Tuesday, June 20, 2017

UNTUK SIAPAKAH ZAKAT DAN SEDEQAH ANDA DIBERIKAN?

UNTUK SIAPAKAH ZAKAT DAN SEDEQAH ANDA DIBERIKAN? 

Kepada siapakah anda harus memberikan zakat dan sedeqah?... Allah swt. berfirman: "Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki (menurut aturan-aturanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. (Al-Baqarah: 269) Firman ini datang berhubung dengan ayat-ayat yang mengarahkan supaya berbelanja (berinfaq) yang disebut di dalam surah Al-Baqarah. Sesungguhnya telah mendahului ayat tersebut oleh beberapa ayat lain. Antaranya ialah sebagaimana firman Allah swt: "Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik." (Al-Baqarah: 267) 2 "Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedeqah atau berderma) dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut),…. (Al-Baqarah: 268) Dengan datangnya ayat-ayat yang menyebut tentang 'hikmah' (kebijaksanaan) yang terkandung di dalam ayat-ayat tentang infaq, dapatlah kita fahami bahawa sebesar-besar 'hikmah' ialah meletakkan sedeqah / zakat pada tempat yang selayaknya. Itulah gambaran 'hikmah' yang paling utama, kerana ekoran dari itu akan menghasilkan berbagai maslahah dan pahala. 

GAMBARKANLAH TIGA BENTUK 

A) Seseorang yang mengeluarkan zakat dan sedeqahnya kepada si pekak, bisu dan buta. B) Seseorang yang memberikan zakat dan sedeqahnya kepada seorang buruh yang tidak mampu memenuhi keperluan asas hariannya. C) Seseorang yang mengeluarkan zakatnya untuk melahirkan atau mengeluarkan seorang pendakwah ke jalan Allah. 

Memang tidak dinafikan bahawa sesiapa sahaja yang memberikan zakatnya kepada mana-mana dari tiga 3 golongan di atas dikira sebagai seorang yang bijak. Namun di antara tiga gambaran di atas yang manakah dikira paling berhikmah dan paling besar ganjarannya? Sesungguhnya pendakwah yang menyeru ke jalan Allah dengan ilmu dan hujahnya mampu dengan pertolonganNya untuk membuka hati dan akal serta kantung manusia untuk melakukan berbagai kebajikan dan kebaikan yang nilainya hanya Allah sahajalah yang mengetahuinya. Hasilnya banyak keluarga dapat hidup senang, kadang-kadang melalui hasil usahanya ramai rakyat menjadi bahagia. Lebih dari itu dengan pengajarannya manusia lain pula akan mengeluarkan zakat mereka dengan mengharapkan keredhaan Allah. Bertolak dari alasan inilah maka sesungguhnya gambaran ketiga adalah dikira paling banyak memberi manfaat dan ganjaran. Justeru mereka yang memilih dan mengutamakan bayaran zakat dan sedeqahnya kepada golongan ketiga ini adalah paling berhikmah. Namun begitu janganlah pula dicuaikan terus golongan pertama dan kedua. Bayangkanlah sekiranya seseorang mengeluarkan zakatnya dengan tujuan melahirkan seorang yang berilmu dan seorang da'ie (pendakwah) ke jalan Allah di sebuah negara yang diliputi kejahilan, kefasikan, kemaksiatan dan kemurtadan. Hasilnya orang yang berilmu dan pendakwah tadi mampu mengembalikan rakyat negara itu kepada Islam yang sebenar, maka pastinya beliau (pendakwah) itu mendapat saham pahala dari usahanya itu. Demikian juga terhadap 4 orang yang mengeluarkan zakat atau sedeqah tadi, berlipat ganda lagilah saham pahala yang diperolehinya dengan kesedaran rakyat terhadap Islam. Bukankah ini bermakna ia mendatangkan pahala dan hikmah yang lebih besar jika dibandingkan dengan mereka yang mengeluarkan zakatnya kepada dua golongan sebelumnya, walaupun kedua-duanya juga adalah pilihan yang baik. 

Daripada contoh-contoh yang telah dijelaskan, dapatlah kita fahami batapa perlunya pembayar zakat dan sedeqah membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum membayar zakatnya. Terdapat banyak tempat (pihak) di mana kita di sunatkan bersedeqah kepadanya, contohnya untuk membina masjid. Di sana juga terdapat banyak tempat (pihak) yang mengharuskan kita oleh fatwa untuk kita membayar zakat kepadanya. Pendeknya, kepada pihak mana sekalipun seseorang membayar zakat, dia akan diberi pahala kebajikan. Namun banyak pertimbangan syariat yang mesti diambil kira semasa kita memikirkan mengenai zakat dan sedeqah. Keluarga, jiran dan ahli negeri sendiri adalah lebih utama daripada yang lain. Golongan yang amat memerlukan adalah lebih utama daripada golongan lain. Perkara yang fardhunya lebih kuat adalah terdahulu dari yang lainnya. Kefardhuan yang terabai mempunyai keutamaan yang tertentu, sementara menghidupkan kefardhuan yang telah mati lebih utama 5 dari kepentingan-kepentingan lain. Melaksanakan fardhu ain dan fardhu kifayah ada keutamaannya. Malah sebahagian dari fardhu kifayah ada keutamaannya sendiri berdasarkan masa dan tempat. Setiap perkara yang tersebut hendaklah diambil kira oleh pemberi zakat ketika ia mahu mengeluarkan zakatnya. Pilihannya yang terbaik menggambarkan hikmahnya (kebijaksanaannya) dan sejauhmana ia mampu mengggarap manfaat yang paling maksima, maka setakat itulah juga pahala yang akan diperolehinya. Dalam apa keadaanpun ia tetap diberikan ganjaran pahala selagi mana niatnya betul dan fatwa mengharuskannya. 

REALITI UMAT ISLAM DAN PENYELESAIANNYA 

Sesungguhnya bilangan umat Islam kini mencecah ribuan juta dan mereka semakin bertambah hari demi hari. Namun sebahagian besar dari mereka hampir tidak bererti lagi. Tenaga dan usaha mereka bercelaru. Alangkah ramainya golongan faqir yang tidak terbela! Betapa ramainya golongan yang kelaparan, jahil, lalai dan menderita!!. Kiranya jaringan organisasi yang menyatukan umat Islam mempunyai kekuatan, dengan itu ia mampu untuk menggembeling tenaga mereka dan menjalinkan hubungan sesama mereka serta menggerakkan mereka seluruhnya ke arah penyelesaian masalah bersama, maka adakah masih timbul masalah yang sedang dikeluhkan oleh umat Islam? Pasti semuanya akan 6 terubat! Malangnya anda melihat hanya berapa kerat sahaja di kalangan umat Islam mengeluarkan zakatnya bagi menyelesaikan persoalan yang seumpama ini. Sedangkan usaha sebegini tiada tandingannya di zaman ini, kerana dengan cara ini sahajalah dapat mengubah pertimbangan yang ada di dunia ini. Di sana terdapat banyak kewajipan fardhu kifayah yang terabai, sedangkan masa depan Islam dan umatnya terletak pada sebahagian dari kefardhuan tersebut. Contohnya, pengetahuan tentang atom, angkasa lepas dan ketenteraan. Demikian juga usaha mengembalikan semula sistem khilafah dan menyeru umat Islam supaya berhukum dengan hukum Allah. Semua itu adalah termasuk dalam bab fardhu kifayah pada awalnya dan ia akhirnya menjadi fardhu ain sebagaimana yang telah dijelaskan. Maka berapa ramaikah umat Islam yang mengeluarkan zakat mereka untuk melaksanakan perkara-perkara yang sebegini? Sesungguhnya umat Islam sedang berhadapan dengan cabaran tamadun yang amat menakutkan. Selagi mana tidak diketahui bagaimana cara untuk menghadapi cabaran itu maka selama itulah kebimbangan mengenai kehancuran ataupun penguasaan politik dari kuasakuasa besar dunia terhadap dunia Islam berlaku. Pastinya cara yang paling baik dalam berhadapan dengan cabaran tamadun tersebut terletak pada kemampuan menguasai suasana dunia yang kompleks ini dan kemampuan untuk menjalankan projek-projek amali berlandaskan kepada penguasaan tersebut. Kedua-dua perkara ini bergantung kepada wujudnya 7 perancang-perancang strategi dan wujudnya kewangan. Bagi merealisasikan perkara tersebut (perancang strategi dan kewangan) bergantung pula kepada kerjasama para bijak pandai serta sumber-sumber kewangan yang kukuh. Adapun untuk melahirkan perancangperancang strategi, ianya menjadi kewajipan kepada gerakan Islam, manakala bagi mendapatkan sumber kewangan yang kukuh ianya menjadi tanggungjawab para hartawan umat Islam. Hakikatnya, umat Islam sebelum ini amatlah sedikit yang mencapai kepakaran dalam bidang ilmu sains kemanusiaan, seperti ilmu falsafah, kemasyarakatan dan sejarah. Sedangkan ilmu-ilmu ini amat kuat pengaruhnya pada masa ini. Sehingga kini amatlah kurang di kalangan umat Islam yang menguasai ilmu sains moden seperti sains tabi'i, kejuruteraan dan perubatan. Malah amat ketinggalan dalam bidang teknologi dan perindustrian. Sekiranya jemaah-jemaah Islam memberikan menumpuan terhadap perlaksanaan projek-projek yang berlandaskan kajian-kajian khusus bagi menampung keperluan-keperluan ini, manakala pemikir-pemikir fiqh Islam berpadu untuk mencari penyelesaian fiqh bagi menjamin pembiayaan projek-projek tadi, seterusnya para hartawan muslim pula berganding bahu untuk membiayainya berdasarkan fatwa yang kukuh, maka tidakkah dengan usaha-usaha sebegini kita pasti dapat maju kedepan meskipun sedikit? 8 Sesungguhnya melaksanakan pendapat fuqaha' terdahulu secara bijaksana dalam persoalan zakat pastinya memberikan hasil yang mengkagumkan. Misalnya pendapat fuqaha' mazhab Syafei yang mengatakan bahawa golongan yang lemah kerana kecacatan anggota badan boleh diberikan bayaran wang sara hidup dengan cadangan supaya dibelikan rumah atau tanah untuk disewakan. Hasilnya mereka boleh meneruskan kehidupan daripada bayaran sewanya. Bayangkanlah, jika anda membuat bancian mengenai golongan seperti mereka yang ada di sesebuah negara dan anda anggarkan berapakah yang boleh dibayar untuk setiap kepala di kalangan mereka. Kemudian anda belikan untuk mereka kilang-kilang yang diperlukan di negara itu. Selepas itu anda buatkan pejabat-pejabat pentadbiran yang diperlukan untuk urusan tersebut. Anda ambillah gajinya dari keuntungan kilang tersebut dan bahagikan keuntungan sesama golongan cacat tadi. Bukankah secara serentak anda telah melaksanakan banyak tujuan? Fuqaha' mazhab Syafei telah menjelaskan bahawa adalah harus diberikan modal yang perlu untuk golongan yang mempunyai kemahiran kerja bagi menyempurnakan kerja mereka daripada harta zakat. Anda dapat lihat bahawa bukankah kita mampu melatih penganggur-penganggur untuk bekerja di sesebuah negara dengan pelbagai bidang perindutrian? Kemudian kita belikan untuk mereka kilang-kilang dan mereka boleh hidup daripada hasilnya. Dengan cara itu kita dapat mencapai banyak tujuan secara serentak!! 9 Hakikatnya terdapat banyak gambaran yang telah disebut oleh fuqaha' silam yang kiranya dilaksanakan masa kini memberi manfaat yang amat banyak. 


Natijah daripada banyak pertimbangan syariah, maka saya merasakan bahawa pada zaman kini tidak ada satu perkara pun yang dapat menandingi tindakan memberikan zakat kepada lima pihak berikut, di samping mengambil kira institusi zakat yang lain, fatwa dan juga taqwa. 

Lima pihak tersebut ialah: 1. Gerakan jihad Islami. 2. Gerakan dakwah dan pendakwah ke jalan Allah. 3. Melahirkan ulama'-ulama'. 4. Melahirkan pakar-pakar yang mempunyai pengkhususan dalam bidang ilmu yang diperlukan oleh umat Islam. 5. Jemaah-jemaah Islam yang bekerja untuk menegakkan Islam. Bilamana wujud jemaah Islam yang syumul dan mampu melaksanakan hal ehwal ini, serta cukup pula syaratsyarat yang diyakini iaitu mempunyai anggota yang dipercayai dan jemaah itu bekerja mengikut atau berpandukan fatwa yang kukuh, maka memberikan zakat kepada pihak yang sebegini adalah lebih utama. Keadaannya sama dengan usaha golongan yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah. 

10 PANDANGAN ULAMA' 

Di sini biarlah kami nukilkan kepada anda pandanganpandangan ulama' terkenal bagi menambahkan lagi keyakinan anda sehingga anda dapat membuat pilihan terbaik untuk memberi zakat dan mencapai hikmatnya. Pendapat Imam Al-Ghazali RahimahulLah dalam kitabnya Ihya': Tugas kelapan1 : Hendaklah dicari bagi sedeqahnya seseorang penerima yang dapat mensucikan amalan sedeqah itu. Hendaklah dicari golongan yang bertaqwa, yang berpaling daripada dunia dan menjuruskan hidupnya untuk perniagaan akhirat. Hendaklah golongan yang dikhususkan pemberian itu terdiri daripada ahli ilmu, kerana ia dapat membantunya ke arah ilmu (menuntut dan mengajar). Adapun ilmu itu pula adalah ibadah yang paling mulia selama mana benar niatnya. Imam Al-Zahabi telah menyatakan dalam kitab " Sair A'lam al-Nubala' " ketika membicarakan tentang sirah Abdullah bin Al-Mubarak sebagai berikut: 1 Maksudnya ialah tugas yang kelapan daripada adab-adab kebatinan pada mengeluarkan zakat. 

11 Daripada Al-Fath bin Sakhraf, daripada Abbas bin Yazid, daripada Hibban bin Musa, katanya: Ibn Al-Mubarak telah ditegur kerana mengagihkan harta ke negeri-negeri lain, tidak pada negerinya sendiri. Beliau menjawab: "Aku lebih tahu tempat kaum yang mempunyai kelebihan dan kebenaran. Mereka itu mempelajari hadis dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana manusia terlalu berhajat kepada ilmu mereka, menyebabkan mereka terganggu dengan keperluan tersebut. Sekiranya kita membiarkan mereka begitu, terabailah ilmu mereka. Sebaliknya jika kita membantu mereka, nescaya mereka akan menyebarkan ilmu kepada umat Muhammad (s.a.w). Aku tidak mengenal sesudah darjat kenabian, golongan yang lebih utama daripada golongan yang menyebarkan ilmu." Lembaga Ulama' Besar Saudi telah mengeluarkan satu siaran yang diterbitkan oleh Majalah Penyelidikan Islam yang ada menyebut pandangan-pandangan ulama' dalam menafsirkan ayat ( ) yang merupakan ayat mengenai asnaf (lapan pihak) penerima zakat. Pandangan Al-Syaukani dalam tafsirnya: ( ), Adalah mereka yang berperang dan mengawal sempadan. Mereka diberikan habuan daripada zakat untuk perbelanjaan semasa mereka berperang dan mengawal sempadan meskipun mereka terdiri daripada golongan berada. Itulah pandangan mejoriti ulama'. 

12 Pandangan Ibnu Hajar Al-Asqalani: 

Adapun firman Allah ( ), kebanyakan ulama' berpendapat ia adalah dikhususkan kepada perajurit yang berjuang, tidak kira sama ada ia kaya ataupun miskin. Cuma Abu Hanifah seorang sahaja yang berkecuali dengan mengatakan ia adalah khusus untuk perajurit yang memerlukannya sahaja. Pandangan Abu Al-Barakat Ahmad Dardir: Dalam huraiannya mengenai golongan penerima zakat yang ketujuh beliau menyebut: Dan para mujahid, yakni yang terlibat dengan jihad adalah layak menerima habuan zakat jika ia tergolong di kalangan orang yang wajib berjihad dengan mencukupi syaratnya iaitu muslim, lelaki, baligh dan berkemampuan. Disyaratkan juga ia bukan dari keturunan Bani Hasyim. Termasuk dalam masalah ini mereka yang mengawal sempadan. Demikian juga alat keperluan jihad seperti pedang dan tombak, boleh dibeli daripada wang zakat. Sekiranya seorang mujahid itu memang kaya sewaktu berperang, misalnya ia seorang pengintip yang dihantar untuk meninjau kelemahan musuh dan kemudiannya melaporkan kelemahan tersebut, beliau juga berhak menerima bahagian zakat walaupun beliau seorang kafir. Zakat tidak boleh dibelanjakan untuk membina kubu di sekitar negeri bagi mempertahankan serangan orang-orang kafir dan juga untuk urusan pengangkutan bagi memerangi musuh. 


13 Pandangan Imam Syafei: 

Diberikan habuan di bawah peruntukan fi sabilillah kepada orang yang berperang dari tetangga (ahli / asnaf) zakat sama ada ia miskin ataupun kaya. Tidak boleh diberikan kepada orang yang selain dari mereka kecuali ia perlu untuk mempertahankan diri. Diberikan kepada orang yang mempertahankan diri dari golongan musyrikin. Pandangan Imam Nawawi dalam Syarh Muhazzab: Habuan fi sabilillah ialah mereka yang berperang secara sukarela. Adapun tentera muslimin yang dibayar gaji oleh kerajaan tidak diberikan zakat sebagaimana tentera sukarela. Ini kerana mereka boleh mendapatkan habuan mereka daripada harta fai' (rampasan). Beliau menyatakan, menurut mazhab kami bahawa habuan Allah yang disebutkan dalam ayat al-Qur'an (ayat pembahagian harta rampasan) adalah dibelanjakan kepada tentera yang tiada hak dari jabatan kerajaan sebab mereka berperang secara sukarela. Pendapat ini juga dipegang oleh Abu Hanifah dan Imam Malik (rahimahuma Allah). Pandangan Al-San'ani: Dalam membincangkan hadis : ( ) yang bermaksud, "Tidak halal memberikan zakat kepada orang kaya kecuali untuk lima 14 keadaan…". Termasuk di kalangan lima pihak itu ialah tentera. Adalah halal bagi mereka membuat persiapan dengan menggunakan harta zakat meskipun ia seorang yang kaya kerana ia berusaha pada jalan Allah. Pentafsirnya (syarih) mengatakan, termasuk dalam kategori ini orang yang melaksanakan kebajikan atau kemaslahatan umum bagi umat Islam seperti bidang kehakiman, fatwa dan juga pengajaran. Mereka layak menerima zakat walaupun sudah kaya. Abu Ubaid pula telah memasukkan senarai orang yang melaksanakan kebajikan atau kemaslahatan umum ke dalam peruntukan para amil. Beliau menjelaskan bahawa Imam Al-Bukhari telah menyebut dalam kitabnya satu bab khusus tentang saraan untuk hakim dan amil-amil yang menguruskan zakat. Maksud saraan di sini ialah saraan oleh ketua negara dari harta baitul mal untuk diberikan kepada mereka yang melaksanakan tugas bagi kemaslahatan muslimin, seperti bidang kehakiman, fatwa dan juga pengajaran. Mereka berhak mendapat sara hidup daripada wang zakat selagi mereka menjalankan tugas tersebut, meskipun mereka itu kaya. Pandangan Al-Mabar Kafuri: Ada pendapat menyatakan, bahawa lafaz ( ) itu adalah umum, maka tidak harus menyempitkannya pada makna yang khusus. Jadi termasuklah dalam kategori segala bentuk kebajikan seperti mengkafankan mayat, membina jambatan dan kubu pertahanan, 15 membina masjid dan lain-lain lagi. Al-Qaffal telah menukilkan pendapat ini daripada sebahagian fuqaha, namun beliau tidak menyebutkan nama mereka. Beliau membincangkan perkara ini dalam Hasyiah Tafsir AlBaydhawi. Al-Kasani juga berpendapat mirip kepada pendapat ini. Beliau juga mentafsirkannya ( ) untuk semua bentuk usaha yang mendekatkan diri kepada Allah. Kata beliau dalam kitabnya "Al-Bada'i' ": Fi sabilillah adalah merangkumi semua bentuk usaha yang mendekatkan diri kepada Allah. Ia termasuklah setiap orang yang melakukan ketaatan kepada Allah dan segala bentuk kebajikan bilamana ia benar-benar berhajatkan kepada bantuan. Imam Al-Nawawi menyebut dalam Syarh Muslim: Qadhi 'Iyadh telah meriwayatkan cerita daripada setengah para ulama' bahawa harus membelanjakan harta zakat untuk tujuan-tujuan kepentingan (maslahah) umum. Dalam mengharuskannya, beliau telah menta'wilkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam bab Al-Qasamah bahawa Nabi (s.a.w) telah membayarkan diat orang yang membunuh dengan seratus ekor unta yang terbaik hasil daripada kutipan zakat. Pandangan Al-Kasani: Adapun firman Allah: (… ) adalah merupakan gambaran terhadap segala bentuk kegiatan atau usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ia termasuklah 16 setiap orang yang melakukan ketaatan kepada Allah dan segala bentuk kebajikan bilamana ia benar-benar berhajatkan kepada bantuan. Pandangan Al-Alusi: Firman Allah Ta'ala (… ). Yang dimaksudkan di sini menurut pendapat Abu Yusuf ialah tentera-tentera yang keputusan belanja. Adapun menurut pendapat Muhammad pula ialah jemaah haji yang terkandas perbelanjaan. Ada juga yang berpendapat, mereka ialah penuntut-penuntut ilmu. Dalam kitab "Al-Fatawa AlZahiriyyah" juga membataskan makna yang sama. Dalam kitab Al-Bada'i' pula mentafsirkannya dengan segala bentuk usaha yang menghampirkan diri dengan Allah, termasuklah juga segala usaha mentaati Allah dan jalan-jalan kebajikan. Pandangan Sayyid Rasyid Ridha dalam Tafsir AlManar: Setelah membentangkan pendapat-pandapat yang di sebut oleh para ulama' lain mengenai maksud firman Allah Ta'ala : (… ) sebagai berikut: Setelah membuat kajian, didapati maksud Sabilillah di sini ialah segala bentuk kepentingan umum yang dengan melaksanakannya boleh mengukuhkan agama dan negara. Ia bukannya untuk kepentingan peribadi. Adapun untuk mengerjakan haji, bukanlah termasuk dalam kepentingan umum, kerana ia adalah kewajipan 17 ke atas individu yang mampu sahaja. Haji juga merupakan salah satu daripada fardhu ain yang mempunyai syarat-syarat yang khusus seperti sembahyang dan puasa, bukannya termasuk dalam kepentingan agama dan negara. Namun begitu, syiar haji dan tanggungjawab umat Islam terhadap syiar itu adalah termasuk dalam kepentingan umum. Oleh itu harus dikeluarkan zakat untuk tujuan mengamankan jalan-jalan menuju ke Mekah, menyediakan bekalan air dan makanan yang secukupnya dan segala kemudahan kesihatan untuk para haji. Ini sekiranya tiada sumber kewangan lain. Beliau juga menegaskan: (… ) itu merangkumi segala bentuk kepentingan umum syara' (al-masalih al-syar'iyyah al-'ammah) yang dapat memelihara agama dan negara. Perkara yang paling perlu diutamakan ialah persiapan perang dengan membeli senjata-senjata, makanan tentera, pengangkutan dan segala kelengkapan tentera. Malah beliau menyatakan, pada zaman ini perkara yang paling perlu dibelanjakan pada jalan Allah ialah menyediakan pendakwah-pendakwah yang menyeru kepada Islam dan menghantar mereka ke negara-negara kafir menerusi pertubuhan-pertubuhan yang terancang dengan bekalan kewangan yang mencukupi. Bekas mufti Mesir, Al-Syaikh Hasanain Makhluf pernah ditanya tentang keharusan membayar zakat kepada sebahagian pertubuhan kebajikan Islam. Beliau menfatwakan bahawa harus berbuat demikian dengan 18 bersandarkan hujah yang dinukilkan oleh Al-Razi daripada Al-Qaffal dan ulama' yang lain mengenai makna 'fi sabilillah'. Ulama' tersebut berhujah seperti berikut: Sesungguhnya lafaz 'fi sabilillah' adalah umum. Oleh itu tidaklah harus menyempitkan maksudnya kepada sebahagian individu sahaja tanpa melibatkan pihak yang lain, melainkan dengan adanya dalil yang mengkhususkannya. Dalam perkara ini sememangnya tidak terdapat dalil yang mengkhususkannya. Berhubung dengan pendapat yang menentukan peruntukan 'fi sabilillah' hanya untuk tentera yang bejuang berpandukan hadis Atha' bin Yasar yang berbunyi, " ", adalah tidak dapat diterima. Apa yang dimaksudkan oleh hadis tersebut ialah bahawa tentera (mujahid) itu diberikan bahagian fi sabilillah walaupun ia seorang yang kaya. Ruang lingkup fi sabilillah adalah luas dan tidak terhad setakat berperang di medan jihad. Pandangan Syed Qutb Rahimahu Allah mengenai 'fi sabilillah': Ia merupakan perbincangan yang luas merangkumi segala bentuk kepentingan (maslahah) jemaah untuk menegakkan agama Allah. Yang paling utama sekali ialah menyediakan persiapan jihad, menguruskan para sukarelawan dan melatih mereka, menghantar pendakwah untuk menyeru kepada Islam bagi menjelas 19 hukum-hukum syariat kepada seluruh manusia, menubuhkan sekolah-sekolah dan universiti-universiti bagi mendidik pemuda-pemuda dengan tarbiyyah Islam yang sebenar. Jadi tidaklah lagi kita perlu menghantar mereka ke sekolah-sekolah kerajaan yang mengajar mereka semua bentuk ilmu kecuali Islam. Kita juga tidak perlu lagi mengharapkan sekolah-sekolah Kristian yang mempengaruhi cara hidup mereka sedangkan mereka tidak mampu untuk menghalangnya. Berkata Al-Syatiby dalam Al-Muwafaqat: Setiap manusia dipertanggungjawabkan untuk menguruskan kepentingan orang lain. Untuk itu dia mestilah mampu menguruskan kepentingan dirinya terlebih dahulu. Maksud saya ialah kepentingan keduniaan yang diperlukan. Sekiranya ia mampu menguruskan kepentingannya tanpa ada kesukaran, maka tidaklah ia perlu mengharapkan orang lain untuk membantunya. Jika ia tidak mampu langsung atau mampu tetapi menghadapi kesukaran yang boleh dianggap menggugurkan tanggungjawab, maka tidak sunyi kepentingan (maslahah) yang bersangkutan dari pihak lain itu samada berbentuk umum atau khusus. Sekiranya kepentingan itu berbentuk umum, maka pihak yang berkaitan dengan kepentingan itu hendaklah melaksanakannya. 20 Pada pendapat saya (Said Hawwa): Kebanyakan kepentingan Islam yang umum telah diabaikan perlaksanaannya. Bila seseorang berusaha melaksanakannya ia akan hilang begitu sahaja. Permasalahan-permasalahan sebegini adalah amanah yang terpikul di bahu kaum muslimin. Bila orang ramai berusaha melaksanakannya, maka orang seperti merekalah yang paling perlu diberikan habuan zakat. Perhatikanlah pada sabda Rasulullah (s.a.w) yang berikut: Maksudnya: "Bukanlah miskin itu orang yang diberi sebiji dua tamar dan sesuap dua nasi. Tetapi yang miskin itu ialah orang yang menahan diri dari memintaminta." Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim berbunyi: Maksudnya: "Bukanlah orang miskin itu orang yang pergi meminta-minta kepada orang ramai sesuap dua 21 nasi dan sebiji dua tamar. Tetapi orang yang miskin itu ialah orang yang tidak menemui kekayaan yang dapat mengkayakannya dan masalahnya tidak difahami oleh orang lain untuk diberikan sedekah kepadanya. Dan ia tidak meminta-minta pada manusia. Seseorang yang tidak difahami masalahnya itulah yang terbaik. Begitu juga, kepentingan-kepentingan yang tidak difahami oleh orang ramai itulah yang lebih utama. Oleh itu orang yang sebegitulah yang paling perlu diutamakan. Para fuqaha' telah berselisih pendapat sama ada seseorang itu boleh membayar zakatnya kepada hanya satu daripada lapan asnaf sahaja, ataupun mesti membahagikannya kepada kelapan-lapan asnaf tersebut. Ibnu Rusyd menyatakan pendapatnya dalam kitabnya "Bidayatul Mujtahid": "Mereka bersalahan pendapat…. Adakah harus diberikan semua zakat kepada hanya satu dari lapan asnaf itu sahaja, ataupun kesemua asnaf tersebut berkongsi hasil zakat? Tidak harus mengkhususkan zakat kepada hanya satu asnaf sahaja dan mengenepikan asnaf yang lain. Namun bagi Imam Malik dan Imam Abu Hanifah mereka berpendapat adalah harus bagi Imam (pemimpin) membelanjakan harta zakat hanya kepada satu asnaf sahaja, ataupun lebih daripada satu asnaf bila ia merasakan perlu berbuat demikian." 22 Imam Al-Syafei pula berpendapat, tidak harus berbuat demikian, sebaliknya zakat hendaklah dibahagikan kepada asnaf yang lapan seperti yang telah disebut oleh Allah Ta'ala dalam Al-Qur'an. Pada pendapat saya, antara perkara yang boleh diambil kira (diraikan) oleh pembayar-pembayar zakat pada masa kini ialah khilaf ulama' dalam permasalahan ini. Sekiranya mereka tiada mampu untuk mengeluarkan seluruh zakatnya untuk asnaf fi sabilillah, mereka hendaklah menjadikan satu juzuk dari zakat mereka untuk asnaf tersebut. Antara perselisihan pendapat fuqaha' lagi ialah: Bila amil seorang yang kaya, adakah ia berhak lagi menerima zakat? Mejoriti para ulama' berpendapat ia berhak menerima. Ibn Rusyd menyatakan pendapatnya dalam "Bidayatul Mujtahid": "Menurut pendapat mejoriti ulama', orang kaya tidaklah harus menerima hasil zakat, kecuali lima golongan yang telah dinyatakan oleh Nabi (s.a.w) dalam sabdanya: Maksudnya: "Tidak halal bagi orang kaya menerima hasil zakat kecuali pada lima keadaan: Seorang yang 23 berperang di jalan Allah atau amil yang menguruskan harta zakat atau seorang yang menanggung hutang atau lelaki yang mempunyai jiran yang miskin lalu ia bersedeqah kepada si miskin itu, maka si miskin itupun memberi hadiah kepada si kaya itu." (Riwayat Abu Daud) Mereka yang mengharuskan membayar zakat kepada amil walaupun ia seorang yang kaya juga mengharuskan membayar zakat kepada para hakim atau kadhi dan mereka yang sedarjat dengannya, yang mana pegawai-pegawai tersebut boleh memberi manfaat kepada seluruh kaum muslimin. Punca perselisihan tersebut ialah adakah sebab wajib berzakat kepada asnaf-asnaf yang disebut itu kerana hajat (keperluan) sahaja ataupun kerana hajat dan manfaat umum? Bagi mereka yang menganggapnya sebagai orang-orang yang berhajat, sebagaimana yang ditentukan oleh ayat Al-Qur'an, mereka berkata, yang berhak menerima zakat ialah orang yang berhajat sahaja. Bagi mereka yang berpendapat hajat dan manfaat umum yang menyebabkan wajib mengambil zakat, mereka ini menganggap manfaat itu untuk amil dan hajat itu ialah untuk semua asnaf yang disebutkan nasnya. 

Pada pendapat saya:

 Hendaklah disempitkan fatwa terhadap kerajaan, justeru tidak boleh difatwakan pembayaran zakat hanya khusus kepada amil semata-mata serta asnaf yang lain. 24 Sebaliknya, fatwa hendaklah diluaskan bidangnya dengan mengharuskan membayar zakat kepada jemaahjemaah Islam yang bekerja memberi perkhidmatan yang tidak dibuat oleh orang lain. Jadi pekerja-pekerja jemaah ini hendaklah diberi saguhati dari hasil zakat walaupun mereka sudah kaya. Ini adalah sebagai bayaran terhadap perkhidmatan yang mereka berikan kepada kaum muslimin. Bila kita tidak mengatakannya begini, banyaklah fardhu ain dan fardhu kifayah yang tertinggal begitu sahaja. Dalam hal ini, sesetengah ulama' mengharuskan membayar zakat hingga dapat menampung keperluan seumur hidup dalam keadaan kita menyangka bahawa orang-orang yang bekerja untuk Islam itu tidak boleh langsung mengambil gaji bagi kerja Islami yang mereka lakukan bila ia sudah mempunyai pendapatan yang dapat menampung keperluan hidup. Walau bagaimanapun, kami membuat seruan kepada setiap muslim yang wajib berzakat supaya meminta fatwa daripada orang-orang yang berilmu, arif dan berkelayakan masa kini, sebelum ia membuat keputusan akhir untuk membayar zakat. Ini ialah supaya ia benarbenar jelas mengenai perkara ini. 


Akhirnya saya mengharapkan agar dengan risalah ini saudara-saudaraku kaum muslimin akan terbuka pintu hati untuk melakukan perkara yang sewajarnya.

No comments:

Post a Comment