Merujuk kepada tulisan Dr Tuan Mohd Sapuan yang ditulisnya untuk membidas seorang tokoh Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang terkenal di tanahair, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, yang dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah kebangsaan bagi 1426 H pada 10 Februari 2005, dalam penulisannya berjudul _Akidah : Fahaman Wahhabi, Satu Penilaian_, kami dapati penulisannya ada beberapa _syubuhat_ dan penyelewengan yang hanya bermotifkan membela dan mempertahankan Muhammad bin Abdul Wahhab serta pengikutnya dalam kalangan al-Wahhabiyyah.
Antaranya yang disebutnya dalam tulisan tersebut :
_“(Boleh dikatakan juga bahawa) mereka [al-Wahhabiyyah] adalah kaum muslimin yang bermazhab Hanbali, yang mana sandaran pegangan-pegangan mereka merupakan al-Qur’anul Karim dan juga Hadis Nabawi”._intaha
Dalam tulisan yang sama, Dr Tuan Mohd Sapuan menukilkan kata-kata Dr Muhammad ^Imarah dan menyetujuinya:
_“Beliau juga menganggap bahawa fahaman ini adalah kesinambungan aqidah salaf yang terdahulu yang bersumberkan nas dan dipelopori pada asalnya oleh Imam Ahmad bin Hanbal.”_intaha
Dr Tuan Mohd Sapuan juga menukilkan daripada Muhammad Bahjah al-Baitor pujian melampau yang menyifatkan Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai Mujaddid bagi dakwah Islamiyyah dan mengikut mazhab Ahmad bin Hanbal.
Selain dari itu, Dr Johari Mat menyebutkan dalam satu rakaman youtube, berjudul “Apa Itu Wahabi, Diterbitkan pada 15 Feb 2016 oleh “Brian al Huda”, diambil pada 1 Ogos 2017, minit 0:27 / 5:55 tentang golongan Muhammad bin Abdul Wahhab dan kelompok al-Wahhabiyyah :
_“Wahabi ini adalah suatu nama nisbah kepada Muhammad bin Abdul Wahhab. *Muhammad bin Abdul Wahhab ini adalah seorang mujaddid* yang telah cuba mengembalikan umat Islam kepada ajaran yang sebenar setelah sekian lama umat Islam telah menyimpang daripada ajaran-ajaran yang dibawa oleh rasul.”_intaha
Mohd Amar Bin Abdullah (Dato' Nik Amar) dalam satu rakaman youtube bertajuk “Bapa Wahabi Malaysia - YB Ustaz Dato Nik Amar” diterbitkan oleh “dun panchor” pada 20 Jan 2014, diambil pada 1 Ogos 2017 sempena kuliah Maghrib yang berlangsung di Masjid As-Siddiqin (Masjid Mukim Panchor), pada minit 7:17 / 10:21, katanya :
“ Sebenarnya [Wahhabi] istilah orang putih buwi nok memunohkan hubungan kito samo-samo isle. Lalu bubuh gelaran wahhabi. *Sebenarnya demo ni Hanbali. Mereka adalah mazhab hanbali, pengikut Ahmad bin Hanbal*. Cumo Muhammad bin Abdul Wahhab seorang ulama besar pada waktu tu yang menyokong barisan yang menentang Turki pada waktu tuh, dio ni kerah dalam pegangan feqahnya. Dio bunuh habis sebab oghe Makkah pada waktu tu pujo kubur!!.”
Kemudian Nik Amar menyebutkan pada minit 9:23 / 10:21:
_“Ambo sendiri sebut nih, nok suruh kito pahe. Sebab ambo terimo sokmo sms [sebut ambo] bapok wahabi di Malaysia nih : Nik Azik, Nik Amar dan Asri Zainal Abidin bekah mufti Perlis. Ni bapok wahhabi di Malaysia. al-Hamdulillah...Jadi bapok wahhabi bukan jadi bapok kemerdekaan tapi bapok wahhabi. Nok oyak sebab kito ni tok pehe. Kito ngaji tidak abih, akhirnya kito cepat tuduh oghe. Oghe tu gini oghe tu gini kito tok pehe gapo, sedangkan feqah ni bare luah. *Sebab tu ambo, antaro sebab ambo tok ngaja feqah sebab ambo tok berapo retilah. Tu nombor satu sekali lah. Yang keduo kalu ambo ngaja, abih kuca haya abih oghe sebab ambo tak punya mazhab secara khusus*. Ambo royak belako”_intaha
*Sanggahan*
Hakikatnya, jika kita melihat ulama _tarajim_ yang membiodatakan ulama mazhab Hanbali, kita dapati Muhammad bin Abdul Wahhab tidak disenaraikan dalam ulama-ulama muktabar dalam mazhab ini bahkan mereka menggangap Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai perosak mazhab Hanbali dan ramai yang membantahnya.
*Muhammad Bin Abdul Wahhabi Di Sisi Ulama Hanbali*
Mufti Mazhab Hanbali, Makkah al-Mukarramah; al-^Allamah ibn Humaid al-Hanbali (w. 1295 H) ketika menceritakan perihal bapa kepada pengasas ajaran ekstrim Wahhabi mengatakan:
عبد الوهاب بن سليمان بن علي بن مشرف بوزن محمد التميمي النجدي قرأ في الفقه على أبيه صاحب المنسك المشهور وعلى غيره و حصل و تفقه ودرس و كتب على بعض المسائل الفقهية كتابة توفي سنة ١١٥٣. وهو والد محمّد صاحب الدعوة التي انتشر شررها في الافاق، لكن بينهما تباين مع أن محمدًا لم يتظاهر بالدعوة إلا بعد موت والده، وأخبرني بعض من لقيته عن بعض أهل العلم عمّن عاصر الشيخ عبد الوهاب هذا أنه كان غضبان على ولده محمد لكونه لم يرض أن يشتغل بالفقه كأسلافه وأهل جهته ويتفرس فيه أن يحدث منه أمر، فكان يقول للناس: يا ما ترون من محمد من الشر، فقدّر الله أن صار ما صار، وكذلك ابنه سليمان أخو الشيخ محمد كان منافيًا له في دعوته ورد عليه ردًا جيدا بالآيات والآثار لكون المردود عليه لا يقبل سواهما ولا يلتفت إلى كلام عالم متقدمًا أو متأخرا كائنا من كان غير الشيخ تقي الدين بن تيمية وتلميذه ابن القيم فإنه يرى كلامهما نصّا لا يقبل التأويل ويصول به على الناس وإن كان كلامهما على غير ما يفهم، وسمى الشيخ سليمان رده على أخيه "فصل الخطاب في الرد على محمّد بن عبد الوهاب" وسلّمه الله من شرّه ومكره مع تلك الصولة الهائلة التي أرعبت الأباعد.
فإنه كان إذا باينه أحد ورد عليه ولم يقدر على قتله مجاهرة يرسل إليه من يغتاله في فراشه أو في السوق ليلا لقوله بتكفير من خالفه واستحلاله قتله، وقيل إن مجنونًا كان في بلدة ومن عادته أن يضرب من واجهه ولو بالسلاح، فأمر محمدٌ أن يعطى سيفًا ويدخل على أخيه الشيخ سليمان وهو في المسجد وحده، فأدخل عليه فلما رءاه الشيخ سليمان خاف منه فرمى المجنون السيف من يده وصار يقول: يا سليمان لا تخف إنك من الآمنين ويكررها مرارا، ولا شك أن هذه من الكرامات. اهـ
_“Abdul Wahhab Bin Sulaiman Bin Ali Bin Musyarraf (dengan timbangan sorof atau wazan Muhammad) al-Tamimi al-Najdi. Beliau mempelajari fiqh dengan ayahnya, pengarang kitab al-Mansik yang terkenal dan belajar dengan ulama lain. Beliau berhasil memperolehi ilmu fiqh dan mengajarkannya serta beliau menulis beberapa masalah fiqh menggunakan penulisan yang baik. Beliau wafat pada tahun 1153 H. Dialah bapa kepada Muhammad, pengasas ajaran [ajaran Wahhabi] yang tersebar keburukannya di serata alam. Namun, ada berlaku perselisihan di antara mereka berdua di samping Muhammad tidak menzahirkan atau menampilkan ajarannya terlebih awal melainkan setelah kematian bapanya._
_Sebahagian yang orang aku jumpa telah mengkhabarkan daripada para alim ulama daripada orang yang semasa dengan al-Syaikh ^Abdul-Wahhab bahawa dia pernah memarahi anaknya, Muhammad kerana Muhammad tidak suka menyibukkan diri dengan ilmu Fiqh seperti ulama sebelumnya dan ulama sekitarnya. Dan ayahnya mempunyai firasat tentangnya bahawa akan berlaku sesuatu perkara buruk yang berpunca daripadanya. Ayahnya pernah mengatakan kepada manusia: “ Wahai manusia, kamu akan lihat perkara buruk yang akan dilakukan oleh Muhammad”. Allah ta^ala telah menentukan terjadi apa yang dijangkakan berlaku._
_Begitu juga anaknya Sulaiman, saudara kepada al-Syaikh Muhammad. Beliau menolak seruan Muhammad dan membantahnya dengan penolakkan yang baik disertakan dengan hujah ayat-ayat al-Quran dan al-Athar (hadith-hadith) kerana Muhammad antara sikapnya dia tidak menerima sebarang pendapat melainkan keduanya sahaja dan tidak akan memandangpun kepada ucapan mana-mana alim sama ada ulama terdahulu (salaf) atau ulama mutaakhir (khalaf), walau siapapun orang tersebut melainkan ucapan al-Syaikh Taqiyyud-Din Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibnul-Qayyim al-Jauziyyah sahaja. Sesungguhnya dia memandang perkataan mereka berdua itu seperti nas yang tidak menerima sebarang takwilan dan memaksa manusia mengikutnya walaupun ucapan kedua tokoh tersebut tidak difahami._
_Al-Syaikh Sulaiman menamakan kitab penolakkannya itu dengan nama “Faşlul-Khiţāb fī al-Radd ^alā Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab”. Semoga Allah ta^ala menyelamatkannya daripada keburukan dan tipu daya Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab di samping kekuatan yang besar yang menakutkan golongan yang bukan terdiri daripada kaum kerabatnya._
_Jika ada ulama orang yang menentangnya, dan membantahnya, lalu dia pula tidak mampu membunuhnya secara terang-terangan, maka dia akan mengirimkan seseorang yang akan membunuh ulama tersebut pada tempat tidurnya atau di pasar pada malam hari kerana dia mengganggap sesiapa saja yang tidak sependapat dengannnya adalah kafir dan halal darahnya untuk dibunuh._
_Dikatakan bahawa seorang gila yang tinggal di sebuah daerah terpencil, antara adat kebiasaan orang gila ini dia memukul siapa sahaja orang yang berhadapan dengannya walaupun dengan menggunakan senjata. Muhammad mengarahkan agar diberikan kepadanya pedang dan masuk ke tempat di mana al-Syaikh Sulaiman berada sedangkan pada masa itu beliau berada di Masjid berseorangan diri. Muhammad telah memasukkan orang gila itu ke dalam masjid. Apabila lelaki gila ini melihat al-Syaikh Sulaiman, dia tiba-tiba berasa takut daripadanya lalu dia membuang pedang yang dipegangnya. Dia terus mengatakan: “Wahai Sulaiman jangan kamu bimbang dan takut sesungguhnya kamu termasuk dalam kalangan orang-orang yang aman sejahtera”. Lelaki yang gila itu menyebut perkataan tersebut secara berulang-ulang kali. Maka tidak syak hal ini termasuk dalam karamah-karamah”._ Intaha.
Rujukan : al-^Allamah al-Syaikh Muhammad ibn Abdillah ibn Humaid al-Najdi al Hanbali _al-Suĥubul-Wabilah ^alā Ďarā'iĥil-Hanámābilah_, Percetakan Maktabah al-Imam Ahmad, 1409 H/ 1989 R, cet. 1, hlm. 275 – 276.
Kata-kata Mufti al-Hanabilah, as-Syaikh Muhammad bin Abdullah al-Najdi tersebut : _“Muhammad bin Abdul Wahhab sangat marah kepada anak-Nya kerana dia tidak mengambil berat tentang ilmu Fiqh”_, bermakna Muhammad bin Abdul Wahhab bukan seorang yang unggul dalam ilmu fiqh dan hadith. Sesungguhnya seruannya yang syaz atau yang ganjil itu yang telah mempopularkannya dan memasyhurkannya.
Kemudian pengikut-pengikutnya yang _ghuluw_ dan melampau dalam kecintaan mereka terhadap Muhammad bin Abdul Wahhab pula menamakan Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai _Syaikh al-Islam_ dan _al-Mujaddid_. Binasalah dia dan mereka atas keterlampauan itu.
Ketahuilah bahawa mereka itu terpedaya dengan Muhammad bin Abdul Wahhab semata-mata kerana seruan yang dibawanya. Tidak ada seorang ulama pun dalam kalangan ulama yang masyhur pada kurun ke dua belas hijriyyah yang melakukan _tarjamah_ atau biodata terhadapnya dengan mengatakan bahawa dia adalah seorang yang unggul, tidak dalam fiqh dan mahupun dalam ilmu hadith.
as-Syaikh Ahmad bin Zaini Dahlan (w. 1304 H) menyebutkan dalam _ad-Durar as-Saniyyah Fi Raddi ^Ala al-Wahhbiyyah_,hlm. 42-43 :
وألف كثير من علماء الحنابلة وغيرهم رسائل في الرد عليه وأرسلوها له فلم ينته.
_“Ramai ulama dalam kalangan al-Hanabilah dan selain mereka mengarang beberapa risalah membantah Muhammad bin Abdul Wahhab dan mengutuskan risalah-risalah tersebut kepadanya namun dia tetap tidak mengendahkannya”_ intaha
*Muhammad Bin Abdul Wahhabi Di Sisi Ulama Maliki*
Salah seorang ahli tafsir, al-Syaikh Ahmad al-Şāwī al-Maliki (w. 1241 H) dalam ta^liqnya terhadap Tafsīr al-Jalalain ketika mentafsirkan firman Allah dalam Surah Fāţir, ayat 6 menyebutkan sebagaimana berikut :
وقيل هذه الآية نزلت في الخوارج الذين يحرّفون تأويل الكتاب والسنة ويستحلون بذلك دماء المسلمين وأموالهم كما هو مُشَاهَدٌ الآن في نَظَائِرهم وهم فرقة بأرض الحجاز يقال لهم الوهابية يحسبون أنهم على شيء ألا إنهم هم الكاذبون استحوذ عليهم الشيطان فأنساهم ذكر الله أولئك حزب الشيطان ألا إن حزب الشيطان هم الخاسرون نسأل الله الكريم أن يقطع دابرهم.
_“Menurut satu pendapat bahawa ayat ini turun tentang kaum *KHAWARIJ*, kerana mereka adalah kaum yang banyak menyelewengkan takwilan ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah. Mereka menghalalkan darah orang-orang Islam dan harta-harta mereka. Dan kelompok semacam itu pada masa sekarang ini telah pun ada. *Mereka itu adalah kelompok yang berada di negeri Hijaz; bernama kelompok al-Wahhabiyyah*. Mereka mengira bahawa diri mereka adalah orang-orang yang benar dan terkemuka, padahal mereka adalah para pendusta. Mereka telah dikuasai oleh syaitan hingga mereka lalai daripada mengenal Allah. Mereka adalah golongan Syaitan, dan sesungguhnya golongan Syaitan adalah orang-orang yang rugi. Kita berdoa kepada Allah semoga Allah menghancurkan mereka”._intaha
Rujukan : Lihat al-Syaikh Ahmad al-Şāwī al-Maliki, Hasyiyah al-Şāwī ^alā Tafsīr al-Jalalain, j. 3, hlm. 307. Juga boleh lihat Mir'ātun-Najdiyyah, hlm. 86.
Salah seorang ulama terkemuka al-Azhar, as-Syeikh Yusof ad-Dijwi al-Maliki al-Azhari dalam majalah _Nur al-Islam_ pada bahagian muqaddimah berkata dalam bantahannya terhadap seorang wahhabi yang mengkafirkan orang yang bertawassul dan beristigahthah dengan baginda Nabi ﷺ :
ونحن نقول أولا : إننا كتبنا ما كتبنا إجابة عن سؤال يقول سائله : إنه اشتد النزاع في التوسل برسول الله صلى الله عليه وسلم حتى إن بعضهم كفر من يتوسل به عليه السلام، وثانيا نقول لذلك الوهابي : يكفينا منكم تكفير المسلمين بالاستغاثة على ما يفهم من كلامك السابق، على أن إمامكم محمد بن عبد الوهاب في رسالته الأربع القواعد كفر المسشفعين بالملائكة والصالحين، بل قال إن شركهم أغلظ من شرك المشركين الذين كانوا في زمنه صلى الله عليه وسلم
_“Pertama : kita mengatakan bahawa sesungguhnya kami telah menulis sebagai jawapan kepada soalan orang yang bertanya : sesungguhnya telah berlaku perselisihan yang kuat berhubung tawassul dengan Rasulullah ﷺ hingga sebahagian mereka (al-Wahhabiyyah) mengkafirkan orang yang bertawassul dengan nabi ﷺ. Kedua : Kami katakan kepada wahhabi tersebut bahawa memadailah bagi kami menolak kamu sekalian kerana kamu mengkafirkan umat Islam yang beristghathah sebagaimana difahami daripada ucapan kamu sebelum ini. Namun, perkara ini tidak aneh kerana imam kamu sendiripun iaitu Muhammad Bin Abdul Wahhab di dalam Risalahnya al-Arba^ al-Qawaid telah mengkafirkan orang yang meminta syafaat atau bantuan dengan malaikat dan orang-orang yang soleh bahkan dia mengatakan “Sesungguhnya kesyirikan mereka (umat Islam) lebih berat daripada syirik golongan musyrikin yang hidup pada zaman rasulullah ﷺ”._intaha
_🖋Nur al-Islam_ adalah majalah agama yang ilmiah, beradab, bersejarah dan penuh dengan hikmah, diterbitkan oleh para masyaikh al-Azhar as-Syarif, pada Rabiul Thani (Rabiul Akhir) Tahun 1350 H, Percetakan Mathba^ah al-Ma^ahid ad-Diniyyah al-Islamiyyah, tahun 1931 R/ 1350 H, juzuk 4, j.2.
*Muhammad Bin Abdul Wahhabi Di Sisi Ulama Hanafi*
Al-Imam al-^Allamah Ibn ^Abidin, seorang ulama yang sangat masyhur menjadi rujukan dalam kalangan ulama mazhab Hanafi di dalam kitab Hasyiahnya, _al-Raddul-Muhtār ^alā al-Durrul-Mukhtār_ menegaskan bahawa Muhammad ibn ^Abdil-Wahhāb dan para pengikutnya sebagai golongan Khāwarij pada zaman ini. Beliau mengatakan :
مطلب في أَتْبَاعِ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الْوَهَّابِ الْخَوَارِجِ فِيْ زَمَانِنَا : كَمَا وَقَعَ فِيْ زَمَانِنَا فِيْ أَتْبَاعِ ابْنِ عَبْدِ الْوَهَّابِ الَّذِيْنَ خَرَجُوْا مِنْ نَجْدٍ وَتَغَلَّبُوْا عَلَى الْحَرَمَيْنِ وَكَانُوْا يَنْتَحِلُوْنَ مَذْهَبَ الْحَنَابِلَةِ لَكِنَّهُمْ اِعْتَقَدُوْا أَنَّهُمْ هُمُ الْمُسْلِمُوْنَ وَأَنَّ مَنْ خَالَفَ اعْتِقَادَهُمْ مُشْرِكُوْنَ وَاسْتَبَاحُوْا بِذَلِكَ قَتْلَ أَهْلِ السُّنَّةِ وَقَتْلَ عُلَمَائِهِمْ حَتَى كَسَرَ اللهُ شَوْكَتَهُمْ وَخَرَبَ بِلاَدَهُمْ وَظَفِرَ بِهِمْ عَسَاكِرُ الْمُسْلِمِيْنَ عَامَ ثَلاَثٍ وَثَلاَثِيْنَ وَمِائَتَيْنِ وَأَلْفٍ.
_“Bab : Berkenaan Pengikut-pengikut Muhammad Abdul Wahhab, Golongan Khawarij Pada Zaman Kita. "…Sepertimana yang berlaku pada masa kita ini berhubung pengikut ibn Abdul Wahhab yang keluar dari Najd dan menakluki al-Haramain (Makkah dan Madinah) dan mereka menyandarkan diri mereka kepada mazhab al-Hanbali (secara dusta dan bohong) tetapi mereka menyakini bahawa hanya mereka sahajalah orang Islam dan orang-orang yang bertentangan akidah dengan mereka adalah kaum musyrik. Dengan ini mereka menghalalkan pembunuhan terhadap Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dan pembunuhan para ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah hingga Allah subhanahu Wataala mematahkan kekuatan mereka dan memusnahkan negeri mereka (Najd) dan askar Muslimin berjaya menawan mereka pada tahun 1233 H..."._Intaha.
Rujukan : Lihat al-Raddul-Muhtār ^ala ad-Durril-Mukhtār, Bab al-Bughah (Pemberontak), Dār Ihya' al-Turath al-^Arabi, Beirut-Lubnan, jil. 6, hlm. 316 - 317.
Dr Tuan Mohd Sapuan dilihat menyifatkan Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai cerdik pandai : “Beliau merupakan seorang yang sangat cerdik” sebagaimana nas tersebut dinyatakan dalam tulisannya yang berjudul _Akidah : fahaman Wahhabi, satu penilaian_ namun kita lihat pendapatnya itu berlawanan dengan pendirian ulama mengenai Muhammad Bin Abdul Wahhab.
Al-Syaikh Muhammad Anwar Syah al-Kasymiri al-Hindi al-Hanafi (w. 1353 H) adalah juga salah seorang ulama Deoband yang terkenal dalam kalangan ahli hadith di India menyebutkan dalam kitabnya _Faidul-Bāri ^alā Sahīh al-Bukhari_ berkenaan perihal Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab:
أما محمد بن عبد الوهاب النَّجْدِي فإنه كان رجلًا بليدًا قليلَ العلمِ، فكان يتسارع إلى الحكم بالكفر ولا ينبغي أن يقتحم في هذا الوادي إلا من يكون متيقِّظًا متقِنًا عارفًا بوجوه الكفر وأسبابِهِ.
_“Adapun Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab al-Najdi maka dia adalah seorang yang dungu lagi kurang ilmunya. Dia adalah seorang yang tergesa-gesa menghukumkan seseorang dengan kekufuran. Maka tidak sepatutnya seseorang itu terjerumus ke dalam lembah seperti ini melainkan seorang yang sedar, teliti, arif dengan segala bentuk kekufuran dan sebab-sebab yang membawa kepadanya (kekufuran)”._Intaha.
Rujukan: Al-Syaikh Muhammad Anwar Syah al-Kasymiri, _Faidul-Bāri ^alā Sahīh al-Bukhari_, Dar al-Kutub al-^Ilmiyyah, Beirut - Lubnan, cet. 1, 1426 H/ 2005 R, j. 1, hlm. 252.
*Muhammad Bin Abdul Wahhabi Di Sisi Ulama as-Syafi^e*
📖 Ketika menceritakan tentang fitnah yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Salim, al-Syaikh Ahmad al-Fatoni (w.1325 H) berkata:
_"...[dan] setengah daripadanya ((fitnah to'ifah Wahhabiyyah)) yang melampaui mereka itu sehingga memerintah mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia dan mereka itu🔸satu kaum yang mempunyai mazhab yang jahat dan jalan yang sesat dan i^tiqad yang mudarat🔸dan adalah yang me[ng]hantarkan mazhab mereka itu yang keji dan yang meri[ng]tahkan dia [memerintahkan dia] Muhammad anak ^Abdul-Wahhab dan asalnya daripada masyriq daripada Bani Tamim dan adalah permulaan pekerjaannya bahawasanya ia adalah setengah daripada mereka yang menuntuti ilmu pada negeri Madinah al-Munawwarah ^ala sohibiha afdol al-solat wa al-salam dan adalah bapanya laki-laki yang solih demikian lagi saudaranya🔸dan adalah bapanya dan saudaranya dan sekalian guru-gurunya memfirasat mereka itu padanya bahawasanya lagi akan jadi daripadanya menyesat dan zaigh [kesesatan] dan ilhad [kekufuran] dari kerana barang yang diketahui oleh mereka itu daripada perkataannya dan perbuatannya dan bantahan-bantahannya daripada beberapa masalah...🔸...maka mereka ia bagi dirinya akan mazhab yang sesat dan menyalahi ia akan segala imam agama dan menyesat ia akan segala yang jahilin [golongan yang jahil] 🔸dan me[ng]kufur ia akan segala mereka yang tiada mengikut mazhabnya daripada mukmin🔸dan me[ng]hukum ia dengan syirik mereka yang ziarah akan kubur Nabi sollallahu ^alaihi wa sallam dan auliya' dan solihin dan yang bertawassul dengan mereka itu dan🔸me[ng]haram ia akan berselawat atas Nabi sollallahu ^alaihi wa sallam🔸dan beberapa i^tiqad yang lain daripada demikian itu dan bahawasa segala manusia telah kufur mereka itu daripada masa hijrah enam ratus tahun hingga kepada masanya itu dan [ia]lah yang membaharukan bagi mereka itu akan Islam mereka itu..."_Intaha.
📚Rujukan: Kitab Hadiqatul-Azhar war-Rayahin fi Manaqib al-Akhyar wa Akhbaris-Solihin, al-Syaikh Ahmad ibn Muhammad Zain ibn Mustafa al-Fatoni, Persama Press, Pulau Pinang, t. th., hlm. 169 - 170.
✒Beliau adalah guru bagi ramai ulama dan mufti di Nusantara seperti Syaikhul-Islam dan Mufti Selangor Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur-Rahman al-Fatoni, Tok Kenali, Tok Selehor, Kiyai Hasyim Asy'ari pengasas Nahdotul-^Ulama' dan lain-lain.
✒Beliau juga penasihat dan rujukan sultan-sultan Melayu seperti Sultan Fatoni, Sultan Kelantan, Sultan Kedah, Sultan Terengganu (Sultan Zainal Abidin III), Sultan Johor, Sultan Riau - Lingga, Sultan Deli, Sultan Langkat, Sultan Pontianak dan Sultan Sambas secara tidak rasmi dan beliau juga penasihat Syarif/ Raja Mekah secara rasmi.
Tuan Guru al-Syaikh ^Uthman Jalalud-Din Penanti al-Kelantani di dalam kitab beliau, _ad-Daurrtul Nafi^ah Fi Asyaraath as-Saa^ah (^Alamat Kiamat)_ menegaskan wahhabi dan juga syiah tidak termasuk dalam kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah:
_“...Dan dikehendakkan dengan suatu kaum itu ialah kaum yang keluar daripada Ahlus Sunnah Wal jamaah seperti kaum Wahhabi dan Kaum Rafidhi (syiah) dan yang lain daripada mereka itu, kerana diriwayat hadith ibn ^Umar daripada nabi ﷺ bersabda ia :_
_“Akan keluar oleh manusia daripada pihak Masyriq (Timur Madinah), hal keadaan mereka itu membaca oleh mereka itu akan al-Quran padahal tiada melampaui ia akan segala halkum mereka itu”._
_Tiap-tiap diputuskan suatu kurun, nescaya diganti oleh kurun yang lain pula hingga akhir mereka itu berhubung dengan dajjal bersama-sama dengan nabi Isa alayhis salam kerana puak Wahhabi dan Rafidhi (syiah) itu diam [tinggal] mereka itu pada pihak Masyriq [Timur] Makkah Madinah dan mereka itulah membaca akan al-Quran tiada melampau ia akan halqum mereka itu, bahkan pada mulut jua. Tiada mesra ia pada memberi faedah ia akan mengikut mereka itu akan barang yang menengah akan dia oleh Allah taala._intaha
*Maklumat tambahan:* Tuan Guru al-Syaikh ^Uthman Jalalud-Din Penanti al-Kelantani adalah seorang daripada kalangan ulama Kelantan yang belajar di Mekah. Beliau adalah anak murid kepada Tok Kenali. Beliau meninggal dunia pada tahun 1371 H di Mekah.
Mufti as-Syafi^iyyah di Makkah al-Mukarramah, as-Syaikh Ahmad bin Zaini Dahlan (w. 1304 H) menyebutkan dalam kitabnya al-Futuhaat al-Islamiyyah sebagaimana berikut:
"ويمنعون من الصلاة على النبي (صلّى الله عليه وسلّم) على المنائر بعد الأذان حتى إن رجلاً صالحا كان أعمى وكان مؤذنا وصلى على النبي (صلّى الله عليه وسلّم) بعد الأذان بعد أن كان المنع منهم، فأتوا به إلى محمد بن عبد الوهاب فأمر به أن يقتل فقتل. ولو تتبعت لك ما كانوا يفعلونه من أمثال ذلك لملأت الدفاتر والأوراق وفي هذا القدر كفاية" ا. هـ.
_“Mereka (Muhammad bin Abdul Wahhab dan pengikutnya) melarang dari berselawat ke atas nabi ﷺ di atas menara-menara setelah azan dilaungkan hingga ada seorag lelaki yang soleh lagi berpenyakit buta, beliau adalah tukang azan dan berselawat ke atas nabi ﷺ setelah azan selepas mereka sebelum ini melarangnya. Lalu mereka membawanya kepada Muhammad bin Abdul Wahhab lalu dia (Muhammad bin Abdul Wahhab) menyuruh orang ini dibunuh lalu dia dibunuh. Jika kamu ingin meneliti apa yang telah mereka lakukan seperti peristiwa tersebut maka sudah tentu akan memenuhi buku-buku dan kertas-kertas padahal sekadar ini sahaja sudah memadai”_intaha
Rujukan : as-Syaikh Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti as-Syafi^iyyah di Makkah al-Mukarramah dalam kitabnya _al-Futuhaat al-Islamiyyah_, j. 6, hlm 77
Mufti as-Syafi^iyyah di Makkah al-Mukarramah, as-Syaikh Ahmad bin Zaini Dahlan (w. 1304 H) menyebutkan dalam kitabnya _al-Futuhaat al-Islamiyyah_ sebagaimana berikut:
كان محمد بن عبد الوهاب الذي ابتدع هذه البدعة يخطب للجمعة في مسجد الدرعية ويقول في كل خطبه: " ومن توسل بالنبي فقد كفر"، وكان أخوه الشيخ سليمان بن عبد الوهاب من أهل العلم، فكان ينكر عليه إنكارا شديدا في كل ما يفعله أو يأمر به ولم يتبعه في شىء مما ابتدعه، وقال له أخوه سليمان يوما: كم أركان الإسلام يا محمد بن عبد الوهاب؟ فقال خمسة، فقال: أنت جعلتها ستة، السادس: من لم يتبعك فليس بمسلم هذا عندك ركن سادس للإسلام وقال رجل ءاخر يوما لمحمد بن عبد الوهاب: كم يعتق الله كل ليلة في رمضان؟ فقال له: يعتق في كل ليلة مائة ألف، وفي ءاخر ليلة يعتق مثل ما أعتق في الشهر كله، فقال له: لم يبلغ من اتبعك عشر عشر ما ذكرت فمن هؤلاء المسلمون الذين يعتقهم الله تعالى وقد حصرت المسلمين فيك وفيمن اتبعك، فبهت الذي كفر.
ولما طال النزاع بينه وبين أخيه خاف أخوه أن يأمر بقتله فارتحل إلى المدينة المنورة وألف رسالة في الرد عليه وأرسلها له فلم ينته. وألف كثير من علماء الحنابلة وغيرهم رسائل في الرد عليه وأرسلوها له فلم ينته. وقال له رجل ءاخر مرة وكان رئيسا على قبيلة بحيث إنه لا يقدر أن يسطو عليه: ما تقول إذا أخبرك رجل صادق ذو دين وأمانة وأنت تعرف صدقه بأن قومًا كثيرين قصدوك وهم وراء الجبل الفلاني فأرسلت ألف خيال ينظرون القوم الذين وراء الجبل فلم يجدوا أثرًا ولا أحدا منهم، بل ما جاء تلك الأرض أحد منهم أتصدق الألف أم الواحد الصادق عندك؟ فقال: أصدق الألف، فقال له: إن جميع المسلمين من العلماء الأحياء والأموات في كتبهم يكذّبون ما أتيت به ويزيفونه فنصدقهم ونكذبك، فلم يعرف جوابا لذلك وقال له رجل ءاخر مرة: هذا الدين الذي جئت به متصل أم منفصل؟ فقال له حتى مشايخي ومشايخهم إلى ستمائة سنة كلهم مشركون، فقال له الرجل: إذن دينك منفصل لا متصل، فعمّن أخذته؟ فقال: وحي إلهام كالخضر، فقال له: إذن ليس ذلك محصورًا فيك، كل أحد يمكنه أن يدعي وحي الإلهام الذي تدعيه، ثم قال له: إن التوسل مجمع عليه عند أهل السنة حتى ابن تيمية فإنه ذكر فيه وجهين ولم يذكر أن فاعله يكفر". اهـ.
_“Muhammad Bin Abdul Wahhab, orang yang menyeleweng dengan bid^ah ini, ketika berkhutbah di Masjid ad-Dar^iyyah dia mengatakan pada setiap khutbahnya : “Sesiapa yang bertawassul dengan nabi maka sesungguhnya dia telah kafir”. Saudaranya yang bernama as-Syaikh Sulaiman bin ^Abdul Wahhab adalah termasuk dalam kalangan ahli ilmu. Beliau telah mengingkarinya dengan pengingkaran yang tegas pada setiap perkara yang dilakukannya atau pada setiap perkara yang disuruhkannya berkenaan perkara yang menyeleweng yang dibawanya. Suatu hari saudaranya; Sulaiman berkata kepadanya: “Berapa rukun Islam, Wahai Muhammad bin Abdul Wahhab?”, Jawabnya : “Ada lima perkara”. Kata saudaranya lagi : “Kamu sebenarnya telah menjadikannya enam perkara, yang keenam itu adalah kamu mengganggap orang yang tidak mengikutmu sebagai bukan Islam (kafir). Perkara ini pada sisi kamu adalah rukun ke enam dalam Islam!”._
_Berkata seorang lelaki yang lain pada suatu hari kepada Muhammad bin Abdul Wahhab : “Berapa orang yang Allah taala bebaskan (daripada neraka) setiap malam pada bulan Ramadhan?! Lalu berkata Muhammad Bin Abdul Wahhab : “Dibebaskan pada setiap malam seramai seratus ribu orang, pada akhir malam di bulan Ramadhan dibebaskan seperti dibebaskan dalam sebulan semuanya”. Lelaki tersebut berkata kepadanya [Muhammad bin Abdul Wahhab]: “Orang yang mengikutimu itu pun tidak sampai 0.1% dari apa yang kamu sebutkan. Maka siapa lagi umat Islam yang dibebaskan oleh Allah taala?! Padahal kamu telah pun membataskan orang Islam hanya pada kamu sahaja dan kepada orang yang mengikutimu!!. Maka tergamamlah orang yang kufur [Muhammad bin Abdul Wahhab]._
_Apabila panjang perdebatan atau perselisihan antara Muhammad bin Abdul Wahhab dan saudaranya [Sulaiman], maka saudaranya rasa bimbang dia [Muhammad bin Abdul Wahhab] memerintahkan seseorang supaya membunuhnya lalu dia pergi ke Madinah Munawwarah dan menulis kitab dalam membantah Muhammad bin Abdul Wahhab serta dia telah mengutuskan risalah atau kitab tersebut kepadanya namun dia [muhammad bin Abdul Wahhab] tidak mengendahkannya. Ramai ulama dalam kalangan al-Hanabilah dan selain mereka mengarang beberapa risalah membantah Muhammad bin Abdul Wahhab dan mengutuskan risalah-risalah tersebut kepadanya namun dia tetap tidak mengendahkannya juga._
_Berkata seorang lelaki lain kepadanya [Muhammad bin Abdul Wahhab] dan orang itu adalah ketua bagi sebuah kabilah sekira-kira dia tidak mampu untuk menguasainya atau mempengaruhinya : “Apa kamu kata apabila dikhabarkan kepadamu oleh seorang lelaki yang jujur, lagi taat beragama, amanah atau telus dan kamu pula tahu akan kejujurannya bahawa ramai kaum datang mahu menyerang kamu dan mereka berada di belakang bukit si polan”, lalu kamu hantar 1000 kuda [tentera berkuda] menunggu kaum yang berada di belakang bukit tersebut tetapi mereka (1000 orang) tidak menjumpai sebarang kesan dan tidak pula jumpa seorangpun dalam kalangan mereka. Bahkan tidak seorangpun dalam kalangan datang ke tempat tersebut, kamu akan mempercayai 1000 atau seorang sahaja di sisi kamu? Katanya : “Aku mempercayai 1000”. Kata orang tersebut kepada Muhammad bin Abdul Wahhab : “Sesungguhnya semua ulama Islam sama ada yang telah meninggal dunia atau yang masih hidup di dalam kitab-kitab mereka mendustakan apa yang kamu datangkan ini dan mereka menganggapnya sebagai suatu kebatilan, justeru, kita perlu mempercayai mereka atau mendustakan kamu??! Maka Muhammad Bin Abdul Wahhab tidak tahu lagi jawapan untuk itu._
_Berkata lelaki yang lain kepada Muhammad bin Abdul Wahhab : “Adakah agama yang kamu datangkan ini bersambung atau terputus? Kata Muhammad bin Abdul Wahhab : “ Terputus, hingga guru-guruku dan guru-guru mereka sampai ke 600 tahun [sebelumnya] semua mereka itu musyrik”. Berkata lelaki tersebut kepada Muhammad bin Abdul Wahhab : “Maka dari siapa kamu ambil agama kamu?! Kata Muhammad bin Abdul Wahhab : “Wahyu ilham seperti nabi Khadhir”. Berkata lelaki tersebut kepadanya : “Jika begitu, bukan kamu sahaja yang begitu, setiap orang boleh sahaja mendakwa diberikan wahyu ilham seperti yang kamu dakwakan!”. Kemudian berkata lelaki tersebut kepadanya [Muhammad bin Abdul Wahhab] : “Sesungguhnya tawassul adalah perkara yang disepakati di sisi Ahlus Sunnah Al-Jamaah keharusannya sehingga ibn Taymiyyah sendiri menyebut dua pendapat berhubung dengannya dan tidak menyebut pelakunya dihukum kufur” _intaha
Rujukan : as-Syaikh Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti Makkah al-Mukarramah dalam kitabnya ad-Durar as-Saniyyah Fi Raddi ^Ala al-Wahhabiyyah, hlm 42-43.
Yang dimaksudkan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab dengan “600 tahun” adalah kurun yang ada ibn Taymiyyah iaitu kurun ke 7 sampai ke 8 hijri iaitu tahun meninggalnya ibn Taymiyyah hingga sampai ke kurun 12 hijrah. Waktu inilah yang dimaksudkan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab bahawa manusia yang pada masa tersebut adalah musyrik semuanya dan dialah yang datangkan kepada umat ini dengan tauhid.
Dia juga mendakwa ibn Taymiyyah mendatangkan dakwah yang dekat dengan caranya pada zamannya. Seolah-olah dia mengira ibn Taymiyyah hidup di masa Islam sudah pupus dan tiada tauhid lagi lalu dia menyeru umat kepada tauhid. Dan dia [Muhammad bin Abdul Wahhab] adalah orang yang seterusnya meneruskan perkara tersebut pada zamannya iaitu kurun ke 12 Hijrah.
Ini adalah keberanian pelik daripada lelaki ini [Muhammad bin Abdul Wahhab] yang mengkafirkan ratusan juta Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan membataskan Islam hanya tertumpu pada dirinya dan pengikutnya sahaja. Pada zamannya sahaja, bilangan mereka tidak sampai sekitar seratus ribu orang. Kebanyakan penduduk Najad Hijaz pula tidak mengambil akidahnya pada hayatnya tetapi mereka ada rasa takut kepadanya kerana mereka mengetahui sejarah hitam perjalanan hidupnya yang menumpahkan darah sesiapa sahaja yang tidak mengikutinya.
Muhammad bin Ismail bin Solah terkenal dengan nama *Al-Amir al-San^ani* (w. 1182 H), pengarang kitab _Subulus Salam_ telah menyifatkan Muhammad bin Abdul Wahhab seperti itu juga. Namun sebelum dia mengetahui hal keadaan Ibn Taymiyyah, dia telah membuat suatu qasidah yang pada awalnya :
سلام على نجد ومن حل في نجد وإن كان تسليمي على البعد لا يجدي
_“Salam sejahtera ke atas Najad dan orang yang berada di dalam Najdi [Muhammad bin Abdul Wahhab], walaupun salamku dari jauh tidaklah bagus”_
Qasidah ini disebut di dalam _Diwan_nya dan ia dicetak. Qasidah yang lengkap ada terdapat dalam kitab _al-Badr al-Thali^_ karangan as-Syaukani dan kitab _al-Taaj al-Mukallal_ karangan Shideeq Khan. Qasidah ini tersebar di seluruh tempat. Apabila sampai perkhabaran kepada beliau bahawa Muhammad Bin Abdul Wahhab yang dipujinya sebelum ini telah menumpahkan darah umat Islam, merampas harta benda mereka, berani membunuh manusia walaupun dengan cara muslihat sekalipun, mengkafirkan umat Muhammad di seluruh kawasan maka beliau menarik balik sokongannya lalu berkata :
رجعت عن القول الذي قلت في النجدي فقد صح لي عنه خلاف الذي عندي
ظننت به خيرا فقلت عسى عسى نجد ناصحًا يهدي العباد ويستهدي
لقد خاب فيه الظن لا خاب نصحنا وما كل ظن للحقائق لي يهدي
وقد جاءنا من أرضه الشيخ مِربَدُ فحقّق من أحواله كل ما يبدي
وقد جـاء من تأليفه برسائل يكفر أهل الأرض فيها على عمد
ولفق في تكفيرهم كل حجة تراها كبيت العنكبوت لدى النقد
_“Aku menarik balik kata-kataku, yang aku kata berhubung seorang dari bangsa Najd (Muhammad bin Abdul Wahhab), maka telah sahih kepadaku berlawanan ia dengan apa yang aku tahu,_
_Aku sangkakan ada kebaikan dengannya, aku katakan moga-moga Najad ada penasihat yang membimbing manusia dan menunjukkan mereka,_
_Sesungguhnya telah rosak sangkaanku tetapi nasihat kami tidak rosak dan tidaklah setiap sangkaan itu menunjukkan daku akan kebenaran-kebenaran_
_Telah datang kepada kami dari buminya (Najd) as-Syaikh Mirbid lalu dia telah meyakinkan apa yang zahir dari kelakuannya,_
_Telah datang penulisannya (Muhammad bin Abdul Wahhab) dengan beberapa risalah dalam mengkafirkan penduduk bumi secara sengaja,_
_Dia telah melampirkan setiap hujjah pada pengkafiran terhadap mereka dan kamu lihat ia seperti sarang labah-labah pada sudut kritikan (hujah-hujah Muhammad Abdul Wahhab adalah lemah)_
Hingga ke akhir qasidah. Kemudian dia telah mensyarahkan qasidah ini dengan huraian yang merungkaikan kelakuan Muhammad bin Abdul Wahhab termasuk keterlampauannya, pembunuhan, rampasan harta benda yang dilakukannya dan beliau juga telah membantahnya. Beliau namakan kitab penolakkannya itu sebagai _“Irsyad Zawil al-Bab Ila Haqiqah Aqwal ibn ^Abdil Wahhab”_.
Namun, Dr Tuan Mohd Sapuan telah melakukan _tadlis_ dan hanya menyebutkan pujian Amir Son^ani pada awalnya tanpa menyebut hakikat sebenar pendiriannya terhadap Muhammad Bin Abdul Wahhab setelah dia mengetahui kejahatan dan kezaliman Muhammad bin Abdul Wahhab terhadap umat Islam. Dr Tuan Mohd Sapuan mendakwa dalam tulisannya yang berjudul _Akidah : Fahaman Wahhabi, Satu Penilaian_,:
_“Antara ulamak yang memuji beliau [Muhammad bin Abdul Wahhab] ialah Imam Syaukani, *al-Amir as-Son^ani*, Muhammad Rashid Ridha, al-Imam Muhammad Abduh, Syeikh Ali Tontowi, Muhammad Qutb, Dr Yusuf Qardhawi, Dr Muhammad Imarah, Syeikh Muhammad al-Ghazali dan lain-lain lagi.”_intaha
*Muhammad Abdul Wahhab Mengkafirkan Dirinya dan Gurunya*
Dalam kitab _ad-Durar as-Saniyyah Fi Ajwibah an-Najdiyyah_, j.10 hlm. 51 menyebutkan perihal Muhammad bin Abdul Wahhab mengakui :
لقد طلبت العلم واعتقد من عرفني أن لي معرفة وأنا ذلك الوقت لا أعرف معني لا إله إلا الله ولا أعرف دين الإسلام قبل هذا الخير الذي منّ الله به وكذلك مشايخي ما منهم رجل عرف ذلك فمن زعم من علماء العارض أنه عرف معنى لا إله إلا الله أو عرف معنى الإسلام قبل هذا الوقت أو زعم عن مشايخه أن أحدا عرف ذلك فقد كذب وافترى ولبّس على الناس ومدح نفسه بما ليس فيه "
_“Sesungguhnya aku telah menuntut ilmu dan orang yang mengenaliku merasakan aku mempunyai pengetahuan padahal aku pada masa tersebut tidak mengetahui makna (لا إله إلا الله) dan aku tidak mengetahui agama Islam sebelum kebaikan yang dianugerahkan oleh Allah kepadaku._
_Begitu juga guru-guruku tiada seorangpun dalam kalangan mereka yang mengetahui perkara tersebut. Sesiapa dalam kalangan ulama di bumi yang menyangkakan bahawa dia mengetahui makna لا إله إلا الله atau mengetahui makna Islam sebelum waktu itu ( sebelum diketahui oleh Muhammad bin Abdul Wahhab) atau menyangka bahawa ada guru-gurunya yang mengetahuinya maka sesungguhnya dia telah berbohong, berdusta, dan memberi kesamaran kepada manusia serta dia telah memuji dengan apa yang tiada padanya"._intaha
Rujukan : Ulama Najd, _ad-Durar as-Saniyyah Fi Ajwibah an-Najdiyyah_, cet. 6, Tahun 1417 H/ 1996 R, j.10, hlm.51.
Ini bermakna ulama-ulama dalam kalangan umat Islam sebelum mengetahui seruan Muhammad bin Abdul Wahhab dan keyakinannya, pada anggapannya mereka berada dalam kekufuran dan tidak langsung mengetahui makna لا إله إلا الله. Berdasarkan pandangan Muhammad Abdul Wahhab ini, Islam secara totalnya terputus sebelum datang seruan Muhammad bin Abdul Wahhab.
Perkara yang sama disebut oleh Husain bin Ghannam dalam kitabnya ;_Risalah ibn Abdil Wahhab ila Ahlil Riyadh-Tarikh Najd_, j. 2 hlm. 137.
Persoalannya : Jika semua masyaikh dan ulama sebelum dan di zamannya dikira sebagai kuffar maka dari manakah datangnya kebaikan yang konon-kononnya diperjuangkannya itu?! Jika sanad periwayatan agamanya terputus maka daripada manakah dia mengambil ilmu agama?!!!
Disebabkan perkataan Muhammad Abdul Wahhab ini, pengarang kitab yang berjudul _ad-Durar as-Saniyyah Fi Ajwibah an-Najdiyyah_, j.1, hlm.18 menyebutkan pujian melampau kepadanya:
فلقد ظهر هذا الشيخ المجدد المجتهد، في وقت كان أهله شرا من حال المشركين، وأهل الكتاب في زمن البعثة، من شرك وخرافات
_"Maka telah zahir seorang syaikh mujaddid (Muhammad Bin Abdul Wahhab) lagi mujtahid ketika penduduknya berada dalam keburukan dari hal keadaan golongan musyrik dan ahli kitab pada zaman kebangkitan Nabi Muhammad disebabkan kesyirikan dan khurafat-khurafat"._intaha
Kemudian katanya ;
فأعاد نشأة الإسلام كما كانت.
_"Lalu dia (Muhammad Bin Abdul Wahhab) mengembalikan Islam sebagaimana sebelumnya (di zaman nabi)"._intaha
Rujukan : Ulama Najd, _ad-Durar as-Saniyyah Fi Ajwibah an-Najdiyyah_, cet. 6, Tahun 1417 H/ 1996 R, j.1, hlm.18.
Menurut mereka Islam telah terputus sebelum kedatangan Muhammad bin Abdul Wahhab dan manusia menurutnya semua berada dalam jahiliyyah yang total, kesyirikan, dan kesesatan yang gelap-gulita. Ini yang kita dapat fahami daripada kalam Muhammad bin Abdul Wahhab tadi.
Antara orang yang membantah Muhammad bin Abdul Wahhab adalah gurunya yang paling besar iaitu as-Syaikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi, Pengarang kitab _Hawasyi Syarh ibn Hajar ^Ala Matan BiAfdhal_, antara kata-katanya kepada Muhammad bin Abdul Wahhab adalah :
"يا ابن عبد الوهاب إني أنصحك أن تكف لسانك عن المسلمين" اهـ.
_Wahai Muhammad bin Abdul Wahhab!, sesungguhnya aku nasihatkan kamu supaya hentikan lidah kamu dari umat Islam”_intaha
Rujukan : as-Syaikh Ahmad bin Zaini Dahlan, al-Futuhaat al-Islamiyyah_, j.2 hlm.69
Maklumat tambahan : Matan BiAfdhal adalah matan yang masyhur dalam mazhab as-Syafi^e karangan Abdullah bin Abdur Rahman BiAfdhal al-Hadhrami dan nama Syarah ibn Hajar pula adalah _al-Minhaj al-Qawim Fi Masail at-Ta^lim_.
*Kesimpulan:*
Berdasarkan perbahasan tersebut, maka jelas kepada kita bahawa Muhammad bin Abdul Wahhab dibantah dan ditolak dengan kesepakatan empat mazhab; mazhab Hanbali, Hanafi, Maliki dan Syafie. Tidak ada seorang ulama pun dalam kalangan ulama yang masyhur pada kurun ke dua belas hijriyyah yang melakukan tarjamah atau biodata terhadapnya dengan mengiktirafnya sebagai seorang yang unggul, tidak dalam fiqh apatah lagi dalam ilmu hadith.
Selain itu juga, jenayah, pengkafiran, pembunuhan, kezaliman, rampasan harta benda yang dilakukan oleh Muhammad Abdul Wahhab tidak boleh dinafikan kewujudannya dalam lipatan sejarah hitam kewujudan al-Wahhabiyyah. Hari ini manhaj yang sama, usaha yang sama yang dibawa dan diperjuangkan oleh golongan ISIS yang difatwakan sesat oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bersetuju bahawa mereka yang berjuang atas nama ISIS ini adalah *“Salafi Jihadi”* atau nama lainnya adalah al-Wahhabiyyah.
Antara yang disebut lagi dalam muzakarah tersebut :
_“Kebanyakan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan ISIS atau ISIL ini kerana ideologi keganasan dan sikap mereka yang mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka dan menghalalkan darah mereka. Mereka membunuh rakyat tidak berdosa dan menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan penuh kezaliman. Para Ulama Ahli Sunnah di seluruh dunia melabelkan ISIS atau ISIL ini sebagai *Khawarij di zaman moden* dan Jumhur Ulama Ahli Sunnah bersepakat mengenai kesesatan dan juga penyelewengan golongan ini dan memperingatkan umat Islam agar tidak terpedaya dengan segala propaganda ISIS atau ISIL ini.”_
Justeru, hendaklah kita hati-hati dengan penyelewengan yang banyak dilakukan oleh golongan golongan al-Wahhabiyyah dalam kalangan al-Musyabbihah terhadap kitab-kitab ulama terutamanya mereka di zaman ini yang lebih suka berselindung atas nama mazhab Hanbali kemudian mendatangkan nas-nas ulama-ulama yang mengkhianati mazhab Hanbali sendiri seperti ibn Taymiyyah, ibn Qayyim al-Jawziyyah, Muhammad bin Abdul Wahhab, ibn Baz, ibn al-Uthaimin, Soleh Fauzan dan sebagainya.
*Undang-Undang Dalam Mempertahankan Akidah Umat Islam Perlu Dikuatkuasakan*
Masih perlu diingatkan bahawa dalam Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) 1994 pada seksyen 37 (rujukan yang mesti diikuti) menyebutkan:
_“(1) Semasa mengeluarkan fatwa di bawah seksyen 36, Majlis atau Jamaah hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie._
_(2) Jika Majlis dan Jamaah Ulama’ berpendapat bahawa qaul yang muktamad dari mazhab Syafie boleh membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, majlis atau jamaah ulama’ bolehlah dengan keizinan Kebawah Duli yang Maha Mulia al Sultan mengikut qaul dari mana-mana mazahab [mazahib] Islam yang muktabar, *kecuali dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan akidah, maka qaul Ahli Sunnah Wal Jamaah hendaklah diikut”*_Intaha
Di dalam Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan menyebutkan tafsiran kepada “Ahlus Sunnah wal Jamaah” disebut sebagaimana berikut:
_*"4.(1) " Ahlus Sunnah wal Jamaah" maknanya ialah mazhab Abu al-Hasan al Asha'ari dan Abu Mansoor al-Maturidi dan orang yang mengikut jejak langkah keduanya [al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah]"*._Intaha
Disediakan oleh:
*Kajian Ilmiah Asatizah Pondok (KIAP)*
No comments:
Post a Comment