Friday, April 11, 2014

Untuk Kalian Yang Meminta Petunjuk

Untuk Kalian Yang Meminta PetunjukPosted on Friday, April 11 @ 18:48:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Agama


"Semuanya berlaku dengan pantas. Tahun pertama di Universiti. Aku ditimpa dengan bermacam-macam masalah. Pada waktu genting sebegitu, ibu dan bapaku berpisah. Rumah tangga yang dibina sejak sekian lama tidak mampu bertahan lagi. Lebih menyedihkan, anjing yang jadi peneman kesunyian selama ini juga telah pergi, telah mati. Ia menjadi hari yang amat menyedihkan dalam hidupku. Subhanallah.
Entah kenapa, peristiwa-peristiwa sedih ini seperti tidak pernah serik datang menambahkan luka di hati. Dalam tempoh seminggu aku mengalami dua kemalangan kereta. Kawan baik aku mati pada tahun tersebut. Pergi meninggalkan aku yang sedang diselubungi kesedihan.

Kesedihan dan kesukaran melalui kehidupan semasa tahun pertama di Universiti itu membuatkan aku berfikir kenapa aku berada di sini. Apa tujuan aku hidup di dunia ini? Kenapa perlu aku bangun pada waktu pagi, kenapa aku perlu ambil kisah tentang semua perkara ini. Bukankah lebih baik jika aku cuma duduk di sofa, menonton TV sepuas hati dan membuat perkara-perkara lain sesuka hati.

Persoalan-persoalan yang mengusutkan kepala, yang memerlukan jawapan segera membuatkan aku tertanya-tanya apakah sebenarnya tujuan hidup ini. Kekusutan ini membawa aku masuk mengembara ke alam kerohanian. Dan sudah pasti sebagai seorang warga Australia, perkara pertama yang aku lakukan adalah mencari penyelesaian melalui agama Kristian.

Aku mempunyai beberapa orang kawan yang menganut agama kristian dan aku ikut menyertai aktiviti perkhemahan kerohanian mereka. Pengalaman itu, bagi aku adalah sesuatu yang sangat melucukan. Seumur hidup! Semua orang menyanyi. Aku tidak faham sepatahpun perkataan yang keluar dari mulut mereka. Entah apa yang mereka ucapkan. Suara mereka merdu, tapi ia kedengaran sangat asing.

Mereka bercerita betapa tuhan sangat menyayangi aku dan aku tertanya-tanya benarkah begitu. “Tuhan sayangkan aku?” “Anjing aku mati!!” Subhanallah.

Aku terus meneliti setiap aspek dalam agama kristian. Kami berbincang tentang perkara berbeza, tentang fahaman khatolik, anglican, baptis, paderi dan pastor. Dan setiap kali kami berjumpa, aku bertanya bermacam soalan. Aku perhatikan mereka tidak mengambil kitab mereka dan berkata ini adalah jawapannya.

Mereka terus sahaja memberikan jawapan. Jawapan yang berasaskan kepada pandangan peribadi. Bukan dari kitab suci mereka, Bible!.

Aku mulai sedar betapa dalam agama ini terlalu banyak berlakunya masalah pandangan yang berbeza dan begitu ramai penganutnya mempunyai penjelasan sendiri, penjelasan peribadi. Seorang paderi dari sebuah gereja mempunyai fahaman yang berbeza dari sebuah gereja yang lain dalam aspek-aspek tertentu. Jadi aku fikir, jika hanya sebuah kitab tetapi mempunyai penjelasan yang berbeza. Ia adalah sesuatu yang mengelirukan!

Tahun pertama di Universiti. Aku bekerja part-time di stesen minyak bersama dengan seorang sahabat India beragama Hindu. Kami bertugas mengikut tukaran shif. Aku seorang lelaki yang mempunyai sikap ingin tahu, suka bertanya. Dan pernah satu ketika aku bertanya kepada sahabat ini, “Doh, lelaki yang berkepala gajah itu siapa?” “Kenapa tuhan itu berkelapa gajah, apa yang berlaku?” Dia menjawab, oohh itu Ganesha. Aku kata, “tidak bolehkah kita pilih kepala yang lebih baik, macam kepala singa ke..atau benda-benda lain yang lebih baik?”. Ini sebenarnya debat teologi semasa semua orang sibuk mengisi minyak! Persoalan ini sukar untuk aku fahami, akhirnya aku tekad untuk terus mencari dan mencari.

Seorang kenalan lain di Universiti sama beragama Mormon…

Melayu Singapura

Melayu SingapuraPosted on Friday, April 11 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Komentar


"

Kejayaan Masyarakat Melayu Singapura


Melayu Singapura kini menjadi contoh terbaik bahawa walaupun ia golongan minoriti di tengah bandaraya yang demikian moden dengan nilai mata wangnya yang demikian tinggi, tetapi ia kini mampu bersaing dengan kaum lain, khususnya kaum Cina, di negara itu.
Malah lebih dari itu, sejumlah besar daripada orang Melayu berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan – besar dan kecil, di samping menjadi golongan profesional yang berjaya, malah menyandang jawatan tinggi di pelbagai sektor swasta.
Mereka mampu membina kehidupan yang lebih baik, malah ada yang menjadi kaya di tengah masyarakat yang moden seperti bandaraya Singapura.
Rahsia kejayaan Melayu Singapura ini ialah kerana mereka berdepan dengan situasi Singapura di mana mereka perlu bekerja keras untuk 'survival' tanpa mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak.
Maka itu, mereka membulatkan tekad dan berusaha keras dalam bidang masing-masing.
Anak-anak Melayu Singapura pula kini sudah ramai menduduki universiti tempatan dan luar negeri seperti di Eropah, Amerika, Jepun, Australia dan lain-lain dalam pelbagai jurusan.
Pelajar ini dibiayai oleh ibu bapa mereka sendiri, tanpa bantuan pihak lain.
Dalam hubungan ini, beberapa peniaga Melayu Singapura menyampaikan ucapan di Persidangan Melayu/Islam Dewan Perniagaan Melayu Singapura kelmarin.
Majlis ini dianjurkan oleh Dewan tersebut yang dihadiri oleh Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong sebagai tetamu kehormat.
Persidangan kali ketiga ini bertemakan, "Seni Usaha Sama Dalam Perniagaan: Memupuk Hubungan di Asia". Lebih 500 peniaga hadir.
Persidangan tersebut menemukan ramai peniaga Melayu dan bukan Melayu Singapura yang bukan sahaja berjaya membuka perniagaan di negara itu, bahkan sesetengahnya sudah membuka cawangan di luar Singapura.
Inilah gambaran yang sangat berbeza masa kini tentang kedudukan orang Melayu Singapura, khususnya di bidang perniagaan dan perusahaan.
Ketika saya berada di bandaraya itu selama lima hari, menziarahi sanak-saudara dan sahabat handai, saya menyaksikan perubahan yang sangat ketara ini.
Orang Melayu bukan sahaja rancak membuka restoran siang dan malam di merata tempat – walaupun sewanya mahal – tetapi juga membuka kedai yang menjual pelbagai jenis barang di merata pusat membeli belah.
Mereka juga membuka agensi hartanah, mengadakan pelbagai pusat latihan, membuka agensi pelancongan – termasuk pakej umrah dan haji.
Ahli parlimen Melayu seperti Zainal Safari, Intan Azura Mokhtar (GRC Ang Mo Kio), Zaqy Mohamed (GRC Chua Chu Kang) dan Muhd Faisal Manaf (GRC Aljunied) dan lain-lain memberikan perhatian berat kepada kepentingan orang Melayu Singapura.
Perlu disebutkan di sini bahawa Speaker Parlimen Singapura ialah seorang wanita Melayu, Dr Halimah Yaacob, sementara Dr Maliki Osman memegang jawatan Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Pertahanan), sementara menteri yang bertanggungjawab bagi Melayu/Islam ialah Dr Yaacob Ibrahim.
Di samping itu, anak Melayu juga sudah memegang pelbagai jawatan tinggi dalam kerajaan.
Ini adalah perubahan yang sangat jelas di kalangan orang Melayu, lebih-lebih lagi di kalangan generasi baru Melayu Singapura di mana semuanya adalah hasil pendidikan tinggi yang diperolehi oleh generasi Melayu baru Singapura.
Saya bertemu dengan beberapa kalangan generasi Melayu lama dalam lawatan saya ke Singapura itu.
Memang mereka mengakui bahawa Singapura sudah mengalami perubahan yang sangat pesat.
“Zaman ini bukan zaman kami lagi,” kata Haji Saleh, salah seorang yang saya temui di Geylang, dan menambah, “Zaman kami dulu zaman susah."
Orang Melayu di Kampung Wak Tanjung, Gelang, Lorong Engku Aman, Jalan Eunus dan kampung Melayu yang lain “mendiami rumah rendah, separuh batu, separuh kayu.”
Seorang lagi pesara, Encik Mana, berkata: “Ada juga yang mendiami rumah kayu sepenuhnya seperti di Siglap, Teluk Kurau dan lain-lain.
"Bagaimanapun, kami bersyukur anak-anak kami ada yang sudah lulus universiti, ada yang bergaji besar, ada yang bekerja sendiri dan mampu menyara ibu bapa seperti kami.”
Saya bersolat Jumaat di Masjid Al-Mawaddah, Sengkang, di tengah kawasan perniagaan yang sibuk di bandaraya Singapura.
Ia sebuah masjid paling moden daripada segi seni binanya dan baru ditegakkan pada 2009.
Seperti masjid lain di Singapura, solat Jumaat di situ padat dengan para jamaah dan menariknya di sekitar masjid itu serta di tepi jalan, dipenuhi kereta yang kebanyakannya jenis yang mahal.
Pada saya, ini juga membayangkan taraf hidup orang Melayu/Islam di republik ini.
Majlis Agama Islam Singapura (Mais) bertindak menaungi semua masjid di Singapura dan didapati penyelengaraannya yang moden lengkap dengan semua peralatan moden.
Saya diberitahu, dana pembinaan dan pengurusan semua masjid di Singapura datang daripada umat Islam sendiri di mana saya diberitahu umat Islam Singapura berlumba-lumba memberikan sumbangan kepada masjid, khususnya di bulan Ramadhan di mana derma datang mencurah-curah.
Inilah perkembangan yang sangat menarik di kalangan umat Islam Singapura.
Walaupun di kalangan mereka (seperti juga rakyat Singapura yang lain) berdepan dengan masalah pekerja asing yang ‘membanjiri’ negara itu, namun orang Melayu Singapura masih kelihatan mampu mengawal diri dan tidak mencetuskan sebarang ketegangan atau masalah.
Di sinilah kelihatan jelas Melayu Singapura kini berupaya menghadapi sebarang persaingan. Ia muncul sebagai Melayu yang berkualiti, yang berusaha untuk maju.
Erti dan konsep ‘survival’ benar-benar dimanfaatkan oleh mereka, maknanya tanpa pergantungan atau tanpa mendapatkan ‘tongkat’ daripada mana-mana pihak pun mereka boleh maju dalam hidup.
Kemampuan mereka berdikari inilah yang menjadikan mereka ‘Melayu yang berkualiti’. – 8 April, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.


Wednesday, April 9, 2014

Lima Penyebab kehancuran

Ada Lima Penyebab kehancuran
1. Tidaklah muncul perbuatan keji (zina) pada suatu kaum hingga mereka melakukan terang-terangan melainkan akan menyebar ditengah-tengah mereka wabah penyakit yang belum pernah terjadi pada nenek moyang sebelum mereka.
2. Tidaklah mengurangi takaran dan timbangan melainkan akan ditimpakan kepada mereka paceklik, krisis ekonomi dan kesewenang-wenangan (kezhaliman) para penguasa atas mereka.
3. Tidaklah mereka menahan zakat harta mereka melainkan akan ditahan hujan atas mereka. Seandainya bukan karena hewan ternak, niscaya tidak akan turun hujan atas mereka.
4. Tidaklah mereka melanggar perjanjian yang ditetapkan Allah dan RasulNya melainkan Allah akan menguasakan musuh-musuh dari luar kalangan mereka atas mereka, lalu merampas sebagian yang ada ditangan mereka.
5. Selama pemimpin-pemimpin mereka tidak berhukum kepada kitabullah dan memilih yang terbaik dari yang diturunkan Allah, melainkan akan Allah jadikan musibah diantara mereka sendiri.
(HR. Ibnu Majah)

Thursday, April 3, 2014

(Tips) Cara Penggunaan Gear Yang Betul Untuk Kereta Auto

(Tips) Cara Penggunaan Gear Yang Betul Untuk Kereta AutoPosted on Wednesday, April 02 @ 22:51:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


Petua @ Tips

Tahukah anda terdapat tips atau cara guna gear yang betul untuk kereta auto. Walaubagaimanapun artikel ini sesuai untuk kereta automatik yang mempunyai butang tombol pada gear.

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Dapat agak sebab lampu reverse nyala kejap. Bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama. Kereta dah hon-hon. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Boleh rosak gear box rasanya.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Nak jalan:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

Penggunaan tombol/butang pada batang gear:
1. Perlu tekan tombol semasa menukar gear
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. Jangan sesekali tekan jika untuk menukar gear antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

Kalau gear yg jenis ada lekuk-lekuk tu selamatlah. Tombol tekan pun tak ada kan?

tips cara betul guna gear kereta auto

Jika ada yang belum faham fungsi setiap gear, bolehlah rujuk keterangan setiap susunan gear untuk gearbox auto yang berikut:

P – parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat. Jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R – reverse, untuk mengundur kereta anda

N – neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

BACA JUGA: Senarai Panduan Ubahsuai Kenderaan Dari JPJ

D – drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 sahaja

3 – setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 – ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L – Low gear, gear pertama

Diharap artikel ini bermanfaat untuk memanjangkan jangka hayat kereta anda. Selamat mencuba :)-fitrihadi.com 

Tuesday, April 1, 2014

Akhir Zaman: Penduduk Mekkah Akan Meninggalkan Kota Mekkah

Akhir Zaman: Penduduk Mekkah Akan Meninggalkan Kota MekkahPosted on Wednesday, April 02 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan


Agama Golongan Mengerjakan Ibadat Haji

Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda

Kelak apabila akhir zaman terdapat empat golongan mengerjakan ibadat haji iaitu:

1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk ‘makan angin’,
2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga,
3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis,
4) Ahli qira’at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.”
(Hadis Riwayat Ahmad)



Penduduk Mekkah Akan Meninggalkan Kota Mekkah


Dari Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda

Kelak penduduk Mekkah akan keluar meninggalkan Mekkah; kemudian yang meninggalkan itu tidak akan kembali lagi kecuali hanya sebahagian kecil sahaja. Kemudian yang sedikit itu menjadikan kota itu penuh bangunan. Kemudian mereka keluar lagi dari kota itu dan tidak kembali selamanya
(Hadis Riwayat Ahmad)

Detik Islam 

Kotak Hitam Pesawat

Saksi terakhir nahas pesawatPosted on Wednesday, April 02 @ 07:52:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


Artikel

WALAUPUN dipanggil kotak hitam, namun warna peralatan itu adalah oren terang agar ia mudah dicari.

"HABIS LAH! Kita akan terhempas. Ini tidak mungkin terjadi!" kata salah seorang pembantu juruterbang.

"Tapi, apa yang berlaku?" balas seorang lagi pembantu juruterbang, beberapa saat sebelum pesawat 330 Airbus milik Air France menjunam ke Lautan Antlantik, yang mengorbankan 228 nyawa pada 1 Jun 2009.

Perbualan akhir dalam kokpit dengan situasi cemas dan takut itu diperoleh hasil transkrip daripada kotak hitam pesawat yang ditemui selepas dua tahun kejadian tersebut berlaku.

Menerusi analisis terhadap kotak hitam tersebut, Biro Penyiasatan dan Analisis Perancis (BEA) menggambarkan keadaan di dalam kokpit Pesawat 447 Air France itu dalam situasi huru-hara serta kekeliruan juruterbang hingga membawa kepada kemalangan.

Pesawat 447 yang sepatutnya terbang selama 11 jam ke Paris dengan membawa 216 penumpang dan 12 anak kapal itu terhempas semasa merentasi kawasan ribut di Lautan Atlantik setelah empat jam berlepas dari Lapangan Terbang Tom Jobimi, Rio de Janeiro, Brazil.

Sehingga kini, hanya perbualan antara juruterbang, Kapten Marc Dubois, 58, dan dua pembantu juruterbang, David Robert, 37 tahun dan Pierre Cedric Bonin, 32, berjaya dianalisis keluar dari kotak hitam.

Analisis ke atas kotak hitam pesawat 447 Air France tersebut telah membawa kepada penemuan antara punca kejadian nahas udara berkenaan di samping mengambil kira faktor-faktor lain.

Merakam

Kotak hitam bukan sahaja mampu merungkaikan persoalan kepada teori-teori tentang kehilangan atau nahas sesebuah pesawat, namun ia merupakan saksi akhir yang penting dalam menemukan jawapan tentang apa sebenarnya berlaku ke atas pesawat.

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Kamarul Arifin Ahmad memberitahu, kotak hitam adalah satu istilah yang dialih bahasa daripada bahasa Inggeris iaitu black box dan ia juga istilah untuk dua peralatan penting yang wajib ada dalam pesawat.

Peralatan pertama dalam kotak hitam adalah perakam suara kokpit (CVR) manakala satu lagi ialah perakam data pesawat (FDR).

Peralatan CVR yang ada dalam sistem pesawat mempunyai mikrofon dan ia dipasang di bahagian tengah panel kawalan dalam kokpit. Selain itu, ia turut dipasang pada mikrofon komunikasi juruterbang dan pembantu juruterbang.

"Jadi, CVR akan memainkan peranan merakam segala perbualan dalam kokpit dan juga segala bunyi daripada sekecil-kecil bunyi termasuk ketika memadam suis sehingga kepada bunyi penggera amaran apabila pesawat hilang kawalan.



"Bagaimanapun, lazimnya CVR merakamkan bunyi bagi tempoh dua jam terakhir tamatnya sesuatu penerbangan tersebut. Ini bermaksud, dalam tempoh itu sama ada pesawat itu selamat mendarat atau terhempas," katanya.

Mengambil contoh kejadian MH370 yang berakhir di Lautan Hindi, Kamarul menambah, kemungkinan rakaman perbualan yang berlaku di Laut Cina Selatan sebelum itu tidak dapat diperoleh memandangkan jarak dan tempoh masa kejadian telah melebihi dua jam terakhir.

Mengupas lebih lanjut, beliau memberitahu, dahulunya kotak hitam menggunakan sistem analog (pita rakaman seperti kaset) dan ia boleh membuat rakaman dalam setiap 30 minit terakhir sahaja.

Namun selepas beberapa tahun kebelakangan ini, tempoh rakaman tersebut telah ditingkatkan kepada dua jam terakhir.

Analisis

"Dalam tempoh dua jam berkenaan (tempoh kecemasan), juruterbang yang mengendalikan pesawat akan cuba berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan atau sebaliknya ditimpa musibah iaitu terhempas," ujarnya.

Berbeza dengan FDR pula, Kamarul menjelaskan, sistem itu berupaya merakamkan data sepanjang penerbangan dengan kapasiti 24 jam.

Katanya, ada banyak data akan tersimpan menerusi sistem FDR. Antara data terpenting ialah kelajuan pesawat, ketinggian pesawat dari aras laut selain kedudukan terkini pesawat tersebut.

Pada masa sama, FDR turut merakam data seperti status atau jumlah minyak pesawat, kedudukan kawalan sayap (daya angkat pesawat) sama ada berlaku pembelokan atau kenaikan dan penurunan.

Daripada data FDR tersebut, jelas Kamarul, analisis dan siasatan akan dapat mengetahui secara tepat bagaimana pesawat tersebut terhempas mahupun mendarat.

"Bagaimanapun, bagi mengetahui bagaimana kejadian menimpa sesebuah pesawat itu bukan bergantung kepada kotak hitam sahaja tetapi ada faktor lain turut diambil kira, misalnya latar belakang juruterbang, kru dan para penumpang," jelas beliau.

Sementara itu, Kamarul memberitahu, hanya beberapa negara sahaja yang memiliki sistem penerima peranti lokasi dalam air (ULD) bagi mengesan kotak hitam.

Katanya, sistem ULD ini akan mengeluarkan isyarat bunyi (beep) setiap satu saat, namun ia ada kekangan kerana mempunyai had jarak iaitu lingkungan 3.5 kilometer sahaja.

"Kita harapkan kedalaman Lautan Hindi hampir 4,000 meter dengan puratanya 3.5 kilometer, jika sistem ULD betul-betul berada di atas kotak hitam, maka ia boleh menerima isyarat bunyi tersebut.

"Disebabkan itu, kita perlu tahu terlebih dulu kedudukan sebenar pesawat itu terhempas bagi memastikan kotak hitam berkenaan sememangnya ada di sekitar kawasan pencarian," ujarnya sambil menambah kotak hitam sebenarnya berwarna oren supaya ia mudah dikesan.

Mengenai MH370, kata Kamarul, sebenarnya banyak kemungkinan tetapi semuanya 'atas meja' yang tidak boleh dipastikan, namun ini bukan spekulasi tetapi dipanggil sebagai jangkaan secara ilmiah berdasarkan kepada petunjuk dan seterusnya apa akan berlaku.

Meskipun sistem transponder dan peranti komunikasi dalam pesawat MH370 telah dimatikan menyebabkan ia hilang dari radar sekunder (utama) ATC, namun juruterbang boleh berhubung kembali dengan menara kawalan menerusi radio.


PESAWAT sentiasa diselenggara mengikut jadual bagi memastikan semua sistem berfungsi dengan baik.


Ujian

Malangnya dalam kes MH370, komunikasi tersebut tidak berlaku dan antara kemungkinan tidak adanya komunikasi itu adalah disebabkan berlakunya kebakaran dalam pesawat.

"Sebagai juruterbang, kita diajar untuk memadam semua suis elektronik bagi mengelak kebakaran daripada terus merebak.

"Persoalannya, apabila suis dipadam, kenapa tidak dilaporkan kepada ATC?"

Sementara itu, pakar sistem pesawat, Prof. Madya Dr. Mohd. Harridon Mohammed Suffian dari Universiti Kuala Lumpur Malaysia Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) memberitahu, sistem kotak hitam ini wajib dipasang pada pesawat komersial oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Katanya, sebelum dipasang, kotak hitam itu telah melalui pelbagai ujian seperti ketahanan impak berkapasiti 3,200 G (graviti bumi), tahan suhu lebih 1,000 darjah Celsius serta tekanan kedalaman laut lebih 6,000 meter.

Jelas beliau, apabila telah siap diuji dan lulus, kotak hitam akan dipasangkan di bahagian ekor pesawat yang biasanya terakhir menyentuh tanah ketika jatuh atau terhempas, secara tidak langsung ia akan mengurangkan impak atau kerosakan pada kotak hitam.

"Kotak hitam ini dibuat daripada besi aluminium dan titanium yang tahan hentakan sehingga 3,200 G dan ia akan mengeluarkan isyarat jika ada hentakan kuat, maknanya pesawat itu meletup atau terhempas. Secara automatik isyarat akan aktif supaya ia mudah dikesan.

"Lazimnya, kotak hitam akan diperiksa dan diuji setiap tahun bagi memastikan ia masih berfungsi dengan baik termasuk pemeriksaan terhadap baterinya yang mempunyai jangka hayat antara 30 hingga 35 hari," kata Mohd. Harridon.

Katanya, menerusi rakaman data dan suara daripada kotak hitam tersebut, pasukan penyiasat dan penganalisis akan melakukan simulasi berdasarkan maklumat tadi bagi mengenalpasti punca sesebuah pesawat itu terhempas.

"Mereka akan cuba melakonkan semula kejadian pesawat terhempas itu dengan menggunakan teknologi grafik bagi memahami kejadian berlaku dan ia akan dibentangkan kepada DCA.

"Selain pesawat, kotak hitam juga ada dipasang pada kenderaan pengangkutan yang lain seperti bas ekspres dan kapal-kapal laut," katanya.

sumber




Pesawat Boeing Boleh Diterbangkan Dari Darat

Pesawat Boeing Boleh Diterbangkan Dari Darat, Membenarkan Teori MH370 Dilarikan Oleh USPosted on Tuesday, April 01 @ 14:47:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Analisis Isu



Sebelum ini kita telah membaca satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi

Menurut laporan itu, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik untuk diberi perhatian, laporan tersebut menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.
Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan" (pembaca boleh rujuk di sini)

Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.

Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)

Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Sinifikan dengan talefon penumpang China berdering

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Pembaca boleh merujuk artikel di laman Tranungkite,net pada 9 Mac 2014 sehari selepas MH370 dikatakan hilang (rujuk di sini)

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat drone.
Semasa minum di tepi pantai bersama seorang sahabat yang pernah menjelajah dunia termasuk di Afghanistan kami berbincang pasal agak sukar untuk mengawal kapal terbang boeing yang besar secara remote seperti mengawal drone.

Saya mencari maklumat berkenaan dengan kawalan (romete) pada kapal terbang boeing.

Pada November 2006, syarikat pembuat kapal terbang Boeing menerima paten daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk sebuah sistem yang mana apabila ia diaktifkan, memampukan sesebuah pesawat diterbangkan ke lokasi tertentu dengan juruterbang tidak mampu berbuat apa-apa.

Autopilot ‘tanpa gangguan’ (bukan remote/kawalan) itu boleh diaktifkan oleh juruterbang, sensor dalaman atau menggunakan jaringan satelit serta radio dari jarak jauh oleh agensi kerajaan AS seperti CIA.

Ia bertujuan untuk mengambil alih penerbangan itu andai berlaku cubaan oleh pengganas untuk mengalih atau melencongkan sesuatu pesawat ke laluan atau destinasi lain.

Sistem baru yang dibangunkan selepas pasca 9-11 adalah untuk membolehkan pihak berkuasa AS menguasai dan mengawal sepenuhnya untuk mengelak rampasan.

Kalau sebelum ini kapal terbang boeing hanya boleh membuat auto pilot mengikut apa yang dimasukkan dalam sistem, itu pun pada ketinggian yang tertentu dan kelajuan tertentu. Ini juga membantu pilot untuk berehat dalam perjalanan yang jauh.

Apabila sistem berkenaan diaktifkan, sesuatu pesawat itu akan diterbangkan dengan kawalan luar ke lokasi yang telah diprogram lebih awal.
Boeing dalam kenyataan pada 1 Disember 2006 berkata, ada keperluan mendesak dalam industri penerbangan bagi mewujudkan satu teknik yang secara muktamad dapat mengelak invidu yang tidak bertauliah daripada menguasai sesuatu pesawat dan kemudiannya membahayakan keselamatan penumpang atau orang lain dalam laluan perjalanan kenderaan berkenaan, dengan ini ia akan dapat mengurangkan kesan kemusnahan yang mampu dilakukan individu di dalam sesuatu pesawat (yang dirampas).

“Secara khusus, ada keperluan untuk mewujudkan teknik yang akan memastikan laluan perjalanan sesuatu kenderaan adalah berkekalan dengan mengalihkan sebarang proses membuat keputusan yang salah oleh manusia termasuk ancaman keganasan di atas kenderaan (pesawat) berkenaan,” katanya.

Untuk menjadikannya bebas sepenuhnya, sistem itu mempunyai bekalan kuasa sendiri serta bebas daripada pemutus litar kapal terbang.

Kapal berkenaan akan berada dalam mode otomatik walapun telah mendarat dan mekanik atau kakitangan kerajaan yang berkenaan akan dipanggil untuk mematikan sistem berkenaan.
Boeing telah mewujudkan beberapa kaedah untuk mengaktifkan sistem berkenaan.

Antaranya termasuk suis manual untuk ditekan juruterbang atau pengesan khas di pintu kokpit yang akan mula bertindak apabila mode anti pengganas teraktif walaupun hanya tenaga yang minimum digunakan untuk memaksa buka pintu kokpit.

Pilihan lain ialah jaringan tersembunyi di mana pegawai kerajaan atau wakil syarikat penerbangan di darat akan memantau dan mengarahkan kapal dalam mode otomatik apabila sah keselamatan kapal terbang dikompromi.

Jaringan komunikasi radio juga boleh digunakan untuk memaklumkan kemudahan darat atau kapal terbang lain bahawa sebuah pesawat telah diaktifkan dalam mode otomatik.

Berbalik kepada teori rampasan

Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.
Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku.

Banyak kemungkinan boleh berlaku setelah 24 hari berlalu tanpa sebarang pentunjuk yang konkrit yang boleh kita mengata ya kepada apa yang berlaku.

Terpulang kepada pembaca....