniti yang dibawa oleh Kristian.


[c] Dave Armstrong tokoh dari Gereja Roman Katolik dalam artikelnya berjudul “Does the Catholic Church Equate Allah and Yahweh?” menegaskan bahawa Allah dan Tuhan yang dimaksudkan dalam Kristian adalah entiti yang tidak sama.


7. Biarpun sebahagian tokoh Kristian antarabangsa tidak bersetuju dalam isu terjemahan perkataan God kepada Allah, kesungguhan gerakan Kristian di Malaysia dalam memperjuangkan kalimah Allah ini menimbulkan pelbagai pertanyaan.


8. Dari aspek positifnya, penggunaan kalimah Allah dalam kalangan Kristian membuka dimensi baharu dalam medan dakwah. Kita berpeluang memahamkan kepada pelajar atau sahabat Kristian kita tentang Allah dari perspektif Muslim.


9. Allah adalah Tuhan yang sama buat Muslim mahupun Kristian. Namun kita harus tegaskan kepada mereka bahawa ajaran Trinity yang dibawa oleh Kristian adalah bercanggah dengan konsep Tauhid yang jelas ditegaskan oleh al-Quran bahawa Tuhan itu satu, Dia tidak mempunyai anak dan Nabi Isa (Jesus) hanyalah seorang Nabi.


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi


Sumber:

[1] Temubual Prof al-Attas: https://www.facebook.com/193058140711532/posts/571149779569031/


[2] Buku MAIS:

http://www.mais.gov.my/wp-content/uploads/2019/07/Buku-Kalimah-Allah-Full-Version_BM.pdf