Tuesday, January 21, 2014

SEJARAH DAN PENGERTIAN SOLAT


SEJARAH DAN PENGERTIAN SOLAT

MUKADIMAH:

Allah S.W.T menyebut dalam al Quran perkataan sembahyang sebagai Al Solah sebanyak 68 ayat dalam al Quran al Karim. Dalam surah al Baqarah disebut sebanyak 9 kali, surah an Nisa disebut sebanyak 9 kali, surah al Maidah sebanyak 6 kali dan surah al Taubah sebanyak 5 kali. Baginya dalam surah-surah yang lain. Ini hendak menunjukkan kepentingan al Solah sehingga disebut sebegitu rupa.

SEJARAH :

Sessungguhnya sembahyang adalah merupakan satu-satu ibadah yang dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W dengan memanggil sendiri RasulLah S.A.W mengadap Allah S.W.T. Pengurniaan sembahyang ini selepas berlakunya beberapa peristiwa ke atas RasulLah S.A.W iaitu kisah kewafatan isteri tersayang baginda iaitu Syaidatinah Khadijah dan kewafatan bapa saudaranya Abu Talib. Begitu juga Baginda menghadapi pemulauan oleh orang kafir Quraish keatas keluarga baginda sendiri.

Selepas peristiwa ini, Allah S.W.T telah angkatkan baginda; Nabu Muhammad S.A.W dalam kisah Isra dan Mikraj. Dalam kisah ini, Baginda telah ditunjukan berbagai peristiwa samada yang lalu mahupun akan datang. Selepas peristiwa inilah baginda nabi Muhammad S.A.W telah dianugerahkan ibadat sembahyang. Jadilah sembahyanglah yang dpat menghiburkan hati nurani baginda dlam menghadapi pelbagai pancaroba, dugaan dan cabaran kehidupan di dunia ini.

PENGERTIAN SEMBAHYANG:

Pada bahasa ‘                                 ‘ bererti doa tetapi pada istilah syara’ ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul Ihram bersertakan dengan niat sembahyang kerana Allah S.W.T dan disudahi dengan salam.  Mendirikan sembahyang bererti melaksanakan dengan sebaik-baiknya serta khusyu di dalamnya, memikirkan makna-maknanya dan mengenang Allah S.W.T dengan segala kebersarannya.

Imam Ghazali di dalam huraiannya mengenai erti mendirikan sembahyang mengatakan bahawa di antara ertinya ialah engkau menjaga akan jiwa sembahyang iaitu ikhlas dan kehadiran hati di dalam segala bahagiannya. Maka janganlah engkau sujud dan ruku’ melainkan apabila hati engkau sudah bersedia melakukan khusyu’ lagi sesuai dengan apa yang dikerjakan oleh anggota engkau yang zahir kerana yang dikehendaki ialah kepatuhan hati dan bukan kepatuhan anggota badan sahaja.  Dan kerana itu, maka janganlah engkau berkata ‘                         ‘ pada hal dalam hati engkau ada lagi yang lebih besar daripada Allah S.W.T  dan jangan engkau berkata ;‘aaaaaaaa                          ‘ – aku hadapkan mukaku melainkan hati engkau sudah menghadap dengan semuanya kepada Allah S.W.T sahaja dan berpaling terus daripada yang lain daripada Allah S.W.T.

Seterusnya, janganlah engkau berkata’                             ‘ – segala puji bagi Allah S.W.T melainkan hati engkau telah penuh dengan rasa syukur atas segala nikmatnya, gembira lagi riang dengannya dan janganlah engkau berkata , ‘                                               ‘ Dan akan diKau kami memohon pertolongan melainkan engkau terasa betul akan kelemahan dan kedha’ifan engkau.

Apa yang dikatakan Imam al Ghazali sebagaimana yang tersebut adalah semata-mata menyatakan bahawa yang utama bagi orang yang sembahyang ialah jiwa atau hakikat sembahyang bukan rangkanya atau rupanya yang zahir sahaja. Dengan demikian bererti bahawa jika seseorang itu mendirikan sembahyang maka sekalian anggotanya yang zahir dan yang batin iaitu hatinya, jiwanya, perasaannya dan fikirannya mestilah sama-sama mendirikannya supaya sempurna pengertian sembahyang yang sebenarnya.

 

Sabda Nabi Muhammad S.A.W ,:

 

 

 

 

 

Ertinya, “ Tiada pahala bagi seseorang hanba dari sembahyangnya melainkan apa yang dilakukannya di dalam keadaan sedar. Sesungguhnya kadang-kadang ada orang bersembahyang tetapi tidak ditulis pahala pada satu perenamnya atau satu persepuluhnya.

 

                                                                                                                                                           

 

 

No comments:

Post a Comment