Sunday, September 12, 2021

Aids Haraki

 AIDS HARAKI.


Buku Ihzaru al-Aids al-Haraki yang bermaksud Berwaspadalah Dengan Penyakit Aids Haraki adalah kritikan tajam Ustaz Fathi Yakan terhadap kepincangan yang berlaku dalam gerakan Islam. Ia adalah hasil pemerhatian & pengalaman beliau sendiri yang bergelumang penuh dalam dunia da'wah & politik.


Aids merupakan penyakit yang diperolehi dari cara hidup yang suka bersedap-sedapan. Lalu menyebabkan penghidapnya hilang daya tahan & akhirnya mati sendiri secara perlahan-lahan. Ustaz Fathi Yakan memilih istilah penyakit yang mereputkan itu sebagai bandingan bagi masalah jati diri yang dialami oleh sesebuah gerakan Islam.


⚫ Jati Diri.


Masalah yang paling awal dinyatakan oleh Ustaz Fathi Yakan adalah, kondisi jati diri sesebuah gerakan Islam yang tidak cukup kukuh. Ia tidak didirikan di atas asas pemikiran & prinsip yang konkrit serta hala tuju yang jelas.


Sebaliknya ia banyak dibentuk dari sikap fanatik terhadap ketokohan tertentu, atau kepentingan material yang kelak menjadi perebutan antara satu sama lain. Dari gejala tersebut menyebabkan asas kebersamaan dalam sesebuah gerakan menjadi sangat rapuh.


⚫ Mementingkan Kuantiti Lebih Dari Kualiti.


Barangkali terkesan dengan corak sistem demokrasi yang menuntut bilangan angka pengundi, gerakan Islam semakin lama semakin lupa soal kualiti yang perlu dibentuk. Sedangkan jika difikirkan secara mendalam, dengan hanya memiliki ahli yang ramai tetapi tidak mampu menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat serta tidak berupaya menjadi juru bicara yang berkesan, menyebabkan angka yang ramai itu hakikatnya tetap belum cukup signifikan.


Maka sebenarnya nas-nas yang menekankan soal kualiti itu tetap relevan, walaupun dalam konteks persaingan demokrasi. Dalam persoalan ini, Ustaz Fathi Yakan mengingatkan akan sirah para sahabat yang merasa terlebih yakin dengan ramainya bilangan tentera Islam.


Apabila merasa ramai, menyebabkan terbit rasa angkuh & keluarlah cakap-cakap besar yang sekaligus merapuhkan nilai kebergantungan dengan Allah. Dalam kondisi ketika gerakan Islam memiliki ahli yang terlalu ramai tetapi tidak diterapkan kesedaran yang kritis, menyebabkan kelak pengaruh yang besar itu boleh dipergunakan oleh pihak lain. Hal seumpama ini telah berlaku di negara-negara Arab.


⚫ Tergadai Oleh Pihak Luar.


Sikap sambil lewa mendedahkan diri menerima tawaran dari pihak luar adalah kesilapan yang banyak menghancurkan kredibiliti sesebuah gerakan Islam. Tawaran seperti peluang posisi politik, suapan kewangan atau jaminan perlindungan akan mengakibatkan sesebuah gerakan Islam itu akan mampu dikawal oleh pihak yang menajanya. 


Implikasi dari gejala suka mengambil kesenangan bersifat jangka masa pendek itu, gerakan Islam akan hilang nilai kemandiriannya lantas berada di bawah pengaruh pihak asing. Ustaz Fathi Yakan mengingatkan mentaliti 'orang bagi kita ambil' ini sebagai faktor bagaimana gerakan Islam akhirnya secara tanpa sedar, menjadi proksi bagi pihak yang telah lama membiayai mereka secara lunak. 


Beliau turut mengingatkan berapa banyak gerakan Islam yang hilang nilai kerana berjaya dibeli dengan wang kertas & bantuan persenjataan. Begitu juga beliau mengingatkan ancaman dari badan-badan perisikan yang sentiasa cuba merosakkan gerakan Islam. 


Mereka akan menganalisa titik-titik kelemahan yang ada pada sesebuah gerakan Islam. Kemudian mereka menawarkan dukungan & akhirnya ia mereka akan hancurkan hingga lebur.


Dari peluang-peluang yang disebutkan di atas, sudah pasti akan memunculkan krisis & konflik atas faktor perebutan. Pada masa sama, kelompok yang cuba mencegah perangkap tersebut akan dimangsakan. Ketika itu yang berlegar dalam cakap-cakap sesama ahli gerakan Islam adalah sekitar topik-topik kepentingan politik semata-mata.


⚫ Ancaman Perisikan Luar.


Seringkali campur tangan pihak luar itulah yang menjadi punca lahirnya perpecahan. Kadang-kadang jika dinilai kembali, punca perpecahan pun seakan tidak jelas. Ia sesuai dengan sifatnya sebagai propaganda adu domba yang datang dari perencanaan pihak luar.


Bahkan mereka boleh sahaja mencipta kelompok-kelompok tertentu d


i dalam sesebuah gerakan Islam. Sama ada penggeraknya dalam kalangan mereka, atau ahli-ahli gerakan Islam didorong secara lunak hasil manipulasi emosi berdasarkan kajian psikologi mereka.


Malangnya kesedaran terhadap topik-topik seperti ini semakin dijauhkan dari wacana gerakan Islam. Malah jika ditimbulkan, akan dianggap sebagai paranoid. Secara logiknya, eskapisme seumpama ini tidak berlaku dengan sendirinya melainkan ada pencatur yang mencorak kelalaian tersebut.


Penulis buku Soldier of Reason menyatakan hasil dari kajian Rand Corporation terhadap corak kumpulan-kumpulan & parti-parti politik, mereka merumuskan bahawa hakikatnya semua pihak hanyalah menginginkan keuntungan peribadi sahaja. Gagasan, ideologi & slogan hanya sekadar bahan kempen untuk mendapatkan kepentingan peribadi masing-masing. Senario sedemikian selari dengan kritikan Ustaz Fathi Yakan dalam bukunya, Apa Erti Saya Menganut Islam.


Disebabkan itu, badan-badan perisikan gemar memancing dana untuk menguasai sesebuah gerakan. William Blum dalam bukunya bertajuk Rogue State menceritakan bagaimana badan perisikan AS membiayai Islamis yang tidak terdedah dengan kesedaran berkenaan ancaman intelligent. Selepas mereka dibiayai, mereka pasti akan dihancurkan.


Hal yang sama telah ditunjukkan dalam sejarah peranan Ali Moertopo. Beliau terkenal dengan strategi 'pancing & jaring', iaitu menawarkan pembiayaan & posisi kepada kumpulan-kumpulan Islam. Setelah mangsanya diberi perasaan 'menang', ketika itulah rentapan yang menghancurkan berlaku.


Setakat tinjauan sejarah gerakan Islam, tidak pernah didapati sikap oportunis 'orang bagi kita ambil' ini menghasilkan kekuatan bersifat jangka masa panjang buat gerakan Islam. Melainkan ia akan menatijahkan implikasi-implikasi yang buruk.


⚫ Gopoh Ingin Mendapatkan Kuasa.


Ustaz Fathi Yakan menyatakan bahawa sikap tergesa-gesa ingin mendapatkan kemenangan tanpa diimbangi dengan persediaan yang mencukupi, akan memberi kesan kepada kredibiliti sesebuah gerakan Islam.


Sebahagian dari gerakan Islam juga ditimpa bencana apabila terlibat dalam operasi-operasi subversif terhadap kerajaan, lalu menjadi alasan untuk ia diharamkan. Perkara seumpama ini banyak berlakundi negara-negara Arab.


Kegopohan-kegopohan seumpama ini, merosakkan reputasi gerakan Islam di mata umat & rakyat. Mungkin jarang diperbahaskan apakah implikasi sekiranya gerakan Islam hanya menang meraih kuasa, tetapi umat tidak mempercayainya & tidak mendukung atas dasar kefahaman yang tulen.


⚫ Tidak Kritis Melihat Senario.


Ustaz Fathi Yakan mengingatkan bahawa lemah atau tiadanya kesedaran politik yang hakiki menyebabkan sesebuah gerakan itu akan rapuh. Kesedaran politik di sini bukan bermaksud sekadar mampu berbual secara kedai kopi seputar isu-isu politik.


Sebaliknya yang dimaksudkan adalah, tidak mampu menganalisa & membuat jangkaan-jangkaan yang realistik di sebalik senario politik yang berlaku. Masalah ini semakin membarah jika budaya berfikir, bertanya & berdialog itu dipandang negatif.


Barangkali tabiat ahli gerakan Islam yang lebih selesa hidup dalam kelompok sendiri, menyebabkan berlakunya kesan echo chamber dalam paradigma mereka. Sekaligus menjauhkan mereka dengan realiti yang sebenar.


⚫ Refleksi.


Dalam buku Aids Haraki, Ustaz Fathi Yakan merumuskan betapa gerakan Islam perlu secara jujur benar-benar serius dengan Islam. Mewarisi ilmu, hujah, sikap, kefahaman & amalan selari dengan orientasi perjuangan yang telah digariskan oleh Islam.


Sebenarnya sangat banyak tulisan dari tokoh gerakan Islam, yang mengkritik kelemahan bersifat dalaman yang dialami oleh gerakan-gerakan Islam. Sebahagian apa yang telah mereka alami, mungkin sedang dialami oleh gerakan-gerakan Islam yang lain. Muslim yang bijak adalah mereka yang sentiasa mengambil pengajaran.


Abdul Mu'izz Muhammad

18 Februari 2021.

Sunday, September 5, 2021

Tujuh Orang Muar menewaskan Malayan Union

 Tulisan ini agak panjang namun saya sarankan bacalah hingga selesai kerana ia mengandungi fakta sejarah yg amat penting untuk kita ketahui.


KISAH SEBENAR DI SEBALIK KEBANGKITAN TUJUH ORANG MUAR YANG BERJAYA MENEWASKAN MALAYAN UNION - BUKANNYA USAHA UMNO / ONN JAAFAR

Oleh : Kamaruddin Abdullah

Langkah Jebat Menentang Malayan Union

Sejarah merupakan satu khazanah penting untuk dipelihara supaya ia akan menjadi satu pengajaran dan iktibar kepada generasi-generasi akan datang. Ia memberi satu gambaran dan fahaman di mana asas serta benteng yang telah dibina oleh orang-orang lama dirasai nikmatnya oleh generasi yang akan menyusulinya.


Walaubagaimana pun, ada peristiwa-peristiwa yang cukup penting dan bermakna tetapi tidak diketahui umum di atas sebab-sebab yang kita sendiri tidak mengetahuinya.


Satu daripada peristiwa yang cukup penting ini ialah kebangkitan tujuh orang anak kelahiran Muar menentang penubuhan Malayan Union.


Alhamdullillah saya masih hidup dan dapat berkongsi cerita sebenarnya kepada anak-anak muda Muar betapa besarnya pengorbanan orang tujuh ini terhadap bangsa, agama dan tanahair kita.


Bacalah cerita sebenarnya :-


Pada 11hb Oktober 1945, dengan senyap-senyap dan tidak diketahui umum, wakil khas kerajaan British yang bernama Sir Harold MacMichael telah tiba di Port Swettenham (sekarang Port Klang) dengan membawa satu utusan serta cadangan iaitu untuk menubuh apa yang dipanggil Malayan Union. Ia adalah gabungan semua negeri-negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu termasuk Straits Settlement iaitu negeri Melaka dan juga Pulau Pinang.


Penubuhan ini akan memberi kerakyatan penuh kepada semua bangsa termasuk bangsa Cina dan India dan mereka akan menjadi rakyat setaraf dengan bangsa Melayu. Disamping itu, semua Sultan dinegeri masing-masing akan hilang kedaulatan mereka dan Sultan-Sultan ini akan bertanggungjawab kepada seorang pemerintah British yang akan bergelar Governor-General.


Setibanya di Port Swettenham, Sir Harold MacMichael terus berangkat ke Kuala Lumpur dengan diiringi oleh Sir Alec Newboult. Di Kuala Lumpur beliau terus pergi ke King's House dan di sini beliau telah berbincang dengan pegawai- pegawai British yang bertugas di Kuala Lumpur.


Untuk menjadikan Malayan Union satu kenyataan, semua Sultan perlu menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan British dengan memberi persetujuan yang tidak berbelah bagi.


Ketika itu, Almarhum Sultan Ibrahim Johor merupakan Sultan yang sangat dihormati dan disegani oleh Sultan Sultan negeri lain. Jadi untuk memudahkan tanggungjawabnya, Harold MacMachael disyurkan supaya mendapatkan tandatangan Sultan Johor terlebih dahulu.


Pada 20hb Oktober, beliau telah dapat berjumpa dengan Sultan Johor dan setelah menerangkan butit-butir penubuhan Malayan Union, Sultan Johor pun menandatangani surat perjanjian itu dan bersetuju di atas penubuhan Malayan Union tadi. Dengan ini, kerja beliau menjadi lebih senang dan mudah untuk berbincang dengan Sultan-Sultan negeri lain.


Surat perjanjian di antara Sultan Johor dengan kerajaan British disaksikan oleh Tengku Ahmad dan Encik Abdul Kadir.


Pada 20hb Oktober 1945, MacMichael berjumpa dengan Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah dan Sultan Selangor juga menandatangani surat perjanjian itu. Ia disaksikan oleh Encik Hamzah dan Raja Nong.


Pada 2hb November 1945, Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Riayatudin Al-Muazzam Shah telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Tunku Mohammad dan G.E. Mohammad.


Pada 14hb November 1945, Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan menandatangani surat perjanjian itu bersama-sama dengan 4 Undang seperti berikut:

1. Undang Sg. Ujong - Dato Kelana Putra.

2. Undang Jelebu - Dato Shahruddin.

3. Undang Johol - Dato Johol

4. Undang Rembau - Dato Hipap

dan Tengku Sharifah Loyah mewakili Tunku Besar Tampin.

Surat perjanjian ini disaksikan oleh Tengku Nasir, Tengku Jaafar dan Tengku Hussain.


Pada 22hb November 1945, Sultan Perak iaitu Sultan Abdul Aziz telah menandatangani surat perjanjian dengan disaksikan oleh Raja Yusof, Raja Muda Perak dan Dato Temenggong.


Pada 2hb Disember 1945, Sultan Kedah iaitu Sultan Badlishah telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Encik. M. Shariff dan Encik Yaakub.


Pada 12hb Disember 1945, Raja Perlis pula telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Encik Ahmad dan Encik Wan Ahmad.


Pada 17hb Disember 1945, Sultan Ibrahim dari negeri Kelantan telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Tengku Ibrahim Petra dan Nik Ahmad Kamil..


Pada 21hb Disember 1945, Sultan Terengganu iaitu Sultan Ismail Nasirudin Shah telah menandatangani surat perjanjian dan disaksikan oleh Dato Omar dan Tengku Halim.


Maka berjayalah Harold MacMichael untuk mendapatkan semua tandatangan Sultan di Persekutuan Tanah Melayu. Ini bermakna rancangan untuk menubuhkan Malayan Union tiada lagi halangan.


Pada 6hb Januari 1946, berangkatlah MacMichael ke England dengan kesemua surat surat perjanjian itu. Pada 22hb Januari 1946, satu kertas putih telah dibentangkan di dalam parlimen kerajaan British untuk kelulusan.


Setelah mendapat kelulusan parlimen kerajaan British, satu Warta Kerajaan British yang mengandungi butir-butir berkenaan penubuhan Malayan Union di Tanah Melayu telah disiarkan oleh pihak berkuasa Pentadbiran Tentera British (BMA) di Tanah Melayu untuk pengetahuan rakyat dan penduduk Tanah Melayu.


Sebaik sahaja tersiar Warta Kerajaan British itu, seluruh bangsa Melayu telah terkejut dan merasa Kertas Putih itu adalah satu cabaran yang tajam, menyentuh maruah bangsa Melayu.


Tidak ada perkataan yang dapat mensifatkan bagaimana perasaan orang-orang Melayu ketika itu .Perasaan geram dan marah yang meluap-luap terhadap perbuatan Kerajaan British dan perasaan kesal dan dukacita terhadap terlanjurnya Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan baginda ke atas perjanjian MacMichael yang memperdayakan itu.


Tetapi apakan daya, semua surat perjanjian itu sudah menjadi kertas rasmi dan tidak dapat diperbetulkan lagi. Nasib bangsa Melayu kini hancur dan kedaulatan bangsa Melayu akan hilang ditanah tumpah darah dato nenek moyang mereka sendiri.


Di Johor Bahru,


Setelah mengetahui butir-butir kandungan Perjanjian MacMichael itu, beberapa orang pemimpin Melayu Johor yang diketuai oleh Dato Abdul Rahman bin Mohammad Yasin telah membantah dengan sekeras-kerasnya.


Sebaik-baik jalan memansuhkan perjanjian itu ialah membuktikan bahawa Sultan Johor telah bertindak diluar batasan Undang-Undang Tuboh negeri dan perbuatannya tidak sah dari segi undang-undang.


Dato Abdul Rahman adalah seorang Majistret yang berasal daripada Parit Bakar, Muar terus pulang ke Muar untuk berjumpa dengan pejuang-pejuang Melayu ketika itu. Di antara orang pertama yang beliau berjumpa ialah Dr. Hamzah bin Hj Taib dan Cikgu Kosai. Dr. Hamzah merupakan anak Melayu Johor pertama menjadi doktor di negeri itu.


Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk menentang perbuatan Sultan, bukan untuk menderhaka kepada baginda tetapi lebih untuk menyelamatkan kedudukan baginda sebagai Sultan berdaulat di negeri Johor.


Apabila mendengar cadangan untuk menentang penubuhan Malayan Union ini, dua orang lagi anak Muar tampil kehadapan untuk memberi bantuan dan kerjasama. Mereka adalah dua beradek yang bernama Cikgu Ahmad Suleiman dan Cikgu Safiah Suleiman.


Di dalam satu jamuan makan malam di rumah Dr. Hamzah Hj. Taib, dua orang lagi penjuang dari Muar menghadir untuk memberi bantuan. Mereka ialah Hj. Hassan Yunos ( sepupu kepada Dato Abdul Rahman) dan Dr. Awang bin Hassan ( saudara rapat dengan Dato Abdul Rahman dan Dr. Hamzah).

Secara kebetulan, Dato Abdul Rahman ketika itu ialah Pegawai Keewangan Negeri Johor, Hj. Hassan Yunos pula ialah Mufti Kerajaan Negeri Johor, dan Cikgu Kosai ialah Pegawai Jabatan Hutan.


Mereka telah membuat satu risalah menerangkan kepada orang ramai bahawa perbuatan Sultan Johor adalah salah disisi undang-undang tuboh kerajaan negeri Johor. Risalah itu disebarkan kepada seluroh negeri Johor dan rakyat Johor mula memberi sokongan kuat kepada gerakan mereka.


Dato Abdul Rahman berhasrat untuk menghadap baginda Sultan tetapi di halang oleh pegawai pegawai istana. Malah kesemua


 mereka telah digantung kerja

 masing-masing tetapi ini tidak

 memantahkan semangat mereka.


Hari demi hari, sokongan rakyat Melayu Johor semakin bertambah dan ini membimbangkan pihak Istana. Pada ketika ini, Dato Onn Jaafar langsung tidak menyebelahi gerakan mereka.


Maka mereka bersepakat untuk menghantar satu petition bantahan kepada baginda Sultan dan setelah berbincang, mereka mencadangkan agar Hj. Hassan Yunos seorang sahaja menghadap baginda Sultan dan statusnya sebagai Mufti Kerajaan Negeri membolehkan perkara ini berlaku.


Satu perutusan telah dihantar kepada baginda Sultan supaya menerima kunjungan Hj. Hassan Yunos. Alhamdullillah, baginda Sultan bersetuju untuk berjumpa dengan Hj. Hassan Yunos.


Pada hari yang telah ditetapkan, ramai penyokong-penyokong telah berhimpun di perkarangan Masjid Abu Bakar di Johor Bahru. Jarak antara Masjid Abu Bakar dan Istana Besar tidak lah begitu jauh. Maka berjalanlah seorang diri Hj. Hassan Yunos menuju ke Istana dengan membawa petition tersebut.


Menurut anak Hj. Hassan Yunos iaitu Encik Murad (sahabat rapat saya), apabila ayahnya sampai di tangga Istana Besar, lututnya menggeletar dan susah untuk menaiki tangga. Perasaan takut memang ada tetapi tanggungjawab untuk menjaga maruah bangsa Melayu tidak boleh dipermain-mainkan. Beliau berdoa kehadarat ilahi supaya memberikan dia semangat yang kuat apabila menghadap baginda Sultan nanti.


Setibanya di pintu besar Istana, seorang pegawai Istana menjemputnya keruang tamu sambil menunggu keberangkatan baginda. Tidak lama kemudian, muncullah baginda Sultan, lantas Hj. Hassan terus bangun dan mencium tangan baginda. Di jemputnya Hj. Hassan supaya duduk dan dengan penuh tertib, Hj Hassan menerangkan satu-persatu di mana kesalahan baginda.


Apabila habis penerangan Hj. Hassan Yunos kepada baginda Sultan, barulah baginda sedar yang perbuatan baginda itu adalah salah disisi undang-undang tuboh negeri Johor. Baginda Sultan berjanji dengan Hj. Hassan yang baginda akan menarik balik perjanjian itu.


Maka gembiralah Hj. Hassan bahawa beliau telah berjaya mengajak baginda kembali kepangkal jalan yang sebenar. Baginda Sultan menerima petition itu dan mengucapkan selamat jalan kepada Hj. Hassan.


Suasana di perkarangan Masjid Abu Bakar cukup resah dengan penyokong-penyokong menunggu kepulangan Hj. Hassan dari Istana. Tidak lama kemudian, mereka melihat Hj. Hassan berjalan menuju ke Masjid Abu Bakar dengan mengangkat tangan tanda kejayaan.


Dengan tiba-tiba suasana menjadi riuh rendah, ada yang menjerit-jerit tanda kesukaan dan ada yang menandah tangan kelangit untuk melafazkan kesyukuran kehadrat Allah.


Dato Abdul Rahman dan rakan-rakan seperjuangannya berpeluk-peluk sambil menangis kegembiraan. Mereka telah berjaya mematahkan penubuhan Malayan Union.


Beberapa hari kemudian, baginda Sultan Johor telah menulis sepucuk surat kepada kerajaan British dengan kandungan isinya seperti berikut :-


"Beta tidak dikerasi dan dikejut-kejut dan beta tidak menurunkan tandatangan dengan penuh kemahuan akan tetapi setelah memikirkan semula perkara itu beta berpendapat bahawa beta telah menyain perjanjian itu dengan tidak terlebih dahulu menyiasat dengan sehalus-halusnya seperti yang sepatutnya diperbuat dan malangnya beta tidak sedar akan kesan kesan yang mengenai lebih jauh.


Oleh hal yang demikian, beta suka menyatakan iaitu didalam hal yang demikian beta tidak sanggup lagi bertanggungjawab kepada persetujuan yang beta berikan mula-mula itu."


Setelah mendengar yang baginda Sultan Johor telah menarik balik surat perjanjian itu, kesemua Sultan-Sultan lain telah mengikut jejak yang sama. Maka apabila orang-orang Melayu mendapat tahu bahawa Raja-Raja Melayu telah menarik balik perjanjian mereka, seluruh rakyat Melayu bangkit dengan penuh bersemangat. Di saat inilah baru munculnya Dato Onn Jaafar.


Begitulah pengorbanan yang telah diberikan oleh pejuang-pejuang anak kelahiran Muar kita. Mereka sanggup melawan Sultan bukan untuk menderhaka tetapi untuk menjaga supaya institusi Raja-Raja terpelihara.


Mengapakah mereka digelar Orang Tujoh Muar? Ini oleh kerana hanya tujuh orang yang menandatangani petition kepada Sultan.


Cikgu Kosai sebenarnya berkelulusan tinggi iaitu daripada Cambridge, England. Oleh kerana beliau bermula kerja sebagai seorang guru, maka panggilan Cikgu Kosai cukup mesra dengannya.


Hj. Hassan kemudian menjadi Menteri Besar Johor dengan gelaran Tan Sri. Dr. Hamzah Hj. Taib meninggal dunia semasa masih muda. Dr. Awang Hassan kemudian menjadi Gabenor Pulau Pinang dengan gelaran Tun,


Begitulah kisah perisitwa yang cukup bermakna ini. Marilah kita menghadiahkan Al fatihah kepada tujuh anak kelahiran Muar yang mana jasa mereka kepada bangsa Melayu tidak terhingga besarnya.


Al fatihah buat :

=============


1. Allahyarham Dato Abdul Rahman Mohd. Yassin.

2. Allahyarham Dato Suleiman Abdul Rahman.

3. Allahyarham Tan Sri Hj. Hassan Yunos.

4. Allahyarham Tun Dr. Awang Hassan.

5. Allahyarham Dato Hj Kosai bin Hj Salleh.

6. Allahyarham Encik Ahmad Sulaiman.

7. Allahyarhamah Cik Safiah Sulaiman.


sumber dari : 

==========


Kamaruddin Abdullah 

penulis buku 'Pages From My Past'

Saturday, September 4, 2021

 Untuk makluman Syeikh Jalaluddin Al Kelantani ialah datuk@ tok wan kepada Hajah Sara Binti Haji Muhammad Salleh isteri kepada Syeikh Osman Jalaluddin Penanti


Oleh: WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH 


Syeikh Jalaluddin al-Kalantani - Perintis pengajian pondok Seberang Perai...


MAKLUMAT sebelum ini diriwayatkan bahawa dua orang ulama telah membuka pondok pengajian di Sungai Dua, Seberang Perai. Kedua dua ulama itu ialah Syeikh Abdus Shamad bin Abdul Malik Kelombong berasal dari Jeringa, Patani dan Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani, atau digelar dengan Tuan Minal. Penyelidikan terkini didapati bahawa sebelum kedatangan kedua-dua ulama itu yang membuka pondok pengajian di Sungai Dua, Seberang Perai itu ialah seorang ulama berasal dari Kelantan. Beliau ialah Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' bin Abdul Ghafur al-Jawi al-Kalantani.


Selanjutnya sama ada pertalian nasab ke atas mahu pun keturunan ke bawah Syeikh Jalaluddin al-Kalantani menyentuh kekeluargaan besar para ulama terkenal. Di antara ulama yang ada hubungan kekeluargaan itu ialah Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman bin Abdul Ghafur al-Kalantani, Syeikh Abdus Shamad Kelombong, Tuan Minal al-Fathani, Syeikh Ahmad al-Fathani, Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani, Haji Abdullah Fahim, Syeikh Usman Jalaluddin Penanti, Tuan Guru Haji Zakaria, Kampung Rambai, Tokai, Kedah dan ramai lagi. Artikel ini menyentuh perhubungan kekeluargaan para ulama tersebut, yang merupakan satu penyelidikan dan pengenalan ringkas peringkat awal.


Riwayat Penyelidikan


Sejak tahun 1962 penulis mendapat informasi bahawa Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani, Pengarang kitab al-Jauhar al-Mauhub dan Lum'atul Aurad mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kebanyakan ulama di Pulau Pinang. Tahun 1970 penulis cuba melakukan penyelidikan di Pondok Syeikh Usman Jalaluddin Penanti, menemui anak beliau bernama Haji Saleh. Tahun 1989 di pondok yang sama, penulis dua kali menemui menantu ulama tersebut, beliau ialah Tuan Guru Haji Abdul Wahhab. Beliau adalah murid kepada Tuan Guru Haji Wan Ibrahim bin Abdul Qadir al-Fathani (Pak Cu Him), Gajah Mati, Kedah. Penyelidikan di pondok tersebut tidak banyak memperoleh maklumat.


Maklumat terbanyak diperoleh ialah pukul 10.00 malam Sabtu, 5 Rejab 1425 Hijrah/21 Ogos 2004 Masihi hingga pukul 11.35 malam Ahad, tarikh 6 Rejab 1425 Hijrah/22 Ogos 2004 Masihi. Selain wawancara terhadap beberapa orang, yang berupa bahan bertulis ialah;


1. Salinan surat jual beli rumah di Mekah milik Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' bin Abdul Gha-fur al-Jawi al-Kalantani, bertarikh 23 Safar 1281 Hijrah.


2. Salasilah Zuriat Allahyarham Hj. Muhammad Yusya' dan Allahyarham Hj. Tahir susunan Yahaya bin Haji Awang


3. Salasilah Awang Kecik Setol susunan Haji Ismail, penulis peroleh melalui Cikgu Mustafa bin Hj. Hasein bin Hj. Tahir, Balik Pulau, Pulau Pinang.


Nama lengkap ulama yang diriwayatkan ini ialah Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' bin Abdul Ghafur al-Jawi al-Kalantani. Syeikh Jalaluddin al-Kalantani kemungkinan adalah saudara sepupu Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman bin Abdul Ghafur al-Kalantani. Mengenai ini berdasarkan nama datuk kedua-keduanya adalah Abdul Ghafur al-Kalantani yang termaktub dalam surat jual beli rumah di Mekah seperti tersebut di atas. Selanjutnya berdasarkan cerita yang mutawatir dapat dipastikan bahawa antara Syeikh Jalaluddin al-Jawi al-Kalantani dan Syeikh Wan Ali al-Kalantani memang ada pertalian keluarga yang sangat dekat. Oleh itu, boleh dipastikan kedua-duanya adalah saudara sepupu.


Daripada surat jual beli rumah di Mekah di atas dapat diketahui beberapa orang ulama yang sezaman dengan Syeikh Jalaluddin al-Kalantani. Sebagai wakil Syeikh Jalaluddin al-Kalantani dalam urusan jual beli rumah di Mekah itu, seorang ulama besar yang sangat terkenal, iaitu Sayid Umar asy-Syami al-Baqa'ie bin Sayid Muhammad Barakat al-Baqa'ie. Belum jelas hubungan antara Syeikh Jalaluddin al-Kalantani dengan Sayid Umar asy-Syami al-Baqa'ie itu, apakah kedua-duanya bersahabat atau Syeikh Jalaluddin al-Kalantani sebagai murid ulama yang sangat masyhur itu. Yang sudah pasti Sayid Umar asy-Syami al-Baqa'ie yang hidup antara dalam lingkungan tarikh lahir 1245 Hijrah/1829 Masihi dan wafat di Mekah, 18 Syawal 1313 Hijrah/2 April 1896 Masihi adalah guru kepada ramai ulama, di antaranya ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.


Surat jual beli di atas ditandatangani oleh ramai orang, hanya seorang ulama dunia Melayu yang turut menandatanganinya sebagai saksi, iaitu Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani (Pengarang kitab Mathla' al-Badrain, yang terkenal), ketika menandatangani surat itu disebut sebagai al-Hakim Syari'ie. Syeikh Jalaluddin al-Kalantani umurnya diperkirakan lebih tua sedikit daripada Syeikh Wan Ali al-Kalantani dan Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani.


Syeikh Jalaluddin al-Kalantani pada mulanya tinggal di Mekah, memperoleh kewarganegaraan Turki Usmaniyah pada 10 Jamadilawal 1299 Hijrah. Selanjutnya pulang ke tanah Jawi menyebarkan agama Islam di beberapa kampung di Pendang, di antaranya Kampung Tobiak, Guar Kepayang dan lain-lain. Setelah itu Syeikh Jalaluddin al-Kalantani pergi ke Sungai Dua, Seberang Perai. Sewaktu beliau berangkat ke Mekah untuk melanjutkan pelajaran tiga orang anaknya, pada waktu itulah beliau menyerahkan pusat pendidikan pondok itu kepada Haji Abdus Shamad bin Abdul Malik Kelombong al-Fathani. Haji Abdus Shamad mengajak sahabatnya, Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad (Tuan Minal) al-Fathani membina pengajian itu, selanjutnya berkembang dengan sangat pesat. Tuan Minal al-Fathani termasuk ulama besar yang sangat terkenal di dunia Melayu kerana beberapa buah karangannya, di antaranya ialah Kasyful Litsam, `Aqidatun Najin dan lain-lain.


Tiga orang anak Syeikh Jalaluddin al-Kalantani setelah ketiga-tiganya menjadi ulama, membuka perkampungan baru dan institusi pengajian pondok yang baru pula. Mereka ialah Haji Zakaria tatap di Pondok Pematang Sungai Dua, Haji Muhammad Saleh membuka Pondok Kampung Setol dan Haji Abdullah membuka Pondok Pematang Buluh. Jarak ketiga-tiga pondok pengajian berdekatan, semuanya dalam kawasan Serang Perai.


Kekeluargaan


Abdul Ghafur al-Kalantani mempunyai beberapa orang anak, di antaranya ialah Muhammad Yusya' dan Abdur Rahman. Syeikh Muhammad Yusya' memperoleh tiga orang anak, ialah Haji Mustafa, Hajah Sarahi dan Syeikh Jalaluddin al-Kalantani.


Haji Mustafa bin Muhammad Yusya' al-Kalantani menurut riwayat beliau adalah salah seorang yang membuka perkampungan Sabak Bernam. Beliau memperoleh tiga orang anak iaitu; Haji Abdur Rahman, Hajah Fatimah dan Hajah Zubaidah. Hajah Sarahi binti Muhammad Yusya' al-Kalantani kahwin dengan Haji Muhammad Arsyad memperoleh tiga orang anak. Salah seorang di antaranya bernama Hajah Khatijah (Tok Itam) berkahwin dengan Haji Abdus Shamad bin Abdul Malik. Beliau memperoleh anak di antaranya Syeikh Abdullah Shamad al-Filfulani (ulama di Mekah) dan Haji Syahabuddin (Tok Ayah). Salah seorang anak Haji Syahabuddin yang perempuan bernama Hajah Habibah yang berkahwin dengan Tuan Guru Haji Ahmad, Sungai Petai, Perak. Memperoleh anak Datuk Haji Hasan Haji Ahmad (Mufti Pulau Pinang sekarang), Prof. Madya Saleh Haji Ahmad (Pensyarah di Universiti Malaya), dan lain-lain.


Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' al-Kalantani kahwin dengan Hajah Sara binti Haji Muhammad Tahir al-Fathani. Hajah Sara adalah adik-beradik dengan Haji Ibrahim (Pak Him). Haji Ibrahim (Pak Him) ini ialah ayah kepada Mufti Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang, iaitu datuk kepada Datuk Seri Abdullah Badawi Perdana Menteri Malaysia) dan Haji Tahir (Kadi Pulau Pinang, di Balik Pulau).


Perkahwinan Syeikh Jalaluddin al-Kalantani dengan Hajah Sara binti Haji Muhammad Tahir al-Fathani memperoleh tiga orang anak, ketiga-tiganya adalah ulama. Mereka ialah Haji Zakaria, Haji Muhammad Saleh, Haji Abdullah. Haji Zakaria bin Jalaluddin al-Kalantani kahwin dengan Rabi'ah binti Lebai Din, memperoleh tujuh orang anak, di antaranya Arsyad, Arsyad memperoleh anak bernama Haji Ja'afar, tok guru di Pondok Padang Lalang. Anaknya yang kedua ialah Hajah Asma kahwin dengan Haji Awang, anaknya bernama Haji Yahaya (dari beliau saya peroleh silsilah keluarga ini, pada malam Sabtu, 5 Rejab 1425 Hijrah/21 Ogos 2004 Masihi, sebagai pelengkap maklumat yang telah saya miliki sejak tahun 1962 dari Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani, dll).


Haji Muhammad Saleh bin Syeikh Jalaluddin al-Kalantani, memperoleh tujuh orang anak, enam orang di antaranya tinggal di Mekah. Anaknya bernama Hajah Sara kahwin dengan Syeikh Usman Jalaluddin Penanti, seorang ulama besar yang terkenal serta pengasas pusat Pondok Pengajian Manabi'ul `Ulum, Penanti, Bukit Mertajam.


Haji Abdullah bin Syeikh Jalaluddin al-Kalantani berkahwin dengan Wan Maimunah binti Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani (ulama ini adalah Kader Syeikh Ahmad al-Fathani, khusus dalam bidang pentashhihan kitab). Beliau juga memperoleh tujuh orang anak, salah seorang di antaranya bernama Hajah Sa'diyah. Hajah Sa'diyah berkahwin pertama kali dengan Haji Abdul Hamid, anaknya bernama Nik Abdur Rasyid. Perkahwinan kedua dengan salah seorang keluarga ulama yang berasal dari Pontianak, Kalimantan Barat, iaitu Haji Ali bin Muhammad Nur. Perkahwinan tersebut memperoleh empat orang anak, salah seorang di antaranya ialah Aisyah. Beliau inilah yang memandikan dan mengkapankan Hajah Kailan binti Haji Hasan, ibu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia), ketika meninggal dunia.


Penutup


Untuk mengakhiri artikel ini, di bawah ini penulis petik tulisan Haji Yahaya bin Haji Awang, pada bahagian bawah silsilah keluarga ini, katanya, ``Saya berharap semua zuriat Allahyarham Haji Muhammad Yusya' dan Allahyarham Haji Tahir merendangkan susur galur zuriat masing-masing dengan berpandukan asas salasilah yang tercatat dalam buku ini. Saya yakin Allahyarham Haji Muhammad Yusya' dan Allahyarham Haji Tahir mempunyai hubungan darah keluarga selain daripada menjadi besan. Adalah menjadi amalan generasi zaman dahulu mengambil sanak saudara untuk menjadi menantu mereka.''


Sebagai tambahan, penulis berpendapat bahawa setiap keluarga yang besar adalah terdiri daripada golongan ulama, yang berpangkat, yang kaya, yang miskin dan sebagainya. Tugas ulama adalah yang paling berat kerana mereka wajib memberi pengenalan Islam, agamanya kepada semua golongan keluarga besarnya. Golongan berpangkat dan kaya perlulah menyelamatkan keluarga besarnya daripada kemiskinan dan kehinaan supaya sampai pada tahap mudah melakukan ibadah yang diredhai Allah s.w.t.

Tuesday, August 31, 2021

Kisah Ashabul Kahfi

 *Kisah Ashabul Kahfi, 7 Pemuda yang Tertidur Selama 309 Tahun di Dalam Gua*



Pernahkah mendengar kisah Ashabul Kahfi ? Yaitu kisah 7 orang pemuda dan seekor anjing yang tertidur selama 309 Tahun di dalam sebuah gua. Kisah tersebut terdapat dalam Al Quran surat Al Kahfi dari ayat ke-9 sampai ayat ke 26.


Asbabun nuzul turunnya ayat tersebut yaitu ketika Nabi Muhammad SAW ditanya oleh beberapa kaum Yahudi.yang penasaran dan ingin membuktikan kenabian Rasululloh SAW, apakah benar atau tidak.


Sehingga mereka para orang Yahudi bertanya kepada Rasulullah, untuk menceritakan tentang kisah 7 pemuda yang mengasingkan diri di dalam gua demi mempertahankan keimanan kepada Allah SWT.


Jika Muhammad benar dalam menceritakan kisah tersebut maka orang orang Yahudi tadi akan mengikuti-nya dan menjadi Islam. Kemudian, Rosulullah SAW berdoa dan Allah Swt menjawabnya dengan diturunkannya wahyu surat Al Kahfi.


*أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا*


Artinya: “Apakah (umat) Anda (dan Ahlul Kitab) menyangka bahwa ashabul kahfi (yang memiliki) kitab suci itu termasuk tanda-tanda kami (Allah) yang mengherankan?”


Menurut beberapa riwayat, ada 3 pendapat yang berbeda tentang lokasi gua tempat tertidurnya 7 pemuda dalam kisah Ashabul Kahfi tersebut. Yaitu Gua di Efesus, Gua di Damsyik, dan gua di Amman. Berikut kisah lengkap kisah Ashabul Kahfi yang terdapat dalam Al Quran.


Dahulu hiduplah seorang raja yang sangat kejam dan dzalim yang bernama Raja Dikyanus. Sebelum raja Dikyanus berkuasa, rakyat kerajaan tersebut merupakan rakyat yang beriman dan taat kepada Allah. Akan tetapi semuanya berubah, rakyat menjadi sangat patuh pada Dikyanus, sebab jika ada yang membangkan akan langsung dibunuh dengan kejam. Rakyat dipaksa mengagungkan Raja-nya sebagai Tuhan mereka.


Berbeda dengan rakyat lainnya yang menjadi patuh kepada raja, ada 7 pemuda yang menentang kekuasaan dzalim raja Dikyanus. Penentangan dan keimanan 7 pemuda tadi akhirnya diketahui oleh sang raja. Dikyanus pun berang tidak terkira, dan langsung memerintahkan bala tentaranya untuk mencari 7 pemuda tadi dan membawanya ke hadapannya.


Setelah tertangkap Raja Dikyanus menawari 7 pemuda itu dengan berbagai macam kesenangan dunia, mulai dari jabatan, kekayaan, wanita dan lain lain, namun semuanya ditolak oleh mereka. Para pemuda beriman tersebut lebih memilih mempertahankan pendiriannya daripada menjadi penyembah selain Allah.


Mereka akhirnya dilepas oleh Raja Dikyanus untuk memberi kesempatan supaya berubah pikiran. Di akhir pertemuan tersebut, Dikyanus mengancam akan membunuh ke 7 pemuda jika tidak mengikuti titah sang raja.


Namun mereka sama sekali tidak berpikir untuk berubah keyakinan. Dari ancaman Raja Dikyanus itu, justru membuat mereka semakin yakin dengan keimanannya. Bahkan mereka tidak takut dengan kematian sedikitpun.


Sebagai ikhtiar untuk mempertahankan prinsip, mereka ber-7 akhirnya sepapakat utk hijrah, ketempat lain yang lebih baik dan mendukung bagi keimanan. Mereka mengasingkan diri bertujuh dan 1 ekor anjing.


Ketika dalam perjalanan sampailah mereka disebuah gua, kemudian masuk kedalamnya dengan maksud untuk beristirahat. Mereka pun tidur didalam gua itu. Dalam tidur mereka , Allah SWT membolak balik tubuh pemuda tersebut kekanan dan kekiri.


Kasih sayang Allah pada mereka dikisahkan dalam surat Al Kahfi dengan memerintahkan matahari agar ketika terbit, cahayanya lebih condong kearah kanan, sementara pada saat terbenam agar sinarnya meninggalkan dari kiri. Sehingga mereka tidur begitu lama dan sangat lelap sekali.


Di lain tempat raja Dikyanus begitu murka mendengar kepergian 7 pemuda beriman tersebut. Ia pun memerintahkan seluruh rakyat mencari mereka dengan mengiming imingi hadiah yang sangat besar bagi siapa yang dapat menemukannya. Namun, meski seluruh rakyat mencari, tidak satupun berhasil menemukan ke 7 pemuda tersebut.


Ketujuh pemuda beriman tersebut istirahat dengan tenang didalam gua dan tidak merasa sama sekali jika tidur mereka teryata sampai lama. Mereka pun terbangun dan merasa hanya tidur sebentar saja. hal waktu sudah berganti sekian ratus tahun sejak zaman Raja Dikyanus.


Karena perut yang sangat lapar, salah satu pemuda tersebut pergi keluar gua berniat untuk membeli makanan. Setahu pemuda itu, ia masih berada di zaman raja Dikyanus, sehingga ia berjalan dengan sangat hati-hati.


Ketika sampai dipasar dan hendak membayar makanan, pedagang itu terheran-heran dengan bentuk uang yang diberikan pemuda itu, pedagang makanan pun akhirnya memanggil pengawas pasar dan berharap akan menyelesaikan persoalannya.


Pengawas pasar tadi membawa pemuda itu kehadapan Raja dan pemuda itu akhirnya menceritakan asal usulnya. Raja pun sangat terkejut dengan kisah yang diceritakan oleh salah satu pemuda beriman itu. Sang raja menceritakan bahwa Raja Dikyanus yang zalim dan bengis telah mati sejak 309 tahun yang lalu.


Istana kerajaan menjadi haru dan hening dengan adanya pemuda beriman telah mempertahankan keimanannya dari raja yang kejam dan bengis dan sekarang berada ditengah- tengah mereka.


Raja yang shaleh tadi mengajak para pemuda untuk pindah ke istana, namun 7 pemuda Ashabul Kahfi itu menolak dengan halus dan mereka lebih memilih tinggal di gua. Hingga akhirnya Allah SWT mewafatkan ke 7 pemuda tadi, semoga bermanfaat dan kita semua dapat mengambil hikmat tersebut .

Wallahua'lan bisshawab.

Salam Sehat dan Salam Silaturahmi.

DAP benci Khoo Kay Kim : kata Rihduan Tee

 RIHDUAN TEE DEDAH KENAPA DAP BENCI KHOO KAY KIM

 

By MAJDAN YAHYA - 08/06/20190


PADA hari Selasa, 28 Mei lalu Malaysia kehilangan seorang sejarawan yang jujur dan ikhlas dan tegas mempertahankan prinsipnya iaitu Tan Sri Profesor Emeritus Khoo Kay Kim.


Ridhuan Tee, dalam catatannya di facebook menyatakan mendiang digelar ‘pengkhianat kaum Cina’ oleh ultra kiasu gelaran lain bagi DAP. Yang berikut sebahagian catatan Ridhuan.


DALAM kalangan orang Cina, sebut sahaja tiga nama ini kepada ultra kiasu – Khoo Kay Kim (Universiti Malaya), Teo Kok Seong (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan saya, Tee Chuan Seng @ Ridhuan Tee – lalu akan dikatakan, mereka inilah pengkhianat kepada kaum Cina, hanya kerana mereka berkata benar, berpaksikan sejarah dan Perlembagaan.


Antara soalan ‘killer’ mendiang yang sukar untuk dijawab, terutama ultra kiasu adalah, kenapa Malaysia mempunyai sembilan Raja-Raja Melayu, berbeza dengan dunia lain yang hanya ada satu sahaja? Pelikkan? Saya yakin, ramai yang tidak boleh menjawab, terutama ultra kiasu. Lagipun mereka tidak suka kepada sistem beraja.


Begitu juga dengan soalan, siapakah orang pertama mengelilingi dunia. Kepada mendiang, orang Melayulah yang pertama sekali mengelilingi dunia, bukan orang Barat atau orang lain. Bukan Ferdinand McGallen atau Christopher Columbus.


Mendiang dengan tegas menyebut orang pertama mengelilingi dunia adalah orang Melayu iaitu Panglima Awang atau Henry the Black atau Enrique. Ultra kiasu tidak nampak semua itu.


Terbeliak anak mata saya mendengar hujahannya. Apabila dikaitkan dengan Melayu dan kehebatannya, sudah tentu ultra kiasu tidak selesa. Apatah lagi apabila membincangkan bagaimana asal usul negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu.


Mendiang konsisten dengan kejujuran ilmunya bahawa Malaysia itu adalah Tanah Melayu. Tanah Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu dan Bumiputera serta Raja-Raja Melayu berpisah tiada. Tonggak negara. Sejarah ini tidak boleh dipadamkan. Semua ini mesti didaulatkan dengan apa cara sekalipun sehingga menggusarkan ultra kiasu.


Bacalah dalam laman sosial bagaimana ultra kiasu berpesta apabila perginya seorang pejuang yang sukar diganti ini. Lambakan cacian dan makian dilontarkan ultra kiasu tanpa segan silu. Memang mereka ini tidak layak tinggal di bumi bertuah ini. Kewarganegaraan perlu ditarik balik.


Tidak cukup dengan itu, mendiang bertegas bahawa sistem pendidikan negara perlu disusun. Sekolah pelbagai aliran terutama sekolah vernacular tidak membantu kepada pembinaan negara bangsa. Sejak daripada kecil lagi rakyat sudah dipisahkann mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing. Apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalin.


Apakah kita tidak melihat semua ini. Katanya mengikut sejarah, British membenarkan penubuhan sekolah pelbagai bahasa di Tanah Melayu kerana kebanyakan pendatang ketika itu tidak mempunyai niat untuk menetap di negara ini.


Justeru, British membenarkan mereka membuka sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing supaya mereka dapat belajar mengenai negara sendiri


Bagaimanapun, sistem ini tidak lagi perlu diteruskan sekarang kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan perlu dididik supaya menerima negara ini dan masyarakat berbilang kaum yang ada di sini sebagai sebahagian daripada diri mereka.


Mendiang juga berkata kebanyakan rakyat negara ini tidak tahu dan tidak memahami sejarah negara sehingga menyebabkan mereka berfikir secara sempit. Menyindir ultra kiasu, mendiang berkata, ada segelintir ahli politik yang lebih mengutamakan kepentingan diri dan agenda masing-masing, berbanding matlamat utama negara bangsa.


Kata mendiang dengan tegas, ada ahli politik kita yang tidak mahu berintegrasi dan lebih suka kepada pemisahan, dan lihatlah bagaimana negara kucar-kacir kerana adanya ahli politik yang tidak mengutamakan negara bangsa, tetapi lebih kepada agenda sendiri.


Rujukannya tidak lain ialah ultra kiasu. Ayuh pemimpin kerajaan hari ini, sekadar mengucapkan takziah, bersedih dengan pemergiannya tidak cukup. Mari kita bersama laksanakan amanat yang telah ditinggal demi kesejahteraan negara tercinta.


Isteri mendiang sempat menitipkan pesanan sebelum saya meninggalkan majlis – “jangan lupa perjuangan mendiang Khoo dan menyambung legasi perjuangannya”. Saya membalas dengan linangan air mata.


Selagi hayat dikandung badan, selagi itu semangat akan terus membara. Legasi mendiang Khoo, sejarawan berani yang berkata benar, berpaksi sejarah tanah air dan berpelembagaan, meskipun dihina dan dicerca ultra kiasu, akan terus diperjuangkan.


Saya mohon kepada anak-anak muda hari ini, supaya lapangkan masa untuk mengkaji bahan sejarah yang telah ditinggalkan oleh mendiang. Jika sejarawan Melayu bercerita mengenai Tanah Melayu, pada saya itu biasa. Tetapi apabila bangsa lain seperti mendiang, bercerita kehebatan Melayu dan Tanah Melayu, saya kira itu luar biasa.


Bukan macam ultra kiasu bercerita mengenai sejarah Tanah Melayu. Pada mereka Tanah Besar China, lebih penting daripada Tanah Melayu. Sebab itulah silibus sejarah UEC mereka lebih banyak bercerita mengenai sejarah China daripada sejarah Melayu walaupun mereka tinggal di Tanah Melayu. – 


8 Jun 2019

Monday, August 30, 2021

Fiqh Aulawiyyat: Mengutamakan serangan pemikiran

 🔰FIQH AULAWIYYAT | MENGUTAMAKAN SERANGAN PEMIKIRAN🔰


📌 Bagi melakukan perubahan, satu perkara yang perlu diberikan perhatian adalah mengutamakan setiap perkara yang berkaitan dengan pembinaan corak pemikiran. Selain itu, memperbetulkan gambaran dan prinsip dalam pemerhatian dan pekerjaan. Semua itu adalah asas yang kuat untuk setiap perubahan yang diharapkan. Ini kerana, sesuatu yang tidak masuk akal apabila pekerjaan sempurna mengikut prinsip yang benar, tetapi pemikiran pula tidak benar. Seorang penyair berkata:


Adakah bayang-bayang menjadi lurus sekiranya tongkatnya bengkok?


📌 Baik ataupun buruk tindakan dan tingkah laku seseorang itu adalah kesan daripada baik ataupun buruk gambaran mereka terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, perang pemikiran bagi memperbetulkan pemikiran yang tersasar dan kefahaman yang salah perlu diutamakan berbanding dengan perkara lain. Perkara ini adalah satu bahagian besar dalam jihad menggunakan al-Quran. Surah Al-Furqan, iaitu surah makkiyah ada menjelaskan perkara ini. Ia juga sebahagian daripada jihad melalui lisan dan penjelasan. Sebuah hadith menyebut, 


"Berjihadlah kamu menentang orang Musyrik dengan harta, jiwa raga, dan lisan kamu."


🔅Perang pemikiran dalam lapangan Islam 🔅


Perang pemikiran mempunyai beberapa medan asas:


◾️Pertama, luar daripada lapangan Islam. Medan ini adalah perang pemikiran dengan golongan Ateis, Kristian, dan Orientalis yang sentiasa menyerang agama Islam. Mereka melakukan serangan pada akidah dan syariat Islam. Serangan mereka juga terarah kepada ilmu warisan dan tamadun umat Islam. Mereka juga melakukan serangan ke atas setiap kebangkitan yang berasaskan Islam.


◾️Kedua, dalam lapangan Islam itu sendiri. Perang pemikiran seperti ini bagi memperbetulkan sudut pandang dalam amalan agama Islam. Perjalanan amalan itu juga perlu dipandu mengikut manhaj yang benar. Begitu juga gerakannya perlu diluruskan supaya bergerak atas jalan yang lurus, menuju sasaran yang tepat. Perbincangan kita berkisar pada medan yang kedua ini. Ini kerana, perubahan dalaman itu adalah asas dan perlu diutamakan.


Tidak diragui lagi, umat Islam mempunyai aliran pemikiran yang pelbagai. Antaranya:


⚡️Aliran pemikiran khurafat


Aliran bersifat khurafat ini mempunyai asas dan ciri-ciri tersendiri, antaranya:


•      Khurafat dalam akidah

•      Mereka-reka dalam amal ibadat

•      Pemikiran yang sempit

•     Taqlid semata-mata dalam bidang fiqh

•     Tingkah laku yang negatif

•      Patuh dan suka mengampu dalam bidang politik


⚡️Aliran literal


Terdapat juga aliran pemikiran literal. Mereka memahami agama secara zahir dalil sahaja. Aliran seperti ini tegas dalam mempertahankan agama. Namun, aliran ini juga mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dapat dilihat pada pengikutnya. Antaranya:


• Perbalahan dalam akidah

• Ibadah semata-mata pada gambaran luaran

• Memahami fiqh secara zahir sahaja

• Hanya mengambil perhatian pada sesetengah perkara

• Rohani yang lemah

• Keras dalam berdakwah

• Fikiran sempit dalam perselisihan pendapat


⚡️ Aliran penentang dan kekerasan


Terdapat juga aliran yang menolak kehidupan bermasyarakat dan semua organisasi yang ada. Kebanyakan pengikut aliran ini bersemangat dan ikhlas dalam perjuangan. Ciri-ciri yang ada pada pengikut aliran ini, antaranya:


•     Tegas dan kuat berpegang pada agama

•     Merasa kemuliaan diri sendiri sehingga mengangkat diri lebih tinggi kedudukannya berbanding dengan masyarakat lain Bersangka buruk terhadap orang lain

•     Kefahaman sempit dalam memahami agama, realiti kehidupan, serta prinsip alam dan masyarakat

•     Gopoh dalam membuat sesuatu perkara sebelum tiba waktunya

•     Mudah mengkafirkan orang lain

•     Menggunakan kekuatan sebagai cara bagi mencapai matlamat


⚡️Aliran sederhana dan tanggungjawab mereka


Terdapat juga aliran yang bersifat sederhana. Aliran pemikiran ini berasaskan kepada pertimbangan yang baik. Mereka juga memahami agama, kehidupan, serta usaha meninggikan agama dengan sederhana dan tepat. Aliran ini juga mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Aliran ini turut memberi tumpuan bagi menzahirkan ciri-ciri berikut:


• Memahami agama secara menyeluruh, pertimbangan yang baik dan teliti

• Memahami realiti kehidupan dengan tidak memandang remeh dan tidak menakutkan. Mereka memahami realiti umat Islam dan realiti pihak musuh

• Memahami peraturan dan undang-undang Allah s.w.t. yang tidak berubah. Lebih-lebih lagi peraturan yang melibatkan masyarakat

• Memahami tujuan utama syariat dan tidak berfikiran sempit pada zahirnya sahaja

• Memahami keutamaan yang perlu diutamakan. Perkara ini berkaitan dengan memahami pertimbangan yang tepat

• Memahami adab-adab berselisih pendapat. Mereka juga memahami perincian dalam agama Islam, seterusnya bekerjasama melakukan apa yang disepakati dan bertolak ansur dalam perkara yang diselisihkan

• Menghimpunkan fahaman ulama terdahulu dengan ulama semasa. Mereka menggabungkan antara fahaman asas dan semasa Mempertimbangkan antara perkara yang sudah tetap dalam syarak dan perubahan semasa

• Mempercayai, perubahan fikiran, diri, dan akhlak adalah asas kepada perubahan tamadun

• Mempersembahkan Islam sebagai asas perancangan tamadun yang lengkap bagi membangunkan umat. Cara ini juga bertujuan membebaskan umat daripada falsafah material pada zaman ini

•  Menggunakan prinsip mempermudahkan dalam mengeluarkan fatwa dan menyebarkan dakwah

•  Menzahirkan nilai masyarakat dan politik dalam Islam. Contohnya, kebebasan, saling memuliakan, syura, adil dalam masyarakat, dan hak-hak individu

• Perbahasan yang baik dengan pihak lain, iaitu pihak bertentangan yang terdiri daripada orang bukan Islam. Perbincangan juga dilakukan dengan pihak bertentangan daripada kalangan umat Islam sendiri, iaitu orang yang pemikirannya diserang dan mempunyai rohani yang lemah.

• Menjadikan jihad sebagai cara mempertahankan maruah umat Islam dan negara Islam


Ini adalah aliran yang kita percayai. Kita mengajak umat untuk bernaung di bawah aliran ini. Aliran ini adalah aliran yang mempersembahkan Islam yang sebenarnya. Agama Islam yang sama seperti yang Allah s.w.t. turunkan dalam Al-Quran. Agama yang Rasulullah s.a.w. seru dalam hadis dan perjalanan hidup Baginda. Agama yang difahami dan diamalkan oleh para sahabat dan generasi tabi'in. Mereka adalah generasi terbaik untuk umat.


#Harakahsiswa

Pesanan Hasan alBadri kepada dua anak lelakinya.

 Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan,


"Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.


1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.


2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari."


Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.


Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.


Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,


Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?"


Jawab si adik: "Saya ikut pesanan ayah."


Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?"


Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran."


Pesan ayah lagi, "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI."


"Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah."


Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.


Si ibu : "Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?"


Jawab si abang : "Saya ikut pesan ayah."


Si ibu : "Apa pesanan ayahmu?"


Jawab si abang: "Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai."


"Kedua , ayah berpesan. "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI." Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari."


—Moral of the story


Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanyalah di tikar sembahyang semata-mata,


nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhannya.


Jadi, belajarlah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى beri petunjuk, mohon اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى bimbing kehidupan kita, semoga اللّٰه memberikan taufik dan hidayah.


Mudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh اللّٰه di dunia dan di akhirat. Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda;


“Siapa yang اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan padanya agama dengan sebenar-benar kefahaman”.


kredit : amirah farhana